Loading...

Thursday, March 26, 2015

Nervous







Subhanallah. Amazing kan?
Betapa besarnya kuasa Allah tu. Tak dapat kite bayangkan.
Aku jumpa orang share2 gambar ni kat FB.

Sejujurnya lepas aku miscarriage bulan lepas aku macam takde nangis2 sangat pon.
Mungkin sebab dah redha kan. So takde lah nak sedih sangat.
Tapi masa balik honeymoon haritu aku saje je la tunjuk gambar ni kat Akram.
Tetibe air mata aku keluar. Haha!
Akram dah gabra dah. terus pelok2 aku.
Siap cakap "Dah la tu jangan nangis. Nanti dapat anak seduyun baru tau haaaa nak jaga camne"
Huhuhu.

Akram ada jugak tanya aku dah ready ke nak pregnant balik.
Aku pon tak tau nak jawab apa. Dalam hati memang la tak sabar nak ada baby sendiri.
Tapi dalam masa yang sama still rasa nervous weh.
Aku rasa orang yang pernah gugur je tau macam mana rasa die kot.
Aku jadi takut kalau something happen lagi bila aku pregnant nanti.

Yelah bila aku gugel2 baca experience orang ada yang gugur dua tiga kali.
Even blogger Dhiera pon pernah gugur sampai 4 kali.
Kalau aku jadi macam tu aku tak tau la boleh ke tak aku hadap. Huhuhu.
Tapi tu lah rezeki semua Allah yang tentukan kan.

Now aku memang dah start consume acid folic balik dah.
Lepas tu ada lah jugak amik suppliment dari Shaklee.
InshaAllah kalau Allah nak bagi aku rezeki dalam masa terdekat ni aku akan terima dengan hati terbuka.
Ameen. InshaAllah :)


bye.
With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

March 26, 2015 at 10:06 AM

inshaallah

March 26, 2015 at 10:11 AM

insyaAllah sama-sama doa yang terbaik jugak :)

March 26, 2015 at 10:19 AM

insya allah..lepas ni adalah rezeki untuk awk ye..jangan putus asa..

March 26, 2015 at 3:10 PM

InsyaAllah ada rezeki awak lagi..

Rina masa belum pregnant dulu pon, bila tengok video persenyawaan mesti sebak.. Y__Y

Be strong awak.. InsyaAllah ada rezeki menanti lagi nanti :)

March 27, 2015 at 6:51 PM

salam singgah dan klik tabung..

Banyakkan bersabar dan think positive.
Saya pun ada pengalaman keguguran dan alhamdulillah dah ada sorang baby boy. So, jangan risau dan takut. ;P

April 7, 2015 at 5:34 PM

hai awak. takpe jom usaha sama sama hehhee.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal