Friday, December 24, 2010

ikan masak singgang.




salam.

okey tuan2 dan puan2.
hari ni kita akan belajar resipi baru yek.
(*perasan lagi)


resipi ni senang giler mati.
sesuai untuk aku yang malas ni.
keh keh keh.


tapi ada orang tak suka makan singgang ni sebab macam makanan untuk orang sakit.
tapi aku rasa okey jek
aku mana ada yang tak okey kan.
xD


bahan-bahan :



1. ikan (paling sesuai ikan cermin and kembung)
2. bawang besar
3. bawang merah
4. bawang putih
5. cili padi/lada besar
6. serai
7. daun kunyit
8. asam keping, garam, ketumbar




cara-cara memasak : 

1. bawang putih dengan bawang merah ditumbuk lumat.
2. cili padi ditumbuk ala-ala pecah sikit
3. kalau guna lada besar hiris tengah je
4. bawang besar dihiris
5. serai diketuk sikit
6. panaskan minyak dalam periuk and tumis bawang yang ditumbuk dengan cili padi sampai naik bau.
7. masukkan lada besar yang dihiris separuh.gaul kejap.
8. masuk serai and lada besar kalau guna.
9. masukkan air.kalau nak banyak kuah letak lebih.
10. biarkan sampai mendidih.
11. masukkan serbuk kunyit, sedikit ketumbar, garam and serbuk perasa.
12. masukkan asam keping and biarkan sampai mendidih.
13. masukkan pulak ikan dan daun kunyit.
14. biar sampai ikan masak.





siap!
sedia untuk di hidang
:)









masak tu best.




  




With Love : Syazwana Jamal :)


2 comments

December 24, 2010 at 2:47 PM

masak mmg best tp makan bile org dah masakkan LAGI BEST! haha

December 24, 2010 at 9:38 PM

@intanurulfateha
ye betol.
tepat sekali.
xD

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal