So pagi Hari Bertunang 31/1/2014 tu aku pon bangun awal dengan perasaan gembira.
Cewahhh takdelah nak awal sangat pon. Malam tu pon aku tido dah pukul 1.30pagi.
Bila kawan2 tanya "Ko neves tak?" Emmm serius tak tau nak jawab ape.
Sebabnya aku ni susah sikit nak neves awal2.
Selalunya aku akan neves 5 minit sebelum sesuatu perkara.
Contoh macam exam, test & presentation.
Masa aku nak present FYP kat Universiti dulu, aku tak neves langsung. Sampai aku jadi takot kenapa aku nak neves. Hahah!
Bila dah dekat2 tu dalam 5 minit sebelum tu barulah rasa neves tu datang.
Disebabkan pagi2 takde potographer maka aku dengan Sally pon berangan2 la amik gambar baju macam ni. Kekeke
Dan disebabkan aku bertunang Hari Jumaat iaitu penghulu segala hari yang amat barakah, maka timing memang kene betul2 tepat.
Yelah orang nak solat Jumaat lagi.
Pulak tu masa Raya Cina haritu memang pack giler jadual untuk orang blok aku.
Ada yang nak nikah lepas asar, ada yang nak rewang untuk majlis sabtu dengan ahad, ada yang nak hantar pengantin, ada yang nak get ready untuk majlis tunang esoknya, eh macam2 lah, maka majlis aku pon adalah berlangsung dengan sangat pantas.
Pagi tu sedara-mara aku dah start datang.
Tak ramai ayah aku jemput sebab makcik pakcik aku ramai duduk luar Johor. Mana yang duduk Muar & JB je yang dapat datang.
Pukul 9pagi Akram call aku yang dorang dah gerak dari Pontian. Kitorang bajet belah Akram datang 10 kereta which mean dalam 40-50 orang.
Sekali Akram cakap ada 12 kereta. Hamek kau.
Naseb baik ayah aku memang standby masak lebih.
Kitorang masak lauk kampung. Nasi putih, ayam goreng tepung, ayam ungkep, ulam-ulaman, sambal berlada ikan masin, ape entah lagi. Lupa sudah. Hahah!
Pastu mak aku standby masak mee rebus 10kg. LICIN!
Ayah aku cakap ni baru tunang. Pastu tepuk dahi. Hihi. Nak buat macam mana. Family Akram ni memang ikatan ukhuwah dia sangat kuat antara family. Kalau ada function apa2 memang semua orang akan join kalau free. Kalau macam aku, family kurang sikit. Orang blok yang kuat. Orang FELCRA katekan.
Pukul 12 lebih kot Akram dah sampai area rumah aku.
Aku memang dah warning Akram awal2 supaya sampai rumah aku on time. Kalau lambat aku soh die balik. Kekeke. Macam lah berani kan :P
Memula plan nak booking homestay sebab kesian yang perempuan nak tunggu lelaki habes sembahyang jumaat.
Tapi homestay kampung aku full!
Naseb baik kat depan simpang kampung aku ada surau yang memang bukak untuk public.
So dorang pon berkampung kat situ.
Akram datang rumah aku dulu sebab nak amik kek untuk letak atas dulang dia. Siap duduk makan lagi. Hahah! Selamber.
Dah siap2 sume dia pon berambus lah. Kang ape pulak orang cakap. Gatal sangat nak bertunang. Kekeke.
So dalam pukul 1 tengah hari macam tu semua orang dah start tanya aku bila nak tukar baju.
Sebenarnya aku plan nak tukar baju lepas mekap. Tapi mak andam aku lambat gila sampai.
Aku call, dia cakap baru nak gerak. Walaupon rumah dia dengan rumah aku dalam 15 minit je tapi aku tanak lah rushing2 kan.
Sempat aku mengketedarah dulu sebab lapar punya pasal.
Bapak aku siap pasang meja makan panjang tu kat beranda rumah. Berguna jugak bapak aku buat beranda besar2. Senang. Tak payah pasang khemah. Letak je meja panjang untuk majlis2 tu kat beranda. Bapak aku cakap nak suruh makan kat lantai malu pulak.
Mak aku pon dah stand by set catering dia siap2 untuk majlis ni.
So dalam tengah hari before solat Jumaat tu belah perempuan lunch dulu.
Dalam 1 lebih camtu kot mak andam sampai. Naseb baik.
Kalau tak memang aku dah bertukar jadik singa dah time tu.
Sudahnya bila family Akram dah sampai, aku still tak siap mekap lagik.
Naseb baik baju dah siap2 pakai dah.
Serius tension. Dah la aku punya cermin solek kat luar bilik. Pastu langsir yang tutup cermin solek dari ruang tamu tu mak aku dah cabut. Nak tanak Sally terpaksa cover aku guna langsir bilik masa aku nak pakai shawl.
Kekeke. Korang mesti tak paham kan. Buat2 paham je la k.
Aku tak ingat pukul berapa rombongan Akram sampai. Tapi tak silapnya tak lama lepas solat Jumaat dorang terus sampai.
Gambar bawah baju kotak2 tu pakcik aku duduk JB. Adik ayah aku yang paling hensem. Kekeke. Datang2 bawak sekotak otak2 yang dah siap bakar. Otak2 kempas pulak tu. Pehhhh. Sepinggan penuh aku habeskan.
Bawah kanan tu kakak sulung Akram. Bawah kiri dah tak payah diperkenalkan kan kot. Bapak ku yang berbangsa Jawe. Kekekek.
Pihak aku diwakili oleh orang blok aku jugak. Yang berbaju melayu purple tu. Actually kira macam sedara lah jugak. Anah buah dia kawen dengan Maksu (adik mak aku). Esoknya anak dia yang sebaya aku pulak yang bertunang. Pihak Akram diwakili oleh Pakcik dia yang baju putih tu. Tapi tak ingat lah Pak Lang ke Pak Anjang. Heheh. Baru sekali datang rumah dia masa raya. So belum habes berkenalan lagik. Baju biru kiri sekali tu Pakcu Akram. Pon aku pernah datang sekali rumah dia masa raya. Kuew tiow die masak sedap gila!
Naseb baik mak andam sempat siap mekap before kene panggil keluar. Kalau tak memang menempah malu betul. Aku asyik kene marah dengan mak andam je sebab kemam2 bibir. Aku kalau pakai lipstik memang suke jilat bibir pastu kemam bibir. Dah satu hal nak menahan diri dari nafsu untuk menjilat bibir.
Sebelum keluar adalah lebih afdal jika berpoyo-poyo di depan kamera. Kekeke. Okey2 3 keping je sebab aku pon rasa macam nak pitam je aplod gambar sendiri bebanyak.
Orang kuat majlis, Sally. InshaAllah aku kawen nanti dia akan jadi double triple kuat. Kekeke.
Seriously kalau korang nak bertunang ke kawen ke jemput lah at least sorang bestfren yang sangat2 boleh diharap untuk bantu korang.
Kalau tak bantu korang pon at least dapat dengar korang membebel dah cukop baik dah. kekeke.
Kawan2 aku yang kat KL tak dapat datang sebab aku buat Jumaat.
Kalau aku buat sabtu dah semangat dorang nak datang.
Tapi takpe sebab kawen nanti memang aku book awal2 untuk dorang cuti.
Tak lama lepas tu dorang panggil aku keluar.
Time tu dah start dah neves sikit.
Ingatkan keluar dan-dan terus sarung cincin. Rupanya kene duduk dulu atas pelamin.
Wakil family aku pon tak habes baca2 doa lagi.
So memang malu giler lah time tu dok sorang2 atas pelamin.
Walaupon Sally duduk sebelah aku, tapi haruslah orang fokus kat aku kan. Cewah perasan pulak.
Sambil2 duduk atas pelamin tu ushar2 jugak lah kat luar bakal tunang aku tengah buat ape. Kakakaka!
Seriously untuk hilangkan neves, aku memang asyik je bercakap atas pelamin.
Sampai family Akram cakap dah kenapa aku tak berhenti bercakap.
Memalukan. Cewahhh. Tapi nak buat camne kan.
Aku dok membayangkan kalau bersanding nanti lagilah malu. Hahaha!
Tapi time tu bersanding berdua. Maybe boleh kenyit2 mata kan. Takde lah bohsan sangat. Kekeke.
Pastu dok tanya Sally Eh ok tak duduk camni. Sopan tak? Nampak gemuk tak?
Ngagagaga. Kalau dah gemok tu gemok lah jugak. Gigih jugak nak cover dengan cara duduk kan.
Tapi dengan mak2 aku sekali komplen aku banyak cakap atas pelamin.
Alah lek ah kan.
Kang neves sampai pengsan kang dorang jugak yang gelabah kan kan kan.
Tetibe teringat masa resepsi Dr. Halina dengan Sheikh Muzaffar masa dorang kawen dulu.
Memang semua orang perasan masa dorang jalan nak pergi pelamin Dr. Halina asyik je bercakap.
Mungkin orang banyak cakap ni akan dapat baby comel kot. Eh?
Wakakaka.
Gambar dari potographer yang super terang tak macam henpon cikai aku. Sampai tenggelam kaler bunga aku.
Album dah siap tapi aku lupa nak mintak softcopy.
So aku aplod je lah ape yang ada ye.
Masa untuk sarung cincin. Yeayyy! Kekekeke
Peristiwa penyarungan cincin adalah super pantas sampai Encik Photografer terpaksa suruh berlakon lagi sekali. Hahah!
Alhamdulillah :)
Aku cakap dengan potografer nak amik gambar camni. Konghasam kawan2 aku tinggalkan aku sensorang. Cisss. Kawen nanti aku paksa amik gambar sengal2 dengan aku.
Apehal ko putih sangat Sally?
Comel gambar ni. Huhu.
Kanan tu Didie. Kawan sekelas masa kat Universiti. Satu2 nya kawan zaman U yang stay kat JB sebab dia orang JB. Yang lain semua stay KL.
So Didie je lah wakil yang datang.
Siap sesat2 nak carik rumah aku.
Tq so much Didie.
Aku kawen nanti nak paksa Didie pakaikan Inai cecantik kat tangan sebab didie ni sangat amat hebat melukis. Seyes tengok die melukis anime zas zas zas siap. Cun pulak tu.
Berbulu aku tengok sebab cantik sangat. Siap boleh buat komik kau.
Orang kuat jugak. Ibu dan ayah :')
Si emon sebelah aku senyum lebar sungguh. Tau la dah ade tunang sekarang. Ekekeke.
Perhatikan anak buah aku yang paling kanan tu. Yang kakak aku pangku tu. Sebenarnya ada 3 gambar macam ni dan semua gambar dia tengah pandang aku. Hahah! Lagi satu gambar freestyle orang tengah buat gaya dia still pandang aku. Entah ape yang ditenungnya tak tau lah. Mungkin selama ni muka aku macam mak lampir kot. Bila kene mekap Yaya pon rasa cantik sungguh makcik dia ni. Kekeke. Perasan!
Ehem ehem.
Over kan dua2 depan tu. Mentang anak takde. Kakak aku dah nak masuk anak ke empat. AKu baru nak tunang. Sobss.
Ni semua kazen2 Akram kot. Tapi belum sempat ingat nama. Nanti2 kite berkenalan lagi ye. Hihi
Bakal family :)
Paling kiri pakai cermin mata tu lah Ilah. Kalau korang ingat cerita dia. Alhamdulillah dah boleh jalan. Cuma tangan kanan still belum ok sangat. And cakap pon still kurang lagi. Tapi dah boleh jalan kira okey lah kan :)
Dua kesayangan. Tapi harus lah sayang Akram lebih. Kekekeke :P
Ni pulak makcik2 Akram. Belum habes berkenalan lagik. Cuma paling kenal yang bawah paling kanan tu lah. Kot tak kenal bakal mak mertua sendiri memang nak kene luku la. Kekeke.
Kitorang takde sesi outdoor. So gambar2 poyo camni je lah. Cantik tak shawl aku? Semua Sally yang buat. Nak harap aku memang setahun pon tak siap.
Paling kiri tu bestfriend Akram. Senior aku jugak.
Gambar dengan makcik pakcik aku takde.
Sebab dorang busy layan tetamu makan.
Maklumlah tetamu macam dah majlis kawen. kekeke.
Akram pon kene balik awal sebab dorang nak singgah umah sedara yang buat wedding.
So tak dapat lah kami bermesra-mesraan lama sikit.
Mati lah ayat camni kan.
So begitulah cerita tunang aku. InshaAllah majlis tahun ni jugak tapi tarikh rahasia dulu. Doakan semua lancar okey? Dugaan tunang ni memang mencabar.
tahniah awk
ReplyDeletecomel
alhamdulillah.. tahniah dah bertunang.. :D
ReplyDeleteHuu comey sgt kak wana. Congratzzzz. ^_^
ReplyDeleteTahniah...
ReplyDeletedah boleh start prepare persiapan kawen tu :)
Cantiknyer... tahniah dear.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan seterusnya.
Cantiknya Wana oii! Tahniah lagi sekali.. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti ye.. Jgn lupa layangla kad jemputan sekeping ke kite ni.. heheh..
ReplyDeleteatototo. suwit muwit seme
ReplyDeletebaju cantik
make up cantik!
:D