Monday, July 15, 2013

Buffet at Bangi Golf Resort memang terbaik !



Jumaat malam lepas aku amik voucher dengan kawan aku.
So Sabtu tu aku dengan Akram pon bergerak lah ke Bangi.
Kitorang sampai pukul 7 malam kot.
Terus register kat kaunter pendaftaran and akan ade staff yang bawak pergi meja.


Bangi Golf Resort ni aku bagi 10/10!!

Selection die banyak.
I mean BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK giler.

Dan yang penting sedap.
Mahal kalau sedap takpe.
Tapi kalau dah la mahal pastu tak sedap memang siaplah aku canang kat blog. Hahahaha!



Kawan aku pilih meja yang dekat dengan kaunter makanan berat. Bagus. Memahami sangat. 



Pukul 7 biasalah orang tengah merduyun-duyun ambik makan lagik. Selagi tak azan memang tak duduk. Aku pon same. Wakakaka.



Lasagnia dengan Ayam Tandori. Lasagnia dia aku cakap sedap nak mampus! Kalau boleh tapau memang aku dah tapau dah. Seyes sedap. Sebelah kiri Lasagnia tu ade mushroom soup tapi aku tak perasan so tak rasa.



Mashed potato dengan Beef Stew. Mashed potato rasa mashed potato lah. Beef stew die aku tak rasa sebab lupe nak suruh Akram amik. Orang tue tu kalau tak disuruh memang tak amek. Die amik yang die makan je.



Kaunter peveret Akram. Kambing Bakar. Aku tak sempat nak amik gambar kambing tu tengah bergolek. Punye lah ramai giler orang beratur. Betul2 sebelah kambing tu pulak. Nak menyelit amik gambar kang kene luku sedas. Akram cakap jap2 lagi lah amik. Sekali jap2 lagi tengok dah tinggal rangka dah. Sobbss



Air bermacam jenis. Ko minum lah selagi tak kembung perut.


Air panas pon ade. Air suam pon ade.



Yang nak difokuskan di sini adalah orang yang tengah beratur kat belakang tu untuk amik kambing bakar. Pukul 7 lebih pon apedehal. Janji kambing dalam genggaman kan.



Buah-buahan. Geram je aku tengok mata kucing tu. Pakkal perut space tak berapa nak besar kalau tak memang aku berkampung sampai pukul 10 makan buah tu. Koktail die masam tapi sedap!



Dessert.



Sandwich, Rojak, Wedges, Kek batik pon ade.



Kuih-muih pelbagai. Kalau korang datang bawak parent mesti dorang suke sebab macam2 kuih boleh pilih.



Bubur lambuk, coleslaw, salad, bubur ayam, sambal belacan.
Bubur lambuk die kureng sikit. Tak lemak.






Sebenarnya banyak lagi stall yang aku tak sempat nak amik gambar.
Tak larat tengok orang pandang aku kecik besar kecik besar je. Hahaha!
Kang dorang ingat aku sakit mental pulak.
Jadi marilah behave di bulan yang mulia ni.


Ade nasi dengan lauk kampung, nasi minyak, nasi goreng, kuew tiow goreng, makanan cina, sate ayam sate daging, yong tau foo siap ade kerang rebus, spagheti bolognese siap ade carbonara bagai, eskrim, bla bla bla mak aihhhhhhhh memang banyak giler tinggal larat dengan tak larat je nak makan.



Meja kami. Ye dalam banyak2 air aku amik air suam je. Itu lah rahsia kekurusan aku. Bahahaha.



Muke puas hati dapat kambing bakar. Naseb dengan muke2 sekali tak terkenan dengan kambing.



Akram ni serupa bapak aku. Peminat tegar kambing. Kalau bapak aku datang kenduri kawen benda pertama die carik is daging kambing. Sebab die cakap kambing ni rare. Setakat makan ayam dengan daging muak dah.

Akram cakap sedap. Aku tak rasa pulak. Kanan tu sup kambing.



Aku of cross carik nasik jugak. Dah kate tekak jawe kan mesti lah carik nasik. Haha!

Takdelah sebenarnya aku boleh je sehari tak jumpe nasik. Tapi sebab terliur tengok udang masak lemak cili api die tu terus amik pinggan cedok nasi. Kiri tu ayam merah. Sebelah udang tu ikan bakar style portugese. Sedap! Kanan tu ayam percik. 


Kat stall masakan kampung ni staff cedokkan lauk kecuali lauk ayam percik. Macam tau2 je aku nak sauk udang lemak tu banyak2. Semua lauk sedap! Akram cakap datang buffet makanan banyak2 carik nasi jugak. Eh suka hati aku lah perot aku. Kang aku makan kuew tiow goreng je kang lagi kau berbulu.



Kumpulan persembahan okey. Walaupon lagu2 melayu asli tapi aku okey saje. Dah kate bulan Ramadhan kan. Kang pasang lagu metalicca kang terbelahak pulak kat situ. Suara perempuan tu sedap sangat. Time maghrib dorang berhenti jap rehat. Pastu sambung lagi pukul 8. Time Isyak jap lagi kang dorang stop jugak. Pastu lepas Isyak sambung balik.



Surau dengan toilet pon korang jangan risau. Dekat sesangat.
Tempat wuduk sekali dalam surau. Memang selesa sangat.
Toilet pon bersih.


Ko pernah makan ais krim dalam kon die letak popcorn? Haaaaaaaaa first time aku makan kat Bangi ni ha. Of cross aku pilih ais krim cekelat. Feveret gittew. Dengan Akram2 punye ais krim sekali aku bantai amik coklat padehal orang tue tu lagi suke vanilla.



Sebenarnya time ni aku nak merasa jambu air dia. Tapi tetibe ternampak red velvet pulak dengan cheese cake. Awal2 takde pulak die letak. Ape lagi saukkkkkkkkk. Sedap2 cake dia. Yang dalam cawan tu jelly tembikai.Kureng sikit. Tapi jelly kelapa die sedap!


Tapi aku nasihatkan kan korang jangan makan jambu air ni. Aku tak tau lah orang lain makan okey ke tak tapi aku makan last2 terus rasa nak membuak perot. Akram cakap sebab air jambu ni banyak sangat. So perut terus kembung air.


Pukul 9 camtu time orang semua dah tak ramai ade staff jalan2 buat survey tanye makanan okey ke tak. Ape yang okey ape yang kene improve.
Meja aku sampai dua kali staff datang. Sorang lelaki sorang perempuan.
Kitorang takde komen sangat pon sebab makanan semua okey.
Cume Akram cadangkan kalau tambah nasi Arab sikit pon okey.
Aku cume komen bubur lambuk je lah. Kureng kick.
Yelah bubur lambuk setahun sekali orang carik kan. Mesti kene buat sedap2.
Makanan paling sedap aku anugerahkan kepada Lasagnia. Haha!


Dalam pukul 9.30 camtu kitorang pon angkat bontot.



Masa nak pergi kereta tu dorang sediakan service buggy hantar kat kereta. Agaknye tau kot bangsa2 yang tak larat nak jalan lepas makan. Tapi parking kereta takde lah jauh mane pon. Aku pon jalan kaki je dengan Akram. Sebab mase kitorang sampai tu tetibe je ramai orang. Malas nak tunggu jalan sudah.




Kalau korang plan nak berbuke puasa buffet memang aku suggest Bangi Golf ni. Tapi korang jangan Walk In sebab harga Walk In sampai RM62/head. Kalau booking RM48/head je. Kalau korang jauh nak beli voucher awal2 boleh call booking and terus bayar online. Once korang dah bayar macam dah kompem la so dapat harga Rm48. Kalau booking saje tapi bayar time hari nak makan tu akan dikira Walk In so rugi.



Ape2 hal boleh call 03-89253728

Gerenti puas hati.


okbai.



8 comments:

  1. fuiyohhh, sedap bapak... kambing ..yummeh

    ReplyDelete
  2. Duk kt bangi dh btahun2 dulu pon x pernah dtg sini.huhu. menarik gila makanan dia.

    ReplyDelete
  3. tgk gmbr mmg best tu.. lau sodap bgus.. tak rugi..hihihi

    ReplyDelete
  4. amboiii mabeelesssnya :D


    eh sape yg amekkan gambau awak dgn keram tu?? hihi

    ReplyDelete
  5. Notbadlah harga dia menu dia pun banyak.

    ReplyDelete
  6. @Syazana Zainn
    mintak tolong brader yang lalu2 kat sana. huahuahua

    ReplyDelete
  7. Wah, kat sini lagi meriah! Tahun lepas gi buffet kat hotel mende ntah kat area Nilai kot.. Makanan dia takdela meriah macam ni. Tahun lepas punya menu kureng sikit, tahun tahun lepas okay.. Perut iols is menggelegak okay baca entri ni.. Glupglupglup!

    ReplyDelete
  8. salam semua...maaf tumpang iklan bulan puasa ni boleh lah lagi berbuka atau pun cuba kat bangi golf..untuk tempahan @ belian voucher boleh call 016-2678284/ 016-9645544 Atau boleh email : bgrrestaurant@gmail.com and boleh lawati bangigolf.blogspot.com

    ReplyDelete

What says U?