Loading...

Wednesday, March 18, 2015

Kerana Sepuluh Ringgit itu.




Ada satu malam tu kakak aku ajak teman die pergi Jakel.
Aku okey je memandangkan malam2 aku bukan buat apa pon.
Lagi pon Jakel bukan nya jauh sangat.
Sebelum amik kakak aku, aku singgah keluar duit dulu kat Petronas area2 rumah kakak aku tu.
Dari dalam kereta aku nampak sorang pakcik ni duduk kat luar Petronas tu tengah jual apa entah. Ada tiga bakul kecik2 je camtu. Pakaian die lusuh sangat. Lepas tu muka die kusam macam orang dah lama tak mandi.
Bila aku nak masuk kedai Mesra tu aku dengar la dia cakap "Dik, meh beli terung pipit ni dik. Baru lagi petik ni"

Aku senyum je.
Sambil2 tu aku fikir kalau aku beli aku bukannya makan pon. Nak bagi kakak aku pon aku tak tau die makan ke tak. Nak call kakak aku macam malas pulak.
So takpelah nanti aku sedekah je lah kat pakcik tu.

Lepas keluar duit tu, aku pergi kat pakcik tu sambil pegang note RM10.
Aku tak tau lah kenapa aku nak sedekah dengan pakcik tu RM10.
Padahal selama ni kalau pergi mana2 ada orang mintak sedekah mesti aku bagi singgit je.
Malam tu entah la ek. Just hati aku nak bagi die lebih.
So aku cakap dengan pakcik tu "Pakcik saya tanak beli tapi saya nak sedekah pakcik sikit. Amik lah"

Lepas tu aku terus pergi. Tapi aku nampak la pakcik tu cium2 duit tu sambil berkali-kali cakap terima kasih kat aku.
Masa tu aku hampir2 nak nangis jugak la. Aku kan cepat emotional. Benda2 camni memang senang sangat buat aku nangis.
Lagi satu yang buat aku sebak sebab aku ni kadang2 selalu je rasa tak cukup dengan diri sendiri. Padahal gaji aku lebih dari cukup dah. Terus insof sebab ada orang lagi susah dari aku.

So lepas tu aku terus la amik akak aku dan ke Jakel.
Nak dijadikan cerita kitorang dapat sales assistant yang sangat lah baiknya.
Memang kitorang beli kain tu die boleh lebih kurang je.
Masa lepas bayar tu akak aku cakap lah budak sales tu macam jual murah. Sepatotnya harga kain kakak aku 30 lebih camtu. Kat resit Rm21 je. Padahal RM21 tu untuk sehelai kain je patotnya.
Bila aku balik rumah aku check balik resit aku sebab aku beli 4 helai kain.
Bila check2 balik rupanya resit aku pon lebih murah dari harga sebenar kain tu.
Terus gembira. Haha!

Dua hari lepas tu aku saje la check maybank2u aku punya transaction.
Tiba2 mata aku tertancap pada satu transaction yang pelik.
Ada orang masukkan duit dalam akaun aku untuk satu jumlah yang agak besar. Die just tulis TT Online.
Tapi maybank2u kan tak boleh nak trace sape yang transfer kan. Kalau cimbclick boleh.
Nak kata orang bayar hutang aku macam semua dah bayar dah. Lagi pon kalau orang bayar hutang kompem la bagitau awal2 kan. Ada ke orang bayar hutang senyap2? Bahaha!

Kalau nak cakap orang tersalah masuk duit, masa kita transfer tu kan ada keluar nama kan. So aku jadi konpius. Tapi duit tu ada je lagi dalam akaun aku. Haha! Biar lah dulu.
Nak call maybank lagi la malas kan aku.

Bila aku cerita kat Akram, die pon tak tau nak cakap camne.
So aku cakap ngan die. Entah2 Allah bagi rezeki sebab sedekah kat pakcik haritu Rm10 kot.
Hmmmm sampai sekarang aku still musykil.

So harini tetibe aku tergerak nak google apa benda TT Online tu. Rupanya Telegraphic transfer. Tapi TT ni selalu orang transfer duit ke oversea.
Bila aku google2 lagi rupanya ramai jugak yang pernah dapat duit dengan transaksi TT Online ni.
Lepas tu semua blurr sebab tau tau apa benda ni semua.
So now aku anggap tu rezeki aku je la kot. Hehehe!

bye.



With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

March 18, 2015 at 2:36 PM

ALHAMDULILLAH rezeki tue :)

March 18, 2015 at 3:14 PM

rezeki

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal