Loading...

Wednesday, February 4, 2015

Allah Maha Penyayang dan Dialah sebaik-baik perancang




Wah tajuk sangat lah berilmiah gitu kan. Bahaha!
Tak2 aku bukan nak bagi Tazkirah.
Nak cerita pasal kereta je pon.

Diam tak diam dah 2 tahun 7 bulan dah kereta kecil warna purple boleh ku bawa jumpa nenek pon pon pon kereta kecil ku berbunyik. Ok dah start mengarut.
Selama dua tahun lebih ni aku memang belum pernah tukar tayar lagi.
Milage dah nak masuk 70k dah.
Tahun lepas ada buat rotate tayar depan ke belakang, tayar belakang ke depan sebab tayar depan dah botak dah. So nak bagi dorang botak bersama-sama nanti aku terus tukar je empat2 terus.
Naseb baik pakai viva je uols setakat nak tukar empat2 tayar tu takda lah sampai kepala aku pon turut botak. Kalau pakai Honda mau menangis menggigil gugur jugak bulu2 ketiak aku.

Nak dijadikan cerita minggu lepas memang aku plan nak tukar tayar kereta pon sebab Akram nak balik JB. Aku bukan pandai sangat pon nak pergi kedai tayar sendiri sorang2.
So okey la kan.
Minggu sebelum tu aku takda naik KL jumpa Akram sebab minggu sebelum tu dah jumpa. Akram tak bagi selalu sangat naik bas.
Selalunya bila aku tak pergi KL or Akram tak balik JB memang aku balik Kota Tinggi rumah parents.
Tapi minggu tu aku macam tergerak tanak balik. Padahal mak aku ada jugak call tanya tak balik ke sebab kakak aku balik jugak.

Padahal lagi aku takde buat apa pon kat rumah.
Tapi hati aku macam tergerak tanak balik. Lama jugak aku fikir nak balik ke tak sebab takut bosan.
Ikot hati memang nak balik. Boleh berehat-rehat tengok TV. Tak payah masak tau2 nanti makanan dah siap atas meja makan tinggal makan je. Pastu tido. Bahaha!
Tapi aku ikot jugak gerak hati aku yang tanak balik tu. So weekend tu memang aku duduk rumah je. Oh sabtu pagi tu ada pergi pasar jap.

So Isnin tu aku pergi keje macam biasa. Tapi aku macam tak sedap hati sangat sebab aku rasa kereta aku bergegar sikit.
Tapi aku buat lek wat peace je walaupon Akram banyak kali pesan kalau rasa something je terus berhentikan kereta tepi jalan.
Nak dijadikan cerita, hari selasa kat tempat keje, masa tu aku nak keluar pergi tapau lunch. Pukul 2.30 petang masa tu, tergerak hati aku nak check tayar. Selama ni aku sampai kereta terus start kereta terus bla. Haritu hati aku tergerak nak check semua tayar. Dan poffff, tayar belakang aku belah kiri flat!



Aku terus whatsapp akram gambar tayar lepas tu terus call dia suruh tengok gambar tu.
Lepas tu Akram call balik suruh pergi try pam tayar kat stesen minyak mana2. Masa tu aku dah cuak la jugak. Aku ni semua benda kan nak gelabah. Lepas tu mesti nangis. Padahal arahan Akram senang je. Try carik pam minyak paling dekat, try pam dulu. Haha!

Ok la kan. Site aku kat depan legoland tu, so aku drive la pergi Petronas Gelang Patah paling dekat aku rasa. Sampai sana try2 pam apasal angin tak masuk. Terus call Akram lagi nangis2 cerita. Rupanya kene guna button yang paling kanan tu sebab tayar dah flat habes. Okey la fine.
Try punya try sekali okey. Tayar naik balik. Aku perati tayar ni takda pulak angin keluar, maknanya dia tak bocor.

Dan nak dijadikan cerita lagi, tergerak hati aku nak check tayar tu bebetul kenapa angin boleh keluar kan. Dan poffff

Tayar aku dah teruk bebeno!!! *ketuk kepala sendiri*

Tayar tu masalah kat satu bahagian je. Mungkin Allah nak tunjuk kat aku masalah kereta aku, so elok aku parking nak pam tayar, bahagian bermasalah tu boleh position tepat2 kat atas. Alhamdulillah. Kalau position dia kat bawah memang aku tak nampak lah kan masalah dia. Syukur.

Lepas tu terus call Akram, Akram cakap boleh bawak tapi slow2 je lah.
So aku pon balik la opis bawak slow2. Terus mesej akak aku.
"Kak rupanya kan tergerak hati tanak balik kampung aritu ada sebab. Tayar tunggu masa je nak pecah!"
Kakak aku pon terkejut tengok tayar macam tu. Yelah sampai dah keluar wayar semua tu kan.
So malam tu aku balik keje lambat sikit sebab nak bawak slow2 sampai rumah. Kalau tak tau tayar tu jadi camtu memang laju je la aku bawak. sebab dah tau kan sape tak cuak weh.
Malam tu jugak abang ipar aku tolong tukarkan tayar spare viva yang comel tu.

Hari khamis malam tu Akram dah balik JB sebab Jumaat dia cuti.
So Jumaat tu dia hantar aku pergi keje terus tukarkan tayar kereta. Mula2 nak buat kat Perling tapi kedai tu tak bukak. Ada yang bukak lambat la tak banyak choice la. So Akram buat kat Taman U kot.
Before ni kereta aku pakai Silver Stone so Akram try guna Good Year pulak. Good year ni aku tengok macam tebal sikit. Ok la kot.

So total empat tayar tukar + balancing semua + dia ada tukarkan rod apa benda tah aku pon tak paham = Rm650.

Lepas ni kene bawak kereta elok sikit. Jangan nak melanggar lubang je. Haha!
Sampai sekarang aku membayangkan kalau lah minggu tu aku balik kampung, dengan tayar macam tu, dengan jalan nak balik Kota Tinggi tu berbatu, berlubang, fuhhhh tak boleh nak bayangkan. Wallahualam.
Terima kasih Ya Allah.

bye.



With Love : Syazwana Jamal :)


4 comments

February 4, 2015 at 3:16 PM

hebat ko guna tayar sampai botak licin camni. haha

February 4, 2015 at 3:40 PM

Assalamualaikum wana.... amboi lama bebenor gasak kete tu yerr... kalu hubby kan selalu ckp kat sy... reti naik je hehehe.. myk pun tak reti nak isi.. terukkk T_T

February 4, 2015 at 5:57 PM

kita perempuan memang pandai bawak je..

bab2 camtu serah pada suami la.. hahahaha..

February 4, 2015 at 9:40 PM

Nsb bek ikut gerak hati..
mmg dh truk tayar rupa mcm tu..
Alhamdulillah xde pape..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal