Monday, November 11, 2013

First time makan buah nona.


Ada orang cakap dengan aku "Eh takde entry makanan ke?"
Ewah2 kemain lagi kan nganjing aku.
Kang sekali aku up kang meleleh air liur lagi2 yang tengah diet tu.
Hahaha!
Ok gurau.


Ini namanya buah nona. Tak kenal takpe sebab aku pon baru je berkenalan. Hahaha! Jadi jangan dan2 rasa seperti katak di bawah tempurung ye.



Aku beli masa on the way nak balik KL last week.
Akram ajak benti jap kat RnR Pagoh. Ke Machap. Lupe sudah. Padehal baru last week kan. Kahkah. Aduh makin menjadi2 kelupaan aku sekang ni.
So disebabkan aku ni kejenya makan sambil online je dalam kereta sebab naik kereta Akram, plus kereta dia manual, dia tak bagi aku bawak manual sebab pernah sekali aku bawak kereta die terbabas, jadinya aku layan je la die nak benti memana pon.



Masa nak gerak ke kereta tu saje je la lalu kat kedai buah dia.
Ada dua kedai buah. Memula kitorang tengok kedai yang paling luar.
Takde buah yang berkenan.
Then dari kedai pertama tu aku nampak buah ni kat kedai sebelah.
Terus cakap kat Akram "Eh buah nona lah" dengan perasaan teruja.
Padehal seumur hidup aku tak pernah tengok langsung rupa buah nona ni camne.
Naseb baik betol kalau tak kemaluan ai. Eh.





Memang seumur hidup aku tak pernah jumpa buah ni.
Rasanya aku tak pernah google jugak. Haha! Pape je lah.
Akram cakap die pernah makan dulu kaler hijau.
Aku ingat kalau belum masak kaler hijau dah masak kaler pepel camni.
Sekali Akram cakap masa die makan dah masak tu still kaler hijau.
Terus suruh aku google.
Rupanya memang ada dua jenis. Hijau dan pepel.


Masa aku beli buah nona ni still tak masak lagi. Keras nak mampos tahap boleh baling anjing.
So kene peram dulu.
Weekend lepas baru aku makan.





Sedap jugak la buah nona ni.
Bila dia masak memang lembut sangat2.
Rasa die macam ala-ala durian belanda pon ada jugak.
Tapi manis gilaaa aaaa wa cakap lu.
Pastu unik giler cara makan dia.
Kan kulit dia kan berpetak2 tu kan. sebab kulit die pon dah lembut giler so kite boleh cerai2kan buah ni ikot petak2 dia.
Tak paham kalu pergi la beli sendiri pastu makan sendiri.


Tapi memang sedap la. Seyes.
Pasni kalau on the way nak balik KL memang aku mintak Akram singgah aa kan cite die.
Sekilo RM12. Ke Rm15. Lupe sudehhh.





Semalam aku ajak Akram tengok wayang sebab dah lama gila tak tengok wayang.
Pekak2 pon sempat lagi nak tengok wayang kan.
Naseb baik sound system cinema memang kuat nak mampos. Jadi still boleh dengar jugak.
Telinga aku still tak baik2 lagi. Kawan aku cakap aku tido salah mengiring.
Patot aku mengiring ikot telinga yg sakit. Ni aku terbalik.
Patot la tak baik2. Siap menangis2 kat Akram sebab sakit. hahaha!


So tengah hari semalam kitorang gerak pergi seremban 2.
Sebab aku nak carik satu kedai kasut summit kat sana.

Aku memang pelik sikit dengan TGV Seremban 2 ni.
Even orang ramai nak mampos pon still ade jugak seat kosong.
Bagus lah.
Pop corn dia pon sedap nak mampos. Pehhhhhh rosak diet aku. Eh diet ke? Haha!


Rasanya ni wayang ketiga kot untuk tahun ni.
Lagi dua cerita Bikers kental dengan Fast 5 dulu.
Dah tua2 camni memang takde hati sangat nak tengok wayang.
Cube kalau zaman belajar dulu pantang ada muvie baru panjang aje kakinya. Tibe2 dah sampai Mid Valley. Tetibe lagi tengah beratur kat GSC. Wakakaka.


Setakat ni record aku pernah buat dengan member aku sampai Mid Valley pukul 9 pagi ke 10 pagi camtu dengan baju kurung sebab kelas batal.
Gigih tak gigih la kan.
Sekang tengok movie baru keluar je cakap nanti2 lah nanti la last2 tak tengok pon.
Nanti aku kawen memang aku paksa laki aku beli LED complete dengan dvd player semua la tetiap bulan memang muka aku kat kedai dvd beli cd.
Tak pon donlod masuk hard disk tengok kat flat screen sambil bermesra dengan laki.
Wakakakaka berangan tak hagak2. Takpe2. sabar.


Cerita Thor aku rasa semua orang dah tengok la kot.
Cuma nya Akram suruh aku tunggu sampai habes semua credit baru keluar wayang.
Credit pertama lepas habes tu ade scene.
Kredit kedua yang lama nak mampos sebab keluar semua nama2 pelakon pengarah penerbit crew segala tok nenek die tu.
Aku layankan je Akram tunggu.
Time tu tinggal kitorang dua dengan dua orang perempuan cina.
Staf2 TGV dah stand by nak kemas hall dah. Belasah.
Sekali memang betul habes kredit semua ada scene Thor dengan Jane Foster.
Dengan ayat "Thor will return"


Sesape terlepas dipersilakan tengok sekali lagi ye.


okbai..



7 comments:

  1. KA pun suka buah nona, lama x makan juga !

    ReplyDelete
  2. Erk..mcm sya je yg tnya aritu ni..huhu..maaf2..mmg suka dtg ke blog wana tgk gmbr mkanan..tau..hehe..tk dpt mkn pun xpe la..jnji dpt tgk gmbr mkanan sedap2..ngee..

    Sya pun x pnh mkn buah nona ni..asyik tgk pokok je..mmg kemaluan betui..ngeh..ngeh.. :D

    ReplyDelete
  3. Macam dah lama jer tak makan buah nona.. Uhuhu.. Kite pun sejak2 dah tua bangka ni dah kurang minat nak tengok wayang.. Rela lagi tunggu citer dah basi, dah agak2 leh donlod suh incit laki donlod.. Biar la orang kat ketinggalan zaman pun.. Tapi kalau zaman student dulu, siap satu hari boleh layan marathon sampai 3 movie.. Abis satu movie, gi beli tiket citer lain plak.. Nak2 ladies day.. Murah kot. Tu yang berabis marathon tu.. Haha!
    Mieza Suri Shaklee

    ReplyDelete
  4. akak pernah makan.. tapi tak kena dengan selera akak. dulu kat kampung banyak tanam kat depan rumah..

    ReplyDelete
  5. teringin nak rasa jugaklah..macam sedap je.

    ReplyDelete

What says U?