Thursday, August 28, 2014

Lelaki giler atas jalan raya.




Semalam aku balik keje awal. Bulan ni hampir setiap hari jugak lah aku balik pukul 7 lebih.
Sebab mengejarkan dateline.
Disebabkan semalam aku rasa otak aku macam tepu gila, so pukul 6 lebih aku dah balik.
Perut tak lapar tapi hati terasa2 macam nak makan. Tapi otak tak boleh berfikir nak makan ape.
Last2 singgah Mydin beli ais krim je. Haha!

Masa nak balik rumah tu aku drive la macam biasa.
Jalan dari Nusajaya ke Larkin ni macam hiway. Ada tiga lane.
So macam biasa aku drive la ikot lane tengah. Dalam 90-100km/h je.


Tiba2 sampai area bukit indah ada sebijik kereta ni. Dia duduk lane kiri.
Depan dia ada kereta lambat.
So dia nak masuk lane aku la.
Masalahnya dah la tak bagi signal pastu aku kan laju. Bila dia nak masuk lane aku dengan tak bagi signal aku bagi la lampu tinggi.
Selalunya bila aku bagi lampu tinggi samaada kereta tu akan masuk lane aku dengan laju or dia masuk balik lane dia tunggu aku lepas.


Tapi kereta semalam ni gila. Dengan takde signal dia masuk lane aku slow giler sampai aku kene brek. Pastu kalau terus masuk takpe. Ni ko bayangkan dia boleh pergi duduk tengah line antara lane kiri and lane tengah.
Dengan slownya.
Pastu aku bagi je la lampu tinggi lama2.
Aku malas nak tekan hon.


Pastu bila dia dah masuk lane aku pehhhh boleh pulak bawak slow 60-70km/j saje nak bakar aku.
Last2 aku malas nak layan aku masuk lane kanan.
Masa nak potong tu aku tengok la kereta tu. Lelaki. Dah la tak hensem. Buat salah boleh buat muka kerek pulak.

Yang tak boleh bla nya bila aku dah masuk lane kanan, eh dia konon nak pedajal aku la.
Dia masuk lane kanan jugak sambil pasang lampu tinggi.
Giler saiko kan?

Tapi yang kelakarnya disebabkan dia bawak lembab, ada kereta belakang dah high beam kat dia so nak taknak dia kene masuk balik lane tengah.
Kahkahkah.


Pastu aku terus je pecut laju balik rumah.
Selama ni kalau ada kereta bawak macam haram semua salahkan perempuan.
Zaman sekarang ni dah tak valid ok.
Lelaki pon kenkadang bawak kereta macam nak kene sumpah seranah.


Ish sampai sekarang aku terbayang lagi muka kerek mamat tu pandang aku bila aku toleh kat dia.
Nak muntah.





With Love : Syazwana Jamal :)


2 comments

August 28, 2014 at 2:34 PM

Tulah bila atas jalan raya mesti salahkan perempuan bila ada kesalahan jln raya.. lelaki pun ada juga tau.. pernah jugak jumpa orang macam tu.

August 28, 2014 at 8:23 PM

KAlau kite pun bengang kot kalau kena macam wana ni.. Selalu gak kena, tapi hubby la drive.. sakit jer rasa ati.. Yg paling sakit ati tu, kita dah bagi high beam pun dia boleh buat tak reti.. Grrr..!
Rosmiza Ali Official Blog™

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal