Tuesday, January 15, 2013

Dah agak dah.




Semalam aku OT so aku balik dalam pukul 730 malam camtu.
On the way balik boleh pulak ada satu kereta ni main sedap je keluar simpang tak tengok kanan langsung.
Aku dah la laju time tu sebab jalan clear.
Belakang aku pulak ada kereta lain.
Dan naseb baik jugak aku sempat brek and kereta belakang sempat masuk lane kanan.
Kalau tak mungkin aku dah dalam ICu dah sekarang. Huhu.


Aku memang dah nampak dah kereta ni tapi aku tak bajet yang dia akan keluar simpang macam tu je sebab aku dah dekat sangat dah.
Memang aku hon seploh harakat lah.
Dengan kereta2 belakang sekali hon.


Ni masa stop kat Trafic Lite. Dia ingat dia dah pakai kereta Fairlady dah cukop bagus lah? Lagi mahal dan besar kereta seseorang tu, lagi bongok dia jadi (kata kawan aku). Kawan aku ni belajar pasal manusia so maybe dia ada bukti yang kukuh. Apa yang pasti aku memang menyokong dia. Seriously sejak aku kerja kat Mont Kiara ni memang kebanyakan yang tak reti bagi signal, main keluar simpang sesuka hati dan lain2 benda negatif ialah kereta besar. Ko tau je lah Mont Kiara ni kan area orang kaya. Tempat high class. Bila kereta comel aku lalu dorang tunjuk lagak lah. Kosser betul nak layan.




Ok dah. Jangan marah2.
Buat cepat tue je.
Senyummmmmmmm :)
Good.


Semalam macam beselah Akram mesej2 dengan aku.
Sebab dia beli nombor sana, senang lah dia nak mesej2 dengan aku.
Aku kan pakai bil so takde lah kerja nak topap je kan.
Takpe nanti hujung bulan bil sampai kita claim dengan Akram. Wakakakaka.




Nampak tak ayat dia tu "Kan dah puas makan sedap2 dari minggu lepas"
Nampak tak permainan dia camne.
Owh patot lah dah dua minggu bawak aku makan sedap2 je.
Sebab dia nak tinggalkan aku pergi Bandung rupanya.
Takut lettew kalau tetibe aku buat hal tak bagi dia pergi.
Wakakakaka !


Walaupon aku Queen Control tapi aku baik hati (ececececeh)
Takdenya aku nak halang2 Akram pergi mana2 tanpa sebab.
Kalau aku tak bagi dia pergi tu maknanya ada sebab lettew.
Sebab nya tak lain dan tak bukan bila dia menyakitkan hati aku. Bila dia menyakitkan hati aku no way aku nak bagi dia bergembira.
Biar dia sama2 stress dengan aku. Wakakaka takut tak takut tak.


Aku rasa ade sekali je kot aku tak bagi dia keluar.
Masa tu aku ok je sebenarnya.
Time tu Akram dah plan nak pergi jumpa kawan2 dia.
Aku pulak nak keluar dengan kawan aku.
So okey lah.


Nak dijadikan cerita aku jumpe dengan kawan aku awal.
So petang tu aku takde nak buat ape.
So aku decide nak pergi Nilai 3 nak carik hadiah kawen orang.
Akram ni pattern yang kalau aku nak beli barang dia mesti nak ikot sebab dia takot aku kene tipu.
So dia suruh aku pergi esoknya dengan dia lah ape lah.
Esoknya tu dah nak pergi wedding. Mana sempat nak beli lagi nak balut lagi.
Kalau bangun awal takpe jugak. Ni nak kejut bangun dah satu hal.


Baik2 aku ok terus aku emo.
Terus aku cakap nak patah balik KL padahal time tu dah lepas tol Nilai dah.
Pastu Akram bebel2 kat aku terus aku cakap "Datang Nilai 3 sekarang kalau tak tau lah jadik ape"
HAHAHHAHA !
Pastu dia call aku buat bodo.


Dalam 45 minit camtu dia senyap je.
Aku pon pikir dia malas nak layan aku and pergi jumpa kawan2 dia je.


Last2 dia mesej "Tadi kata suruh datang Nilai 3. Call tak angkat pulak. Dah sampai dah ni"


Terus rasa serba salah.
HAHAHAHA !
*matiklah kalau kawan2 dia baca ni*


Korang mesti geram kan baca.
Aku pon geram dengan perangai sendiri.
Perangai macam sampah.


Tapi sebenarnya aku manjeww.
*pitam*


Semalam aku cakap dengan Akram kawan aku ajak pergi Sabah.




Mana boleh pergi sorang konon.
Cakap je lah jeles kalau aku tak ajak dia.
Dia mane boleh tengok aku bersenang lenang tanpa dia.
-___-


Pastu dah cakap dengan aku ni nanti dia balik Malaysia sambung cerita lagi.
Aku pon ok je lah.
Tetibe 5 minit kemudian masuk lagi mesej tanya2 pasal pergi Sabah.
-___-


Pastu aku cakap nak pergi Broga dulu.
Teringin gile nak panjat.
Aku rasa dari zaman U dulu kot aku teringin nak panjat Broga.
Tapi tak dapat2.
Sampai adik aku yang baru duduk KL pon dah tawan Beroga.
Akram la asal aku ajak je mesti dia tak free.


So ari tu officemate aku ajak naik Broga dulu.
Bagai pucuk dicita ulam mendatang (cewah berperibahasa gittew) aku pon melonjak kegembiraan.
Kalau Akram tanak pergi sudah.
Tapi bagai sudah di agak, tak ajak lagi dah sibuk tanya lebih2.
-___-


Yelah Akram ikot lah ikot.
Takut sangat aku tinggalkan dia.
Dia bersopink kat Bandung tu takpe.
Fine kite tengok nanti ape yang dia beli untuk aku dari Bandung.
Kalau cukup syarat baru boleh ikot naik Broga and pergi Sabah.
HAHAHA !



okbai.






With Love : Syazwana Jamal :)


7 comments

January 15, 2013 at 4:24 PM

mcm² hal korang 2 ni..

January 15, 2013 at 10:20 PM

comel je korang ni.cepat kawen ;D

January 15, 2013 at 11:10 PM

Boleh nyanyi lagu 'pening' nyanyian Ezlynn dah korang nih.. Mcm2 hal.. Kelajar pun ada baca kisah korang dua ni.. Hehehe..

January 16, 2013 at 9:18 AM

keta besaq, keta besaq...

January 16, 2013 at 9:29 AM

amboi..mcm2 ya..hihi

January 16, 2013 at 12:16 PM

perghh fairlady tuuuuu.. gila my fav kereta... ena pun pernah jadi camni.... kdg2 compius, mana satu dia nk pergi, knan ke kiri.. lg bhy ena kena ngn lori, mabuk agaknya.. nasib baik x jatuh dlm gaung ena nk elak lori tu...

January 16, 2013 at 4:46 PM

jgn ckp kl je mcm tu

kat ipoh pon byk driver gile

ikot sesuka hati nak masuk/potong orang

signal tu kedekot nak bg.pftt

mcm bg signal tu minyak pon keluar sama.





Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal