Loading...

Thursday, May 9, 2013

Sotong Sumbat Tra la la la la. Hahaha!




Kite redakan bahang politik yang tengah hot kat pesbuk tu dengan melihat gambar makanan ok.





Sebenarnya dah lama dah masak ni tapi beselah malas nak tepek sini.
Tapi kene jugak tepek sebab senang aku nak refer.
Aku kan pattern pemalas nak menghafal.
Bila nak masak dan2 henpon pon tolong masak sekali. HAHAHAHA!

Resepi asal dari fb Buku Resepi


Bahan-bahan:

1. 6 ekor sotong size sederhana.
2. 4 biji telur.
3. 2 biji bawang besar (cincang dadu)
4. 1 biji bawang besar (potong bulat)
5. 1 tangkai lada hijau besar dan 1 tangkai lada merah besar (Buang biji cincang halus)
6. 4 sudu makan rempah kari ikan.
7. 2 sudu makan cili kisar.
8. 1 sudu makan kicap pekat.
9. Lidi pencucuk.
10. Bahan perasa. Garam, gula, lada hitam, serbuk cili, serbuk jintan dan lain2. Ikot rasa korang.



Cara-cara

1. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan separuh bawang besar yang dicincang dadu, cili hijau, cili merah, garam sikit, serbuk cili sikit (kalau nak pedas letak lah lebih) and aku tambah mayonis sikit. Pukul telur sampai rata.

2. Panaskan kuali. Masukkan telur and kacau sampai hancur. Alah macam buat telur hancur tu. Tapi aku buat lembap2 sikit tak sampai kering. Ikot korang lah. Dah siap angkat letak tepi.






3. Bersihkan sotong. Buang bahagian dalam2 dia. Macam aku kepala sotong tu aku geli dengan mata die so aku potong bahagian mata dia.

4. Sumbat telur tadi dalam sotong mentah tadi. Sumbat mampat2. Amik lidi, sematkan kepala sotong dengan badan sotong tadi. Semat lah camne2 pon asalkan telur sumbat tu tak terkeluar.

5. Panaskan kuali, bagi minyak sikit, tumis baki bawang besar yang potong dadu tadi sampai naik bau.

6. Masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Bancuh sikit rempah kari dengan air panas dan masukkan dalam kuali. Kacau.

7. Agak2 dah garing, masukkan air agak2 korang nak kuah banyak mana.

8. Agak2 kuah dah nak pekat, masukkan kicap dengan bahan perasa yang banyak2 kat atas tadi.

9. Masukkan sotong sumbat, kacau sampai sotong masak, masukkan bawang besar hiris bulat. Kacau sampai layu. Tutup api.


Hidangkan.


Sedaappppppppppppppppp gilerrrr.


okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


2 comments

May 10, 2013 at 10:58 AM

pergh..tergoda!

May 15, 2013 at 9:40 AM

amboi rajinnya masak masak ni :D

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal