Loading...

Tuesday, November 19, 2013

Sogo.




Wiken lepas saje ajak Akram jalan sogo.
Sebenarnya tujuan utama memula nak pergi klinik yang aku pergi check telinga hari tu.
Telinga aku dah tak sakit dah cuma pekak tu still tak hilang lagi.
Sama kes macam kakak aku. Dasar penyakit keturunan. Hahah!
Tahik telinga mengeras.


Kakak aku dulu kena masa dia nak kawen. Lagi la haru.
Dia cakap better buat kat hospital sebab dokter dia pakar sikit.
Sebab kakak aku masa kena dulu pon sampai tiga kali buat kat klinik biasa.
Dah la sakit. Tak okey jugak. Sampai makcik laki dia suggest buat kat hospital. Baru la okey.


Aku tanya kakak aku betul ke aku kene macam yang dia kene kan. Aku takot jugak kalau ada sebab lain. First time aku kene ni.
Berdenyut2 telinga aku. Kalau tersentuh memang meraung sorang2. hahah.
Kakak aku cakap sama.


Berdeting-deting tu yang tak boleh blah. Hahah!


Aku pikir kalau nak buat kat hospital nak kene amik cuti bagai.
So malas la nak buat dulu.
Jadi cancel pegi klinik. Tapi sogo tetap on.


Padehal dua hari before tu aku gaduh dengan Akram.
Mamat tu la tak boleh nak memahami betol. Cewahh.
Aku wassap die yang aku stress gila. Dengan pc opis yang asyik nak shut down tetiba sampai 4-5 kali.
Pastu aku nak print drawing mesin plotter buat hal.
Mane tak emosi aku.
Ingatkan wassap Akram dapat lah menghilangkan perasaan geram sekali makin sakit hati. Hahah!


Sebenarnya bukan salah Akram pon.
Aku kan ratu emosi. Aku yang melebih2.
Pastu aku yang wassap, aku yang reply pendek2 sebab dah takde mood.
Pastu Akram cakap "Yelah nak reply pendek2 tak payah la. Pergi lah cakap dengan opismate semua tu"


Pastu aku terus emosi. Terus off phone dua hari. Wakakaka.
Aku kalau marah memang tak suka la orang nak hai hai lagi kan.
Baik aku off terus henpon.


Hari jumaat tu macam biasa la Akram mesti pujuk.
Pastu dah okey.
Pastu sabtu tu pergi lah sogo dengan gembira.
Tapi lepas dua jam bergaduh balik. Wakakakaka.





Akram la (asyik nak salahkan orang kan. aptb)
Tujuan nak pergi sogo sebab aku nak carik baju dia dua helai.
Kalau ikot perancangan aku satu kemeja aku nak carik lengan panjang kaler mint green.
Lagi satu tu aku nak carik kemeja formal dengan seluar slack.
Akram cakap kemeja formal tak payah la. Die nak ganti dengan tshirt berkolar. So aku okey je lah.


Jalan punya jalan satu sogo tu satu jenis kemeja lengan panjang pon takde yang berkenan kat hati aku.
Yang cantik2 semua lengan pendek. Aku nak lengan panjang. Sebab macam sesuai untuk majlis formal.
Ada dua jenis kemeja tu dah cun gila lah. Satu kaler biru. Satu kelabu pink.
Aku memang dah nak amik dah kelabu pink tu. Jenama BUM.
Sekali Akram try size XL tak muat.
Aku dah nak emosi dah. hahahaha!


Bila try jenama lain elok je boleh sarung size L.
Kitorang pon assume yang BUM tu jenama budak2.
So cutting dengan size pon ikot budak2 punya.
Sedih gila aku.


Dalam dua jam lepas tu dah carik2 tak jumpa tetibe Akram tanya2 aku lagi nak carik baju camne.
Aku dah start la nak emosi. Sebab aku awal2 dah terangkan kat dia.
So aku memang jenis tak suka nak ulang benda sampai doplohpat kali.
Akram dok terang2 kan kat aku ape yang dia tak paham.
Aku dok ye ye kan je. Malas nak layan.
Dia tengok aku dah emosi terus dia ajak turun pergi carpark.
Aku ingat dah nak balik dah. Aku pon nak pergi la bayar tiket parking.
Sekali dia cakap jangan bayar dulu. So okey lah.


Turun pergi kat kereta Akram cakap elok2.
Aku macam biasa la mesti nak nanges. hahah! Semua pon aku nak nanges.
Lepas buat sesi luahan perasaan baru rasa ok.
Masuk balik dalam sogo.
Akram terus carik kemeja formal dengan slack satu.
Pastu bayar pastu siap.
Time tu dah nak dekat pukul 10 malam dah.
Saju baju je dapat lagi satu baju carik lain kali.


Oh ye sogo baru start mega sale.
Sampai January 2014.
Masa aku pergi tak ramai orang lagi. Sebab baru hari pertama.
Time ni je lah yang boleh nak pergi redah sogo tu.
Kalau dah kawen dah ada anak memang tak kosser lah kan bersesak kat sana.
Jadi selagi tak kawen ni moh ler kite.



Nasi kandar Yaseem.


Keluar sogo memang lapar gila sampai aku sakit perot.
Sebab pagi tu just breakfast nasi lemak.
Lepas tu tengah hari macam kenyang lagi.
Masuk sogo dah pukul 5 petang.
Berjalan dalam tu just minum air je. Mendapat lah kan sakit perot.


Akram cakap ade satu nasi kandar area sana sedap.
Aku mana2 pon okey je asalkan makan.
So pekena la Nasi Kandar Yaseem ni.


Aku amik kuah campur, lauk ayam kicap dengan tolor dadar.
Memang sedap jugak nasi kandar dia ni.
Dan banyak nak mampos.
Akram makan pon tak habes. Aku lagi lah tak habes kan. Cecececece.



Menu hari ahad. Ketam lemak cili api, kerabu mangga & Sambal kentang.


Aku teringin nak try masak lemak cili api.
Tapi sebab dah bosan gila makan ayam dengan ikan, so aku try ketam.
Pergi pasar amik ketam 4 ekor kene seploh hengget je. Rasa macam tak percaya.
Aku rasa berat jugak aku pegang ketam tu.
Tapi Akram cakap kalau aku cerita pasal pergi pasar ni memang susah nak dipercayai. Aku kan semua pon tak tau. Wakakaka.


Sambal kentang tu peveret. Everytime pergi makan kat luar mesti nak amik sambal kentang.
Kerabu mangga tu aku beli mangga epal 3 biji.
Sebiji dah masak. Naseb baik masak kalau tiga2 tak masak memang menggunung la kerabu mangga aku.
Itu pon aku guna sebiji size biasa dengan sebiji lagi size kecik.


This week nak try masak lain pulak.
Suggestion please??


okbai.
With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

November 19, 2013 at 3:49 PM

pernah kena sakit yag sama.. seksa sungguh ler rasa... done nuffnang yer !

November 19, 2013 at 3:53 PM

tolong masak kt iteeww :p

rajinnya awak :D

hujung tahun mesti ada mega sales.

tp x larat nk bersesak dgn org -.-

jgn emo3 sgt k.

cucuk perut awak nnt :p

November 19, 2013 at 7:58 PM

Hahaha.. Serius perangai kita sama Wana.. Bila kita dah cakap details kat orang tu gitu gini bagai nak rak tapi dia still lagi duk tanya2 beribu2 lemon kali, mulalah nak emo.. Sakit ati sangat.. Huhu.. Pssst! kerabu mangga tu dap err.. Feveret tu.. Nyummeh!
http://miezashaklee.blogspot.com

November 19, 2013 at 10:04 PM

semoga cepat sembuh sakit telinga tu..
wah.. sogo ada sale ya.. best dapat shopping.. nasib baik dapat juga beli 1 baju..
nampak sedap masakan ketam lemak cili padi tu.. yummy..

November 20, 2013 at 1:06 AM

Ceta2..pastu mesti ada ceta pasal makanan..i like..hehe..gmbar kasut..lama x bli kasut ni...ngeh..negh..blnja wana ;D..klik2 sini.

November 20, 2013 at 10:20 AM

oo sakit kan kalau kena mcm tue

November 20, 2013 at 10:32 AM

sakit telinga pun ada berketurunan eh.. hihi.. amboiii smpt plak ke sogo yer..

November 20, 2013 at 11:06 AM

kalau sogo blkg opis.. lama dh p..haha

p/s: brg awak dah terima yunk..akk tu ada inform yui =)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal