Loading...

Thursday, July 26, 2012

keBERKATan dalam masakan seorang ibu.



                                         




Aku perasan lah jugak dalam kebelakangan ni kalau aku balik rumah aku macam kenyang je.
First aku perasan tak silapnya raya lepas kot.
Aku memang makan sikit.
sebabnya perut macam rasa kenyang je.
nafsu nak makan tu ade tapi perut menidakkan.
paham tak macam mana terganggu nya perasaan aku waktu tu. cewahh.
nafsu makan membuak-buak tapi sebab perut bagi amaran yang dia kenyang jadi aku pon memang tak boleh nak makan.


dan tak silap aku sejak daripada tu everytime aku balik rumah benda yang sama jugak jadi.
kadang2 tu aku breakfast je kat rumah.
lunch dengan dinner aku tak makan pon.
cuba kalau duduk KL ni. tak pon kalau keluar dengan Akram memanjang je perut aku mintak isi sampai Akram stress. haha !


so masa Akram ikot aku balik rumah bulan lepas, sama jugak.
lepas aku breakfast aku kenyang gila.
padahal makan nasi lemak je pon.
so lunch tu aku teman Akram makan je lah.
pastu aku cakap "kenapa eh kalau balik rumah je mesti kenyang. tak rasa lapar langsung. benci lah macam ni"

"Nak tau tak kenapa?"Akram tanya.

"Kenapa?" jawab aku.

Apehal dah macam novel pulak ni? hahaha !


Akram cakap masakan Ibu ni banyak keberkatan.
dia pon cerita lah pasal ade sorang abang kat tempat kerja dia ni.


Abang tu dah tau yang memang masakan ibu ni banyak berkatnya.
tapi dia saje nak test anak dia.
ada one time tu dia cakap dengan isteri dia jangan masak langsung.
so diorang pon beli lah makanan2 segera.
macam fries, nuget, burger.
pastu makan kat luar.
memang dalam bape bulan camtu dia tak bagi bini dia masak langsung.
anak dia pergi sekolah pon dia bagi duit belanja makan kat sekolah.
pagi2 breakfast semua bukan dari air tangan ibu.


So bila anak dia amik exam, result keluar, memang teruk gila result anak dia.
tapi dia tak marah lah.


lepas tu dia start suruh bini dia masak balik.
dia tak bagi anak dia duit belanja tapi suruh bini dia bawakkan anak dia bekal pergi sekolah.
nak taknak anak dia terpaksa lah jugak makan bekal mak dia masak.


lepas exam, tengok2 result meningkat.
walaupon takde lah top ten tapi peningkatan tu nampak lah jugak.


pastu Akram cakap "Nampak tak macam mana makanan yang ibu masak ni bawak keberkatan dalam hidup kita"


Aku senyum je.
Akram ni kadang2 kalau Mode Ustaz dia dah ON boleh pakai jugak.
hahaha !

patot lah orang lelaki ni memang penting kan perempuan pandai masak.
huhu.


Tapi aku stress lah kalau tiap kali balik rumah aku kenyang saje.
dah la balik rumah tu nak makan masakan ibu.
pastu memanjang kenyang.
memang stress lah kan.


dah la mak aku tu kejap2 kau tengok dia tengah masak.
kang kejap2 lagi dia masak lagi.
dah memanjang je aku tengok mak aku kat dapur.
yang perut aku pulak memanjang je kenyang.


hey stress stresss.


okbai.

                                           
With Love : Syazwana Jamal :)


12 comments

July 26, 2012 at 11:28 AM

sbb tu suka mskn ibu..

July 26, 2012 at 11:42 AM

mak goreng telor dadar pon rs sedap gilerrr kann

July 26, 2012 at 11:44 AM

mak akak pun sm, klu blik kg, duk dapur je...

July 26, 2012 at 12:59 PM

boleh la kurus macam tu. asyik kenyang je. meh tukar badan. I asik lapar je pulak. hehe :D

July 26, 2012 at 1:16 PM

Air tangan ibu memang banyak keberkatannya.. Rindu nak makan masakan mak.. Tak sabar nak balik berpuasa ngan mak.. Yeay! ^^,

July 26, 2012 at 2:16 PM

hee betul betul betul
tapi tu la air tgn ibu
mmg terbaik la
mmg plg terbaikkkk
uwaaaaa... pasni tawen
da jrg dpt mkn mskn ibu sob2 ;(

July 26, 2012 at 9:38 PM

masakan ibu mmg terbaek!
g mane2 pon msti ingt masakan ibu..

rilex r wana.. jgn stress..
syukur la knyg je sllu..
hikhik

July 27, 2012 at 10:01 AM

mmg berkat....ibu kita mesti pilih bahan yg terbaik dan segar, kebersihan makanan pn terjamin...walaupun masakan tu simple je n nmpk xsedap kt mata org, tp ank2 ttp akan makan..kuasa masakan ibu...;)

July 27, 2012 at 12:30 PM

ikan masin yang mak goreng pon sodap :)

July 27, 2012 at 9:30 PM

berkat!hehe

agaknya wana dah set mind nak diet?hehehe

lepas ni cuba mkn dgn kerap tp kuantiti sikit ea..rugii loo blk rumah family tp xmkn..hehe

July 28, 2012 at 1:41 PM

masakan ibu adalah masakan yang terbaik dalam dunia.takde siapa yg boleh ganti ;')
rindunya masakan mama..

July 30, 2012 at 8:20 AM

aah kan baru i terpikir bila baca entry you. sebab tu la kita suke sangat makan masakan ibu. sedap! :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal