Loading...

Thursday, July 11, 2013

Satu Ramadhan semalam.





Nampak tak ayat kenapa kurus sangat2 tu? Wakakakaka! Tulah Akram selalu tak percaya bila aku cakap aku dah kurus sikit. Jeles lettew takde orang cakap die kurus. Huahuahua *kurus sikit pon dah gebang kan. Kihkih*




Ni gambar semalam.
Walaupon aku tak pose semalam tapi bukan boleh makan pon. So pergi lah teman kan kawan aku nak beli seluar kat 1 Mont Kiara.
FOS tengah buat sale.
Jeans cantik2 dua helai baru Rm98.
Pehhhhhhhhhh mengucap jap aku.
Pakkal lah bulan ni aku dah spend lebih untuk something lain. Kalau tak kompem. Kompem kene membebel dengan Akram. Haha!


Semalam petang aku balik keje macam biasa pukul 5.30.
Bos memang dah cakap awal2 dah jangan balik lambat. Balik on time.
Aku ni punye lah berfikir yang orang lain dah balik lagi awal pukul 5 ke 4.30 ke.
Sekali baru drive 10 minit keluar dari opis dah jem.
Jem yang tahap langsung tak bergerak. Ahhh sudah.


Nak balik rumah aku ade dua jalan.
Satu jalan belakang dari Mont Kiara lalu Jalan Datok Abu Bakar, tembus ke Flyover sebelah matrik UIA. Pastu nanti lalu depan PPUM and terus masuk Federal and exit Kerinchi.
Lagi satu jalan lalu kerinchi Link bayar tol 1.50 nanti keluar ikot federal menghala ke Shah Alam and kene uturn depan KWSP Pj tu.
Kalau korang tak paham baca diam2 je sudah k.


So selalunya aku memang lalu jalan Datok Abu Bakar tu. Sebab semalam aku tengok jem nak mampus aku terus naik Kerinchi Link. Sebab selalunya Kerinchi Link menghala ke Shah Alam tak lah jem sangat.
So bila aku lalu okey lah tak jem sangat pon.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii bila dah uturn depan KWSP tu untuk patah balik ke Kerinchi hambik kau jem nak mampus tahap memang melekat.
Time tu dah pukul 630 petang.
Aku ni punye lah berangan nak pergi bazar kat rumah bagai. Harammmmmmmmm.


Yang aku bengang sangat lagi sakit hati tu Federal menghala ke Seremban dengan Shah Alam sikit punye laju. Yang nak exit ke Kerinchi yang jem giler sampai bas rapid pon stuck pastu ramai2 turun bas jalan balik rumah.



Tu ialah rumah aku.


Boleh bayangkan tak jarak rumah aku dengan opis dalam 10km je.
Pergi keje baru setengah jam. Balik kerja sampai 3 jam.
Yang lagi sakit hati tu dah boleh nampak rumah aku dari Federal tapi stuck dalam jem yang macam haram.
Perasaan nya macam nak tinggalkan kereta jalan kaki je balik rumah.
Memang giler.
Dah la mase azan Maghrib satu benda pon takde dalam kereta nak makan. Kesian giler member  aku yang pose.


Sampai2 rumah dah pukul 8 malam. Bazar pon dah tutup.
Last2 aku makan dekat mamak bawah rumah je.
Sobsss.
Aku pon tak sure apesal boleh jem sangat jalan nak balik rumah aku tu. Tapi area Kerinchi Pantai Dalam ni memang tak sah kalau tak jem.
Now banyak giler apartment dalam proses nak dibangunkan so memang lagi jem la nanti. Haihhh.


Alhamdulillah hari ni aku dah boleh puasa.
Kite tengok pulak petang ni ape yang jadik. Haha!





So pagi tadi Akram dah bagi Green Light untuk buke puasa kat Bangi Golf Resort this Saturday.
Aku ape lagi terus roger kawan aku.
Dia kerja kat Hotel Equatorial Bangi.
Memula aku mesej mintak nombor telefon Bangi Golf ni je.
Aku cakap nak booking pastu nak mintak tolong dia amikkan voucher buffet ni.
Sebab kalau korang amik voucher sendiri boleh dapat harga RM48 tu.
Kalau korang datang Walk In sabtu tu nanti boleh kene cas sampai Rm60-Rm70.


Aku pernah bace dulu ade sorang blogger tu tahun lepas la dia call untuk booking.
Tapi die tak boleh nak amik voucher sebab jauh so die tanye la boleh tak amik mase nak berbuke tu.
Resort tu cakap okey.
Tetibe akak tu pergi mase nak berbuke tu dorang kire walk in jugak.
Akak tu malas nak kepoh2 dia bayar je harga walk in. Rugiii woooooooooo.


Yang bestnya tetibe kawan aku call cakap dia dah booking kan untuk aku and Akram.
Tengah hari mase lunch hour dia tolong amikkan voucher dengan bayar sekali.
Bagus. Macam ni aku suke. Bertindak pantas. Hahaha!


Tapi aku dua orang dengan Akram je lah.
Sebab member aku tu ade hal dengan boiprennya.
So sesape nak join sabtu ni moh la kite berkenal-kenalan.
Cewahhh.


Yang best kat sini sebab ade kambing golek.
Aku tak makan sangat tapi Akram tu yang carik2 kambing golek.
Layankan je lah.


Kawan aku dah pergi makan kat sana tahun lepas.
Dia cakap memang best giler tak mengecewakan la.
Aku baca review dari blogger2 tahun lepas pon semua cakap nice.
Harap2 tahun ni pon okey lah.
Kalau tak okey mau aku amukan kat situ jugak.
Hahahha!


okbai.
With Love : Syazwana Jamal :)


4 comments

July 11, 2013 at 3:08 PM

Makan lagi!!!


baru puji dah kurus :P

July 11, 2013 at 3:12 PM

@Syazana Zainn
ala tak pernah berbuke buffet kat hotel. hihihi. setahun sekali katenye :P

nanti2 sambung diet balik. hikhik

Anonymous
July 12, 2013 at 8:43 PM

taun nie makan kat Pullman putrajaya hotel lak.hehe.gemok gemokk~~~wana,bler nak sampai nie....

-ajak

July 13, 2013 at 9:01 PM

salam ramadhan wana..
mtk maap kalo ade slh silap..
=)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal