Tuesday, December 23, 2014

Wana + Akram : Nikah




Kalau ikotkan mak aku, dia nak aku nikah satu hari dengan majlis sanding.
Sebab senang satu hari je semua setel.
Tapi aku tanak. Hahaha!
Aku nak nikah sehari sebelum. Lepas tu aku request nak nikah kat rumah. Sebab aku rasa macam senang. Tak payah nak arrange transport pergi masjid lepas tu nak angkut2 hantaran bagai.
So mak aku ikot kan je lah.

Sabtu pagi tu baru kawan2 aku start datang. Kira orang yang wajib datang awal la.
Kalau tak datang awal boleh mendatangkan kemudaratan. Bahaha.
Didie duduk Johor je. Die wajib datang awal sebab nak pakaikan inai yang lukis2 tu.
Ajak pulak dari Bangi. Patot kamis malam lagi dia dah bertapa kat rumah aku. Tapi tak dapat cuti pulak.
Ajak datang membawa bunga2 segar dari Puchong disebabkan bunga2 segar kat area aku ni sangat mahal dan tak banyak choices.
So sabtu pagi pukul 630 pagi dia dah terpacak kat rumah aku.
Lagi satu, ajak bawak veil yang sally tolong beading sekali. Of course tu reason dia kene datang rumah aku awal. Kalau tak nikah tak berveil lah aku.

So pagi2 sabtu tu lepas breakfast aku dengan Ajak start buat final touch up untuk hantaran2 aku.
Untuk majlis nikah ni aku memang awal2 lagi nak buat hantaran sendiri.
Tapi sebenarnya bukan aku yang buat pon. Sally yang buat 85%. Hahaha!
Aku ngan Ajak buat lagi 15% touch up bunga segar je. Heheh!

Barang2 hantaran aku. Details pasal hantaran nanti aku cerita kat entry lain k.

Lepas zuhur, rombongan lelaki dah sampai kat kampung aku.
Mak aku bookingkan homestay kat area masjid.
Tapi bukan lah homestay sangat pon. Aku rasa kalau aku bukak homestay kat kampung aku ni mesti laku giler. Cewah.
Yelah yang konon2 homestay kat tempat aku ni semua ala2 hostel je. Sabit tempat tido, tukar baju, mandi, solat & rehat.
Bukan macam betul2 homestay yang boleh masak, ada tv segala tu.
Tapi nak buat camne kan dah tu je yang hado. Belasah je lah.

Disebabkan dua2 belah pihak, hantaran aku yang buat maka sebelum mula majlis, Akram datang rumah aku amik hantaran. Boleh gitu? Hahaha!
Dah tu aku tanya Akram masa dia balik Johor nak amik hantaran sekali ke tak.
Dia cakap tak payah. Nanti beberapa jam sebelum majlis dia singgah rumah amik hantaran dia.
So aku pon okey je lah.

Kalau ikotkan aku tanya bridal, mak andam sampai rumah aku lepas zuhur. Tapiiiiiiiiii harammmm. Maka segala drama pon bermulalah. Ish kalau boleh aku memang tanak ingat dah tapi nak buat camna kan. Details pasal bridal pon nanti aku cerita kat entry lain. Memang sangat tak puas hati.
Ni aku cerita pasal mak andam dulu.

Dari lepas zuhur membawak ke pukul 3 petang mak andam tak sampai2. Ko tak hangen?
Tapi tak tau lah time tu kenapa aku macam bertabah giler. Kebiasaannya kalau orang buat taik dengan aku, aku dah terjerit2 depan muka dia dah.
Tapi maybe dari awal aku dah redha dan pasrah sebab salah pilih bridal kan. So aku macam pasrah je la weh. Marah memang marah tapi nak mengamuk tu macam dah takde rasa.
Dah la tiba2 ada kawan mak aku tetibe bagi feedback negatif pasal bridal tu.
Lagi lah dia dah bayar banyak kat bridal tu last minit dia kehensel sebab servis tak puas hati. Last minit jugak carik bridal lain. Sobsss.

So lepas pukul dua lebih tu aku dok la kol2 mak andam ni tanya dia kat mana semua. Nikah lepas asar weh. Pukul 4.30 petang. Giler apa kol 3 tak datang lagi T___T
Yang si mak andamnya asyik dok cakap on the way. Dah la time tu hujan. Ada one time aku kol boleh MUA cakap tengah jem. Nak menipu pon tak beragak. Selama 26 tahun aku hidup takdanya nak jem hari minggu biasa kalau bukan cuti apa2.
Bila aku cakap dengan nada tinggi "Haaa jem!! Jem kat mana?"
Tau pulak nak jawab "EH bukan jem. Slow je. HUjan la tak nampak"

Pukul 330 petang aku kol lagi dia cakap dah nak sampai dah. Dah dekat dah. Aku macam lega la.
Sekali tak sampai lagi jugak.
Last aku cakap kalau lambat sangat aku nak mekap sendiri.
Aku bagi masa sampai pukul 4 petang je kalau tak memang aku mekap sendiri.
Yang si Ajak dah stand by dah nak mekapkan aku. Bila aku cakap nak mekap sendiri boleh dia cakap tak payah datang la macam tu. Ya Allah tak tau la dia tu manusia species apa. Takda perasaan ke apa tah. Aku cakap aku dah bayar dah. Nak tanak dia kene la datang jugak.

Bila aku kol lagi tanya betul2 MUA gerak pukul berapa, dia cakap pukul 3 petang.
Lepas tu asyik je lah cakap "Nikah 430 kan? Sempat mekap sempat"
Time ni aku dah mengucap panjang dah. Aku cakap dah tau hujan kenapa tak gerak awal. Nak datang rumah aku dah jalan satu lane. Kalau ada lori memang slow. Tambah hujan lagi. Dengan aku nak pakai shawl lagi. T___T MUA asyik cakap sempat2. Lepas tu bagi alasan bukan sengaja nak lambat. Kereta rosak la nak kene betulkan dulu la. Macam-macam.

Hampir nak menangis jugak lah aku. Kakak aku dah suruh sabar bebanyak. Bawak mengucap. Huhuhu. Tapi memang time tu tak tau lah. Kesabaran aku still ada lagi. Boleh kawal diri lagi.
Cuma lepas tu aku bagi Ajak yang pegang hp aku. Tanak dah aku kol2 lagi MUA tu. Ajak je yang call and jawab.

Paling sakit hati dia dah tau pukul 4 lebih dia tak boleh sampai boleh dia miskol aku.
Ya MISCALL! Giler takde duit ke apa tah pompuan tu. Haha!
Dengan baiknya aku call la balik. Tau dia cakap apa "Eh tadi cakap boleh mekap sendiri kan? Mekap la dulu. Takot tak sempat"
Haaaaa tau pon kau kan. Masa ni tak tau lah aku nak cakap apa. Aku terus pandang Ajak & Didie sambil buat muka "Dengan rela hatinya aku bagi korang mekapkan aku"

Time tu rasa bersyukur gila kawan2 ada kat sebelah. Dan kawan2 yang boleh diharap. Bahahaha.
Ajak memang pernah masuk kelas mekap ape ke benda tah.
Didie tu memang sejak azali lagi dia suka main dengan barang2 mekap ni. Nampak je macam kakak sado (wakakaka) tapi suke mengait lah, jahit la, masak lah. Ekekeke.

Bila aku dah siap mekap baru MUA sampai. 4.30 lebih jugak. Siap sesat lagi. Tulah dari awal tanak call aku kan.
Siap cakap "Eh majlis tak mula lagi pon"
Habes dia ingat kalau tak mula lagi sempat la dia nak mekapkan aku semua? =__=
Tapi time tu aku memang senyap je. Sebab bila aku dah start cakap kang aku rasa terbalik rumah aku.
Silap2 pak imam balik rumah semula sebab aku dah bertukar jadik The Hulk. Kakaka.
MUA siap offer "EH nak touch up2 sikit tak?"
Aku buat bodo je. Ajak cakap kitorang mintak lelaki sampai lambat sikit sebab mekap ni la.

Pastu MUA nak sentap.
Siap cakap "Kalau camni kitorang balik je la. Macam dah tak best je"
Ewah2 sedap beno mulut kau bercakap kan. Masa ni aku hot balik dah. Baik2 aku dah okey kan.
Aku cakap "Saya dah bayar servis k. Pasal apa pulak nak balik?"
Ape tah lagi aku cakap. Malas dah nak ingat. T___T

Luckily aku tak bayar habes lagi servis bridal.

Tapi ape pon sempat lah jugak Ajak & Didie mekap kan aku before majlis start. Dalam 4.50 petang kot rombongan pengantin lelaki sampai. Lepas tu aku dipanggil keluar bilik :)


Naseb baik mekap nikah ni simple je. Asalkan nampak sweet dan dapat menutup cela2 di wajah dah la kan. Alah kalau orang cantik comel tak mekap pon nampak comel jugak. Eh?


Mula2 pak imam tanya nama semua. Lepas tu tanya aku betul ke nak kawen dengan Akram. Pak imam siap cakap "Mana tau semalam rasa lain harini tukar lain" Hahaha! Pastu aku saje je lah diam dalam 5 saat buat2 ala2 berfikir sambil saspen sebelum cakap setuju. Kahkah.


Disebabkan dah cakap setuju kene lah sign borang2 yang super banyak ni. Serius banyak giler. Naik kejang tangan. Bila dah sampai muka surat belakang ingat dah siap sekali pak imam cakap eh belum lagi. Ada lagi. zzzzz. Dalam hati berkata nasib baik nak kawen. Bahaha.


Turn Cik Jamal pulak sign form


Disebabkan ayah tak yakin nak nikah kan aku, maka tugas menikah diambil alih oleh pak imam. So ni tengah baca yang penyerahan tugas tu. Masa ni ayah aku boleh buat lawak tak kelakar pulak. Kan mak ayah aku ni memang payah nak sebut nama Akram kan. Masa ni ayah aku boleh sebut Muhammad Akram. Pastu aku betulkan la cakap Nor. Ayah aku sebut pulak Muhammad Nor Akram. Bahaha! Last2 naseb baik betul.


Seriously aku tak rasa neves langsung masa nak nikah ni. Hahaha! Tak tau lah apesal. Time ni pak imam tengah terangkan la sikit2 pasal tugas2 suami ni. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Pasal talak semua tu.


Dan dengan sekali lafaz akhirnya penantian aku berakhir. Hahahah! 5 tahun wei aku tunggu Akram. Yang penting Akram jawab lafaz cool and steady. Takde test2 dengan imam. Sekali lancar je. Sebab aku cakap kalau lebih tiga kali tido luar. Wakakaka.


Untuk batalkan air sembahyang, aku nak gelang je. Sebab dah ada dua cincin masa risik dan tunang. Aku bukan jenis pakai cincin sangat. Dapat gelang ni baru lah aku pakai tak tanggal2 lagi. Cincin memang kalau keluar jalan je aku pakai. Aku rimas sikit. Tapi aku dah cakap awal2 dengan Akram kalau die kaya nanti aku mintak cincin berlian satu. Ahaha.


Dah dapat mas kahwen dengan gelang tu kita baca lah lafaz terima maskahwen. Akram bagi mas kahwen RM88. Sempena aku lahir tahun 88. Gittew.


Lepas tu Pak Imam cakap boleh la salam2 cium2 bagi cameraman amik gambar. Bahahaha!


Bacaan lafaz tanggungjawab ayah, ibu, suami dan isteri.

Kat tempat lain aku tak pasti. Tapi setahu aku kat kampung aku Kota Tinggi ni kebanyakannya still baca lagi text ni.
Tak ingat sequence dia tapi ibu, ayah, suami, isteri kene baca sorang satu.
Paling kemuncak masa nak baca antara ibu dan anak.
Mak aku dah la ratu air mata peringkat antarabangsa. Menurun pulak kat aku kan.
Sudahnya mak aku baca perkataan pertama lagi dah menangis. Haha!

Bila sampai turn aku apa lagi. Baca sambil teresak-esak. Macam cikgu yang super garang marah murid lepas tu suruh baca buku tu. Haha! Kelakar betul kalau ingat balik.

Sampai merah2 hidung aku sebab nangis. Hahah! Ni lah Ajak.


Dengan Ajak dan Didie. I Love you two. Thank you so much sebab ada time2 genting dan menyelamatkan keadaan. Heheh. Muah2 :P

Thank you Fara & husband datang dari jauh. Baru kau tau kan jauhnya masa aku nak pergi segamat dulu. Hahahah! Tapi apesal takde gambar ko dengan aku ha. Ish.


Ni adik2 Akram dengan kazen dia. :D Yang dua dari kanan tu lah yang sekali majlis dengan aku & Akram sabtu ni. 


Last, my family. :)

Kalau takda family aku, tak tau lah apa nak jadi kat majlis aku. Haha!
Rasanya 80% persiapan majlis mak ayah aku yang uruskan. Nak harapkan aku memang kompom lagi dua tahun pon belum tentu siap.
Mak aku uruskan daripada khemah kenduri, makanan, karaoke, meja2 balai, bunga telur, goodies bag yang 2000 lebih tu, orang rewang, eh banyak lah. Aku cuma uruskan bridal, photographer, goodies bag sikit2, hantaran. Tu pon bridal buat taik. Haihhh pemalas betul aku ni. Huhuhu.

Kakak aku jahit semua baju kurung untuk perempuan pakai.
Baju lelaki tu aku beli kat Sogo. Susah betul nak dapat yang sama corak banyak. Kalau ada yang cantik mesti takde size lah tak cukop lah. So belasah je apa yang ada.


Aku jumpa gambar ni dalam group whatsapp family besar. Kemain lagi mak ayah aku berposing just married gittew. Aku dengan Akram pon takde gambar macam ni. Haha!

Anak sedara & kazen2 belah mak aku.


Gambar2 ni je yang ada dalam henpon aku.
Yang lain tunggu gambar official je lah.

Lepas gambar2 aku dengan Akram mengketedarah siap2. Ayah aku masak sup dengan tomyam. Kesian Akram dia pon kebulur. Hahaha! Pastu kitorang prepair untuk malam berinai pulak. Okey tu entry lain. Penat dah.

bye!




With Love : Syazwana Jamal :)


13 comments

December 23, 2014 at 12:45 PM

tahniah
comel pengantin

December 23, 2014 at 1:35 PM

selamat pengantin baru wana dan ikram..semoga berbahagia hingga akhirnya melayari bahtera rumah tangga & sentiasa bersedia dengan badai2 yang melanda..
tahun 88 sebaya adik lelaki saya

December 23, 2014 at 3:47 PM

Teruknya MUA tu.. Patutla bisnes orang melayu payah nak maju.. Spesies2 cengginila yang wat bisnes tak maju.. Grrrr! Kite pulak yang bengang.. Ish!
RosmizaAliDotCom™

December 23, 2014 at 4:58 PM

tahniah kak wana.. cantik sangat :)

December 23, 2014 at 7:30 PM

Beribu2 tahniahhh!
Semoga kekal hingga ke syurga. :)
Perghh..mmg spoil mood betul la mak andam gitu. Geram baca...but still tersengih2 sbb overall majlis berjalan lancar!

December 23, 2014 at 11:08 PM

Alhamdulillah jalan lncr
Tp bab.mua tu kt bc pun skt hati.

December 24, 2014 at 9:37 AM

@Nurzakiah Hanum
tq kak hanum :)

December 24, 2014 at 9:38 AM

@Mar Mansor
tq kak. ameen atas doanya

December 24, 2014 at 9:38 AM

@Rosmiza Ali
tau takpe. huuuu sedih gila miza. org melayu tanak tolong melayu :(

December 24, 2014 at 9:38 AM

@azifah yazid
tq dik. hihihi

December 24, 2014 at 9:39 AM

@Miss N
alhamdulillah di sebalik kesulitan mesti ada manisnya. kikiki

December 24, 2014 at 9:39 AM

@nuyui a.k.a miss YUI
thanks yui! :D

December 24, 2014 at 10:28 AM

Mak andam tu serius tak patut. Apapun, tahniah for your wedding!

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal