Wednesday, March 11, 2015

Weekend yang full.




Last weekend aku datang KL.
Memang dua minggu sekali sama ada aku akan naik KL or Akram turun JB.
So disebabkan aku ada nak cari barang sikit kat sana, jadinya aku yang pergi KL.
Lagipon MIL aku balik umrah minggu lepas. Masa die pergi haritu aku tak dapat hantar. So ni dia balik aku ikot la jemput.

Aku cakap ngan Akram nak naik flight je. Senang sikit. Parking kat Airport Senai je.
Lepas kawen kan aku macam cepat peknen. So Akram tak bagi naik flight awal2 peknen. Now takda pape aku pon amik kesempatan la ulang alik jb-kl naik flight. Heheh. Ni kali kedua aku naik flight. Kesian kan. Umur dah nak masuk 27 tahun baru nak naik flight dua kali. Sendu sangat.

First time dulu masa aku ada work trip pergi Cambodia.
Lepas tu dah takde pegi jalan mana2 dah.
So disebabkan kejakunan dah lama tak naik flight, maka aku adalah sangat neves.
Sampai kaunter check in tu aku asyik je la nak panggil kaunter daftar masuk. Kahkahkah. Giler #villagepeople sangat kan.

Sampai la Akram mesej aku cakap "Jangan lah kaunter daftar masuk sangat. Kaunter check in sudah" lepas tu baru aku perasan. Bahahaha! Bongok sangat rasa.

So hari jumaat tu lepas meeting aku terus drive pergi airport. Nusajaya-Senai dalam 25 minit gitu.
Sampai airport dalam pukul 7.30 camtu. Terus pergi check in.
Sambil2 tu aku dah siap2 suruh Akram ajar aku dari start nak kene check in sampai lah dah masuk dalam flight. Kakaka. Neves uols. Naseb baik tak sesat.


Flight on time. Sepatotnya seat aku tengah. Tapi masa aku naik tu row aku takda orang. So dapat lah duduk tepi tingkap. Masa flight balik memang dapat seat tepi tingkap. 

Akram suka takut2 kan aku masa flight nak take off. Cara die cerita tu macam ngeri je. Tapi masa aku naik, flight take off smooth je. Tak tau la pulak aku kalau everytime Akram naik flight, kapten take off tak smooth. Tapi masa aku naik okey je. Masa landing yang macam bergegar sikit.
Masa otw JB-KL tu hujan lebat giler. Aku dalam hati dah macam2 doa jugak lah aku baca. Ahahaha!

Flight aku pukul 9.05 malam. So sampai KLIA dalam pukul 9.35 camtu.
Time tu Akram keje malam.
Masa nak keluar flight tu aku macam lambat sikit sebab ada budak2 universiti macam ada trip. So dorang bising2 amik beg buat aku keluar lambat. Dah la seat aku belakang2 sikit time tu.
Bila aku keluar je dorang berkumpul dulu kat depan toilet. Aku tengok orang lain semua dah takde. Neves la aku kan. Bahahaha!

Tengok signboard ada tulis kaunter bagasi dengan kaunter penukaran. Ahhh sudah. Mana balai ketibaan ni. Terus mesej Akram.
Akram pulak dah la reply lambat. So aku terus masuk toilet dulu. Buat2 kemas beg la betulkan tudung la. Kakaka!

Lepas tu Akram cakap keluar jalan terus je jangan belok2. Okey aku pon jalan la sampai hujung. Lepas tu baru nampak balai ketibaan. Ekekeke.

Disebabkan Akram amik aku dalam pukul 12 lebih camtu so aku pon plannya nak lepak KFC dulu. Mesej Akram lagi apesal tak jumpa satu kedai pon. Akram cakap naik tingkat atas banyak kedai.
Lepas tu aku tanya. boleh ke naik atas. tak kene cek pape ke. blablabla. neves kau takut sesat. Padahal besar mana sangat la KLIA tu sampai nak sesat kan. Kahkah. Naseb baik jumpa gak KFC. Melepak la aku sampai Akram balik keje.

Sabtu tu aku, Akram, Sally dengan Ajak pergi shopping kat Kenanga Mall. Before gerak tu Akram bawak aku makan Nasi lemak dulu sebab die tau aku kalau lapar kang adalah drama air mata start.
Lepas amik sally and ajak kat bangi kitorang terus direct pergi Kenanga. Sampai2 dalam pukul 1 camtu kot. Naseb kejap je dah dapat parking. Masuk2 dalam je bila sampai kat tingkat 5 semua dah macam kene pukau. First time dulu aku datang macam tak tau nak beli apa.
This time aku datang omaigad banyaaakkkkkkkkkkkkk gila baju cantik2.
Seyes rasa nak borong semua je. Dah la murah2.

Yang takley bla kitorang borong tudung bawal rania sekodi. Hahaha! Sekodi tu 20 helai. So aku amik 8, sally amik 8, Ajak amik 4. Lepas tu borong pulak shawl butterfly. lapan hengget je kau. Mau tak meroyan. Sally beli pulak bawal bercorak.
Lepas tu aku borong blouse. Kitorang lepak makan semayang jap semua, keluar2 mall je dah pukul 7 lebih. Kenanga ni tutup macam GM, pukul 8 malam dah tutup. So aku tak sempat nak round semua kedai. 3 level bawah jalan2 camtu je. Next time pukul 10 dorang bukak, aku nak make sure aku dah terpacak kat depan tu. Hahaha!

Plannya jugak haritu nak amik album kawen. So bila aku cakap ngan OP aku ada kat Kenanga, dia pon lepak la sentul. AKu ingatkan die pergi sentul sebab ada keje. rupanya nak pass album kat aku.
Sudahnya bila aku keluar mall 7 lebih tu dia dah sampai rumah dah. So kitorang gerak la ke Selayang nak amik album. Masa tu ada bola sapa lawan tah kat Stadium Selayang. Naseb baik tak jem. Dah kalau lepak2 camtu takkan nak minum je kan. Aku order la mihun tomyam. Padahal masa kat kenanga tu dah makan sizzling mee. Haha!

Tak ingat aku dengan Akram sampai rumah dalam pukul berapa. Tapi seyes tak larat. Penat giler rasa. Melepek terus aku. Akram dok cuit2 aku, aahhhhh tak kosser nak layan. Pandai2 lah die. Bahahaha! Aku terus tido.

Ahad tu kitorang amik mak kat KLIA. Sampai sana dalam pukul 10.30 pagi. Akram bawak breakfast dulu. Aku makan roti kosong tapi untuk pertama kalinya tak habes. Sebab besar giler roti kosong mamak tu. Harga memang mahal rm2.50. Tapi full giler perot aku. Last2 surrender. Akram pon tak habes.

Dalam pukul 12 camtu mak dah keluar. Lepas salam2 semua sedara mara, kitorang pergi makan kat Nilai. Aku share nasi dengan Akram je. Amik ikan bakar satu dengan sambal tempe.
Lepas makan, mak terus nak balik pontian sebab adik ipar aku selasa dah keje. So nak rest dulu kat rumah, baru balik Segamat. MIL aku pergi umrah bawak adik ipar aku sorang. Join satu team dengan pak anjang Akram. Adik beradik MIL aku la.

Lepas dorang dah gerak semua, aku dengan Akram pergi KL. Sebab nak amik Shaklee dengan si Pida kat Cheras. Aku tak pernah tau try produk Shaklee ni. Tapi masa aku peknen haritu, aku memang dah cakap dengan si Pida ni nak amik vitamin dengan dia. Baru je aku mesej2 dia tup2 dah gugur kan. Huhu. So dia suggest aku amik ESP dulu untuk kuatkan rahim. So aku okey je la. And aku amik vitalea jugak.

Untuk Akram Pida suruh amik Vitamin E dengan zinc. Tambahan vitamin C sebab Akram kan merokok. Akram tu dah la smoking lepas tu bukan makan sayur sangat pon. Tu yang aku suruh dia makan vitamin tu.

Ni la si Pida. Tengah tunggu masa je nak meletop. Harap2 lepas makan vitamin C ni boleh la kulit ploles sikit macam kau Pida. Bahaha!


Sebenarnya aku kenal Pida ni sebab laki die satu batch dengan Akram. Kira senior aku jugak la.
So first time kitorang jumpa kat stadium masa JDt lawan. Kan Pida?
Lepas tu terus la friend kat fb semua. Melekat pulak jadik kawan. Hahaha!
Dan sebenarnya kawan2 aku ramai jual shaklee ni. Tapi aku pilih Pida sebab dia rajin giler bagitau aku fungsi setiap vitamin. Masa aku peknen haritu pon die terangkan aku vitamin2 yang nak kene amik, yang tak payah amik, yang tak guna, yang buang masa je makan, siap bagi aku link internet kalau nak study. Macam2. hahaha!

Aku kan blurr. So bila jumpa orang macam ni yang rajin study yessss apa lagi. Kita tumpang la sekali. Ekekeke. Sapa nak beli Shaklee ngan Pida boleh la gi blog dia http://thisisfieda.blogspot.com

Lepas tu, aku ngan Akram singgah Jusco Cheras dulu. Konon2 nak carik kasut. Plannya lagi dua minggu nak pergi KK. Saja nak jalan. Lepas kawen takda masa nak jalan lagi.
So aku dok cakap2 ngan Akram takda kasut nak jalan2 jauh camtu. Yang comfy la. Setakat sandal dengan flat shoes aku ada dah.
Naseb baik jumpa kasut yang best. Merah mak ngah lagi. Hahaha!

Lepas tu Akram tanya nak tengok wayang tak sebab aku cakap macam dah lama tak tengok wayang.
Serius. Sampai aku dah lupa bila last time kitorang date pergi tengok wayang.
Beli lah cerita spongebob. Sebab aku yang nak tengok. Laki aku layankan je la.
Sebelum masuk wayang pergi makan dulu kat Tepanyaki sebab Akram tak pernah makan. Aku dah dua kali dah makan. Akram nak feeling2 makan sambil orang masak depan die. Gittew. So aku layankan je lah.

Muka ganas tapi tengok kartun. Bahahah!

Cerita ni sama macam kau tengok kartun kat TV.
Cuma dia panjang je la. Sejam setengah. Still point utama cerita ni pasal resepi Encik Crab kene curik. Lepas tu ada la watak sampingan si lanun yang curik resepi tu.
Kalau kau bawak budak2 tengok best la kot.
Sebab budak2 depan aku asyik je la gelak2.
Yang aku dengan Akram dah nak tertido-tido dah. Tak tau la sebab penat kitorang tak habes lagi ke apa. Tapi memang ngantuk giler. Padahal time tu baru pukul 8 malam kot.

Habes wayang terus balik rumah sebab nak kemas baju2 yang banyak giler tu.
Masa tengah kemas2 barang tu Akram asyik je la cakap ngan aku "Baby balik la selasa pagi"
Tapi sambil tu dia kemaskan baju aku.
Tak tau lah dia dah cakap 40 kali ke apa suruh aku balik Selasa pagi tup2 Isnin pagi tu memang betol aku tertinggal flight. Cisss.

Flight aku pukul 7.35 pagi. Aku kunci jam pukul 5.15 pagi. Akram pon kunci jam jugak. Tapi sedar2 dah pukul 7.20 pagi. Terus melompat aku. Terus kejut Akram. Lepas mandi, Akram check2 jadual next flight pukul 3 petang. Hmmmm apa lagi terus EL la aku haritu. Haahaha! Tak pernah tau aku tido selama ni tak dengar bunyik jam. Aku rasa Akram sabotaj aku la. Saje je nak berkepit dengan aku lama2.

Malam tu kitorang keluar dinner. Aku teringin nak makan megi ketam. Tapi kat Nilai tu ada mee ketam je. Belasah je la. Sebelum order tu aku cakap ngan Akram "Emmm nak makan mee ketam tapi tanak kopek ketam" sambil kenyit2 mata ngan Akram. Haha!
Lepas tu Akram cakap "Yelah ayg kopekkan" Yeayyyy!

So sambil Akram keluarkan isi ketam sambil aku makan mee ketam dengan aman damainya. Bahaha! Syok weh. Sebab aku memang tak pandai nak makan ketam. Naseb baik dapat laki yang memahami. Bagi isteri makan dulu. Die makan lambat takpe. Ekekeke. Harap2 lagi doploh tahun pon still la nak layan aku makan kan. :P

Selasa pagi tu aku terjaga pukul 5.30 pagi. Naseb baik dengar bunyik alarm. Kalau tertinggal flight lagi memang mengundang je tau. Naseb baik jugak tiket flight aku boleh guna bila2 je.
Aku beli tiket under nama Akram. So dorang ada program standby tau. Means misal kata kalau flight tu full aku kene tunggu next flight. Disebabkan JB-KL-JB ni selalunya tak penuh so boleh la guna tiket standby ni. Kalau area pantai timur sana better guna tiket firm. So tiket standby ni kan aku beli untuk hari Isnin pagi kan. Tapi bila aku tak naik takpe. Tak burn pon. Sebab dia boleh guna dalam masa 3 bulan. So Selasa pagi tu aku terus je check in guna nombor tiket yang aku beli untuk hari isnin tu. Gittew. Selamat duit aku. Haha!

So selamat sampai JB pukul 8 lebih. Terus pergi keje. Sudahnya tengah hari tu lepas lunch aku bantai tido dari pukul 1.30 petang sampai pukul 3 petang. Konon2 jet lag sangat. Puiiii. Padahal KL-JB setengah jam je pon. Nak tido atas tu pon tak sempat. Bahahaha!

okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


5 comments

March 11, 2015 at 3:23 PM

comeinya

March 11, 2015 at 3:38 PM

so sweeeeeeettttt :) :) :)

March 12, 2015 at 3:34 PM

Byk aktivitinya.. hehe.xpela jd gak 2.x dh nek flight

March 16, 2015 at 8:24 PM

Hai awak... sy ni yang naik flight selalu pun time nak balik semenanjung je mesti nerves... hahaha... bila pjj time berjumpa tu mestilah byk aktiviti kan.. guna masa sehabis baik... heee... sy sebulan lebih sekali je boleh jumpa.. huhu.. bulan mac x jumpa.. tunggu april pula ni...

March 17, 2015 at 2:26 PM

Terima kasih atas iklan tak berbayar anda. agagagaga
Nanti lepas aku bersalin jgn lupa dtg melawat baby bawak hadiah untuk mak baby sekali. Dekat je kan. lol

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal