Thursday, October 24, 2013

Resepi: Steak with Shrimp Salad




Lets go!

Steak



Bahan-bahan (2 orang)

1. Daging lembu / kambing.
2. Bawang putih (3 biji)
3. Bawang merah kecik (sebiji)
4. Serai (sebatang)
5. Olive oil
6. Lada hitam (2 sudu besar)
7. Gula perang (2 sudu besar)
8. Serbuk paprika (1/2 sudu besar)
9. Serbuk stok perang (1/2 sudu besar)
10. Yellow mustard (1 sudu besar)
11. Tyme (1 sudu kecik)
12. Rosemary (1 sudu kecik)
13. Garam (1 sudu kecik)

Cara-cara:

1. Blender halus bawang putih, bawang merah, serai dengan lada hitam.
2. Gaul dengan bahan lain, olive oil, gula perang, paprika, yellow mustard, serbuk perang, tyme, rosemary dan garam.
3. Dah sebati boleh la lumurkan dekat daging. Perap ikot bape lame korang nak. Jangan makan berbulan dah la. Aku perap dalam 4-5 jam je.
4. Kalau ada oven boleh la guna oven. Kalau semikin macam aku boleh la guna non stick pan. Jadik jugek. Yela nak beli pemanggang ajaib tak terbeli-beli. Sadis.
5. Bakar ikot korang nak garing mana ok.
6. Apa lagi hidang laaaaaaaaaa. Laki dah tunggu tu. Eh?


Gravy.

Untuk gravy die actually kalau korang nak buat lain pon boleh.
Tapi untuk golongan pemalas macam aku yang semua nak cepat, sudah pasti banyak jalan penyelesaian. Hahahaha!

So bila korang bakar daging tu kan, ade lebihan bahan2 perap tu dalam kuali. Memang banyak pon lebihan dia.
Macam aku, aku cairkan butter sikit. Tambahkan tepung jagung bagi pekat.
Tuang susu cair.
Siap!

Hidangkan dengan daging tadi dan makan lah dengan gembira sambil feeling2 masterchef.
Gittew.



Shrimp Salad




Bahan-bahan (2 orang makan)

1. Udang sukati nak berapa ekor. Aku guna dalam 15 ekor kot.
2. Mayonis (2 sudu besar)
3. Cili sos (1 sudu besar)
4. Lemon jus (2 sudu kecik)
5. Daun kucai sikit (racik halus)
6. Paprika dan garam
7. Salad hijau segar


Cara-cara:

1. Udang ni aku siang buang semua kulit dia. Pastu perapkan kejap dengan steak sekali. Kejap je dalam 15 minit camtu. Kalau korang ade serbuk perisa steak yang jual kat pasaraya tu pon boleh guna jugak. Then campur sikit dengan chili flakes nak bagi die pedas sikit. Sukati lah nak letak banyak mana pon.

2. Grill kan udang atas non stick pan sampai masak.

3. Angkat udang. Gaulkan dengan mayonis, cili sos, lemon jus dan tidak dilupakan daun kucai.

4. Hias salad segar atas pinggan. Tuang udang tadi. Tabur sikit sebuk paprika. Pedepowwww siap!


Actually ada orang campurkan udang dengan buah avocado.
Tapi since avocado tak sempat nak peram sampai masak tak letak lah kite.
Next time boleh cuba.
Kalau korang nak letak buah avocado make sure beli awal and peram dulu sampai masak sebab kat pasaraya semua aku check semua yang keras lagi.

And kalau nak guna avocado, potong dadu gaulkan je sekali dengan udang tu.


Senang giler kan.


Ni shrimp salad masa aku makan kat Tony Romas dulu. Nak bandingkan size udang aku guna dengan dia guna dah failed. haha! Udang dorang guna besar gila kot. Tapi takpe yang penting rasa tu kene ade iras2.



Pasni nak try guna lamb pastu shrimp nak campur avocado pulak.
Tak sabarrrrrrrrrrrrrr.


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


11 comments

October 24, 2013 at 3:07 PM

Sedapnya salad udang tu..sy pnh mkn skali je..mmg duk tringat2..tima asih wana bg resipi ni..nnti bleh try buat ni :)

October 24, 2013 at 3:24 PM

sedapnya

October 24, 2013 at 5:26 PM

wahh... i loikee this recipe!!
maceh wana!

October 24, 2013 at 6:07 PM

sedapnya.. boleh cuba buat juga nanti..

October 25, 2013 at 10:08 AM

sedapnye! boleh try buat nanti ni.

October 25, 2013 at 12:05 PM

singgah & mohon doakan kesembuhan Adik yer

October 25, 2013 at 2:00 PM

singgah baca & ucap terima kasih sudi mendoakan Adik !

October 25, 2013 at 3:28 PM

sedapnyeeeee

October 27, 2013 at 9:48 PM

Ewah! Rajin pulak Wana main masak2 2,3 menjak ni.. Dah bo,eh dah tu.. Btw, thanks share resepi.. Nanti leh try wat.. Steak tu my feveret.. Nyummeh sangat! ^^,
ZON PERMAISURI CHOMEL

October 28, 2013 at 11:01 AM

terliur aihh tgk daging tu.. hangus mcm tu yg membangkit selera sebnrnya..;)

October 30, 2013 at 1:02 PM

alahai..

kena tutup mata lau sggh blog ni..

tergugat den tgk.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal