Monday, July 1, 2013

Kenangan Final FA Cup. JDT vs. Kelantan




Bismillah.
Selawat sikit panjang2 sebab banyak giler nak menaip ni.
Dengan gambar yang banyak jugak.
Fighting! *cakap dengan diri sendiri supaya tidak give up*
Harharhar.


Sebenarnya lepas tengok JDT lawan separuh akhir dengan Pahang dulu Akram cakap die taknak pergi pon tengok final sebab tiket mahal giler sampai RM40.
Tengok semi-final baru RM15.
Tetibe dekat2 nak final tu dia cakap kompem pegi.
Aku layankan je lah.
Siap cakap baju dah tempah dengan member dia lagi.
Padehal aku tak cakap pon nak ikot. Wakakakka.


Jumaat pagi tu mase kaunter tiket bukak kat Bukit Jalil aku call Akram sebab aku ingat dia nak pergi beli sebab dia kerja shift malam minggu tu.
Tapi die kalau dah tido memang haram la nak angkat.
Tengah hari tu dia cakap kawan dia dah dapatkan tiket.
So aku okey je lah.
Nak dijadikan cerita sekali tiket tu tak dapat pon. Tak tau lah sebab ape tak dapat. Banyak miscomunication kot.


Tapi jumaat petang tu aku dengar kat radio, berita cakap FAM nak print lagi 20k tiket. So Akram cakap takpe Sabtu pagi tu nak try je pergi Stadium kot2 memang ade jual ke tak kan.
Malam tu aku cakap dengan Akram macam malas pulak nak ikot die tengok bola.
Aku ingat dia gembira sebab aku tak menyibuk sekali buat ayat sedih "Eleh yelah tanak ikot takpe lah. Pegi sorang je lah"


Konpius betol aku.
Bukan kalau gepren bagi boipren berjimba dengan kawan2 bukan dia lagi seronok ke?
Apehal nak sedih kan? Aku rase mesti dia nak mengawal aku dari pergi sopink.
Cissss.


Sabtu pagi tu dengan mengantoknye aku teman Akram pergi stadium. Pukul 830 pagi kitorang sampai area sana. Kawan Akram lagi lah. Siap ponteng keje jap pukul 630 pagi dah sampai stadium.




Gigih tak siap bawak bekal pergi Stadium? Hahahaha! Aku masak bubur dengan ikan bilis + kentang masak kicap. Tetibe teringin nak makan. Nak makan kat rumah tak sempat so kite selamber bawak bekal. Siap goreng nuget lagi. 



Sampai2 area bukit jalil terkejut sebab dah start jem. Rupanya sebab kat sana ada event SUKMA pulak. Aduhai. Lame jugak kitorang sangkut. Siap orang dah hon2 kereta dah.



Kalau korang perasan kat tengah2 antara bendera Kelantan tu ade bendera PAS. Aku sampai sekarang tak paham kenapa perlu kaitkan bola dengan politik. Please lah. 



Lepas parking kereta terus gerak pergi kaunter tiket. Fulamakkkkkkkkkkkkkk ramai giler orang! Entah daripada pukul berapa lah dorang sampai. Aku syak dorang berkampung kat sana.





Gigih laki aku beratur. Tu yang baju grey tu. Pendek betol. Wakakaka. Akram suruh aku tunggu tepi. So aku pon mencari lah tempat yang redup sikit.



Kakak baju pink ni pregnant tau. Gigih sangat duduk tempat panas.


Akram cakap selalu dalam pukul 9 pagi dorang dah bukak kaunter.
Tapi dah pukul 9 lebih kaunter tak bukak2 lagi.
Sampai ke pukul 10 pagi pon kaunter still tak bukak lagi.


Tetibe tengah aku melayan camwhoring sensorang, Akram datang dengan kawan dia, Sajad.
Ingatkan penantian aku dah berakhir, boleh lah balik rumah rehat2.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Rupanya Akram call staff bukit jalil.
Staff tu terkejut bila Akram tanye bukak kaunter ke tak sebab dia cakap Sabtu tu memang takde inform nak jual tiket pon.
Then Akram cakap lah yang FAM ade inform nak print lagi 20k tiket.
Tapi staff tu cakap dorang tak tau pape pon. FAM pon tak inform pape.


Tak lama lepas tu Akram call lagi sekali staff tu. Staff tu cakap dorang dah call FAM. Memang tiket semua dah sold out. Memang takkan bukak kaunter.
Last2 Akram cakap suruh staff tu buat sesuatu sebab penyokong2 ni dah nak pecahkan dah pintu kaunter tiket tu. Scary.


Tak lama kitorang bertiga duduk2, Polis pon datang buat information yang kaunter tiket takkan bukak.
So dorang pon start la bersurai.
Tapi ade jugak lagi yang dok tunggu.
Still mengharap.


Time tu dua lagi kawan Akram sampai.
Kitorang pergi carik port lepak kat kedai makan.
Akram cakap kawan dia ade sumber tiket tapi RM80.
Tersedak aku dengar.


Sajad cakap die bukan tanak beli tapi die sakit hati nak bagi duit senang2 kat ulat tiket.
Kalau kaunter tiket jual RM80 die kompem beli.
Tapi sebab nak beli dari ulat2. Tak berbaloi.
Aku pon dah give up sebenarnya. Aku cakap dengan Akram tak payah la. Lepak mamak lagi best. Boleh makan2 minum2. *Makan je tujuan utamanya* Ngeh2


Tapi Akram cakap tak feel tengok kat mamak.
Akram ni sejak2 JDT ditubuhkan saka bola dia macam makin kuat je.
Kalau dulu die mane nak heran dengan bola-bola ni.
Tak pasal2 aku pon terjebak same.


Nak dipendekkan cerita kitorang tak join pon dua lagi kawan Akram yang beli tiket sampai RM80 tu.
Dua tiket dah Rm160 woi.
Baik pergi makan kat Tony Romas.
Seoul Garden ke. Lagi berbaloi. Wakakaka.


Kitorang pon jalan2 la kat kedai2 baju. Usha2 jugak tiket. Ade sorang mamat jual baju tu cakap now memang dorang dah jual tiket harga RM80.
Tu dah kire murah.
Ada yang jual sampai RM150. Giler cekik darah.


Last2 Akram cakap takpe lah dia nak tido jap kat dalam kereta sebab member dia cakap ade kaki boleh tolong dapatkan tiket harga RM55.


Nak dijadikan cerita lagi, bangun2 tido je dah pukul 530 petang.
Aku rase muka aku time tu lagi dasyat dari hantu Kak Limah.
Serabut giler aku rase.
Dengan panas teriknya berlengas nya.
Pergi toilet siapkan ape yang patot, Akram ajak round stadium lagi sekali.


Akram cakap kalau dia tau, dia pergi beli tiket sendiri Jumaat pagi tu.
Tapi dah ade orang cakap kompem dapat tiket kan so dia pon tak fikir banyak lah.
Time tu memang macam dah takde harapan dah.
Akram siap cakap kalau dapat satu tiket pon jadiklah. Nanti pandai2 lah dia kawtim dengan abang jaga pintu masuk tu.


Time tu aku dah memang rasa nak balik je. Tapi takde la sampai buat perangai kan. Wakakaka.
Ade sorang brader tu kitorang jumpe jual tiket sampai RM150. Memang tak beli lah.
Sampai hati amik kesempatan sampai macam tu sekali. Sobsss.


Akram cakap mulut aku masin sebab beria tanak tengok bola sekali memang betul2 tak dapat tiket. HAHA!
Mase kitorang jalan2 tu tetibe Akram stop. Time tu pukul 630 petang kot.
Pastu die borak2 dengan akak tu. Aku ingat kawan dia.
Rupanya dia terdengar akak tu sebut pasal tiket.
So die stop la.
Tanye punya tanya rupanya betol group dorang ade lebih satu tiket.


Memula brader group akak nak jual RM100.
Akram cakap kurang la sikit.
So brader tu cakap okey la RM80 ke RM60 ke.
Akram sebenarnya nak bayar dah Rm60. Sekali Akram test cakap RM50 boleh la orang kampung.
Brader tu pon ok lah. Sebab dorang pon dah nak masuk kan. Daripada tiket burn macam tu baik dia jual dapat gak Rm50.
Brader tu cakap Jumaat tu dari pukul 1230 tengah malam dia ade kat stadium.
Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh nampak tak penangan bola tu macam mana.


Dah dapat sau tiket, Akram try pergi kat Abang jaga pintu.
Aku tak tau lah ape dia berbual dengan abang tu.
Tapi abang tu cakap dia boleh lepaskan aku sorang cuma masalahnya supervisor dia tengah perhati dorang buat kerja.
So dia suruh datang lambat2 sikit lagi.
Kitorang pon gerak la belakang sikit.


Tetibe aku dengar "Tiket free sape nak tiket free!" Ada sorang pakcik tu jerit.
Penyokong Johor jugak Pakcik tu.
Pakcik tu siap dah bagi kat orang yang lalu lalang tapi orang tak percaya.
Siap cakap dengan group dia "Aku nak bagi free dia tak percaya" Pastu gelak2.
Aku terus panggil Akram suruh pergi kat pakcik tu.


Rupanya memang pakcik tu ade tiket lebih.
Memual dia tanya Akram nak beli berapa hengget.
Akram cakap jangan la mahal2 sangat.
Tetibe pakcik tu terus letak tiket kat dada Akram sambil cakap "Nak amik je free aku dah nak masuk dalam dah"
Pehhhhhhhhhhhhhhhhh tau tak macam mana perasaan kitorang time tu.
Rase macam nak menangis tak percaya.


Akram tanye sorang berader yang sama group dengan pakcik tu.
Berader tu cakap terbeli tiket lebih.
Ya Allah baik nya hati pakcik tu.
Semoga rezeki pakcik lagi luas. Aminn.
Serius sebak giler.
Orang paling happy of coz Akram. Dia sampai nak peluk pakcik tu sebab terkejut sangat.
Tapi benda tu berlaku cepat giler. Pakcik tu dah bagi tiket terus masuk stadium.
Subhanallah.


Tiket satu lebih tu Akram roger kawan dia.
Memula ingat nak bagi Sajad tapi call tak angkat. Lagi pon Sajad selalu dengan tunang die.
So tak cukop tiket.
Akram ajak kawan dia yang duduk Cheras. Kawan satu MIAT dulu.
Sementara tunggu kawan dia sampai kitorang pon carik Mafla.
Dengan Akram bising2 tak pakai jersinya.




Sampai sekarang kitorang macam tak percaya boleh dapat tiket free. Macam mimpi je. Tapi Akram cakap rezeki seharian menunggu kat Stadium :)




Jersi ni spesel sikit sebab tengah2 die tu ade tulis Final FA Cup.



Kenangan :)




Lepas dapat tiket terus nyanyi lagu JDT. Haha! Kalau tak bermuram durja je macam suasana yang dah makin suram ni.









Lepas kawan Akram sampai kitorang terus masuk stadium. Pehhhhhhhhhhhhhhhh penuh giler satu tempat kosong pon takde tinggal. Naseb baik kitorang bertiga je. So boleh la menyelit-nyelit. Tapi dah masuk lambat kan dapat duduk tangga je. Ape boleh buat. Okey lah sebab tangga pon penuh gila.



Masuk2 memang fans JDT semua dah menyanyi.
Jenis yang semua fans menyanyi lagi JDT tak berhenti-henti tahap kuat gile babeng.
Terharu sangat tengok semangat orang Johor macam ni :)



Lautan merah dan biru.





Masa ni lagu negaraku tengah nyanyi kot. Aku pon tak ingat dah.



Lepas lagu ape lagi hujan tiket laaaaaaaaaaaa. Aku nak beli sebenarnya tapi tak jumpe pulak. Cool wooooooooo.







Akram dan kawannya. Pink tu mafla aku. Aku pon tak paham apehal aku start suke kaler pink ni.



Oh lupe nak cakap mase masuk stadium aku seludup air mineral dua botol.
Aku masukkan dalam baju grey akram letak dalam beg.
Tapi sebenarnya beg aku takde orang check pon.
Haha!


Tapi bola kali ni tak rasa haus sangat pon sebab aku tak bersorak sangat.
Tak selesa la bersorak kat tangga. Haha!
Padehal yang lain takde hal pon.


Sebelah kitorang tu ade berader datang dari Johor.
Berader tu cakap dalam satu bas die ade 10 orang tak dapat tiket.
Tak tau kenapa boleh tak cukop.
Aku tanya macam mana dorang masuk?
Dia pon tak tau.
Kesian giler bayar2 mahal2 tak dapat masuk.


Suppose adik Akram datang jugak tapi tak jadik sebab orang yang uruskan tiket tu asyik je suruh bank in duit tapi bile ajak jumpe taknak.
Dah macam tu kompem la nak menipu kan.
So kensel.


Mase petang kitorang tido dalam kereta tu pon mak aku call tanye tak pergi stadium tengok bola ke?
Ayat macam ni "Tak tengok bola dengan ARKAM ke?"
Ye ARKAM okey bukan AKRAM.
Pastu dengar adik2 aku kat belakang "Akram la ibu bukan Arkam"


Samelah mak aku dengan bapak aku.
Memang kompem tak boleh suruh bapak aku nikahkan.
Kang pengantin tak ape2 bapak nye yang tak lepas2.





Sebenarnya aku puas hati je dengan pemain JDT. Walaupon separuh mase pertama dorang main macam hampeh tapi separuh masa kedua dorang okey.
Selalunya memang macam tu pon.


Tapi aku tak sure apesal orang cakap Kelantan menang mudah.
JDT takde effort.
Kalau ikot aku lah kan.
JDT selalu passing bola lambat.
Kalau Kelantan laju giler.
Zas zas gol.
Kalau JDT, pas bola ke kanan ke belakang ke kanan ke belakang.
By the time defend Kelantan semua dah turun. Camne nak gol?
Tapi itu ikot aku tengok lah kan. Aku ni dah la rabun. Bola bukan paham sangat pon. Akakaka.


Tapi second half nampak jugak lah pemain JDT banyak nak score tapi takde rezeki nak gol.
Walaupon kalah tapi aku tak kecewa langsung.
Sebab tengok penyokong JDT semua semangat kot :)











Even dah bunyik wisel penamat pon still lagi fans JDT bersorak.
Memang terharu sangat.
No wonder la Nunez sampai nanges.
Comel giler. Akakaka.


Member aku yang fans Kelantan pon boleh respect dengan Fans JDT.
Tahap bersorak 90 minit game tak berhenti.
Tahap menang kalah tetap support.
Tahap takde nak berpuak-puak.


Ape-ape pon memang takkan lupe lah pengalaman 29/6/2103 ni.
Macam2 benda berlaku.
Bila ingat balik memang macam mimpi jadi kenyataan.
Terima kasih Ya Allah.


And thanks korang baca aku membebel panjang giler.
Haha!


Till then.
Bye!




With Love : Syazwana Jamal :)


15 comments

July 1, 2013 at 5:24 PM

wahhh semangatlah akk ni... ena tengok kt TV pun tak... nak tau sape menang je.. apapun, tahniah kpd kelantan sebab dah berjaya

July 1, 2013 at 8:11 PM

Gigih ni baca panjang2. Hihi =D
Gila meriahhhh stadium tu sebab ramai gileeee orang.Sampaikan ada yang tolak2 bagai.Nasib sempat duduk kat kerusi -_-

July 1, 2013 at 9:23 PM

walaupon aku fan Klate, kita tetap kawan kan =D

July 1, 2013 at 9:58 PM

Dua-dua pasukan dah bagi yang terbaik. Itu dah cukup. :)

July 1, 2013 at 10:19 PM

Fuyooo. Rezeki tu. mst akram tu orgnya baik, sbb tu nsib dia pon baik. Hee.. Untg laa. Heheh.

July 2, 2013 at 10:44 AM

fuhhyooo..mmg smgt la couple ni..bgus2....

July 2, 2013 at 1:53 PM

@✿AINAA ROSEBERRY✿
ni namenye terjebak.
hihihi

July 2, 2013 at 1:53 PM

@laskar pelangi
hahaha ape boleh buat semua orang semangat giler kot.
hihihi.

next time aku nak masuk pukul 4!
kakaka

July 2, 2013 at 1:54 PM

@Rozuan Ismail
haha kawan tetap kawan.
takkan sebab bola nak bermusuh kan.
hihihi

July 2, 2013 at 1:54 PM
July 2, 2013 at 1:54 PM

@♥ sitifarhana ♥
hahaha. die memang baik.
cume kadang2 je poyo :P

July 2, 2013 at 1:55 PM

@nuyui a.k.a miss YUI
hahaha lelaki nya je yg semangat :P

July 2, 2013 at 5:18 PM

Semangat Wana gi tengok final kat stadium.. Kite layan kat umah jer.. Tu pun tak abis pun.. Sebelum tamat seoaruh masa pertama dah kuar gi merayau ke gerbang malam.. Kekekeke.. Takde semangat kesukanan langsung.. Kekekke..

July 2, 2013 at 5:39 PM

waaahhhh...teringin sgt nk pi stadium tgk bola,tp xda pn sapa nk ajak...huhu...

July 5, 2013 at 11:22 AM

babe!
teringat aku dengan pengalaman dapat tiket opening ceremony komenwel 98 VVIP seat. seat dgn duta2 tu. dapat 2 tics tp aku still child kan so lepas je la. org lain siap pakai suit bagai, aku dgn family sempoi je...hahaha....rezeki!

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal