Monday, December 22, 2014

Memang dugaan bertunang tu sangat kuat.




Sebenarnya aku tengah mengarang entry nikah aku.
Tapi aku nak cerita pengalaman aku masa tunang and lepas kawen.
Sebab aku rasa memang sangat2 lah terkesan di hati. Cewahh.

Pagi tadi aku cakap dengan Akram "Syg, masa tunang dulu kan by asyik je lah nak marah. Tak tau kenapa. Padehal benda kecik je. Tapi hati by ni memang mendidih je sentiasa. Tu yang syg call pon by nak marah"

Pastu Akram cakap "Memang lah. Kak Ija pon cakap benda yang sama. Biasa lah syaitan nak halang manusia bina masjid. Hasutan semua tu"

"Tapi betul lah syg, lepas kawen ni by tak pernah lagi marah2 kan? Walaupon syg selalu tanya soalan yang sama ulang2. Hihihi." kata aku.


Tapi seriously lepas kawen hati aku macam lebih tenang. Susah sangat aku nak marah2.
Alhamdulillah harap2 sampai bila2 lah perangai baran aku tu pergi.

Masa aku bertunang dengan Akram aku memang selalu nak marah.
Aku memang tak suka Akram tanya aku banyak2 kali benda yang aku dah bagitau. So aku akan mengamuk. Itu satu.
Paling dasyat lagi bila Akram call aku pon aku boleh marah.
Kalau ko jadi Akram ko tension tak?
Akram jadi bengang sebab call pon kene marah. Apatah lagi masa whatsapp. Lagi banyak benda yang aku nak marah.

Masa tu aku tak tau kenapa. Tapi hati aku memang rasa nak marah je. Apa benda yang Akram buat semua tak kene kat mata aku. Pendek kata semua benda yang Akram buat aku jadi benci.
Kadang2 sampai aku terfikir "Eh kenapa aku selalu sangat nak marah Akram. Die ni bukan jodoh aku ke?"
Sebab aku pernah baca buku yang solat istikharah ni bukan datang dalam mimpi je. Kadang2 die datang dengan pelbagai cara. Salah satu nya kita akan rasa tak selesa dengan orang tu.
So aku pikir yang entah2 aku dah buat pilihan yang salah.

Sampai satu tahap Akram cakap dia kecik hati dengan aku.
Dia rasa diri dia macam tak berguna sebab asyik je kene marah dengan aku. Dia cakap tak guna dia jadi lelaki macam tu.

Kadang2 tu tak gaduh pon. Takde apa2 yang boleh buat gaduh. Tapi bila tetibe Akram call aku jadi emosi. Aku cakap nak marah2. Dalam hati aku cakap eh ko ni nak call tak boleh ke nak bagitau dulu. Sibuk la. Padehal selama ni tak pernah Akram mesej dlu bagitau nak call. Dan aku okey je.
Lepas tu aku selalu rasa Akram tak paham aku. Tak boleh nak baca hati aku. Hahaha!
Padehal memang aku yang bermasalah.

Dan paling worst sekali kitorang pernah tu nak cancel tunang ni. Padahal time tu berapa bulan je nak kawen dah.
Tapi luckily Akram berjaya menahan hasutan syaitan dengan lebih kuat. Kakaka!
Nak harapkan aku memang failed.
Aku siap cakap dengan Akram lagi aku kawen ngan dia pon sebab parents aku. Sebab 90% persiapan dah siap. Takkan nak kecewakan parents kan.

Yup sampai macam tu sekali.
T____T

Lepas kawen ni kalau nak ikotkan selalu je Akram tanya aku banyak2 kali jugak.
Sampai haritu Akram cakap takut nak tanya aku lagi sebab takut aku marah. Padahal sikit pon aku takde rasa nak marah. Rasanya dah nak dekat sebulan kawen ni aku belum marah2 lagi walaupon masa datang bulan. Alhamdulillah.

Memang betul orang cakap. Dugaan bertunang tu sangat kuat Allah je yang tau macam mana perasaan nya. Syaitan tu memang sentiasa nak menhalang manusia mendirikan masjid dengan apa cara sekalipon.


Alhamdulillah kitorang dah selamat. Dugaan suami isteri pulak lepas ni. Harapnya kitorang boleh handle. Gittew.


Rasanya semua orang tau kot aku dengan Akram long distance husband and wife sekarang.
Projek aku tak habes lagi kat Johor. Akram kat KLIA.
So wiken je lah jumpa.

Selalu jugak lah aku baca yang suami isteri ni kene selalu mintak maaf. Sebelum tidur kene mintak maaf. Jangan tidur dengan perasaan marah, tak baik.

So satu hari tu before tido aku mesej la Akram cakap aku mintak maaf.
Yang Akram ni kalau aku mesej pelik2 je mulalah ingat aku nak mati lah ape lah. Hahaha.



So aku cakap dengan Akram. Lepas ni sebelum tido kene mintak maaf dulu. Tak kisah la gaduh macam mana pon :D



So macam ni lah rutin kehidupan kitorang sebelum tido. Hahah! Kalau jauh boleh whatsapp je lah. Kalau Akram dah tertido dulu aku Whatsapp jugak mintak maaf.
Kadang2 Akram yang mintak maaf dulu.
Kalau macam Weekend tu aku mintak maaf jugak depan2. Salam cium tangan gittew. HAhaha!

Baru sebulan kan. Hopefully sampai bila2 pon akan begini jugak.
Haritu aku tanya Akram "Kalau bby asyik je nak marah2, syg carik lain tak"
Akram cakap "InshaAllah tak"
Cewahhhhhhhhhhhhh sekarang boleh la kan. Kite tengok 10 tahun lagi nanti. Hahahaha
Tapi InshaAllah aku memang hari2 doa semoga aku boleh kawal marah.

So far okey. InshaAllah Allah akan selalu tolong hambanya.

So untuk kawan2 yang nak mendirikan masjid tu harap banyak2 kan bersabar.
Kalau memang rasa nak marah sangat2, amik wudhuk terus solat.
Good luck!


bye!



With Love : Syazwana Jamal :)


5 comments

December 22, 2014 at 11:30 AM

alhamdullilah

December 22, 2014 at 12:07 PM

Lama-lama kita paham nanti pasangan kita macam mana.. :)

December 22, 2014 at 2:55 PM

Alhamdulillah.. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Amin.. ^_^
RosmizaAliDotCom™

December 22, 2014 at 4:15 PM

sbb tu bercinta ms lepas kawin ni manis sbb ini la baru dinamakan bercinta yg sebenar.. hehehe

December 23, 2014 at 4:05 PM

Alhamdulillah...dugaan bertunang tu memang kuat...dugaan pas kawen pun banyak...anyway,just enjoy ur married life,doa semoga Allah sentiasa ikat hati kita bsama suami kita...sbb semua yg blaku dengan izin Allah...jadi mohon dengan Allah...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal