Loading...

Tuesday, March 3, 2015

Pengalaman pertama mengandung dan keguguran - Part 2




So macam mana aku boleh miscarriage?

Detik cemas ni berlaku start tarikh 07/02/2015
Sorry lah entry mungkin panjang tapi gambar takde sangat. Aku carik2 balik surat dokter entah mana tak jumpa pulak. Huhuhu.

07/02/2015

Haritu aku ada wedding dekat KL. Senior masa kat UM dulu.
So tengah hari tu bergerak la aku dan Akram ke sana. Aku makan macam biasa, nasi minyak, lauk ayam, sotong, pastu makan buah limau. Tu je. Takda yang pelik pon.


Gambar terakhir sebelum miscarriage :') Berat naik 4kg uolsss! Fengsan. Pipi tu dah macam simpan kuih pau dua ketol dah T___T


Aku datang KL naik bas macam biasa sebab Akram tak bagi naik flight awal2 peknen. Didie datang naik kereta, so plan asalnya aku akan tumpang didie balik JB esoknya (ahad)


Habes wedding, aku dengan Akram singgah Metro Kajang jap sebab aku nak carik blouse. Dah gemok katenye. Tshirt pergi keje semua dah tak muat! Sentap mak asal g keje je jumpa orang semua tegur kenapa dah gemok. Grrrr. Tapi time tu ada alasan la sebab peknen. Now nak kene diet balik la bagi kurus sikit sebelum peknen balik. InshaAllah ameen :')

Lepas tu kitorang singgah pasar malam bangi jap carik bahan mentah nak masak. Akram suruh masak bubur esoknya sebab dia tak berapa sihat sangat.

Haritu berlalu dengan normal je. Aku tak jatuh, tak jalan laju, takde langgar apa2. takde. Semua macam biasa.

Sampai lah rumah masa nak buang air aku spot ada coklat2 kat panty liner aku.
Aku bagitau Akram. Masa tu aku dah cuak dah jugak. Lepas tu aku tanya kawan2 aku macam mana. Kawan aku semua cakap normal asalkan takde darah. So aku google2 pon ramai yang cakap normal. So aku okey lagi. Tapi bila tanya akak aku normal ke camtu akak aku cakap mana normal. Pergi klinik!! Akak aku lantang memberi arahan. Hahaha!

Akram tanya nak pergi klinik ke tak? Aku cakap tak payah la. Okey kot. So malam tu aku tidur macam biasa walaupon tiga kali jugak aku tukar pantyliner sebab brownish spot tu macam banyak jugak. Aku neves sebab tu tanda2 aku nak period. Tapi takkan la masa mengandung boleh period kan? Aku google2 memang ada orang period masa peknen so aku lega la sikit.


08/02/2015

Pagi tu aku bangun masuk bilik air sebab nak amik air semayang. Masa nak buang air tu aku perasan ada darah sikit kat panty liner aku. Aku rasa muka aku time tu dah pucat kot. Aku terus masuk bilik kejut Akram cakap ada darah keluar sikit. Akram terus suruh siap2 nak pergi klinik.

Masa tengah siap2 tu Akram perasan yang muka aku sedih. So dia dah pesan awal2 apa2 pon yang dokter cakap aku kene terima dengan sabar. Redha :')

Tak sempat sarapan tak sempat apa, terus pergi klinik masa awal2 kitorang buat scan dulu. Naseb baik dokter yang sama yang on duty masa tu. So dia dah ada rekod aku. Dia tanya kenapa. Aku pon cakap lah aku keluar coklat2 sikit kat panty liner aku.

So dokter dah kerut2 dahi. Muka takda sinyum. Aku lagi la cuak. Dokter cakap takpa kite scan dulu.

Masa scan tu dokter cakap "Rahim normal. Kantung membesar dengan normal. Emmmm tapi baby tak nampak lah. Sepatotnya 9weeks dah boleh nampak baby sikit dah. Tapi ni nampak macam baru 6-7 weeks je. Baby macam takda progress"

Masa tu aku memang dah sedih dah. Tapi tak nangis lagi.

Lepas scan tu dokter cakap kene follow up dengan hospital kerajaan. Sebab nak kene jumpa pakar sakit puan. Aku faham lah yang kene terus pegi hospital terus. Yang Akram ni blurr. Dia suruh dokter bagi surat ke hospital sultanah aminah, JB konon2 senang la nak follow up sebab aku kan keje johor.

Sekali dokter cakap "Haaaa? Awak nak balik Johor sekarang ke?"

Baru lah laki aku paham. Lepas tu kene pergi Hospital terus. Hahaha! Kelakar lah pulak ingat2 balik. Masa orang tengah sedih2 pon boleh pulak buat lawak. So dokter buat surat refer ke Hospital Serdang.

Lepas scan tu ada lah tanya2 dengan dokter kenapa boleh jadi macam ni?

Dokter cakap mungkin masa awal2 pregnancy tu baby tak develop dengan sempurna. Tapi sebenarnya dorang pon tak tau sebab yang tepat. Mungkin faktor pemakanan. Mungkin jugak kalau baby lahir, baby tak normal, Allah Maha Mengetahui, so Allah amik balik baby tu :')

Tapi doktor cakap "Awak jangan risau. At least kita tau yang awak boleh mengandung normal. Chance untuk mengandung tu tinggi" Lega la sikit aku dengar.

Lepas tu kitorang terus shoot pergi Hospital Serdang. Terus ke bahagian Emergency.

Hospital Serdang ni macam best. Sebab Akram bagi surat klinik, then aku dapat terus masuk Yellow Zone tunggu dokter kat dalam, Akram sorang je yang pergi daftar kat kaunter pendaftaran. Aku tunggu kat bahagian ibu dan anak (tak tau apa nama department tu) Bahaha.

Masa tu raamaaaaiiiiiiiiii sangat ibu2 baru lepas bersalin sambil pegang baby. Sedih okey. Walaupon aku bawak baby jugak, tapi baby aku dah 29 tahun. Si montel Akram tu. Kekekeke. hashtag lawakhambar :P

Mula2 ada dokter perempuan yang amik kes aku. Dia datang dengan sorang dokter lelaki.
So kitorang bertiga masuk lah bilik khas untuk scan.
Yang dokter lelaki tu sibuk la time tu dia nak belajar macam2. So masa aku baring and dokter perempuan tu scan aku, die pon sambil explain kat dokter lelaki tu. Dokter lelaki tu nak guna mesin scan tu pon tak tau. Ish.

Lepas tu dokter perempuan tu cakap dia tak boleh nak confirmkan, so kene tunggu pakar sakit puan jugak. So aku pon tunggu lah. Masa aku keluar bilik tu, Akram dah siap register dah semua. Aku tak ingat berapa jam kitorang tunggu tapi lama lah jugak. So Akram ajak pergi makan dulu sebab dari pagi tak makan. Aku okey je. Kitorang cakap dengan dokter perempuan tadi nak pergi makan dulu kejap. Nanti datang balik.

Lepas makan tu terus tunggu kat tempat tadi. Masa tu ada sorang kapel jugak kat situ.
Akram biasa lah campak kat mana2 pon kan senang je dapat kawan. So die borak2 dengan lelaki tu.
Rupanya bini dia pon bleeding jugak. Tapi dah lama dah bleedingnya. Hari Jumaat dah datang scan. Ahad tu datang scan lagi. Dah seminggu lebih kot still bleeding. So kene follow up dengan doktor.

Tak lama lepas tu ada sorang doktor datang lelaki. Melayu. Dia muda lagi tapi dah jadi Medical Officer dah. So dia amik butir2 aku. Bila last period. Period normal ke tak every month. Bila first buat UPT. Bila first scan. Pernah jatuh ke tak. Pernah buat operation apa2 ke tak. Berapa banyak tukar pantyliner? Banyak giler soalan dia tanya. Apa tah lagi tak ingat dah. So dia cakap die nak tunggu doktor dia (betul2 pakar) datang dulu baru boleh scan lagi sekali.

So aku tunggu la lagi.

Tak lama lepas tu datang pakar pulak. Berbaju biru. Baru keluar bilik operation. Doktor lelaki India. Still muda lagi. Hebat muda2 dah jadik pakar. Huhuhu.

So aku masuk la bilik scan. Dengan ada sorang nurse perempuan.

Mula2 dia scan perut. So dah lama2 tu tetibe dia cakap "saya nak scan bawah pulak ye"

Aku macam blurr tau. Haaa bawah? Takkan nak scan lalu pipit aku kot. Malu laaaa. Bahaha! Pastu aku pandang nurse. Nurse angguk. Pasrah. Kat situ jugak bukak seluar salin kain. Doktor2 tu sembunyik jap belakang tirai. Adehhhh.

So lepas baring tu kene kangkang kaki, doktor lelaki tu masukkan alat scan tu kat pipit aku. Ish tak payah cerita details la kot. Hahaha! Aku pon ingat2 balik rasa malu lagi.

So bila dah habes scan tu doktor pakar tu pon cakap benda yang sama jugak. Kantung besar tapi baby takda progress. Masa aku nak keluar bilik tu aku dengar doktor pakar tu cakap kat MO tu tulis missed carriage kat report. Masa tu dah sedih dah.

Bila keluar bilik tu, aku dengan Akram bincang dengan doktor pakar tu sebab masa scan tadi Akram tak boleh masuk.

Basically doktor cakap kes ni ada tiga conclusion:

1. Baby terlalu kecik, so nak kene tunggu lagi dua minggu nak tengok baby membesar ke tak?
2. Baby memang tak membesar so nanti dia akan keluar sendiri.
3. Ada orang yang bleeding tapi baby terus besar sampai 9 bulan.

Bila doktor cakap macam tu aku terasa macam ada sinar harapan lagi la. Walaupon doktor buat conclussion missed miscarriage.

Macam biasa, Akram tanya kenapa boleh jadi macam ni.

Sama macam doktor kat klinik jugak, doktor pakar cakap jangan salahkan sape2. Ibu tak salah ayah tak salah. Kene redha. Doktor India pon cakap macam tu weh. Kagum sebentar.

Pastu dia cakap mungkin faktor genetik. Kalau baby lahir, maybe tak sempurna dan sebagainya.
Jangan anggap kita ada buat salah apa2 before ni and ujian ni sebagai satu hukuman untuk kita. Tak. Ianya memang faktor sel2 yang tak berkembang. :') Banyak lagi dia cakap tapi aku dah lupa dah. Huhu

So dorang cakap takpe. Tunggu lagi dua minggu, nanti datang balik tengok progress. Kalau die scan nampak baby macam ada die akan bagi teruskan. Tapi kalau dalam masa dua minggu takda progress jugak, dia akan bagi pilihan sama ada nak buat D&C atau nak biarkan benda tu keluar sendiri. Tapi kalau ada bleeding je kene terus pergi hospital. Tapi Akram mintak refer letter ke Hospital kat Johor sebab senang aku nak buat follow up nanti. So doktor pon okey je.

Lepas tu kitorang balik.

Dalam kereta Akram start la bagi tazkirah kat aku. Haha! Biasa lah. Cakap jangan sedih. Redha. Mungkin ada yang lebih baik. Kakak & akak ipar akram pon gugur jugak masa anak pertama. Kakak ipar Akram dah ada anak dua dah sekarang. dah nak masuk tiga dah. Akram nak sedap kan hati aku.

Banyak jugak Akram cakap tapi masa tu fikiran aku macam kosong je. Aku merenung ke luar tingkap kereta merenung pemandangan luar. Cewahh. Macam novel la pulak kan. Haha! Tapi time tu aku tak nangis pon. Entah lah.

Sampai rumah aku terus tido.

Bangun2 dah pukul 6 lebih. Petang tu patotnya aku dah tumpang Didie balik Johor dah.
Akram tanya jugak macam mana? Nak tumpang Didie ke nak dia hantar? Aku senyap je. Masa tu perut aku dah start sakit dah macam period pain tu tapi berganda-ganda lagi sakit. Ahhh sudah. Nak keluar dah ke? Aku cakap dalam hati.

Masa Didie call tu Akram tolong jawabkan. Last2 Akram suruh dorang balik dulu. Nanti Akram hantar aku balik JB. So Akram terus suruh aku siap2 sebab nak jalan slow2. Masa tu aku dah nangis2 dah sebab sakit perut. Yang si Akram ni ingat aku ni macam nangis sebab sedih tak dapat terima hakikat yang baby aku dah takda. Siap cakap "Jangan lah macam ni" sambil nak nangis sekali. Padahal dia tak tau aku ni separuh mati menahan sakit macam nak beranak (ceh macam lah pernah rasa sakit nak beranak kan? Ekekeke)

Takde lah. Period pain tu kan antara secebis sakit nak beranak kan. So masa tu aku sakit lagi sakit daripada period pain yang selalu aku rasa tu. Aku anggap macam tu lah kot sakit nak beranak. Oi memang sakit okey. Bila aku cakap dengan Akram yang perut aku sakit sangat, Akram terus kemaskan baju2 aku semua and suruh aku duduk je. Lepas aku dah salin2 baju tu Akram pegang2 tangan aku sambil peluk aku lepas tu cakap "Takpe. Takde rezeki lagi. Kita hanya boleh rancang. Allah yang tentukan semua. Allah nak uji kita ni. Sabar. InshaAllah ada rezeki lain lepas ni" Pastu dua2 nangis sampai basah2 baju :')

Dalam pukul 6.30 petang kitorang gerak dari Nilai. Masa tu aku pakai panty liner je sebab memang tak bleeding lagi. Tapi pad overnight memang dah standby. Lepas tu dalam kereta Akram alaskan aku dengan bantal sebab nak bagi aku selesa. Seat aku turunkan, so aku memang baring je. Dalam kereta memang sakitnya tu Allah je yang tau. Kejap aku mengiring, kejap terlentang, kejap mengiring lagi. Masa tu Akram dah start pasang ayat2 quran dah. Huhu.

Lepas sejam kot, aku rasa macam something dah keluar. Alah macam period tu. Banyakkkk! Aku terus cakap dengan Akram yang aku nak salin pad. Masa tu kat mana entah. Akram cakap nanti berhenti kat Pagoh je. Selesa sikit. So aku pon okey je. Aku try sambung tido. Sambil nangis cakap sakit...sakit.... Haha!

Asal bangun je aku tanya lagi jauh lagi ke? Akram cakap sikit lagi. Aku tido lagi. Bangun lagi tanya tak sampai2 lagi. Ish geram pulak aku. Bahahah! Last2 sampai jugak RnR Pagoh. Masa tu dah rasa dah 'little baby' dah keluar. Aku rasa2 seluar aku pon dah penuh darah dah. Naseb baik bawak seluar lain. Tengok2 bantal dah banyak kesan darah dah.

Slow2 aku jalan pergi toilet. Masa tu dah tak kisah dah malu ke apa. Daripada dalam kereta ada jugak orang dok perati tapi aku dah tak rasa apa dah.

Sampai toilet tengok2 SubhanAllah memang dah keluar seketul darah macam hati camtu. Aku call Akram tanya macam mana kan nak amik ke nak buang je? Akram cakap amik bawak balik. So aku bungkus elok2 and masuk dalam plastik. Bila aku buang air brrrrrrr darah keluar banyaaaakkkkkkkkk sangatttttttttttt sampai aku ngeri. Yelah kalau aku period pon tak pernah darah keluar sekali banyak macam tu T_____T

Keluar toilet terus rasa nak pitam. Terus duduk bersandar kat tiang. Akram tolong picit2 badan sikit lepas tu papah aku ajak pergi makan. Akram belikan aku bubur ayam.

*rasa nak keluar air mata lah masa taip entry ni. Rasa flashback moment menari2 depan mata. huhuhu*

Okey sambung.

Masa makan tu aku dapat makan berapa suap je. Sebab rasa sakit tu datang lagi. Ingatkan bila 'little baby' dah keluar takda dah rasa sakit tu. Ni makin sakit lagi. Sampai terbaring2 aku atas kerusi makan tu punya lah sakit. Last2 Akram ajak jalan slow2 pergi kereta.

Masuk kereta, teruskan perjalanan.

Masa dalam kereta sebenarnya aku rasa sakit yang paling sakit sekali yang memang dah tak tertanggung dah. Masa tu Akram call semua orang, mak dia, mak aku and kakak aku. Akak aku cakap try tahan sampai Jb sebab senang kalau kene warded dekat. Masa tu kat area mana entah. Sambil menangis2 aku cakap okey aku tahan. Padahal time tu Ya Allah tak tau nak describe macam mana. Akhirnya aku paksa jugak diri tido.

Bangun2 alhamdulillah dah sampai JB.

Aku cakap dengan Akram tanak balik rumah dah, nak terus pegi HSA.

Sampai2 HSA, Akram terus daftar kat A&E department.

Ingatkan dapat lah terus jumpa dokter. Aku dah bleeding teruk dah kot. Siap naik kerusi roda lagi. Akram cakap muka aku dah pucat. Yelah darah banyak gila keluar kot. Even masa kat serdang pon doktor tanya ada pening2 ke tak sebab takut kurang darah.

Kat HSA aku still kene amik nombor and kene tunggu nombor aku dipanggil. Redha.

Lama okey. Dalam sejam jugak aku tunggu. Dengan tak selesa seluar penuh darah. Pad dah penuh. Perut cramp. Kene tunggu yellow zone dengan pesakit lain campur2. Huhuhu.

Akhirnya nombor aku kene panggil. Masuk jumpa dokter kene tanya lagi kenapa. Padahal die tengah pegang refer letter aku tu. Dengan aku berkerusi roda nya lagi. Ish. aku direct cakap "saya rasa dah gugur ni doktor" pastu doktor tu cakap "okey dah berapa pad?" "tiga doktor" jawab aku. Masih lagi bersabar.

Lepas tu dia ajak buat scan. aku pon pergi lah. Habes berdarah katil hospital tu sebab seluar aku memang dah berdarah kan. Check2 ada lagi yang belum keluar. So dia cakap kene warded. Nanti pakar sakit puan amik kes aku. Terus kene amik darah and masuk air. Lepas tu tunggu nak warded pulak.

*aduh penat pulak menaip. Bahaha*


Masa nurse bawak aku naik kat ward perempuan, tak silap aku pukul 1 pagi kot. Lepas tu nurse amik details aku semua. Lepas tu aku kene tunggu lagi sampai dokter pakar sampai.

Dalam pukul 2 lebih camtu dokter pakar sampai. Again, lelaki tapi kali ni chinese. Tapi yang assist dia dokter perempuan. Mula2 tu dia tanya berapa banyak dah keluar. Aku cakap macam dua. Dia tanya ada bawak ke tak? Akram memang tinggal dalam kereta je. Tapi Akram cakap dah buang sebab Akram cakap kalau bagi dokter pon nanti die buang jugak. Baik Akram tanam je kat rumah aku.

So lepas tu dia ajak masuk bilik dulu scan. Macam biasa mula2 scan kat perut dulu. Lepas tu dia mintak scan kat bawah pulak. Masa kene kangkangkan kaki tu menggigil2 kaki aku. Nurse terpaksa pegang. Walaupon dah ada experience masa kat Serdang tapi tetap la cuak kan.

Bila dah scan lalu bawah tu dokter buat conclusion "incomplete misscarriage" maksudnya ada lagi sikit2 yang tertinggal dalam rahim aku. Paling aku ingat masa dokter cina tu seluk tangan dia lalu bawah tu siap cakap "rileks. tahan sikit okey. bertenang. jangan neves." Sakit weh. Bila aku cerita kat akak aku, akak aku cakap "nanti ko beranak lagi ngeri. dah la baru lepas beranak. kene seluk lagi macam tu"

Phewwwww.

Lepas tu dokter cakap tinggal sikit je. Nanti die bagi injection untuk bagi semua keluar naturally so aku tak payah under go D&C. Tapi kalau still tanak keluar terpaksa la masuk operation theater. Huhu.

So sebelum masuk wad terpaksa la kene injection kat punggung.

Dalam pukul 3.30 pagi baru dapat masuk wad. salin2 baju semua and berehat. Lepas tu Akram pon turun bawah. Tido dalam kereta je.


09/02/15

Pagi tu Akram datang ward hantar power bank dengan roti untuk aku makan. Lepas dia balik aku terus pergi mandi. Masa aku mandi aku perasan ada keluar lagi seketul darah kat pad aku.
Lepas mandi bersihkan badan semua, aku lepak je kat wad. Lepas mandi tu aku tengok semua orang tengah breakfast. Aku dah la lapar time tu. Tapi kat katil aku nurse tak hantar makanan pon. Pelik.

Naseb baik Akram ada bawakkan roti. Boleh la buat alas perut. Masa dokter round ward dia tanya dah makan belum, aku cakap nurse takda hantar pon breakfast. Lepas tu dia bagitau nurse suruh hantar makanan kat aku sebab lepas makan aku kene puasa before scan. Sampai ke tengah hari takdanya breakfast aku dia hantar. Dah la lunch pon kene puasa. Telan air liur je la. Hahah!

Masa aku warded, katil memang penuh. Tapi takde yang kes macam aku. Kebanyakannya kes period lama sangat. darah tak berhenti keluar. Ada sorang sebelah katil aku tu pasang IUD. Tapi tiba2 bleeding tak berhenti. Pastu sakit perut. Ngeri kot aku dengar.

Yang akak sebelah kiri katil aku ni mula2 dia yang tegur aku dulu. Aku cakap lah gugur. Inai kat jari pon tak hilang lagi. Bahahah! Akak tu cakap takpe muda lagi. Dia dah kawen berpuluh tahun pon baru ada anak sorang je :') Dia masuk ward sebab period tak berhenti pastu dokter suspect ada ketumbuhan dalam rahim. So kene operation.

Dalam pukul 1 tengah hari macam tu dokter panggil buat scan. Masa tu dokter perempuan yang jaga. Mula2 scan lalu bawah, dia check2 macam ada lagi sikit je. Lepas scan die seluk jari dalam ehem2 aku macam malam sebelum tu. Adoiyai. Terseksa mak. Hahaha! Lepas tu dia cakap okey dah complete. Dah boleh discharge. yeayy!

Lepas scan, mak mertua aku dengan adik ipar aku datang melawat. Lepas tu Akram pon dah sampai. Aku terus salin baju, Akram uruskan bil semua and kitorang pergi makan.

Macam tu lah kisah aku :)

***

Aku dapat mc 8 hari je. Sebab takde cuci kan. So aku rehat kat Sungai Ara je kampung aku.

Masa cuti tu memang takde rasa sedih sangat. Entah. Aku redha je kot. Cuma masa Akram nak balik KL tu baru aku nangis. Haha!

Masa aku gugur tu, kebetulan dua orang junior aku masa sekolah dulu pon baru keguguran jugak. Lepas tu bila aku google2, owh ramai je kes macam aku. Even kawan sekolah aku punya bini pon sebijik kes macam aku tahun lepas. Baru2 ni bini dia baru lepas bersalin anak lelaki. Terus aku mintak nombor henpon bini dia sebab nak mintak tips. Bahaha!

Aku bersyukur yang Akram ni jenis yg sangat tabah. Mungkin sebab dia pernah rasa kehilangan seorang ayah kan. So dia dah get ready. Secara tak langsung aku pon jadi tabah jugak.

Yang paling aku bersyukur sebab benda ni macam berlaku sekelip mata je. Dalam masa dua hari settle. Mungkin Allah tanak bagi aku harapan lama2 sangat. Tanak bagi aku sedih lama2 so die percepat proses tu. Syukur. Mungkin jugak Allah nak aku bersedia lebih, so Dia bagi aku rasa sikit macam mana sakit nak beranak tu.

Dulu aku ada baca satu novel ni. Perempuan ni keguguran. Lepas tu laki dia ni selalu takda kat rumah. Perempuan ni ingat lelaki tu benci kat dia sebab gugur. Rupa-rupanya lelaki tu banyakkan beribadat kat masjid. Sampai sekarang aku ingat lagi jalan cerita tu. Lelaki tu pesan pada perempuan tu "Mungkin Allah nak kite lebih bersedia untuk jadi ibu dan ayah. Lebih bersedia untuk memimpin anak2 kite"

Dan itu jugak lah yang aku pesan pada Akram :')

Yelah aku ni bukan lah baik sangat. Sekarang pon tengah baiki diri. Banyak lagi yang kene belajar. InshaAllah mungkin ada rezeki yang lebih baik. Allah Maha Mengetahui.

Ameen.

okbai.


With Love : Syazwana Jamal :)


21 comments

March 3, 2015 at 10:36 AM

sedih.. nak nangis baca :-(

March 3, 2015 at 10:42 AM

insyaallah

March 3, 2015 at 10:46 AM

sama jugak pernah keguguran :)

March 3, 2015 at 11:53 AM

Assalamualaikum awak. sheila pun pernah gugur dulu. keluar seketul macam hati ayam.. pastu terus nifas+period sebulan camtu.. lama juga sheila tunggu mengandungkan Muhammad Adam Husni.. dekat 1 tahun 3 bulan baru tahu mengandung. alhamdullilah. yang penting, lepas ni jangan stress tau. kena rilek, enjoy ur marriage life.. in shaa Allah, akan ada rezeki lagi ~~~

March 3, 2015 at 12:09 PM

@Sheila Salim
heheh tq sheila. inshaallah tak stres2 lepas ni :)

March 3, 2015 at 12:13 PM

Saje je ke ni bagi kite nangis jugak? haha kite ke yg akak mentioned tu T_T huhu..mlm td masa lps smyg ttbe teringat kat baby...pastu terus nangis sangat2...huu rindu sgt2 kat dia........ :'(

Anonymous
March 3, 2015 at 12:36 PM

Sama kisah kita... due date yang hampir sama tarikh gugur pun hampir sama.. baca cerita awak ni mengingatkan kisah saya jugak bezanya saya keluar siap ngan kantung bulat lagi bentuknya : (

March 3, 2015 at 2:06 PM

be storng ye wana. kite sendiri ada pengalaman gugur sampai 4 kali. 4 kali tu memang ada travelling. current pregnancy xda travelling, alhamdulillah semua ok sampai sekarang.

selalu positif kan diri dengan ingat Allah uji sebab Allah sayang. Allah uji sebab Allah tahu kita kuat dan layak terima ujian tu. rehat banyak-banyak. pantang betul-betul ok!

enjoy moment masih berdua ni.

March 3, 2015 at 2:46 PM

@f.lee
Aah Fatin lah. Huhuhu. Inshaallah lepas ni ada rezeki kite nak jadi ibu ayah. doa banyak2 ye :)

March 3, 2015 at 2:47 PM

@Anonymous
yeke? huuuu. rehat banyak2 ya. inshaallah Allah tahu yg lebih baik.

March 3, 2015 at 2:47 PM

@Dhiera nadhirah
Ya Allah Dhiera. Tabahnya awak. huuuu. 4 kali tu. tulah Akram cakap lepas ni kalau peknen lagi xley travel banyak2.

March 3, 2015 at 11:34 PM

lama glerr xjenguk blog sendriri da 2 thn rasanya...ini pn baru log in balk..dulu slalu lepak komen kt sini...wana kuatkn smgt ok...kita doakn wana cpt sihat...insyaallah..moga dimurahkan rzki lg... :)

March 4, 2015 at 8:57 AM

@ayanuts
tulah kite jenguk blog awak lama x apdet. huuuuu.

March 4, 2015 at 2:13 PM

Get well soon dear..

Anonymous
March 9, 2015 at 12:59 AM

Sedih yana. Leleh air mata. Ayat2 yg akram cakp tu semua kan. Its okay tau, nanti mesti ada rezeki lagi. Ameen - yana -

September 4, 2015 at 6:06 PM

Samalah cerita kita..saya pun baru jer lepas keguguran..now tgh berpantang kat kampung..sy lagi sedih, baru lepas keguguran masa sakit2 lagi suami dah tinggal sy g jauh semata2 temankan mak dia pergi kenduri kat terengganu..dahlah sedih baby dah x de tambah lagi dengan sedih kena tinggal suami..inshaaAllah nanti ada rezeki lagi..

September 4, 2015 at 10:38 PM

@As HafidzInshaallah kita sama2 berusaha lagi ya dear. *hugs*

Anonymous
August 24, 2016 at 3:52 PM

hi wana,.. dr tgk bekal.. sekarnag ari2 stalk awak sebab suke tgk ucil.. ttbe baru terperasan awak pon pernah gugur.. cerit kite mcm sama plak.. sy pon gugur masa 8 weeks.. complete misscariage jugak.. hhahaha.. baca2.. termenanges plak.. jaga ucil baek.. jaga diri awak jugak,..

Anonymous
August 25, 2016 at 11:19 PM

Salam sis.. Mula2 kenal awak dari bekal pejabat..kagum sebab sis bole sediakn bekal setiap hari..sya pn sllu bwk bkal dpt brjimat kn.. Jjur sya slh seorg follower tegar awk.. Stiap hari mst tgk ape awk tulis lgi2 skrg ad si ucil comel.. Smga pglmn awk sharedt d mnfaatkn st hari nnt.. Kekuatan seorg wanita.. Sya doakn awk ucil dn akram serta anak2 kekal bhgia hgga ke syurga.. Amin.. (Ami)

Anonymous
April 13, 2017 at 1:10 AM

salam sis. boleh share masuk wad ape and bahagian apa? tingkat berapa? (: (untuk tujuan research sendiri (study purpose) sahaja) t.kasih share pengalaman sangat membantu untuk research saya juga.

April 14, 2017 at 11:27 AM

@Anonymous
bahagian o&g la kot. x ingat tingkat berapa.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal