Thursday, January 16, 2014

Mission.


Jumaat lepas aku datang KL.
Misi untuk melengkapkan persiapan tunang buat kali terakhir bersama Akram.
Pukul 3 pagi tadi baru aku sampai JB balik.
Harini keje. Pehhh rabak gila mata.
Walaupon naik bas midnight tapi dalam bas memang aku payah nak dapat tidor lena.
Kejap2 terjaga.
Dengan bas yang sejuk nak mampos.
Memang lepas ni kalau aku nak naik bas aku angkut sekali selimut. Pedulik hape aku.
Dah macam nak beku aku duduk dalam bas tu. Tu bangsa2 dah pakai baju dua lapis siap jaket siap berstokin bagai.


Sebenarnya tujuan utama sebenar-benar tujuan datang KL sebab nak carik baju tunang.
Gila kau baju tunang tak dapat2 lagi. Mak aku dah bising dah sebab dia tanya aku tema tunang aku cakap aku tak tau. Kakaka! Aku malas nak pakai baju bridal. Macam over sangat.
Lagipon baju tunang ni nak sekalikan baju raya. So raya nanti tak payah lah aku meroyan nak carik baju lain. Sarung je baju tunang ni.
Hantaran aku tak payah pikir sebab mak aku awal2 dah cakap nak hantar kedai je.
Aku pon okey je lah sebab aku ni memang fail bab2 hias menghias ni.


Memula dulu aku nak tema hijau cair.
Tapi bila carik2 baju kemeja Akram payah gila nak jumpa.
Last2 aku cakap dengan dia, pakai je lah kaler ape pon. Aku dah malas nak pikir.
Dengan syarat kemeja Akram mesti lengan panjang sebab aku rasa macam formal sikit.
And a big no to baju melayu sebab aku malu. Dah macam nak nikah. Haha!
Dan kalau boleh taknak kemeja plain sebab macam tak best. Banyak kan songeh. :P


So Sabtu tu pukul 11 pagi kitorang dah keluar.
Plannya nak pergi Shah Alam sebab aku pernah dengar orang cakap baju2 kat Plaza Alam Central and PKNS tu murah & cantik.
Tapi before tu singgah Aeon Sri Kembangan dulu sebab nak ushar baju Akram.
Tapi tak jumpa.
So on the way nak ke Shah Alam tu Akram ajak singgah IOI Puchong dulu sebab dia cakap besar mall tu mana tau boleh jumpa. Aku okey je.


Sampai2 je terus masuk FOS sebab masa kat Aeon Bukit Indah haritu aku tengok kemeja lelaki dia lawa2.
Jumpa dua helai baju yang berkenan.
Dah la murah 2 helai 100.
Satu kaler kuning terang, Akram pilih.
Satu lagi kaler kelabu aku pilih. Aku kan suka gila kaler kelabu.
Tapi berfikir-fikir kalau jumpa yang lagi cun nanti camne?
So nyorokkan sikit dua helai kemeja tu belakang2 baju lain, kitorang masuk Brands outlet pulak. Kakakaka.


Masuk Brands outlet aku jumpa satu baju kaler biru yang agak cantik. Tapi malangnya takde size Akram.
Pastu ada satu baju kat Padini pon cantik kaler biru pink. Same kes takde size!
Tu yang aku bengang tu. Daripada kat Sogo dulu. Asal jumpa baju cantik je mesti takde size. Grrrrr.
Last2 Akram cakap takpe lah tak payah beli dulu.
Kitorang pon turun lah bahagian bawah. Masa tu Polo tengah buat promosi.
Ushar punya ushar tetibe jumpa lah satu yang lebih kurang macam baju kat Padini.
Kalini ni ade size.
Aku suruh Akram try. Boleh pulak sarung L. Selalu memang XL.
Tak banyak cakap tengok just nice je, Akram pon okey so terus bayar. Setel satu masalah.


Kitorang terus shoot Shah Alam.
Memula singgah PKNS dulu.
Parking kat dalam SACC Mall.
Belasah. Jalan pon jalan lah.


Memula masuk satu butik ni.
Jedan butik kot tak silap aku.
Tengok2 ada kurung moden cantik plain kaler pink. Kosong.
So nanti Sally boleh beading kan.
Bila tanya harga RM250. Mak aihhhh. Kurung kosong dah 250. Fengsan.
Marilah keluar.



Butik kedua aku masuk. Kaler memang cun. Beading pon cun. Kain chiffon. Memang dah sesuai dengan baju Akram. Tapi aku kalau boleh nak elak pakai peplum sebab aku rasa macam nampak gemok bila pakai peplum ni. Akak butik ni kemahin sangat puji aku dah macam puteri raja bagai. Cewah nak amik hati lettew. Lengan dia memang cantik sangat sebab ada zip. So takde lah berkirai2 lengan tu besau. Dekat bahu pon ada beading batu2. Eh cantik lah. Harga RM200. Aku rasa macam okey lah sebab batu tu cantik. Aku wassap Sally, dia pon berkenan. Tapi sebab ni butik kedua, so aku cakap dengan akak tu aku suka tapi aku nak jalan dulu. Sambil berfikir-fikir.






Butik ketiga, aku try dua baju atas ni.
Kurung moden kain chiffon. RM250.
Padehal simple je.
Akram suka design yang atas. Sebab bunga bawah tu menjalar sikit.
Tapi masalah kurung moden ni satu je. Baju dengan tangan sangat labuh.
Aku pakai size paling kecik. Size 36.
Dah la pendek. Kalau pakai baju kurung labuh2 ni memang nampak makin pendek.
So cancel.



Yang ni entah butik keberapa entah. Memang banyak gila kedai baju dalam tu. Gigih tak gigih je nak masuk satu2. Aku suka gila design kaler hitam ni. Dia kurung moden tapi princess cut (akak tu cakap lah). Aku suka sebab baju dia pendek sikit. So sesuai lah dengan aku yang pendek ni. Tapi malangnya takde kaler pink.



Yang ada kaler ni itupon size 40. Gila ape nak pakai size dua kali ganda size aku kan. Takpelah takde rezeki.


Masuk kedai2 lain semua takde baju princess cut macam aku nak tu.
Habes round PKNS kitorang masuk Alam Central pulak.
Alam Central baju tak banyak sangat.
Still tak jumpa.
Rasa macam nak nanges.
Akram cakap takpe. Dia ajak pergi Masjid Jamek pulak.
Tengok kat kedai yang kitorang selalu pergi untuk beli baju raya.


Time tu dah pukul 9 lebih malam.
Kawan Akram cakap Sabtu malam ada pasar malam. So maybe kedai pon tutup lambat.
Tapi kitorang sampai2 kedai semua dah tutup.
Pasar malam mana lah ada nak jual baju sangat pon kan.
Ada sorang akak tu cakap masjid jamek ni waktu2 raya je banyak baju kurung.
Hari2 biasa dorang banyak jual baju biasa macam dress and blouse.
Ok sedih.


So balik la kitorang sabtu malam tu dengan perasaan sedih.
Tapi kira okey jugak lah sebab baju Akram dah setel.


Plan asal jugak hari Ahad nak makan seafood kat Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor.
Tapi pikir2 balik dengan baju aku tak dapat lagi. Dengan banyak lagi list barang tak setel.
Akram keje Ahad pagi tu.
Kalau nak tunggu Akram balik keje pastu pergi masjid jamek baru pegi makan seafood memang tak sempat la sebab konon2 nak tengok sunset. Wakakaka.
So Akram cakap takpelah kite settlekan benda2 penting dulu. Makan kite carik hari lain.
So Ahad pagi kitorang pergi Nilai 3 dulu sebab aku nak beli barang2 nak buat mini pelamin.
Pastu baru pergi masjid jamek carik baju.


So dalam pukul 12.30 tengah hari camtu kitorang gerak pergi Nilai 3 dulu.
Memula survey untuk beli pasu nak letak bunga tisu.
Ni semua idea Sally.
Kalau harap aku, aku nak pergi bridal je. Tapi nak yang murah. Wakakaka.
Bunga tisu tu semua Sally setelkan.
Aku bayar bahan2. Ada la tolong gunting sikit2. Pastu aku datang KL.
Pagi tadi Sally cakap satu kaler dah setel. Kikiki. Bagus kawan aku sorang ni.


Daripada aku survey pasu bunga yang aku nak tu paling murah kat Thank Q ke ape nama kedai tu.
RM13 jer.
Aku tengok kedai lain semua mark up harga. Paling tinggi sampai 20++
Tak payah fikir banyak. Terus beli kat kedai memula tadi.


Dah siap setel barang semua dalam list, Akram suruh ushar2 baju pulak.
Dia cakap target sampai 6.30 petang. Kalau tak jumpa jugak terus shoot masjid jamek.
Bayangkan daripada tengah hari kitorang kat Nilai 3 tu. Dengan tak lunchnya. Breakfast je aku buat sandwich ayam.
Sally wassap aku tanya kat mana, aku cakap kat Nilai 3 lagi.
Dua jam lepas tu still kat sana lagi. Hahah! Gigih tak gigih kan.


Tapi Nilai 3 pon tak banyak sangat baju. Banyak kurung moden yang labuh2. Kaler pink pon tak banyak. Heran aku. Padehal aku rasa kalau aku tak carik kaler pink melambak pulak depan mata aku. Jubah ni aku jumpa kat salah satu kedai. Cantik. Sebab macam dress kan. Tapi Sally cakap aku tak sesuai pakai kaler2 gelap camni. Nampak macam gemuk. Aku pon rasa macam tu. Orang pakai kaler gelap la nampak kurus kan. Aku terbalik. Tapi aku cakap dengan Akram aku nak jugak beli satu standby. Mane tau kot2 kat Masjid jamek tak jumpa jugak baju, memang aku lenjan je lah jubah ni. Murah pon murah. Baru RM55. Kain swiss silk kot.



Aku tunjuk gambar ni kat kakak aku. Kakak aku cakap murah gila RM55. Siap suruh aku patah balik kedai ni die nak kirim satu. Hahaha! Sebab masa ni aku dah keluar dah. Tak beli lagi. Dah setel semua baru aku datang balik kedai ni. Beli kaler coklat dua dari kanan tu. Akak aku amik size M aku amik size S. Kaler yang sama. Boleh la tambah2 baju raya. Hahahaha! Baru bulan 1 dah pikir pasal raya.



Cantik tak? Sama macam baju hitam kat atas kan? Kedai ni antara deretan kedai belakang dan terakhir yang aku masuk. Kira kalau takde memang terus pergi Masjid Jamek. Tapi sayangnya kaler pink takde. Sobssss. Baju ni nampak macam dua lapis kan? Tapi sebenarnya baju dengan kain bersambung. Cuma baju tu boleh la angkat2 sikit. Bahagian atas sambung dengan kain bawah sekali. Yang ada kaler ni, biru, kaler apetah lagi. Sedih aku.



Tapi alhamdulillah kat kedai yang sama ni jugak aku jumpa baju tunang aku.
Kurung moden tapi tak labuh macam yang selalu jumpa.
Tak fully pink tapi still ada pink2 sikit.
Lace dua tingkat.
Aku wassap Sally. Dia cakap cun.
Aku suruh Akram pakai kemeja dia sekali. Suruh akak kedai amikkan gambar.
Tengok2 macam okey je. Terus bayar.


Harga baju atas ni dengan baju aku Rm200. Tapi Akram dapat tawar 140.
Okey lah daripada kat Shah Alam semua harga nak 250.
Padehal simple je. Kain lebih kurang sama je.


Baju tunang haruslah rahsia. Hahaha!
Naseb baik Akram jenis yang kaki sopink jugak. Takde lah rasa bersalah sangat hangkut dia.
Kekadang tu aku yang penat, Akram steady lagi.



kredit : mynameisztee.blogspot.com (google)


Balik tu pulak Akram tanya nak makan mana.
Laju aku jawab Wong Solo.
Pehhhhh kepuasan berganda.
Satu sebab kenapa aku suka sangat makan Wong Solo ni sebab dia bagi sayur terung berlado. Sedap nak mampos.
Pastu die ada satu sambal lain yang pedas2 manis sikit tu.
Ya Allah terliur balik dah aku ni.


Before pergi keje pagi tadi cecepat timbang berat sebab keje melantak je kat KL. Hahah!
Naseb baik tak naik sangat. Sebelum pergi 52.4kg.
Pagi tadi 53kg.
Aku akan pastikan at least hujung bulan ni berat aku jadi 50kg.
Doakan!


okbai.



8 comments:

  1. bila tu tarikhnye tu?
    baju y rm55 tu murah la,,

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, selesai satu masalah ye.. =)

    ReplyDelete
  3. sama la wana.. aku susah nak cari baju atas faktor ketinggian. haha! baju nikah & sanding terpaksa custom made semua! habis duit aku :p

    ReplyDelete
  4. semua cntik..tp akak lbh suka yg last tu sb kain flowy.. feeling princess gitewww.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. cantik la.. persiapan tunang dah mcm periapan kawen.. bz kemain tu.. hihi..

    ReplyDelete
  6. For me la kan, kurung moden better tempah sebab yang ready made cutting tak sama dgn bdn kita. Nmpk tak cantik bila pakai haha. Saja nk nyibuk hahaha

    ReplyDelete

What says U?