Thursday, October 2, 2014

Bridal.


Aku selalu sangat baca pasal bridal buat hal ni.
Dan paling menakutkan jadik kat kawan satu sekolah aku sendiri.
Tapi dah lama lah. Kalau korang nak baca boleh pergi sini http://www.dierliufeng.com/?note=review-pelamin-lots-of-love-highly-not-recommended
3.5k orang share. Huhu.


Aku memang berdoa sangat yang aku takkan dapat pengalaman macam tu. Sebab aku ni panas baran. Aku takut aku akan jadik incredible hulk time tu. Tak pon meroyan siap baling2 pasu bunga. Haha!


Cerita dia macam ni.
Aku dah tempah satu bridal kat Kota Tinggi ni.
Aku kan pemalas nak survey2 banyak kali kan. So bila tengok pakej dia affordable aku terus On la.
Actually aku nak amik bridal lain tapi bridal tu penuh untuk tarikh aku. Sedih aku.
Terpaksa carik bridal lain.


So setakat ni aku dah bayar separuh pada bridal aku.
Plannya nak bayar lagi masa fitting baju and habeskan bayar masa hari sanding tu.
A big NO okey kalau habeskan bayar awal2. Kang duit dah bayar keje tak jalan.
Macam kes kawan aku tu T.T


So sekarang dah bulan 10. Bridal aku tu bukan nak apdet bila aku kene datang fitting baju semua.
Aku request nak pakai songket untuk malam berinai. So aku macam takut la kalau lambat kang semua baju dah kene cop kan. Baju sanding aku tak kisah sebab aku dapat pakej baju baru. Tinggal fitting je.

So tadi aku mesej lah dengan akak yg selalu aku contact untuk buat payment.

"Salam kak. Nak tanya selalunya fitting baju bila ya? Pastu sy ada satu baju songket nak guna untuk malam berinai. Agak2 bila boleh book? Kang penuh semua orang guna sy takda baju pulak"
Sesopan mungkin dah ni aku mesej. Haha!

Sekali ko tau dia reply apa. Dia reply pakai nombor lain "Wasalam. sape ni ek. Huhu"

Ko tak rasa ke jantung aku ni macam nak gugur T____T

Ya Allah dia ni tak reti ke nak jaga hubungan dengan customer. Takkan nombor aku dia tak simpan.
Masa mintak tambah payment kemain pandai pulak carik nombor aku nak mesej.

 Pastu aku malas nak kecoh2 aku cakap lah aku Wana dari Sungai Ara majlis aku sekian2.


Pastu die reply "Owh hihi. Bulan 10 pon dah boleh booking"

Ya Allah lagi sekali jantung aku macam nak tercabut. Dia ingat bulan 10 tu lagi 5 bulan ke? Ni dah bulan 10 dah. Dah la tak cakap sorry.


Sedihnya aku.
Aku tak tau lah bridal lain layan customer macam mana. Mungkin dorang busy or banyak customer.
Tapi kau bisness suppose ko tau la nak handle even banyak customer pon kan.

Ni tak masuk lagi pasal cenderahati yang aku tempah kat satu tempat ni.
Dok diam je. Deposit dah masuk.
Aku tengok kat page dok apdet status sape berminat sila pm sila pm. Customer yang satu ni tak terlayan. Bila tanya cakap busy sikit. Tapi join expo boleh pulak. Oh God.

Aku doa mintak2 majlis aku jalan smooth.
Hari sabtu ni aku nak pergi butik dia nak tengok baju dan progress.
Aku harap kesabaran aku berada di paras tertinggi.


Ameen.


8 comments:

  1. alhamdulillah bridal akak dl sgt ok..siap asek call n sms akak je tnye bila nk fitting baju..sudahnya ms sehari sebelum majlis, dia bw baju lebih, pilih mana berkenan.. waaaa..suke sgt

    ReplyDelete
  2. kena pergi sendiri kat butik! diorang memang takkan ingat kau ni costomer yang mana satu. haha..
    dulu bridal aku pon macam tu so aku malas panjang cerita aku cakap nak datang butik sekian2 tarikh.
    dah book appointment, datang butik semua ok jer. and bila dah datang butik kau mesej ke call dia lepas tu konfem dia dah ingat sebab tarikh dah dekat kan. hihi..
    btw, goodluck!

    ReplyDelete
  3. hii awakk. biasa la perasaan bakal pengantin memang mcm tu sebab majlis kite kan, saye pon same jugak tiap2 malam pk macam2 takut ada masalah. papepon doakan yg terbaik. hope smua ok2 je . :)

    ReplyDelete
  4. @Fieda Redzuan

    yeke weh? lega giler dengar. huhuhu.
    tq bebebh.

    ReplyDelete
  5. hrp2 baiklah hendaknya ya..

    kena berkeras skit ok. jgn dibiar stg nyesal.

    ReplyDelete
  6. Biasalah Wana.. Lagi dekat majlis, lagi banyak dugaan.. Kena banyak bersabar & kena berfikir secara waras.. Hehe.. Hope everything will go smoothly.. ^_^
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

What says U?