Seriously aku takde mood nak buat keje harini.
Takde mood sebab banyak keje aku pending disebabkan orang lain lembab buat keje.
Bayangkan la keje2 yang aku dah request sebulan yang lepas, petang ni baru nak siap.
Lepas tu salahkan aku sebab semalam aku baru nak request.
Padehal aku request SEBULAN yang lepas ok.
SEBULAN bukan SEMINGGU.
Tiap2 minggu aku remind dorang bagi drawing yang aku nak.
Tiap2 minggu okey. Rasa nak maki je dorang ni.
Bila semalam aku request lagi, tetibe dengan senang hati cakap "Eh tak bagi lagi eh? Ingat dah bagi"
Sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
Sekali aku hempok karang baru ko tau erti penyesalan.
Pastu baru terhegeh-hegeh nak buat.
Pastu nak salahkan aku. Eh serious aku tak paham golongan macam ni.
Bila site delay, pihak aku jugak yang kene pandang serong.
Padehal yang melambatkannya pihak lain.
Kau tak bengang ke macam tu. Aku ni selagi boleh tahan sabar je keje dengan golongan camni.
Kalau dah sampai limit memang aku hantar email cc kat semua orang je kang. Biar malu sikit.
Tapi takpe, aku ni malas nak stress2 sangat pasal keje. Menyakitkan hati.
So aku memang buat cool.
Jumpe orang gelak2. Takpe. Alah setakat keje je kan. Masuk pukul 8 balik kol 6. Sampai rumah layan drama pukul 7. Gelak2 dengan housemate. Pastu lupa. Kekeke.
Setakat ni aku memang tak pernah lagi bawak keje opis balik rumah.
Sebabnya aku tak guna laptop.
Bagus jugak. Takde lah semak sangat kepala otak aku ni. Agak2 rasa banyak gila keje nak buat, OT.
Sampai siap, then balik rumah rest!
Semalam, tetibe ada sorang mamat kat opis aku ni hantar wechat kat aku. Ajak couple.
Padehal dah tau aku ada tunang.
Seriously tak paham orang macam ni.
Ini kalau Akram tau ni memang mati la aku. Harap2 dia tak baca. Hahah!
Akram ni sejak2 lepas bertunang, kadar kejelesan dia berkadar langsung dengan masa.
Cewah macam persamaan linear pulak kan.
Semakin bertambah masa dan usia, semakin kuat kadar kejelesan Akram. Kekeke!
So, aku cakap la dengan mamat tu dah takde pompuan lain ke nak ajak berkapel.
Aku dah bertunang.
Aku baik dengan dia selama ni sebab dia tu macam abang.
Dia boleh cakap "Alah takpe. Slow and steady ler. Okey apa lebih dari kawan. Rahsia kita dua je"
Padehal kan selalu je aku nampak dia dok wechat dengan pompuan lain. Aku syak dia hantar kat semua pompuan ayat camtu. Tengok dalam banyak2 list dia, siapa yang melekat. Alah pompuan kan menggeletis sikit bila lelaki tetibe ajak kapel kan.
Tak sangka la banyak sangat spesies lelaki macam ni dalam dunia.
Masa aku memula masuk dulu, ada sorang mamat ni. Sebenarnya dia dah kawen tapi takde sorang pon bagitau aku.
So dia selalu lah nak ajak aku tengok wayang la, teman pergi makan la, ajak lepak la.
Tapi mostly memang aku tolak.
Pernah ada sorang tanya aku "Wana, ko rasa si A ni dah kawen belom?"
Aku memang tak tau dia dah kawen tapi aku cakap lah, "Kalau tengok perot memang macam dah kawen"
Kekekek.
Sekali tak lama lepas tu aku dapat berita dia cuti. Bini dia baru bersalin.
Perhhhhhhhhh satu lagi spesies lelaki aku tak paham. Bini tengah sarat mengandung, ko boleh nak menggatal dengan perempuan lain. Tau lah bini duduk jauh. Tak payah nak berlagak bujang sangat.
Lepas bini dia bersalin, barulah kurang sikit nak kacau2 aku.
Ingatkan dah okey dah.
Tak lama lepas tu masuk staf baru. Dah tua dah. Baya2 bapak aku je.
Memula aku jumpe okey je la. Sebab dia yang akan check kerja2 aku.
So aku layan baik je lah. Profesional kan.
Tetibe entah dari mana dapat nombor aku, tetibe tetiap malam nak wassap aku.
Geli okey.
Bagitau boring lah, nak ajak minum la bla bla bla.
Padehal dia tinggal satu rumah dengan bini dia. Boleh paham tak perangai manusia macam ni.
Patot la satu site panggil dia playboy tua.
Serius nak muntah. Kalau hensem macam Zamarul Hisyam ke, Rosyam Nor ke tahan la lagi. Ni muka dah la kelaut. Ingat aku hadapt sangat dengan duit dorang agaknya.
Puihhhh.
Hai lelaki yang dah kawen, kalau tak kesian kat bini tu pikir lah pasal anak2.
Entah ape lah perasaan anak2 bila dapat tau bapak dorang tu sejenis ulat bulu berbisa.
T___T
Hai Akram, kite cinta awak sorang jewwwwwww. Kekekeke :P
Oh ada satu lagi spesies lelaki yang sukar jugak dipahami.
Tapi yang ni kat pesbuk je.
Dah tentu2 sah2 aku guna profile picture gambar aku dengan Akram, still orang dok pm "Hye boleh berkenalan"
"Hai tengah buat ape. Kenal boleh"
Seriously nak ngurat pon jangan lah guna cara zaman jahiliah.
Cuba pm "Hye saya ada 1 juta dalam akaun bank. Jom kapel"
Ekekeke. Tu macam mata duitan sangat ye dak?
Dah la yang penting tak berminat.
Selalunya aku tak pernah reply pon. Terus block.
Sebab Akram pegang password fb aku. Aku pon pegang password fb Akram.
Tanak lah berlaku salah paham pulak.
Cakap pasal password fb ni baru teringat dah lama tak buat spotcheck kat fb akram.
Kekekeke.
okbai.
comei la pelamin tu
ReplyDeleteakak pernah kena..pakcik tua bangka hokey duk mengayat.. siap dpt emel akak..mn dtg ntah.. pastu tetibe ada sorang pempuan ni pm akak kt fb, rupenya skandal jantan ni.. wowowo..dasat selera org tua ni..
ReplyDeletekalau banyak orang nak mengurat baik cepatkan tarikh pernikahan
ReplyDelete