Loading...

Wednesday, July 25, 2012

Potato Salad dengan Hot Dog.



                       
Aku memang sangat suka makan kentang.
tak kisah la kentang goreng ke, lauk kentang masak sambal ke, kentang dalam kari ke, kentang dalam sup ke. semua aku suke. lagi2 kalau mashed potato tu. feveret kot.
eh tau tak mashed potato kat Popeyes sedap gila !!
jap nak google gambar bagi korang tengok.



tengok lah kuah dia. pehhh tempting kot. 



sedap gila sampai kadang2 pergi Popeyes sebab nak beli mashed potato dia je.
yang buat sedap sebab kuah dia tu lain dari yang lain.
yang aku tau Popeyes ade kat Mid Valley.
lain2 tempat tak pernah try pulak.



aku kalau makan nasi lauk kentang saje pon tade hal.
kalau pergi beli barang dapur benda wajib beli ialah kentang.
walaupon tak tahu nak masak ape tapi aku suka je beli.
kalau boleh semua benda aku nak campur dengan kentang.
hehehe.


disebabkan aku teringat kat rumah ada banyak lagi kentang lebih aku pon google2 la resepi kentang and jumpa pulak dengan potato salad.
tak pernah makan. jadi harus try.




Potato salad :)


Bahan-bahan:

1. Kentang dalam 6 biji.
2. Sosej yang panjang tu 5 ketul.
3. Daun bawang sikit je. Aku beli 20 sen je.
4. 3 sudu besar mayonis.
5. 1 sudu besar air masak.
6. 1 biji buah lemon.
7. perasa ayam knorr, garam, black pepper.



aku tak jumpa jus lemon. so aku beli sebijik lemon terus.


Cara-cara:

1. Kupas kentang. Potong dadu tak besar sangat tak kecit sangat. Yang sedang2 saja. Rebus kan. Campur garam sikit. Hot dog tu aku rebus sekali dengan kentang. Lepas rebus baru potong kecik2. Kentang jangan lembut sangat nanti jadik mashed potato pulak. Agak2 dah lembut tu ok lah.

2. Dalam bekas lain masukkan mayonis, air masak, jus perahan lemon, perasa ayam knorr, garam sikit, black pepper sikit and gaul kan.

3. Masukkan kentang dengan hot dog and gaul dengan mayonis. tabur kan daun bawang. Gaul dan siap !


Nak makan terus boleh nak sejukkan dalam peti ais dulu pon boleh.
lagi sedap.



baru keluar peti ais. hehehe. makan begitu saja pon sedap. tapi kalau rajin sangat buat lah chicken chop pastu makan dengan potato salad. pehhhhhhhhh. aku sengaja buat banyak2 sebab senang. aku dah la dua tiga menjak ni memang malas nak memasak.



Akram cakap dia tak minat makan benda2 camni.
Dia kan memilih.
itu tak makan ini tak makan.
tapi selalunya benda2 yang dia makan tu benda yang senang je nak di masak.
hehehe.



okbai.

                                               
With Love : Syazwana Jamal :)


12 comments

July 25, 2012 at 11:42 AM

pnh buat cmni..mmg sedappp!

July 25, 2012 at 1:02 PM

Yumyum;)
nak kena try jugak ni resepi nih ;)

July 25, 2012 at 1:10 PM

lepas puasa nanti nak buatlah..sekarang takot perot tak mampu nak tanggung + lauk pauk berbuka

July 25, 2012 at 1:18 PM

kite pon suke kentang!!
sedappp!

July 25, 2012 at 2:37 PM

oh akak plak x suka kentang kecuali bergedil hehe

July 25, 2012 at 4:02 PM

meh sini cikit nak buat buka pose ni. hehe

July 25, 2012 at 4:23 PM

mmg peminat setia menu kentang ni...dengan nasi pn jadi..heee akak kalau ada makan, kalau xde xksh...;p

July 25, 2012 at 9:50 PM

tak pernh mkn poppye punye kntg.. mkn kepsinye je..hihi

July 25, 2012 at 11:30 PM

Tak pernah try lagi.. Simple je nih.. Bolehla try gak pasni.. Nyum2! ^_^

July 26, 2012 at 10:47 AM

wana dapat kad raya dari akak ;)

http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/2012/07/kad-raya-top-20-commentators.html

July 27, 2012 at 9:31 PM

senang dan simple :)

janji kenyang kan wana..heee

August 15, 2015 at 9:44 AM

Sedapp gileee. Haha pernah makan sekali salad kentang dgn sosej ni. Masa tu open house unit kat office. Xtaw la sape yg bawak salad kentang tu so main makan je sampai tambah 3 kali hahahahaaaa xD harini nak try buat sebab banyak gile kentang kat dapur tu hehehe

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal