Loading...

Tuesday, March 17, 2015

Perkara kecil yang membawa makna besar




Kan aku nak carik kasut kan kat Jusco Cheras dua minggu lepas.
Masa nak masuk2 je Jusco tu, nampak la baju lelaki tengah buat sale murah giler. So aku bajet2 nak beli kan ayah aku dua helai sebab ayah aku tu pattern kalau ada baju baru baju itu je la nak pakai buat jalan. So mari lah kite belikan die baju baru yang lain.
Lepas tu pikir2 balik eh takkan nak belikan ayah je. Okey marilah kite belikan sesuatu untuk sang ibu pulak.

Mula2 aku nak belikan handbeg.
Lepas tu dok pikir2 ngan Akram mak2 ni suka pakai handbeg apa eh?
Pastu dua2 pening. Hahaha!
So Akram cakap apa kata kite belikan die sandal je.
Lepas tu aku pikir aah ek. Asyik belikan beg je. Belikan sandal pulak lah.

Terus pergi bahagian Larrie sebab Akram cakap sandal die sangat lah lembut.
Bila aku try2 eh eh aah la lembut giler rasa nak gigit2 je kasut tu sebab geram lembut sangat.
Aku kan jarang beli sandal ke kasut ke so aku memang tak tau brand apa yang okey. Sendu giler perangan kan. Bahaha!
Naseb baik lah kawen dengan lelaki yang giler kasut. Kau petik je jenama apa semua dalam kepala die.
Bila aku cerita pasal safety boot pon kemain lagi die explain jenama macam2.

Akram cakap Larrie ni lebih kurang macam scholl. Bawah sikit la. Larie murah sikit.
So aku dah tau dah lepas ni nak sopink sandal kat mana. Ehehehe.

So aku beli la satu untuk si ibu. Kaler turqoise sebab kaler hitam dah habes.
Aku ukur pakai size kaki aku je sebab aku rasa size kaki mak aku dengan aku macam lebih kurang je.
Nak call nanti tak seprais lah kan. Sambil2 tu berdoa semoga muat lah mak aku nak pakai nanti.
Keji sangat perangai anak kan tak tau size kasut mak sendiri. Behehehe.

So last week aku balik aku pon bagi lah kat mak aku.
Esoknya ahad tu kitorang nak pergi kenduri kawen. Bila aku bagi mak aku tu dengan terharunya mak aku cakap "Ya Allah, tau tak sandal ibu dah tak elok sebenarnya. Ibu tak tau nak pergi kenduri esok pakai kasut apa. Rezekinya dapat sandal ni" Sambil try2 sandal yang aku beli tu.
Naseb baik muat2 ngam2 soi kau. Tak kecik tak besar. Hehe!

Pastu puji2 sandal tu sebab lembut ya amat. Aku cakap Akram yang pilihkan *up menantu sekali sekala apa salahnya kan* ekekeke.

Masa tu aku rasa macam gembira tak terkata. Walaupon sandal tu takdalah beratus-ratus harganya tapi rasa gembira sebab hadiah aku tu at the right time aku bagi. Aku ni memang jenis jarang bagi hadiah besday ke anniversary ke. Aku jenis yang jalan2 kalau aku rasa nak beli, aku beli. Lagipon aku rasa bulan ni macam asyik shoping je. Hahaha! So belikan lah something untuk parents sambil2 suruh mak aku doakan semoga rezeki aku bertambah-tambah. Ehehehe.

Akram ni pon sekarang dah kemain romantik lagi dengan aku.
Kadang2 whatsapp aku camni "Baby nanti baby romantik2 dengan ayg tau"
Ewahhhh die tu romantik sangat ke? Hahaha!


Ni semalam tetibe die whatsapp aku gambar ni. Konon2 sweet la tu letak nota aku kat kereta. Gambar aku tanak letak pulak ke? Haha! Aku pon dah lupa bila masa aku bagi die nota ni. Tapi masa zaman2 kawan dulu memang selalu buat seprais kat dia. Bagi coklat dengan nota. Masakkan die bekal. Tetibe terpacak depan rumah die bersama seketul Subway. Hmmmm macam dah lama tak buat camtu. Rindu la pulak. Tapi jauh :'(


Rasanya perangai Akram dengan aku dah terbalik dah lepas kawen ni.
Aku selalu kalau die start nak sweet2 dengan aku, aku malas nak layan. Haha!
Kadang2 macam over betul.
Ish takley jadi ni. Aku kene kembali kepada diriku yang asal. Bahaha!

This week nak honeymoon kat KK.
Lepas kawen ni baru lah ada masa nak jalan2. Tu pon tak lama. 3 hari je.
Nak habeskan jalan2 dalam Malaysia dulu baru terbang oversea. Lagi pon passport aku dah mati. Giler malas pulak aku nak hidupkan. Nanti2 lah.

Dalam Malaysia ni cuma Sabah, Sarawak dan kelantan je aku belum pergi.
Minggu ni pergi Sabah. Lepas tu Akram ajak pergi Kuching pulak. So nanti kite pikir apa nak buat kat Kelantan. Sopink la kot kan? Haha!

So i guess aku perlu pikirkan sesuatu la untuk sepraiskan Akram masa honeymoon.
Hmmm any idea? Hihi.

bye.




With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

March 17, 2015 at 11:54 AM

so sweet

March 17, 2015 at 12:03 PM

sweet sangat uolss, alhamdulillah, romantik lepas kahwin byk pahala

March 20, 2015 at 3:52 PM

Dear.. Nanti kat KK minta hotel set up bilik dengan honeymoon deco.. Letak rose petal atas katil.. Hehe sweet sangat :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal