Loading...

Thursday, May 16, 2013

Resepi Puding Milo Oreo









Hari tulah tetibe kawan aku share kat fb resepi puding ni ajak aku try buat.
Aku ni sekarang memang pantang tengok resepi best2 ni.
Gatal je tangan nak pegang senduk.
Siap beli senduk baru hari tu. Wakakaka.
Jadi tak jadi belakang cerita.
Kalau tak try mane nak tau kan.
So hari tu aku try buat.
Sebab tengok resepi macam senang. Hihi.


Okey jom.

Bahan-bahan

1. Serbuk agar2 kosong takde perisa (10gram)
2. Air 1 liter.
3. Gula 6 sudu besar. Ikot korang la kalau nak manis bubuh lebih tanak manis agak2 je.
4. 1 tin susu cair
5. 3/4 cawan milo
6. Sebungkus Oreo


Cara-cara

1. Campur serbuk agar2 dengan gula dalam satu bekas. kacau2 sikit. Serbuk agar2 tu sebenarnya kalau buat triffle aku lagi suka guna konyaku punye. Tapi bila aku carik2 konyaku semua berperisa. Yang kosong takde. So terpaksa beli jenama lain. Jenama ape entah lupe pulak tapi kat belakang memang tulis 10g.

2. Didihkan air. Masukkan serbuk agar-agar dengan gula sikit-sikit. Jangan terus masuk semua sebab nanti mungkin berketul *mengikut pengalaman sendiri* haha! Dah membazir agar-agar di situ ye. Masuk sikit2 pastu kacau bagi jangan berketul.

3. Masukkan susu cair and biar sampai mendidih.

4. Asingkan separuh yang kita masak tadi dalam periuk lain. Campur kan milo. Kacau bagi jangan berketul.

5. Campurah agar-agar dengan milo ni kite bahagi lagi dua. Satu bahagian dah boleh la tuang dalam bekas. Macam aku, aku guna bekas dadih yang pendek2 comel tu.

6. Separuh bahagian agar2 dengan milo tadi biarkan atas dapur dengan api kecik sebab tanak bagi die keras.

7. Bila adunan milo dalam bekas dah keras sikit, tuang yang adunan putih kosong mula-mula tadi dalam bekas tu sampai habes.

8. Taburkan biskut oreo. Macam aku, sebab aku guna bekas kecik so aku patah-patahkan oreo tu kecik2.

9. Agak-agak adunan putih pon dah keras sikit, tuang baki adunan yang milo tu sampai habes. Sejukkan sikit and masuk dalam peti sejuk.


Dah sejuk ape lagi ngapp lah.
Walllaaaa. Marvelesss.
Dont worry sape2 yang tak suke manis tu sebab puding ni aku buat hari tu takde lah manis mane pon.


Aku bagi kat Akram suruh die bawak pergi tempat keje.
Time tu die keje shift malam.
Dia cakap makan sikit je. Pastu buat2 keje tetibe nak makan dah habes. Maknenye sedap la tu kan?
Kakakaka matilah puji diri sendiri.
:P


Naseb baik aku suruh dia tinggal kat rumah sikit.
Kalau tak kempunan lah. Mihmihmih.


Selain daripada membebel dan merepek kat blog aku memang suke memasak sebab puas hati dapat buat sesuatu yang baru. Maksudnye disini ialah bile berjaya try resepi yang tak pernah try.
Rasa macam terus nak masuk MasterChef. Wakakaka.


Padehal dulu kemain lagi bersilat bila bapak aku suruh masak.
Sekarang bukan main lagi asal Jumaat je sibuk menggugel resepi.
Maknenye ape?
Maknenye dah matured. Kakakaka.


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

May 16, 2013 at 12:48 PM

Simple! Nanti nak try buatlah.. Mieza pun suka memasak & mencuba resipi2 bar.. Paling gemar, main alter2 resipi.. Bereksperimen kata ko.. Kehkehkeh! ^_~

Btw, thanks for sharing the recipe! ^_~

May 16, 2013 at 8:54 PM

TAG! http://splashingcolours.blogspot.com/2013/05/mega-giveaway-by-adam-faiz.html

May 16, 2013 at 10:53 PM

kakkkkkkk
kite buat jugak ni.

tp jeles lah.
akak punye cantik aje
kite punye comot gile. hua hua hua

May 17, 2013 at 10:03 AM

wah2..makin sygla akram pd awak kan..hihi.

May 17, 2013 at 11:47 AM

@Rosmiza Ali
dah buat jangan lupe share story yer.
hihihi

May 17, 2013 at 11:48 AM

@Puteri Iqa Izyan
yang penting sedap.
hihihi

May 17, 2013 at 11:48 AM

@nuyui a.k.a miss YUI
hahahha no komen.
:P

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal