Loading...

Friday, April 3, 2015

Blurrr




Semalam aku puasa.
Dah plan la balik keje nak rebus pasta sebab ada kuah spagheti bolognese dalam peti ais lebih dari malam sebelumnya. So tinggal nak panaskan je.
Balik keje aku pon keluarkan la bekas kuah spagheti tu. Bukak2 bekas tu tengok eh apesal kuah aku macam cair je. Lepas tu meatball satu bayang pon tak nampak. Tapi aku macam blurr so aku pikir dah simpan semalaman die hancur kot. So tak nampak. Kahkah.

Lepas tu aku terus rebus pasta.
Masa nak panaskan kuah tu, aku tuang je la dalam kuali. Tiba2 aku macam terfikir. Eh ni macam lada blend je. Oh dem. Haha! Baru perasan kan.
Mampos kuah aku mesti pedas giler.
Sekali rasa2 eh tak pedas la pulak.

So aku bukak peti ais balik amik bekas kuah spagheti yang betol punya =___=
Bila bukak haaaa memang nampak meatball berbijik2 dalam kuah tu.
Kaler pon lain. Adohai wana wana. Blur sungguh.
Tapi sebab aku dah panaskan lada blend tu aku campur je kuah spagheti aku sekali.

Pastu aku mesej la housemate aku sebab lada blend tu die punya.
Aku cakap tersalah amik. Terguna semua pulak tu.
Yang paling tak boleh bla rupanya ia bukan sekadar lada blend je. Tapi dah jadik sambal tumis!
Kahkahkah.




Jadilah spagheti melayu. Zzzzzz
Rasanya???
Emmmm adalah lebih baik korang jangan cuba2. Kakakaka

okbai.



With Love : Syazwana Jamal :)


3 comments

April 3, 2015 at 4:41 PM

hahahaha x sakit perut ke wana oiii !!

April 3, 2015 at 5:03 PM

sedapnya macaroni... 1 of my fav food :)

April 7, 2015 at 5:29 PM

ahahaha lawakkk

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal