Loading...

Friday, November 15, 2013

Kenangan UPSR







Berita terhangat di fesbuk harini.
Tak tau la betol ke tak kan. Ada sesapa boleh sahihkan?
Tapi kalau betol aku macam konpius takkan la bapak dia senang2 nak bagi mini cooper sebijik kat anak yang baru umur 12 tahun.
Bukan budak tu ada lesen pon nak bawak kan?
Ini kang la yang jadi punca budak2 bawah umur bawak kereta takde lesen ni.
Menjadi2 la kang kes eksiden.
Takkan budak tu nak tunggu sampai 18 tahun baru boleh bawak kan?
Aku rasa ni kes bapak yang nak bawak ni. Pastu cakap kat bini nak jadikan hadiah kat anak.
Kalau aku la jadi anak seorang bapak yang kaya raya baik aku mintak tiket percutian ke Eropah ke, mintak henpon lima belas bijik ke, benda yang boleh guna. Kereta? Alahaii.



Masa aku dapat 5A UPSR dulu mak aku bagi lima puluh hengget je.
Itupon sebab mak aku dah boleh bajet yang aku akan dapat result macam tu.
Gila kau tak dapat 5A mau mak aku pelangkung aku kang.
Mak aku kan garang tahap super saiya.
Dah la kene paksa belajar.
Sampai satu tahap aku masuk bilik buat senyappppppppppppp je.
Mak aku ingat aku study rupanya aku baca komik. Wakakakaka!


Time tu aku macam apehal la mak aku nak suruh study beria.
UPSR je kot.
Boleh jadi kaye ke kalau UPSR dapat 5A?
Aku macam konpius di situ.
Tapi terpaksa la jugak study. Dah dapat mak garang giler.


Masa aku nak amik result aku macam takde la nak rasa nerves sangat.
Tapi aku ingat la masa aku balik sekolah tu aku ingat nak saspen kan parent aku nak cakap aku dapat 4A 1 B je.
Sekali dorang semua buat rileks je.
Rupanya kawan ayah aku yang jadi PPD time tu dah bagi tau result aku awal2. Cehhhh.


Bila adik aku yang bongsu nak UPSR macam2 mak aku janjikan kat dia.
Duit lah, pergi jenjalan lah. Memang bikin panas betol.
Sebabnya adik aku tu degil + pemalas.
So mak aku macam terpaksa janjikan yang hebat2 untuk bakar semangat dia.
Kalau aku tau dari dulu lagi aku jadik pemalas. Hahah!
Tapi rasanya kalau aku pemalas dulu memang sah2 hanger baju tu mendarat kat bontot aku hari2.


Bila dapat masuk sekolah asrama penuh aku macam excited gila.
Bukan excited apanya.
Excited sebab dapat duduk jauh dari parents.
So tak payah la dengar mak aku membebel hari2. Wakakakaka.
Hari pertama masuk asrama semua budak nanges bila mak bapak dorang balik.
Aku macam "Apesal nak sedih ni? Aku gembira je"
Siap melambai2 dengan senyum melebar masa kereta mak aku bla.


Nak sangat duduk jauh dengan parent kan. Kesudahannya lepas SPM memang aku tak duduk Johor langsung la.
Matrik kat Changlun, Kedah.
Study kat UM, KL.
Keje pon kat KL. Kiranya dah dekat 8 tahun jugak la aku jadi perantau.
Now baru lah terasa sedihnya duduk jauh.

Rasanya sampai ke tua lah terpaksa duduk KL ni haa sebab Akram kan kerja MAS.
Now dia based kat KLIA.
Tak boleh nak suka2 transfer ke tempat lain.
Naseb la.


okbai.



With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

November 15, 2013 at 2:26 PM

haaha kite pun buat entry cemni
tp belum post je
:p

untung dpt mini cooper heh
kite dulu klo mnta cemni mau kna bantai :p

November 16, 2013 at 9:07 AM

Eh, Wana matrik Changlun ke? Samala kite? Ntah2 sama batch.. Mieza 1st batch masa tu.. Ingat lagi masa minggu orientasi, ngan takde airnya, ngan panas bahangnya.. Ye la tempat baru, macam padang jarak padang terkukur jer masa tu, kiri kanan tanah merah.. Pokok2 semua baru tanam.. Kalau ada pun pokok2 getah kat kebun getah sebelah kolej jela.. Haha! Air pun kalau ada, berkarat2.. Nasib la badan ni tak sensitif.. Kalau tak menjawabler kena gatal2.. Huhu..
http://miezashaklee.blogspot.com

November 17, 2013 at 3:52 AM

Kak efy adalah org sg ara pertama dpt 4A. Before this batch tu sume kantoi sbb english. Tu le sume anak org jawa kn. not like me; i mean mmg kacukan kanada.
Hadiah; mmg takde la. Plg hebat time tu cik naim kantin belanja nasi ayam baser, tu pon dh happy sgt. Pastu masuk asrama tahap mmg jauh gile kt kajang. N smpi skrg pon mmg dok KL.
Ehh ke komen ni lagi panjang dari entry :)

November 19, 2013 at 3:49 PM

KA dulupun xlah sampai dpt adiah cenggini !

November 19, 2013 at 10:07 PM

untung betul budak tu dapat mini cooper..
jadi warga KL la.. hehe..

November 20, 2013 at 10:33 AM

hmmm.. kalo la betul citer, mcm x patut jer.. kecik2 dah diajar dpt hadiah mewah mcm ni.. besar nanti x biasa hidup ssh plak nanti.. kan.. huhu

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal