Loading...

Thursday, January 23, 2014

Garang







Korang tengok muka aku garang ke?
Aku rasa sweet je.
Kakakakaka. Pitam.


Tiap2 pagi aku akan hantar Sally pergi keje sebab tiap2 hari jugak aku akan tapau makanan untuk lunch kat kedai bawah opis dia siap2 before pergi keje.
Sebabnya kantin kat site aku ni makanan dia tak sedap.
Bukan aku cakap. Budak2 site aku cakap.
Aku memang malas la nak try sebab kantin tu penuh dengan lelaki je.
Ai kan pemalu. Kahkahkah.


So ada one day tu Sally cerita kat aku bos dia tanya pasal aku.
Lebih kurang camni la bos Sally cakap "Yang selalu dengan awak pepagi tu kawan awak ke?"

Sally jawab lah ye.
Pastu bos dia cakap muka aku garang.
Aku macam What?????????
Hahaha!


Pastu kat site aku ni memang dah banyak kali la dorang cakap ngan aku camni "Weh Wana ko jangan lah nak garang2 sangat"
Aku rasa aku takde lah garang mana pon.
Aku rasa lah. Orang lain rasa maybe lain.

Tapi kawan aku pernah cakap muka aku ni kalau tak senyum memang muka mintak penampar.
Kakakaka!
Muka berlagak gila.
Dan aku memang bukan jenis yang sesuka hati nak senyum kat strangers macam orang gila.
Kalau aku ni retis memang kompem la tetiap minggu keluar paper "Retis berlagak diva"
Padehal dah jenis susah nak senyum nak buat camne kan?


Lagi satu aku ni jenis yang sangat tak reti nak cakap dengan lemah lembut.
Dulu2 Akram selalu jugak sentap dengan aku. Lagi2 kalau tengah cakap kat henpon.
Dan lagi2 bila aku call dia baru bangun tido.
Dia cakap suara aku macam nak marah padehal aku cakap macam biasa.
Kadang2 kalau keluar ada masa2 tertentu pon dia sentap jugak sebab dia cakap aku macam marah dia.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii seriously aku tak marah pon. Aku cakap macam biasa.
Aku tak tau adakah suara aku ni garang sangat.


Kakak aku cakap aku singa berhati arnab. Kakakka.
Sebab muka nak garang tapi kuat nanges.

Tapi bagus jugak lah sebab lelaki2 kat site aku ni gatal2.
Dah kawen pon berlagak macam single.
Maka dengan muka dan suara garang aku ni, aku akan pastikan yang aku tidak akan dibuli.
Hahaha!


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

January 23, 2014 at 5:20 PM

Kalau orang tak kenal mesti dorang kata garang.. Samala siuasi kita wana.. Agaknya tu la sebab kadang2 orang tak berani nak tegur.. Huhu.. Padahal kita okay je kan? Kepala gile boleh tahanla.. Tapi disebabkan orang tak tau & tak cuba nak kenal dulu, tu yang jd nampak sombong.. Sian kita wana oii.. Huhuh..

January 26, 2014 at 7:04 PM

tak kenal maka tak cinta gitu. sebab tu tak tahu garang ke x.

nampak suwit adalah~

January 27, 2014 at 4:54 PM

nampak ayu..xgarang pun :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal