Tuesday, December 9, 2014

Review : Kad Kahwen Wana & Akram dari LH CREATIVE CONCEPT JALAN BRUNEI




Disebabkan entry kad kahwen macam simple je so kita start dengan kad kahwen dulu.

LH Creative concept ni ada tiga cawangan tak silap aku.
Satu kat jalan brunei, satu kat jalan pudu, lagi satu kat pertama complex.
Aku buat kat jalan brunei sebab dah tersampai area sana dulu.

Untuk kad kahwen ni aku cakap awal2. Kalau korang mementingkan layanan yang superb dan tak kisah keluarkan modal lebih untuk kad kahwen, aku tak recommend langsung tempat ni. Sebab korang boleh carik tempat yang lagi better.
Seriously.
Tapi kalau ko kedekut nak keluarkan bajet kad kahwen macam aku (HAHAHA!) dan dengan rela hati ko sanggup nak terima poor servis dari dorang, silakan.
Ini aku bagitau awal2 la ya.

Awal2 dulu masa stage planning2 kad kahwen dulu memang lah ada berangan nak kad kahwen yang macam mana. Konon2 nak buat ala2 tiket kapal terbang la, passport la itu lah ini lah.
Tapi bila survey2 market rasa macam mak oi mahalnya kad kahwen sekarang.
Kebanyakan tempat yang aku survey online untuk harga range 20 sen - 30sen semua bagi kad jenis poskad (sekeping depan belakang)
Kalau kad yang jenis lipat kebanyakan harga 30sen - 50sen. Mahal mahal~~ hahaha!

So aku ingatkan semua tempat harga pon lebih kurang je macam tu. So aku cakap dengan Akram buat je lah yang sekeping tu. Buat lah simple2 kan. Belah aku buat sebelah belah dia guna bahagian belakang.
Akram pon okey je lah.
Dan mula2 aku dah nak buat dengan kawan kepada kawan aku dah. Sebab tengok pakej dia macam okey je. Tapi Akram cakap nak tengok kat pudu dulu sebab katanya kat pudu banyak kedai printing.
Even abang ipar dia punya kawan pon guna printing kat area pudu. So kami beranggapan kalau direct pergi pudu boleh la dapat harga lagi murah kan.<


Jadinya ke pudu lah kami. Jalan punya jalan terjumpa LH Creative kat jalan brunei ni dulu. So kitorang terus lah masuk.


Tapi rasa macam sedih la jugak sebab bila masuk kedai je takde orang nak layan. Hahaha!
Kitorang macam terpinga-pinga lah jugak. Camne nak order ni. Nak kene jalan2 tengok kad dulu ke?
Ke nak duduk dulu.
Serius time tu ada lah dua tiga staff tapi semua duduk kat meja buat apa entah.
Time kitorang masuk tu ada lah jugak satu kapel lain dalam tu.

So kitorang pon buat2 lah tengok kad dulu.
Aku tengok yang bahagian sekeping je sebab nak paling murah kan. Hahaha!

Tak lama lepas tu baru lah ada orang layan.
Tapi aku tak berkenan sangat dengan cara layanan tu. Sebab jenis yang kita tunjuk kad pastu tanya ni berapa? Pastu tunjuk kad lain tanya ni berapa?
Aku ni konon lah macam dorang boleh suggest kita amik kad apa dengan budget yang kita ada tu.
Nehi.

Lepas tu semua kad yang under budget kitorang semua jenis kad sekeping.
So aku pon ada lah minat kat satu kad ni. Dah macam kompom nak pilih la kan.
Sekali tetibe Akram jumpa kad lain yang jenis lipat lagi better dengan harga still dalam budget kitorang. Aku time tu rasa macam adoi sejenis servis apakah ini? Hahaha! Kalau kitorang tak jumpa kad tu mungkin takkan ada staff yang rekomen kad jenis macam tu. Tengok dalam web dorang kad pattern tu takda publish pon.
Mungkin dorang dah pemes kot. Anak datuk menteri pon buat kad kahwen kat sini weh.
So dia macam "Okey ko nak buat kat sini buat. Ko tanak silalah carik tempat lain" Gittew.




So inilah kad kahwen kitorang. Untuk 2000 keping kitorang dapat harga Rm500. Jatuh satu kad 25 sen. Tapi sebab belah depan tu kitorang mintak guna hot stamping, so kene tambah RM50. So jatuh satu kad dalam 27 sen gitu.
Masa mula2 tu kitorang tak booking dulu sebab nak pikir dulu.
Bila pikir2 balik macam murah je kan. Sebab kawan akak aku yang buat servis kad kahwen pon tak boleh nak bagi harga macam tu untuk 2000 keping kad. So kitorang proceed.
Lagipon kat sampul pon boleh pilih design kan. Tu yang menarik jugak tu.

The next weeknya kitorang datang booking.
Bayar deposit Rm50. Isi borang dan details pengantin dengan majlis sekali.
Akram dah bawak siap2 peta rumah dia. Aku tak bawak lagi.
So aku cakap nanti aku emelkan peta rumah aku sekali dengan rumah Akram.
SO okey je.

9.9.2014

Aku emel dorang peta rumah aku dengan Akram.

18.9.2014

Aku terima draft pertama.
Sangat banyak kesalahan. Tak tau lah dorang ni tak semak ke apa masa taip tu.
Rasa macam dorang taip2 pastu send kat aku.

22.9.2014 & 23.9.2014

Aku emel dorang balik pembetulan.
So esoknya dorang emel balik second draft.
Aku check2 macam dah betul semua then aku terus emel balik.
Lepas tu aku buat payment 50% dari jumlah semua bila draft dah okey. Bank in saje. Resit tu emelkan.




Draft macam ni je ye. Black and white. So silalah pilih kaler betul2. Dorang memang ada bagi kaler kod. Tapi takde contoh kad.
So kitorang macam berani mati je lah pilih kaler tu.
Naseb baik okey.

24.9.2014

Dorang dah terima emel aku dan bagitau printing 10 hari bekerja tak termasuk sabtu ahad dan cuti umum.

Actually untuk harga RM550 ni kitorang dapat free dua bunting dengan dua guest book.
Tapi guest book dia aku bagi kat adik ipar aku sebab sangat lah nipis dua muka surat je kot. Haha!
Bunting tu aku tukar satu pada banner.
Dan disebabkan aku takda gambar untuk bunting & banner, so dorang cakap paling lewat boleh bagi tiga minggu before majlis. So okey lah.
Aku proceed dengan kad dulu.

29.9.2014

Aku email kan pada dorang gambar untuk bunting dan banner.


30.9.2014

Aku emel pada dorang design yang aku nak. So ok dah lepas tu.
Nanti boleh collect sekali dengan kad.

21.10.2014

Kilang kol aku bagitau kad dah boleh collect (18 hari jugak siap-Lambat!)
Tapi aku tak kisah sebab still ada masa.
So dorang tanya nak collect bila sebab kilang nak hantar kad kat kedai tu.
Aku cakap nak collect sabtu tu 25.10.14 sebab time tu aku memang plan nak pegi KL.
Dorang pon okey je.

Tapiiiiiiiiiiiiiiii.................

25.10.2014

Aku datang dengan eksitednya nak collect kad sekali dorang check2 kad aku takde kat kedai tu.
Lepas tu bagitau kilang dah tutup. Kene datang esoknya. Sebab bos dorang pon dah otw balik. Ewah senang giler bercakap macamkan dekat kan nak pegi kedai dia tu.
Aku dah start nak marah dah. Tapi Akram cool lagi sebab yang kerek tu yang duduk kat meja tu. Maybe designer kot. Dengan tak cakap sorry. Cakap dengan nada kerek seriously.
Naseb baik ada sorang staff nama Zura yang ok sikit. Dia pon macam serba salah jugak ngan kitorang. Tapi sebab maybe dia junior so dia kene lah tanya 'kakak' senior kan.

So aku duduk senyap je kat belakang sikit sambil buat muka tak puas hati.
Aku cakap kilang dah kol hari selasa. Dia cakap nak hantar kat kedai sebab aku nak collect sabtu.
Tetibe aku pulak yang salah sebab nak bagitau kedai dulu.
Padehal dulu dalam emel kalau kad dah siap memang kilang yang akan kol. Pastu kilang hantar kat kedai. Blergghhhh.

So designer tu dok kol sapa tah. Last2 dia cakap kene tunggu dua tiga jam sebab bos dia patah balik pergi kilang.
Aku cakap ngan Akram nak tunggu. Takde keje nak ulang2 alik masuk area pudu semata2 benda kecik yang bukan salah kitorang ni.
So kitorang lepak dulu kedai mamak depan tu.
Untuk menghilang kan rasa marah aku terpaksa order ayam goreng satu. Ahahahah!

Dalam sejam lepas tu kot, orang kedai kol cakap kad dah ready.
Senang je pon. Tak lama pon aku tengok. Dok malas nak layan masa aku datang tadi.
Lepas bayar balance terus chow. Tak kosser nak berlama-lamaan kat sana. Hahah!

Aku memang ada baca jugak yang staff kat jalan brunei ni tak friendly. Bloggers suggest pergi jalan pudu. Tapi sebab Akram malas nak kesana maka bertabah lah. Haha!

Rupanya kawan aku yang buat kat showroom pertama komplex pon dapat bad servis.
Dorang buat kad lebih kurang aku jugak sebab aku yang rekomen murah. Hahaha!
Kad boleh pilih nak kaler putih or cream.
Kawan aku pilih kaler krim tapi bila siap dapat kaler putih.
Bertabahlah.



Macam ni lah hot stamping. Nampak lah eksklusif sikit walaupon murah. Wakakaka



Kad kahwen kene lipat sendiri ye. Haha!
Syamilah tu adik Akram. Untuk belah lelaki pengantin dua. So aku buat lah sekali nama dorang.
Baik kan aku? Ekekeke.


Ni untuk bunting dan banner.
Yang betul2 punya macam takde dalam henpon aku pulak.

So kepada bakal pengantin I wish uols a very gud luck on your preparation. Tabahkan hati dan kuatkan iman. Wah gittew.
Macam aku cakap memula tadi terpulang lah pada korang nak decide okey ke tak okey tempat ni.
Tapi pada aku tempat ni memang antara termurah aku pernah survey.
Cuma poor services tu emmmm kalau korang jenis cepat marah tak payah kot datang sini.

okbai.



With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

December 9, 2014 at 2:25 PM

wow

December 9, 2014 at 3:30 PM

cantik & simple je.. just nice :)

December 9, 2014 at 5:11 PM

mila buat dkt jalan pudu oke je biasa2 je layanan tp jln pudu susah parking jgk.Harga murah la situ.

December 11, 2014 at 8:25 PM

Eh ok sgt hrga cmtu walau x msra pelanggan. Huhu

December 22, 2014 at 3:08 PM

Hehe.. Memang kena bertabah sikit nak setelkan persiapan kahwin ni.. Mental emosi kena stabil & kuat.. Haha!
RosmizaAliDotCom™

October 21, 2015 at 4:09 PM

boleh saya call x? mne nmbo yg perlu saya hubungi?

June 21, 2016 at 9:50 AM

time sy kawin dlu tahun 2010. kitorg tempah kat cwgn jln pudu. tu pun sbb dok tgk cth2 kad kawin yg byk parents sy simpan jiran2 dok bagi. sbb tu la tau psl LH Creative nie. time kitorg g alhamdulillah baik la staff dia. dia bg draft pun pantas & sy pun akan terus reply on the very same day jugak. mula2 kitorg pilih design lain. nk jd citer ada kad sample terbaru plak diorg baru letak kat display. bila tgk terus tukar fikiran heheh. bajet kitorg RM1 per kad. tp kad yg kitorg nk tu agak pricey. tp staf tu siap suggest kalo nk murah bleh tukar jenis kertas tu & ink yg digunakan. so dpt la reduce kpd RM1 per kad. mmg puas hati la time tu. dpt gak la bunting percuma masa tu.

Anonymous
August 11, 2016 at 11:43 PM

Wedding card sy dulu pun tempah kt LH creative concept ni. Card kat situ mmg cantik2.. sy pnya card ada display kt sana kad black n hot stamping gold kaler.. servis sy dpt pun ok jer. Tp mmg diorang ni kuat typo. Hahaaa. Sy punya draf je 2x kena repair. Bodek punya bodek card sy A4 size lipat dua harga kat situ rm1.50 tp dapat 80sen. Overall puas ati gak la. Hehee

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal