Monday, December 16, 2013

Hyeee. Im back! Krik krik.




Okey sebelum genap sebulan blog ni terbiar ayuh la kita menaip sesuatu.
Takkkkk aku bukan berhenti menaip sebab benda2 tak berfaedah yang lepas tu.
Aku kan bukan jenis yang nak amik kisah pon pasal haters.
Sebab aku jenis tak suka benda2 menyakitkan hati.
Disebabkan itu lah aku tak suka tengok drama Melayu. Sebab boleh sakit jantung tengok perempuan2 asyik kene buli. Herghhhhhhhhhh sakit hati ahkak.


Aku busy sikit lately. Dah transfer ke Johor. Opis aku betol2 depan Legoland. Maka hari2 jugak aku lalu depan Legoland tu.
Pasal adik Akram, doctor takde kesan ape2 yang abnormal pada otak dia.
So doctor suruh bawak balik rumah.
Now tengah berubat cara kampung and jumpa ustaz pulak.
Still lumpuh separuh badan belah kanan and tak boleh bercakap.
Cuma kalau orang papah dia boleh la berdiri.


Bumbung merah tu Legoland.


Thank you for readers yang suruh aku hapdet blog.
Yang bagi kata2 semangat jangan amik kisah pasal haters. Hahah!
Dont worry la aku ni pattern mind ur own bussiness sikit.
Tapi kan aku nak cakap sikit lah ni. Tapiiiiiiiiiiii tak tujukan pada sesape ok.
Sape yang rasa makan cili tu rasa lah pedas sendiri. Aku nak cakap secara general.
Kene cakap gini sebab kang ada orang sentap pastu feeling femes dalam blog aku padehal satu nama dia pon aku tak tulis. Camne eh boleh perasan femes? Pastu jaja link blog aku. Pastu kutuk aku secara berjamaah. Siap cakap aku bodoh bagai. Siap cakap penulis blog ni takde keje lain free sangat sebab tu tulis belog. Ewahhh kemain.
Tapi ada aku kesah?
Yang penting nuffnang aku jalan. Wakakakaka.


Miscommunication.
Kadang2 bila kita komen kat fesbuk, kita rasa kita dah tulis dengan sopan dan berhemah.
Tapi kita tak tau orang baca macam mana.
Sebab tu kita tak boleh nak salahkan orang lain.
Mungkin kita ingat tulisan kita tu tak menyakitkan hati orang.
Tapi orang baca, orang sentap.


Macam aku, kekadang aku wassap2 dengan Akram ada sesetengah benda Akram sentap.
Padahal aku rasa aku tulis elok je tak nampak pulak boleh buat orang sentap.
Tapi bila Akram baca dia cakap die terasa.
Okey aku terus mintak maaf.
Dan Akram maafkan.
Dan aku takde pulak nak ungkit2 balik.
Dah kata micsomunication kan.


Tapi aku pelik bila aku yang kene, then orang boleh tak puas hati dengan aku.
Padahal aku dah cakap aku sentap dengan cara penulisan dia.
Takde kene mengena dengan benda lain.
Eh dia nak jugak corner 360 darjah sampai jadi aku yang salah. Dia yang teraniaya.
Pening pening.


Elok memula mintak maaf sebab mungkin cara penulisan dia menyakitkan hati aku.
Elok jugak aku dah maafkan, tetibe belakang aku die boleh ungkit balik.
Naseb kawan aku bagitau kalau tak sampai ke sudah aku tak tau ada perangai manusia macam ni.


Okey aku nak cakap sikit.
Kite ni kalau dah mintak maap kat orang tolong lah jangan cakap belakang lagi.
Like ape point kau nak mintak maap kat orang pastu kau nak kutuk2 orang lagi.
Just mintak maap sebab nak tunjuk diri kau mulia? Sebab tangan yang menghulur kan lebih mulia kan.
Tapi belakang2 kemain sedap mengutuk secara berjemaah siap cakap diri teraniaya.
Ape kes?


"I will forgive but I will not forget"

Pernah dengar ayat ni?
Paham?


Dari kecik aku diajar kalau orang mintak maaf kat kita then kita pon dah maafkan dorang maka dah takde sengketa.
Takde nak cakap2 belakang semua.
Nak buat acara kutukan berjamaah bagai.
Walaupon kita selalu cakap I will forgive but I will not forget, tapi bila kita dah kata kita maafkan means it's done. Right?

Will not forget tu maksudnya kita akan beringat di masa akan datang dan bukannya berdendam.
Ini untuk kes orang yang diminta maaf lah.

Yang meminta maaf pulak bila kau dah cakap kau mintak maaf maknanya bukan kau ke yang start dulu untuk berbaik?
Dan mintak maaf tu bukan patotnya ikhlas ke?
Ke aku salah?
Ke aku ni yang bodoh sangat tak paham maksud MAAF?
Setahu aku lah kan bila kita mintak maaf dan orang tu dah maafkan maknanya dah setel dah.


Pelik bila kau mintak maaf dengan aku. Pastu aku dah maafkan. Tetibe belakang aku kau boleh kutuk2 aku dengan kawan2 kau kan.
So ape point mintak maap?
Nak tunjuk ko mulia. Teraniaya?
Nak tunjuk depan orang yang kau ni takde hal lah dengan benda2 small matter ni, kau cool, kau selamba, pastu tak sampai sejam kau meroyan balik, jadahnya. Motif?


Kalau ko tak puas hati dari awal ko tak payah mintak maap.
Ko settle lah sampai puas hati.
Kan?


Pening lah aku.
Maybe MAAF memang dah tak releven kot zaman sekarang. Hmmmm.


With Love : Syazwana Jamal :)


6 comments

December 16, 2013 at 2:44 PM

Wana..hehe..tu tgk lama xde entry..slmt kembali bersiaran eh ^_^

December 16, 2013 at 3:42 PM

ptotlah lama mnyepi..hhuuh

December 17, 2013 at 11:35 AM

manusia kan? baru dah nk berbalas komen..

December 17, 2013 at 2:29 PM

dik, psl kes hari tu ke? xpaham la manusia yg jenis mcm ni.. klu rs xnk maafkn, awl² xyahla terima maaf kite..


btw, ada komen bls kt komen akak tu.. mls layan..

December 17, 2013 at 6:45 PM

lah tak habis lagi ke pasal ni awak?

kalau dia kacau awak lagi,. awak block je dia

padan muka

semak la orang cemni. heh

December 30, 2013 at 7:18 PM

Huhu.. What happen dear? Sorry ketinggalan.. Huhu..
http://miezashaklee.blogspot.com

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal