Loading...

Friday, September 18, 2015

Nak kahwin pon susah!




Okey ni bukan kisah aku nak kahwin ataupon laki aku nak kahwin lagi satu (mintak jauh :P)
Siang tadi ada sorang member tempat keje ni. Dia pangkat adik2 la dengan aku sebab dia baru 24 tahun camtu.
Plan nak kahwin tahun depan bulan 2.
So dia selalu jugak mintak pendapat aku bab kahwin2 ni. Maybe dia takde tempat nak cerita kot.
Lagipon aku dah kahwin and mungkin jugak aku ni perangai jenis tak kisah so semua orang pon selamber je buat sesi luahan perasaan kat aku.

So this guy ni tanya aku tadi kalau dah bagi mas kahwen dengan hantaran nak kene tambah lagi ke duit belanja kahwin?
Aku jadi pelik la. Dah kenapa banyak sangat duit kau nak bagi kan.
Kau kawen dengan tuan puteri ke ape.
Ekekeke.

Ceritanya camni.
Lelaki ni orang Perak. Perempuan pon orang Perak. Tapi parents perempuan asal Kelantan.
Adat Kelantan takde hantaran2 kan. Semua duit letak kat mas kahwen.
So this guy ni bagi lah RM5000 untuk mas kahwen + RM5000 sebagai hantaran.
Sebabnya dia tanak letak selepuk RM10k untuk mas kahwen sebab tanak lah nanti parents perempuan tu mintak duit hantaran lagi. Sebab kalau mas kahwen tu dah tentu2 wajib perempuan yang terima. Orang lain tak boleh kacau. Dah lagi banyak lah dia kene keluar duit kan.
Oh lagi satu dorang plan nak buat satu majlis je kat dewan sekali harung belah lelaki and perempuan sebab nak jimat kos.
Tapi tiba2 dia cakap pihak perempuan cakap belanja kahwen tak cukop so dia kene tambah lagi Rm5000.

Aku terkejut lah kan.
Bila aku cakap kat Johor mas kahwen RM22.50 je dia pulak yang terkejut "Hoi murah gilaaaa"
Hahahahah!

So aku cerita lah pengalaman aku.
Masa aku kahwin dulu aku letak RM8888 at the first place.
Tapi biasa lah mak2 kan. Genapkan je lah RM10k. Ok lah fine. Aku okey je.
So bila dah ada duit tu, separuh aku bagi kat mak aku dengan kerelaan hati sendiri. Separuh lagi aku guna buat beli barang2 aku. Okey je pon.

Aku cakap dengan member aku ni sebenarnya kalau ikot Islam, tanggungjawab mengahwinkan anak2 tu still di bawah tanggungjawab ibu bapa.
Ibu bapa patot keluarkan belanja untuk kahwinkan anak2 tak kisah la anak perempuan atau anak lelaki. Anak2 boleh la bantu sikit2 sebab dah jadi fitrah kan anak2 untuk tidak menyusahkan ibu bapa.
Tapi zaman sekarang ni aku tengok mak ayah nak buat majlis grand tapi mengharapkan duit anak2 macamkan anak2 ni kerja gaji RM3k sejam.

Masa aku kahwin dulu memang RM5k tu je lah aku bagi mak aku. Yang lain mak aku guna duit dia sendiri. Kalau ikot aku nak yang simple2 je. Siap goodies bag nak pakai paper bag kaler coklat tu sebab nak jimat punya pasal. Hahahaha! Tapi mak aku siap beli beg kertas yang tebal dan mahal tu.
Yelah beza aku kahwin dengan kakak aku dekat 10 tahun kan. Tu yang mak aku balas dendam habes-habesan meriah sampai lauk pauk 20 jenis tu.
Tapi tak kisah lah kan sebab mak aku pakai duit dia. Mbahahaha.
Bayangkan goodies bag mak aku je dah dekat RM2k.
Ini bukan riak tau. Ni nak cerita kisah benar. Perangai sebenar mak2 zaman sekarang. Hahaha konghajo ek kutuk mak sendiri.

Masa aku kahwin tu aku cuma keluarkan duit untuk baju, hantaran, pelamin dan kameraman.
Yang lain semua mak aku yang keluar duit belanja.

Tapi aku rasa okey je sebab kalau kat tempat lain aku tak tau lah. Tapi kalau kat Johor ni memang dah jadi adat sebelum balik tetamu akan salam kaut dengan tuan rumah.
So semua duit salam kaut tu selalunya parent yang akan dapat. Pengantin duduk tepi gigit jari je lah. Hahaha! So kira macam mak ayah keluarkan duit dia, dapat balik duit ganti. Kira adil la kan.

So member aku ni dah pening kepala dah. Nak kahwin pon susah.
Kesian jugak aku tengok.
Aku cakap dengan dia bincang lah elok2 dengan tunang dia kan. Mesti boleh setel punya.
Buat kenduri sekali je memang dah boleh save banyak dah.
Aku tak berani lah nak melebih sangat. Tapi sepatotnya kalau betol pihak perempuan nak hantaran RM10k patot dari awal lagi dah mintak kan. Ni lagi berapa bulan baru cakap. Sebab nak tempah catering tak cukop duit.
Sabar je lah.

Aku harap aku akan start menabung bila aku ada anak nanti.
Sebulan rm100. Setahun Rm1200.
Rm1200 x 26 tahun dapat lah dalam RM31,200. Agak2 cukop tak eh menampung perbelanjaan pada 26 tahun akan datang? Hahaha jauh sangat aku pikir ni.
Tapi aku harap aku takkan jadi mak ayah yang membebankan anaknya sebab aku pon tau macam mana susah nak survive lagi2 hidup zaman najib ni. eh :P

Sebab sebenarnya aku pernah baca or pernah dengar kuliah tak ingat lah.
Mak ayah tak boleh mintak duit dengan anak sebenarnya.
Yang betul, anak2 boleh bagi duit pada mak ayah atas sebab membalas jasa mak ayah. Itu takpe.
Tapi kita ni kan orang Islam beradab kan. Semua pon boleh bawak bincang.

What say u?










With Love : Syazwana Jamal :)


8 comments

September 19, 2015 at 9:30 AM

aku kawin takde duit hantaran. agagaga.. semua jadi mas kawin. bukan sebab aku asal kelantan tapi sebab sajad takmau duit tu dapat ke orang lain. lol. lepas kawin duit mas kawin buat muka beli rumah nama aku. so majlis kat belah aku memang iolls menabung sendiri la keluarkan duitnya :p

September 22, 2015 at 11:42 PM

susah jugak nak kawin kan..hehe

October 2, 2015 at 7:07 PM

kawen tu sonok , nak jaga perkawenan tu yg tak sonok, tapi kalo blom kawen dh x sonok, baek xyah kawen ., ;p

October 8, 2015 at 10:26 AM

bukan snng nak khwin.sbb manusia juga yg suka mnyusahkan huhuh..

p/s: yui beli ada org cod ke tmpt yui.. 1 botol rm 10.. kot nakr asa blh je yui tlg belikan.. tp kena posla..huhu

October 22, 2015 at 4:58 PM

Assalamualaikum tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat.jenis pekerjaan sy sambung rumah,pasang tile,plaster siling,wayaring,waterproofing,bumbung,plumbing,mengecat,grill dan owning,porch keta,autogate,vinyl floor,wallpaper,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,cheras,kl,ampang,damansara,puchong,nilai,sepang,bndr sri putra. Hubungi sy d no 0192945175 or wssp sy di no 01129110298 (amir)

November 17, 2015 at 3:49 PM

Mak aii mmg mahal betol tu..kesian plak kat panten lelaki. Bnda ni kna bawak berbincang. Akk pon org johor mas kawen 23.50 tu jela. Duit hantaran 8k mmg semua bg kat mak wat kenduri. Simple2 je..maklumle akk ngn hubby masa tu br je keje duit x bnyk

December 19, 2015 at 10:46 AM

bab macam ni agak menyusahkan..patut mintak sekali sudahlah.berapa banyak nak cekau duit..
pada saya pulak, kalau mak pak nak buat kenduri besar-besaran...mak pak sendiri yang keluar bajetnya..
sekian,,hehe

Anonymous
December 22, 2016 at 12:21 AM

Adat akhir zaman, yg halal disusahkan, yg haram disenangkan
Nk kawen susah, nk zina senang..

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal