Monday, January 27, 2014

Sekitar nak dekat.




Bila makin dekat nak bertunang ni rasa macam nak hentak2 kepala kat dinding sebab stress gila.
Hahah! Over kan?
Padehal nak bertunang je pon. Nak kawen nanti entah hape pulak yang jadik.
Actually bukan stress pasal ape pon.
Stress sebab manjang nak bergaduh dengan Akram.
Pagi gaduh tengah hari baik, petang boleh bergaduh balik pasal benda lain.


Akram sejak dua menjak ni tahap kejelesan dia semakin menjadik-jadik.
Kadang2 rasa geram gila.
Benda2 kecik pon dia boleh nak jeles.
Pastu nanti asyik je la keluar ayat "Kalau awak tanak teruskan majlis ni terserah la"
Rasa nak tampar x?
Errrr sebenarnya aku yang selalu guna ayat tu dulu kat dia bila bergaduh.
So padan muka aku sekarang bila kene balik. Kakakaka.


Sebenarnya walaupon both of us bekerja dalam bidang engineering tapi skop kerja kitorang sangat berbeza.
Macam aku amik Civil Engineering dah tentu2 banyak gila jumpa lelaki kan.
Pastu keje pulak kat site. Dah sah2 perempuan ni golongan minoriti.
Akram ni dia macam susah sikit nak terima kenyataan tu. Hahah!
Dia rasa tergugat. Padehal aku ni kalau nak carik orang lain dah lama aku carik sejak bertahun lepas lagi takde makna aku nak tunggu Akram ni.


Macam Akram pulak, dia kerja bidang aircraft. Buat maintenance kapal terbang.
Kerja dia hari2 dok repair kapal terbang je. Benda yang sama. Environment pon ramai lelaki je.
Macam aku, hari2 ada masalah baru kat site.
Nak kene jumpa orang tu, orang ni, hantar drawing, kejar dateline, keluar pergi print drawing, masuk meeting, bla bla bla.
Akram risau betul kalau aku keluar2 dengan lelaki lain even lelaki tu nak tunjuk aku tempat nak print drawing je pon =__=


Tapikan dalam stress2 camni aku rasa macam tahap kesabaran aku semakin meninggi.
Kadang2 rasa macam aku dengan Akram ni dah terbalik.
Kalau dulu aku selalu emosi dengan Akram.
Dan takde istilah mengalah dalam kamus hidup aku.
Aku salah ke aku betul ke, Akram tetap salah. Hahah!


Now macam aku dah senang nak cool down.
Kadang2 tu aku yang pujuk Akram. Aku dah senang nak mintak maaf.
Kadang2 kalau Akram yang salah aku jugak yang pujuk dia.
Haah la. Seriously kitorang macam dah terbalik. OMG!
Apekah yang telah terjadik! *bunyik petir*



Kadang2 kalau tengah bergaduh tu memang dan2 tu rasa nak putus.
Nak cancel semua. Rasa give up. Memang memori2 indah terus hilang.
Dalam pikiran nak bawak diri jejauh je. Carik boipren baru yang hensem. Wakakaka.
Tapi bila dah tarik nafas panjang2 dah waras sikit dah.
Sebab tu bila marah jangan cakap bukan2. Macam aku memang banyak kali aku ingatkan Akram, kalau marah tolong jaga perkataan. Sebab Akram ni bila marah memang menakutkan. Tapi die cepat sejuk.
Macam aku pon, kalau marah memang rasa nak mencarut. Tapi sabar. Tahan.
Dan aku memang selalu ingatkan Akram, bila aku marah, tolong jangan mesej2 aku.
Aku tak suka. Huhu.


Lagi2 kitorang kan jauh.
Kalau dulu boleh la gaduh sikit je terus jumpa.
Gedik2 sikit dah baik. Kakaka.
Now payah sikit.

Macam semalam kitorang bergaduh pasal hantaran. Biasalah bila banyak pihak masuk campur masalah pon banyak.
Tengah cakap2 kat phone tetiba Akram letak sebab tension (seyes perangai aku dulu)
Dan selalunya tak kosser la aku nak call balik kan. Harus lah ego.
Semalam, tak tau kenapa aku call Akram balik. Padehal pihak Akram yang salah dan memang patot aku bengang.
Tapi tak tau lah macam ada aura positif menyerap dalam badan aku. Wakakaka.


Mungkin tuhan nak tunjuk kat aku macam tu lah Akram sabar layan perangai aku dulu.
Now hambik kau Allah tukarkan perangai masing2 sebelum kahwin.
Karma.
Ke?
Hihi.


Takpe. U can do it Wana!


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

January 27, 2014 at 4:41 PM

Hehe.. Terbalik sudah.. Apa2 pun Mieza doakan segalanya berjalan dengan lancar.. =)

January 27, 2014 at 4:53 PM

selamat bertunang..moga majlis berjalan dengan baik :)

January 28, 2014 at 9:55 AM

haha.. begitulah kami dulu sebelum tunang :p

January 28, 2014 at 11:26 AM

setan mmg suka kacau bila kt nak buat bnda baik..huhu

January 28, 2014 at 8:48 PM

selamat bertunang. semoga semuanya berjalan lancar..

February 5, 2014 at 11:54 PM

banyak bersabar ye sayang intan payung :D

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal