Tuesday, August 22, 2017
Akhirnya batuk pergi juga
Akhirnya setelah hampir dua bulan aku batuk. Now boleh kata tinggal 2% je batuk2 manja gitu. Haha.
Stress tau sebab batuk lama sangat.
Jenis batuk sampai perot kau rasa macam nak krem. Pinggang sakit sangat. Paling tak boleh bla asal batuk je terkencing sekali. Hahahahah serius weh. Menyampah sangat.
Aku start batuk seminggu lepas raya. Masa tu demam teruk.
Pergi la satu klinik ni. Klinik swasta tempat biasa aku scan baby. Masa tu Akram baru sampai Malaysia. Dia naik teksi ja sebab aku memang tak larat langsung nak bangun.
Pergi klinik dapat lah ubat demam, batuk, cuci mulut semua tu.
Bila demam dah baik batuk tak baik2.
Sampai ubat habes pon tak baik2.
So masa check up baby 28w kat KK, aku cakap ngan doktor aku batuk tak baik2.
So doktor bagi sejenis ubat pil ni.
Tapi ubat tu langsung tak bagi kesan apa. Kurang sikit pon takda.
Stress betol aku.
Bila ubat tu dah habes kawan aku suruh carik klinik specialist untuk ibu dan anak swasta.
Aku google2 tak jumpa pulak.
Lepas tu tanya member area rumah aku ni mana klinik yang ok area Nilai/Salak Tinggi ni.
Dia pon Suggest la Klinik A ni. Dia cakap biasa doktor klinik tu pandai sikit prescribe ubat.
Ok lah fine aku try pergi.
Balik keje penat2 tunggu sampai 8.30 malam after dorang rehat.
Mesej pengasuh cakap nak amik anak lambat sikit.
Sampai turn aku jumpa doktor macam biasa lah aku cakap dah lama sangat aku batuk. Tak baik2.
Pastu aku pregnant pulak 7 bulan.
Aku tunjuk kat dia ubat2 yang klinik pernah bagi.
Tup2 tau dia cakap apa?
"eh kk bagi awak salah ubat ni. Patot lah batuk awak tak baik2"
Aku macam what? Boleh pulak doc bagi salah ubat.
Dia cakap ubat tu ok tapi tak boleh makan gitu je. Kene makan dengan partner dia. Baru elok.
Pastu ko tau dia cakap apa?
"Klinik ni takde ubat untuk ibu mengandung. Awak pergi je Farmasi beli ubat batuk"
Aku macam hello kalau setakat nak pergi farmasi tak payah susah payah tunggu turn kat klinik kau. Pastu aku tanya lah doctor takde ke nak prescribe ubat untuk saya.
Dia cakap takpe2. Awak pergi je farmasi. Sama je semua ubat batuk tu.
Aku tanya lagi apa paling bagus.
Dia sengih2 cakap sama je. Paling mahal paling bagus.
Paling best dia tak check aku langsung tengok kenapa batuk aku tak baik2.
Whatever lah. Aku terus pergi farmasi beli ubat.
Farmasi bagi satu jenis pil macam herba dengan ubat minum.
Pon sama lepas seminggu ubat habes batuk aku tak baik2. Sampai stress aku.
Haha!
Sampai mesej ngan laki pon hari2 emosi sebab batuk teruk.
Last2 kawan aku bagi alamat klinik swasta specialist kat serdang.
Actually dia biasa bawak anak dia je pergi jumpa doc kat sana.
So lunch hour aku pon kedek2 pergi sana.
Kawasan sana payah dapat parking sebab area apartment. Tapi naseb aku baik haritu. Ngam2 aku sampai depan klinik ada satu kereta keluar. Rezeki. Hehehe.
MAsuk2 klinik je penuh! Pastu semua chinese. Hahaha! Aku je melayu.
Ramai yang ada appointment dengan gynae.
Bila nurse kaunter nampak aku pregnant dia tanya ada buat appointment tak.
Aku cakap takde. So dia cakap klinik tu based on appoinment je. Aku pon macam frust la jugak mula2.
Pastu dia tanya sakit apa. Aku cakap nak jumpa doc biasa je sebab batuk tak baik2.
So dia pon bagitau kalau camtu takpe x payah appointment. Terus jumpa doc nanti. Yang appoinment yang dengan gynae je.
Lain2 termasuk kanak2 boleh datang macam biasa. So ok lah. Tak lama lepas tu nama kene panggil.
Doktor lelaki chinese.
Macam biasa lah aku cakap batuk tak baik2.
Pastu aku cakap klinik dia tu yang keempat aku pergi. Tak tau dah nak pergi mana.
Nampak dia concern sangat sebab tengok aku dah sarat kan. Siap cakap takkan nak batuk sampai pantang. Naya nanti. Hahaha.
So dia check2 tengok tak demam apa.
Check tekak, tekak aku tak merah. Dia tanya pernah buat test darah tak aku cakap tak pernah.
Pastu check paru2 semua.
Dia cakap semua ok.
Cuma dia cakap mungkin aku ada allergik something.
Aku tak tau camne nak explain guna ayat dia. Hahaha.
Tapi maksud dia aku takde asma. Tapi macam ada allergik nak ke asma. gitu lah.
So dia cakap takpa. Dia bagi ubat dulu. 5 hari kalau tak baik datang balik nanti dia buat test lain.
Dia bagi 3 jenis pil. Kebanyakannya pil allergik. Ada satu je yang kene habeskan.
Lain2 kalau dah baik x payah makan dah. Pastu ubat minum. Pon minum kalau malam2 batuk teruk je. Kalau tak, tak payah minum.
Pastu doktor pesan suruh pantang makan. Pedas, masam, coklat, minuman coklat, buah, semua jangan makan dulu. Sayur2 ok. Dah la semua tu favourite. Hahaha!
Aku memang tiap2 malam minum susu kambing letak vico sikit :P
Pedas tu ya ampun hari2 lunch makan sambal belacan hokeh! Kahhhh.
Pastu tido kipas atas jangan pasang. Pakai aircond ok tapi kene 26 je. Hahaha.
Kalau korang jenis pakai kipas atas je cuba on kipas bawah pusing tu. Sebab atas tu direct sangat ke dada kan.
And now taraaaaaaaaa. Alhamdulillah baik dah batuk aku. Happy gila weh.
Kalau tak malam2 tak boleh tido. Asyik batuk sampai krem pinggang T________T
Daripada kene pakai pad maxi now dah boleh pakai pantyliner balik.
Wakakakakaka.
okbabai.
Salam singgah dan follow sini :)
ReplyDelete