Loading...

Tuesday, October 29, 2013

Menu Weekend Lepas.




Sesape yang tengah pose or diet tu aku mintak maap dulu bebanyak.
Aku pon diet tapi nafsu nak memasak tu meluap-luap.
Tak mampu ditahan-tahan.
Pantang nampak resepi best sikit laju je nak men-try.
Kakakaka.


Jadi ini adalah menu Sabtu lepas.



Lemon Chicken.


Lemon chicken ni semua gara-gara masa cuti raya haji aritu aku tertengok 5 Rencah 5 Rasa tu kat TV.
Dulu memang teringin nak masak resepi ni.
Tapi bila google2 resepi rasa macam alah malas la. Nanti2 la.
Sekali bila chef tu masak aku macam pehhhhhhhhhhh kacang goreng gila.
Terus zas-zas salin resepi.
Terus jugak zas zas berazam nak masak.


Bab2 makan ni memang dia punye zas-zas tu ade laju sikit.
Cuba bab2 lain. Harapannnnnnnnn.



Cheezy Omelette.


Poyo kan nak omputih bagai kan.
Tulis je lah telur dadar berkeju kan.
Mihmihmih.

Ini masa jumaat lepas tertengok kat page buku resepi kat pesbuk.
Terus rasa nak buat.
Dan sebenarnya aku nak buat untuk breakfast.
Kekonon la feeling2 mat saleh sikit kan bekpes omelette gittew.
Sekali feeling kemana omelette kemana sebab gas aku habes.
Konghajo betol. Naseb baik aku tak tuang telur lagi. Baru siap buat inti dia.
Tengah panaskan minyak nak masukkan telur elok je api padam.
Fuhhhhhhhhhhhh tertekan ahkak tau.
Last2 jadik lauk tengah hari saje.


Dalam tu aku buat kan inti dia guna daging cincang dengan carrot.
Pastu lapiskan dengan cheese.
Marvelos uolssss.
Tak kisah la cheese ke omputih ke bila dah bawak ke tengah hari terpaksa la makan dengan nasi jugak.
Terus tersedar dari feeling dan kembali kepada Jawe nya.



Kerabu sotong.


Yang ni sebenarnya aku nak padankan dengan Lemon Chicken tu.
Beria aku gugel nak carik sayur ape yang sesuai makan dengan Lemon Chicken.
Harapan nak jumpa.
Yang kawan aku dok suggest mashed potato la, cheese baked rice la, blablabla.
Aku ni dah la takde oven nak baked rice bagai ni.
Last2 termuncul idea nak buat kerabu sotong.
Terus gugel resepi.


Senang nak mampsss rupanya.
Bagus untuk si pemalas macam aku yang sukakan benda2 simple yet delicious.
Gitu.



Ni pulak menu hari Ahad. Nasi tomato dengan ayam merah.



Tak tau lah kenapa tekak aku asyik terbayang-bayang je nak makan Nasi Tomato.
Terus plan nak buat ahad tu.
Padehal boleh je nak beli kat pasar malam kan.
Tapi tak tau lah apesal saka kerajinan aku now memang menjadi-jadi rajinnya.
Cuba kalau dulu.
Dengar perkataan masak je rasa macam nak merempan je. Wakakakaka.
Mungkin dah tiba masanya.
Eh?


Dah jangan nak buat spekulasi.


Rupanya senang jugak nak masak Nasi Tomato ni.
Dah la sekarang aku macam dah hebat buat masak merah.
Terus gembira.
Wakakaka.


Dulu (cewah) aku memang benci kalau nak masak sambal merah ni.
Sebab end up mesti sambal aku tak dapat kaler yang cantik.
Macam pucat.
Tak merah. Die lebih ke-oren-nan.
Sejak daripada itu (cewah lagi sekali) aku memang mengelakkan diri aku untuk buat lauk masak sambal merah.


Sampai la satu hari tu (dah macam buku cerita kan) Akram request nak makan ikan kembung masak sambal.
And nak dijadikan cerita selalu aku guna lada kisar segera je.
So aku lupa nak beli.
Aku mintak housemate aku lada kering sikit.
Selalunya jugak aku main blender je lada kering + bawang sekali.
Tapi hari tu aku try blender asing2. Aku blender lada asing2.
Bawang aku blender asing2.
Bila aku masak tu tetibe menjerit sensorang "Huwaaaaaaaaaa cantiknya sambal aku"
Kakakakaka tak boleh bla kan.
Sendiri masak sendiri gembira.


Jumpa Akram je terus gebang cakap aku dah tau taktik masak sambal yang cantik.
Terus ulang2 sampai Akram nak pengsan dengar aku cerita. Ngagagaga.


Since daripada tu la self confidence untuk masak lauk sambal meningkat.
Syabas Wana *tepuk bahu sendiri sambil lap air mata*


Papadom tu aku beli dengan Akram tau kat pasar malam.
Aku memang seumur hidup tak pernah beli yang jenis camtu.
Aku selalu beli yang jenis segi empat kecik tu yang pakai timbang tu.
So aku tak tau yang bulat ni packaging die camne.
Sekali Akram amik benda ni. Bentuk die seyes macam belacan.
Alahai lupa pulak nak amik gambar.


Pastu aku cakap dengan Akram "Eh apesal nak amik belacan. Kan nak beli papadom"

Pastu Akram cakap "Inilah papadom. Tak tau ke?"

"Bukan la. Tu belacan"

Akram malas nak layan die pergi kat amoi yang jaga tu dia tanya papadom ade ke tak.
Sekali amoi tu amik benda macam belacan tu.
Wakakakaka. Beria Akram menganjing aku lepas tu.
Dem.


"Alaaaaaaaa tak pernah beli yang camni. Selalu beli yang timbang kecik2. Blablabla" Beria aku nak cover kan. Kekekeke.


Pastu malam tu Akram tanye la aku mintak die madu lebah nak buat ape.
Aku cakap nak guna masak Lemon chicken tu.
Kan guna lemon masam. So nak counter balik guna madu sebab chef cakap asal ingat manis je ingat madu. Cewahhh.


Pastu Akram cakap la madu lebah yang die bagi tu tak manis sangat. Sebab madu hutan.
Aku belasah je guna. Haha!

Akram sambung lagi "Kalau nak madu lagi manis tau ape?"

Ape? Aku tanya.

"Madu yang payung emas tu. Madu satu madu dua madu tiga madu empat"

Amboiiiiiiiiiiiiii kemahin lagi kau kan. malas nak layan.


Cakap pasal madu ni sape dengar Hot fm AM Krew pagi semalam?

Dorang discuss pasal benda yang kita cakap main2 tapi orang anggap serius.
Adalah sorang pemanggil ni call. Nama dia Nizam.

Dia cakap ada one day tu die main2 je cakap dengan bini dia camni "Saya suka la tengok kawan awak tu. Ape kate awak pinang dia" Camtu la lebih kurang.


Guess what?

Bini dia pinangkan betul2 perempuan tu.
And guess what lagi??

Perempuan tu best friend bini dia.
So selamat dorang bernikah beberapa hari lepas.

Adoiyaiiiiiiiii.

Memang BFF forever and ever.

BFF ku Madu ku.

Aku macam tak percaya dalam dunia ada perempuan terlampau baik hati macam tu.
Untung la kau Abang Nizam oi.



okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


10 comments

October 29, 2013 at 10:31 AM

hamboiiii. baiknya bini abam nizam tu -____-

kna mental kuat kot klo nk madu cemni :3

October 29, 2013 at 10:47 AM

Tak pernah masa semua yang Wana masak nih.. Terus iols rasa tercabar nak masak jugak.. Boleh gitew? Hehehehe.. Ayam lemon tu cam sedap diratah jer.. Hehe..
ZON PERMAISURI CHOMEL

October 29, 2013 at 12:15 PM

kemain rajin anak dara sorang ni skang.. dh ada bunga² nk mendirikan rumahtangga nmpknya..



pssst, jgn jd mcm isteri abg nizam tu.. bahaya.. hahahaha...

October 29, 2013 at 12:35 PM

smuanya sedap sedap. yum yum.

October 29, 2013 at 2:51 PM

waaaaaaa bestnyee. saya pon suka memasak. boleh la kite kongsi minat yg same! nak letak blog awk dlm list la, boleh selalu jenguk bila nak cari resepi. thanks! :)

October 29, 2013 at 3:09 PM

wana, memang bawang dengan lada kering blender dan tumis asing.. bagus ler ko dah jumpa solution. haha.. aku tau sbb mak aku masak utk meniaga cenggitu. so cenggitu jugak la aku praktikkan :p

October 29, 2013 at 3:17 PM

Wah...rajin bgt wana memasak ni..sya sndri x rjin cmni..semua sdp2 plak tu..mai jd jiran sya mai..leh tmpng mkn sdp2..hehe..lawa2 plak gmbr2 tu...

Untungla..bini tlg pinangkn madu tu..hehe..madu tu takmau..madu mnis2 tu sya mau la..haha..

Wana..bli oven cpt2..tntu seronok leh bking mcm2 jenis kek,desert ni..jgn lupa up entry eh nnti..hehe.. :)

October 29, 2013 at 11:04 PM

rajinnya memasak.. semuanya nampak sedap pula tu..

October 30, 2013 at 9:08 AM

amboiii.. sdp smua..serius smua ni kamu yg masak? :)

October 30, 2013 at 1:01 PM

tergoda tgk sotong tu..aish..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal