Monday, February 2, 2015

Sorry seems to be the hardest word




Last weekend aku buat sesi luahan perasaan kat Akram. Aku cakap dengan die seumur hidup aku ni tak pernah sekali pon aku berdendam dengan orang. Tak pernah sekali pon aku tak pernah maafkan orang. Walau macam mana besar pon kesalahan yang orang buat pada aku. Tapi, orang selalu sangat sakitkan hati aku, sakitkan perasaan aku.

Akram cakap aku patot bersyukur. Tak semua orang mampu nak maafkan orang lain macam aku buat. Tapi tulah, kadang2 aku rasa aku tak patot jadi baik sangat. Hahaha! Kadang2 aku kene belajar pentingkan diri sendiri jugak.

Yes, aku jenis yang sangat pemaaf. Kadang2 ada jugak aku cakap tanak maafkan orang tapi dalam hati aku sendiri aku tak pernah tau macam mana perasaan dendam tu sebab aku tak pernah rasa.
Aku selalu tertanya-tanya sifat pemaaf aku ni sebenarnya satu kelebihan atau kelemahan?
Bila aku muhasabah diri sikit, aku senyum. Mungkin ini anugerah Allah yang tak ternilai pada aku. Mungkin sifat pemaaf aku ni akan bantu aku untuk ke syurga, InshaAllah.

Bukan semua orang mampu memaafkan kesalahan orang lain dengan ikhlas. Aku rasa mungkin jugak aku kurang stress sebab aku jenis yang tak amik port sangat pasal orang lain. Bila orang buat salah dengan aku, memang aku marah mula2. Lepas solat, doa banyak2 pada Allah, alhamdulillah rasa tenang sikit.

Sekarang ni aku dalam keadaan yang sepatutnya aku kene gembira supaya kesihatan aku tak terjejas.
Tapi boleh kata hari2 mesti aku rasa nak menangis.

Baru2 ni aku diuji lagi. Aku tak pernah jumpa orang yang terlalu ego untuk mengaku kesalahan sendiri yang dah memang terang2 salah dia. Dua hari aku menangis dalam bilik sampai Akram pon ikot nangis sekali. Barang yang paling aku sayang dihilangkan. Dan orang yang bertanggungjawab tu mati2 tanak jumpa aku bercakap apatah lagi nak mintak maaf.

Masa mula2 aku tau, aku terus nangis, aku takda mood. Akram dah risau sebab dia tau aku ni kalau mengamuk memang boleh bergegar dunia. Tapi aku dah tanamkan azam dalam diri yang aku takkan marah2 lagi. Cuma tu lah. Bila aku takda mood, aku akan diam. Aku takkan nak buat muka senyum, ketawa apatah lagi bergurau-senda. Aku boleh tak bercakap doplohpat jam bila aku sedih. Muka aku jangan cakap la. Rasanya kalau kemasaman muka aku waktu tu boleh diukur dengan nilai PH, mesti dah sama PH dengan cuka. Bahahaha!

Sampai Akram cakap jangan la masam2. Yang buat salah tu sorang. Takkan nak masam dengan orang lain. Tapi tu lah aku memang tak pandai nak hipokrit. Bila aku sedih, aku kene amik masa untuk pulihkan perasaan aku sendiri. Orang yang dah lama kenal aku mungkin akan paham. Macam Akram, bila aku marah, Akram akan biarkan aku sejuk sendiri dulu. Sebab aku memang tak suka orang cakap dengan aku masa aku bad mood. Sebab aku tau, bila aku start bercakap aku mesti nangis. Haha!

Bila aku marah jugak, aku memang akan mesej kawan2 aku pung pang pung pang cakap tanak maafkan orang yang buat salah tu la. Aku benci orang tu lah. Itu ini semua aku cakap. Tapi kawan2 aku semua dah paham sangat perangai aku. Dorang akan cakap "Tapi esok mesti kau dah lembut hati kan?"

Exactly. Dalam masa doplohpat jam, aku akan okey dengan sendiri. Aku boleh gelak2. Bercakap. Gurau. Macam takda apa benda jadi.

Sebab tu bila aku marah, aku perlukan masa. Bak kata orang Jawa "Lets time heals everything"
Gittew.

Tapi untuk orang yang belum kenal rapat aku, dorang takkan tau. Dorang akan kecik hati bila aku tak layan dorang. Tapi sebenarnya aku just perlukan masa je. Daripada aku mengamuk baik aku amik masa aku sendiri untuk sembuhkan luka aku ni. Aku rasa itu lebih baik kan?

Kakak aku selalu pesan, kalau orang buat jahat pada kita, takpe. Kita mengadu pada Allah. Doa banyak2. Mintak pada Allah semoga segala kebaikan yang kita lakukan tu Allah dapat balas kebaikan atas diri kita jugak. Sampai sekarang aku ingat.

Bila barang kesayangan aku tu hilang, aku sikit pon tak fikir pasal duit. Walaupon memang guna duit aku sepenuhnya. Hasil titik peluh aku bekerja, tapi takpa. Aku anggap bukan rezeki aku. Cuma aku terkilan sangat kenapa susah sangat nak mintak maaf? Sampai orang lain kene mintak maaf bagi pihak dia? Dan aku dengar berita tu pon dari orang lain. Bukan orang yang buat salah tu.

Kita kene ingat, Kalau jadi apa2 pada kita, family jugak yang akan tolong. Jadi jangan sombong. Tak selamanya kita senang.

Dan sekarang everytime orang buat jahat pada aku aku cuma akan ingat yang doa orang teraniaya dimakbulkan tuhan.



Aku tau aku kuat. Aku masih ada suami dan keluarga yang sayangkan aku. Bukan orang luar itu.
Dan aku percaya pada rezeki yang Allah tetapkan. Akram cakap aku hilang barang tu tapi Allah bagi aku rezeki yang tidak ternilai harganya untuk aku sekarang :) Ya tiada apa yang mampu menandingi rezeki yang satu tu.

Aku ni cuma manusia biasa je. Yang ada hati dan perasaan. Tak banyak pon sikit mesti rasa kecik hati jugak. Teringat aku bawak kereta ke KL semata2 nak carik barang2 tu. Aku, akram, ajak & sally pergi tengah2 KL nak carik barang. Lepas tu singgah pulak serdang. Tak cukup barang pergi pulak Nilai 3. Dengan panas2 nya. Dengan beg plastik berbungkus2nya. :'(
Masa nak balik JB sally kene stay KL sebab ada interview. So Akram balik keje shift malam dengan tak tidonya terus tolong aku drive sampai JB. Sampai2 je terus amik bas balik KL semula.

Sally siap curik masa balik JB sebab nak siapkan barang2 aku padahal masa tu dia baru start keje kat Bangi. Haihhh sedih sangat. Tapi lagi sedih bila orang tu takda inisiatif langsung nak jumpa aku. Padahal benda boleh bincang 10 minit cukop. Ni sampai haihh tak tau la nak cakap apa. Dah la barang tu ramai yang bertanya nak pinjam :'(

Sekarang ni aku dah okey. Kalau dia taknak mintak maaf aku dah tak kisah. Bagi pihak aku, aku dah maafkan dengan seikhlas hati. Ada banyak lagi benda lain yang aku kene fikir. Wallahualam.

Berhati-hati dengan doa orang yang dizalimi, baik Muslim ataupon kafir, baik fasiq ataupon ahli maksiat kerana doa mereka makbul dihadapan Allah.

"Doa orang yang dizalimi itu mustajab, walaupon dia seorang pelaku maksiat, kerana maksiatnya adalah pada dirinya"

-Riwayat Ahmad-


2 comments:

What says U?