Saturday, November 20, 2010

sambal goreng jawa




Resepi ni akak aku suruh mintak kat ayah aku..
so alang-alang aku letak sekali kat sini
senang gak kalau-kalau aku nak try masak
aku ni dah la pelupa
bhahaha


Bahan-bahan:

1. Peparu dan perut lembu
2. Tempe
3. Kentang
4. Soon
5. Tahu kering
6. Lada kering
7. Ikan bilis
8. Bawang putih
9. Bawang merah
10. Bawang besar
11. Cili api


Cara membuat :

1. Kentang dengan tempe tu potong nipis and gorengkan.
2. Rebus peparu dan perut lembu.
3. Hiris lada kering secara serong halus-halus. Kalau guna gunting lagi senang.
4. Blend ikan bilis.
5. Blend bawang putih, bawang merah, bawang besar dan sedikit cili api (kalau nak pedas)
6. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang dah di blend.
7. Masukkan ikan bilis yang dah di blend. Kacau rata.
8. Masukkan lada kering yang dah digunting halus tu.
9. Masukkan peparu dan perut lembu. Gaul rata sampai masak
10. Masukkan soon dan tahu kering.
11. Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, serbuk perasa dan sikit gula.
12. Lastly masukkan tempe dan kentang.
13. Gaul rata. Tutp api. Hidangkan.


Siap!







Lauk ni WAJIB ada every time hari raya kat rumah Cik Jamal.
Ye WAJIB!
Kalau takde boleh buat takde mood okey raya.
Orang yang kene masak haruslah ayah aku. HAHA!


Lauk ni selalunya femes kat rumah orang jawe je.
Orang yang tak jawa aku tak sure if pernah dengar ke tak.
Tapi kalau nak cube ape salahnye kan.
Sedap weh. Serius sedap.
Ratah macam tu je pon dah memang sedap giler.




okbai.


With Love : Syazwana Jamal :)


10 comments

November 20, 2010 at 4:10 PM

sedap~!! idup jawa..hehehe~

November 20, 2010 at 4:16 PM

@Khumaera Ismail
sedap!
orang jawa jugak ke?
hihi

November 20, 2010 at 4:20 PM

@Syazwana sedap nih... hehehe

November 20, 2010 at 4:20 PM

pundek ! update blog macam update facebbok status.. =.= study oi ! jgn main !

November 20, 2010 at 4:23 PM

@Izamir Ridzwan
try la masak!
sedap woo
:D

November 20, 2010 at 4:24 PM

@engtaukia.com
oi mangkok!
i baru on9 la
tadi study
=_='

November 20, 2010 at 4:28 PM

ko salah eja tempe

November 20, 2010 at 4:42 PM

@MomTom
okey dah betolkan
wakaka
xD

July 9, 2013 at 2:33 PM

ni favorite aku gak, mak aku masak lew, tapi gune udang kering instead of ikan bilis aku rase, maksud ko yang lada kering tu rebus , n blend ke , ke tak payah

July 9, 2013 at 2:36 PM

@munamuni
tak payah lah.
dah gunting2 tu masuk je dalam kuali. yang bapak aku selalu masak la. resepi lain aku xtau. kalau kitorang punye memang lada kering tu gunting2 masuk dalam sambal goreng jawe tu.

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal