Loading...

Wednesday, November 20, 2013

Souvenir dari Medan, Indonesia




Semalam pergi jumpa Akram kejap sebab nak amik barang.
Sekali dia bagi ni,


Purse dari Medan.


Sabtu lepas Akram hantar kawan die pergi airport sebab kawan dia nak suruh Akram tolong tengok2 kan kereta.
Yang pergi tiga pasangan. Lagi dua pasangan tu mintak tolong member lain hantar.
Tiga2 tu satu batch dengan Akram masa sekolah tapi aku kenal dua orang je.
Yang bagi souvenir ni aku tak berapa kenal. Hahah!
So semalam petang lepas Akram amik dorang dari airport tu yang dia pass kat aku tu.



Dalam ada satu cermin kecik. Ini sudah cun. Kat mana2 pon boleh touch up. I likee. Hihi.





Aku tengah berfikir2 bila masa aku nak pakai purse ni.
Sebab aku bukan jenis pengumpul purse.
Bukan jenis yang rajin benau nak tukar2 purse asal nak keluar. Tak kosser aku every time nak keluar every time tu jugak nak pindahkan segala jenis barang dalam tu.
Purse aku wajib satu. Kalau dah buruk nak mampos baru aku beli baru.
Selagi tak koyak tak ape memang aku lenjan je la. Sebab tu aku suka beli purse yang mahal.
Pakai lama puas hati aku.


Now aku pakai purse Pierre Cardin.
Before tu tak ingat lah jenama apa. Tapi yang pasti lama jugak la aku pakai.
Ada dalam 4 tahun tak silap aku.
Purse sekarang ni pon dah 2 tahun lebih. Still cantik.


Tapi purse batik ni bawak pergi wedding ada cun jugak kan?



Hobi terbaru.



Yesss aku ada hobi baru.
Membuat bunga rose 3d.
Ni semua kawan aku punya pasal. Disebabkan die berminat buat benda2 macam ni aku pon dah ikot terjebak.
Ini cara2 dia kat jb aku kat KL.
Kang kalau dah duduk serumah mungkin aku boleh bukak butik kot.
Wakakaka.


Padahal sebenarnya aku paling benci bab2 menjahit ni.
Dulu masa sekolah kan ada subjek Kemahiran Hidup yang Rumah tangga bagai tu ape entah tajuk die lupa pulak aku.
Haaa Ekonomi rumah tangga.
Cikgu bagi tugasan suruh buat baju kurung kedah.
Aku balik dari asrama hantar kat taylor belakang rumah aku, dah siap hantar kat cikgu.
Hahah!
Punya lah benci bab2 jahit ni.


Tapi tu lah orang cakap jangan benci sangat nanti jadi suka.
Macam dulu aku benci giler memasak. Now pantang kalau ada masa free dok nak menggugel resepi je la kejenya.
Sekarang turun pulak ke bidang jahitan ni.


Masa memula aku try buat pakai kain felt.
Kain felt kan keras kan so sekali try terus jadik terbentuk cantik.
Pastu try la pulak guna kain chiffon. Kain chiffon kan lembut.
Hambek kau. Siap ulang tayang video sampai seploh kali nak memahamkan teknik dia bagi cantik.
Boleh laaaaaaaa untuk seorang beginner.


Aku tengah nak menjahanamkan baju raya aku ni.
Takde lah buat ape pon. Nak tambah bunga2 je.
Nanti kalau jadik aku heboh kat sini.
Kalau aku senyap je tu mungkin baju aku dah kene bakar sebab stress.
Hahaha!


okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


13 comments

November 20, 2013 at 2:25 PM

wana, purse batik tu gorjes la. tak nak bagi sini!

aha... macam ada good news je tak lama lagi wana dgn akram. biasa orang nak kahwin je terleboh rajin nak buat 3d flower ni. hihi

November 20, 2013 at 2:41 PM

Beg tu lawa..mcm corak batik kan...pandai wana buat bunga rose tu..bleh lekat2 kat baju ni.. :D

November 20, 2013 at 4:46 PM

cun giler kalo aku jumpa konfem aku dah beli! haha..
sama la wana aku pon beli purse kengkonon mahal siket sebab tahan lama. purse sekarang pon dah 2 tahun lebih tp kaler dah pudar so mcm kena beli baru je. wakakaka alasan!

November 20, 2013 at 5:29 PM

Wah! Boleh buat duit ni Wana.. Nanti ajar ler kita cara2nya.. Jangan lupa tayang hasil memodified baju raya ni.. hehehe..
http://miezashaklee.blogspot.com

November 20, 2013 at 8:02 PM

Lawa n rare purse tu. Klasik gila. Lawanyeee awak buat bunge tu. Kalau sy tangan keras kompem x jadi

November 21, 2013 at 12:07 AM

comel purse tu.. corak batik lagi tu..
rajin buat bunga tu.. semoga menjadi baju tu ditambah bunga-bunga.. jangan sampai bakar baju tu.. hehe.. :D

November 21, 2013 at 12:07 AM

comel purse tu.. corak batik lagi tu..
rajin buat bunga tu.. semoga menjadi baju tu ditambah bunga-bunga.. jangan sampai bakar baju tu.. hehe.. :D

November 21, 2013 at 10:42 AM

exclusive purse batik tu..wahh aa hobi baru..menarik gak tu jahit menjahit..

November 21, 2013 at 10:58 AM

cntik2..

wah hobi baru tu menarik..hihi

November 21, 2013 at 12:11 PM

cantik giler purse batik tu...

November 21, 2013 at 12:22 PM

hebat laa .
aku sampai la pun tak reti reti buat rose ni ,

November 22, 2013 at 9:49 AM

cantik purse tu, mmg rezeki lah !

November 22, 2013 at 10:06 AM

wow..cun la wallet tu.. klasik gitu tau...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal