Loading...

Wednesday, January 30, 2013

Berkenalan dengan Pisang Kaki




Pernah makan Buah Pisang Kaki?
Tak pernah?
Tak boleh geng ngan aku lah. Sebab aku pernah makan.

Kenal buah pisang kaki?
Tak kenal?
Tak boleh jugak geng dengan aku. Sebab aku dah pernah makan.
Wakakaka berlagak gile sialll padahal baru seminggu kenal buah pisang kaki ni.


Minggu lepas kot aku pergi Giant dengan Akram.
Aku ni sejak dua menjak ni dah macam makcik2 dah.
Dating kat Giant. Kalau tak Tesco.
Boring kat Tesco masuk balik Giant.
Memang sangat makcik !
Agaknya makcik sekarang pon main Alamanda dengan MidValley je.


So masa jalan2 area buah-buahan mata aku menangkap satu buah ni macam gambar bawah.


sumber : google



Aku tanya Akram buah ape tu.
Akram cakap buah pisang kaki.
Aku gelak-gelak.
Pisang?????????
Ape pisang zaman sekarang dah bermutasi menjadi buah tomato ke?
Kihkih.


Akram pon tarik tangan aku pergi dekat2 dengan buah tu.
Sekali betol lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
Buah yang macam tomato tu buah pisang kaki.
Nama omputihnya Persimmon.


Akram tanya nak beli tak? Tapi aku cakap tanak lah.


Malam tu aku upload gambar tu kat pesbuk.
Rupanya ramai jugak yang geng dengan aku tak kenal pisang kaki ni.
Jadi tak lah rasa begitu loser. Kahhhkahh.


Kawan aku lagi best.
Dia ingat buah tomato siap campur lagi dalam masakan.
HAHAHA !



Yang aku ni pulak masa Akram offer nak beli ke tanak cakap tanak.
Pastu malam tu mulalah rasa Eh apesal aku tak beli je. Try je lah rasa.
Dan disebabkan perasaan membuak-buak ingin tahu malam tu jugak aku keluar pergi Giant.
Wahhh gigih sangat kan bab2 makan ni.
Cuba time study dulu bersemangat macam ni bagus lah jugak.
Ini namanya semangat tak bertempat.



Siap amik gambar lagi kat Giant. Sorang2 pulak tu. Aduhai lah perangai.



So aku pon beli lah dua biji kat Giant.
Dua biji tiga ringgit lebih.
Akram cakap kalau beli kat pasar malam murah sikit.
Tapi aku macam tak pernah nampak je kat pasar malam buah ni.



Betul2 macam buah tomato.




Dah habes kreatif lah amik gambar camni? Puihhhhhhh.



So aku pon try lah makan.
Tanya Akram macam mana nak makan buah ni?
Boleh ngap gitu je ke or kene buang kulit?
Dia cakap sukati lah.
Macam makan buah epal je. Nak ngap gitu je boleh. Nak belah pon boleh.



So aku pon belah la. Yang belakang tu buah lai. Abaikan.



Biji dia besar gila. Kalau tertelan silalah berusaha keluarkan masa berak nanti.
Wakakaka. Euwwwwwww.
Bentuk dalam dia ala-ala macam buah ciku.
Rasa pon macam lebih kurang buah ciku jugak.
Cuma aku rasa buah ciku lagi manis.


Disebabkan aku beli pisang kaki yang agak keras so tak berapa nak manis sangat.
Akram cakap kalau beli yang lembik sikit lagi manis.
Tapi masa aku beli semua pon keras.
Kulit dia boleh makan. Tak pahit pon.
Rasa crunchy2 macam tu.


Sedap la jugak buah ni.


Dulu aku pernah la jugak dengar orang sebut pasal buah pisang kaki ni.
Tapi aku ingatkan Pisang kaki ni spesis lebih kurang macam buah pisang lain.
Bila aku pergi supermarket memang selalu jugak nampak buah ni.
Tapi aku ingat kan dia spesis buah tomato so aku abaikan.
Tak pernah la pulak terniat nak usha ke ape ke kan.


Tapi sampai sekarang aku still tak puas hati kenapa nama buah ni pisang kaki.
Buat malu kaum pisang je.
Eh?


Akram cakap mak dia panggil buah ni Buah Kesemak.
Err bahasa melayu ni kadang2 boleh buat salah paham pulak.
Wakakka.

okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


14 comments

January 30, 2013 at 4:15 PM

hehehe...ada komen haku dlm pic tu la...

January 30, 2013 at 4:48 PM

xpernah mkn even kakak akak kata ia sedap.. huh

January 30, 2013 at 5:11 PM

@Mirza Yusof
bangga la?

kihkih

January 30, 2013 at 7:33 PM

Lohr, ni ke buah pisang kaki ? Selalu jugak nampak kat shopping2 complex tapi haram takde rasa nak gi kaji selidik.. Nampak cam buah pinang campur tomato jer... Bhahahahaahha! Lepas ni bolehla pekena incit asben.. Dia pun tak kenal rasanya pisang kaki ni cemane rupa.. Akakakakak! ^o^

January 30, 2013 at 10:06 PM

teka teki lagi..
dimanakah kaki pisang tersebut?
haha

kalo buah ciku prnh la makan..
kalo pisang kaki ni tak terliur pulak nk mkn..
hoho

January 31, 2013 at 3:02 AM

first time kenal..amboi smgt giler tenung buah tu...hahaha

January 31, 2013 at 7:06 AM

tahu tak pokok pisang kaki macamana?

aku pernah tengok pokok dia kat rumah kawan aku kat cameron highland..pokok dia macam pokok biasa je.

January 31, 2013 at 8:59 AM

@MizzTina
try lah rasa.
hehe

January 31, 2013 at 9:00 AM

@Misz Mieza
hahaha !
cepat kene kan dia.
pastu cerita eh. hihi

January 31, 2013 at 9:01 AM

@Cik Ezy
tak habes2 dengan teka teki dia tu.
hahaha

January 31, 2013 at 9:01 AM

@CTK
semangat tak bertempat.
kihkih

January 31, 2013 at 9:01 AM

@CTK
semangat tak bertempat.
kihkih

January 31, 2013 at 9:02 AM

@Wan Ahmad Izudean
tak pernah tengok live tapi tengok image kat google je.
hehehe

January 31, 2013 at 11:57 AM

pernh mkn tp tak brape gemar.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal