Saturday, February 11, 2012

Cambodia Part 3



                         
Part 1 and Part 2


Hari Sabtu pepagi lagi dah kene bangun sebab nak pergi Angkor Watt kan.
nak kene kejar masa sebab tiket balik daripada Siem Reap ke Phnom Penh pukul 12.30 tengah hari waktu sana.
itu je lah tiket paling lambat.
ingatkan dorang takde bas malas sebab time tuh orang cuti Chinese New Year.
rupanya dorang memang tak buat perjalanan malam.
maybe takut kot.
yelah jalan pon dah macam sipi-sipi je masuk sawah. sapa yang berani kan.

so lepas breakfast kitorang jumpa abang tut tut yang akan bawak kitorang pergi sana.
actually hari Jumaat tuh masa kitorang pergi jalan2 Market boss aku dah tempah abang ni untuk bawak kitorang pergi Angkor Watt pastuh bawak pergi makan dekat Muslim Village and bawak kitorang pergi bus stand. abang tuh cas 23usd.

maka bergerak lah kami ke tempat tujuan.
before pergi Angkor Watt tuh kene pergi beli tiket dulu dekat kaunter.
kaunter tuh bukan depan Angkor Watt ye tapi agak jauh jugak.
kalau tanya aku mesti aku dah lupe bape minit dari hotel pergi beli tiket pastuh bape minit pergi Angkor Watt. hehehehe.



tak paham kenapa nak letak jugak gambar dekat tiket masuk ni.


masa kat kaunter tiket tuh kau boleh pilih nak amik pas untuk bape lama.
macam aku one day pass usd20. then ada yang 4 hari kot.
lupe lah.
aku memang pelupa. apa pon tak boleh. hihihi.
lepas beli tiket abang tut tut tuh hantar lah pergi Angkor Watt.


 on the way pergi Angkor Watt.



Dah sampai :)


abang tut tut tuh bagi masa 3 jam kot untuk kitorang jalan2 dalam Angkor Watt tuh.
tapi tak sampai 3 jam pon kitorang pusing2.
sebab sama je.
lagi pon aku ni manalah pandai sangat nak menilai hasil2 seni ni.
aku tengok, amik gambar pastuh jalan.
mungkin kalau budak2 arkitek masuk tak cukup seminggu kot.



salah satu bangunan dekat Angkor Watt. bangunan paling depan sekali. kamera phone cikai je. lepas ni kene konsider beli kamera lah. baru syiokk makan angin kan. bulan depan pow Akram lah. kahhhh kahhhh.


yang ni bangunan ke dua dalam kawasan Angkor Watt ni. aku malas betol nak baca sejarah2 Angkow Watt ni. kalau korang rajin pergi google ye. aku ni memang pemalas. dulu time sekolah tiap kali cikgu sejarah masuk kelas tiap kali tuh la mata aku dan2 mengantuk. kalau cikgu tak masuk segar bugar pulak. hehehe


kat sini ada market jugak. macam biasa lah jual souvenier. baju-baju. tapi sikit je lah. pelancong pon tak banyak singgah sebab fokus utama nak pergi tengok Angkor Watt kan. kitorang singgah pon sebab boss aku teringin nak minum air kelapa muda. macamkan kat Malaysia ni pokok kelapa dah pupus. dah la mahal. isi takde pulak tuh. air semata-mata. memang tak lah aku nak beli.



teruskan berjalan-jalan. time ni dah start peluh2 dah ketiak. fuhhhhhhh



bangunan paling belakang dalam kawasan Angkor Watt. dan paling banyak beruk berkeliaran.



sebenarnya aku nak amik gambar nampak bangunan belakang aku tapi bini boss amik gambar aku dengan beruk2 kat belakang. nampak macam jakun pulak dengan beruk pon nak bergambar. -__-



yang pasti beruk2 kat sini dah macam retiss dah. semua pelancong nak amik gambar dorang. ape lagi macam2 aksi lah muncul.



tapi kalau korang bawak makanan hati2 sikit. beruk2 ni pantang kalau nampak makanan. agresif. air mineral boss aku pon kene rembat. mesti dorang ingat ada makanan sedap2. padan muka tertipu. muahahahahahaha !




ini agaknya tulisan kuno zaman purbakala kot. agaknya lah.


kebanyakan pelancong kat sini ramainya orang Korea.
maybe dorang ni suka kot tengok2 hasil sejarah ni.
siap bawak pemandu pelancong lagi.
yang bagusnya sampai pokok kat Angkor Watt tu pon dorang nak terangkan.
ini macam seminggu pon tak cukop kot masa.


sikit je gambar aku kan. ate takde kawan nak amik gambar. so nak taknak terpaksa mintak tolong bini bos amikkan gambar. tapi nak suruh banyak2 kali segan lah pulak. nampak benor camwhorenya. haha !


salah satu kawasan dalam bangunan dekat Angkor Watt tuh. aku tengok gambar ni macam ada dalam buku sejarah dulu. macam lah. buku sejarah pon bukak bila nak pekse je. hahahahahaha !



orang dulu pon dah pandai lucah2 ni. kahhhh kahhhh.




salah satu bangunan kat bahagian tepi. tak silap aku library kot.



time ni dah nak jalan balik. nampak tak betapa ramainya manusia. naseb baik datang awal pagi. kalau lambat dah nak bersesak-sesak pulak satu hal. Cambodia ni kalau sejuk macam Korea takpe lah jugak. ni lagi panas daripada Malaysia.


lepas melawat Angkor Watt ni abang tut tut tuh bawak pergi tengok temple.
tapi aku dengan bini boss malas nak turun.
disebabkan kan itu boss pon malas nak turun jugak.
temple tuh besar gila.
kitorang suruh bawak pergi tempat lain tapi abang tuh cakap dah tade tempat lain.
kalau ada pon jauh memang tak sempat. rushing.



amik gambar saje. malas nak masuk dalam. 


bila dah takde tempat nak pergi kitorang decide nak balik je lah.
mintak abang tut tut tuh hantar pergi lunch dekat Muslim Restaurant dekat perkampungan Muslim dekat Siem Reap.


on the way nak balik. punya lah ramai orang. jalan dah la kecik. bersesak-sesak.




Restoran Haji Nasim bin Haji .....
Lupe pulak aku nama ayah haji ni.


kitorang amik nasi ayam kampung 3.
ayam dia alahai kurus bebenor.
lepas tuh manis gila.
sambal pon manis.

Haji Nasim ni imam dekat Perkampungan Muslim ni.
dulu dia kerja jual daging kot.
lepas tuh bila pelancong islam datang dorang merungut susah nak cari makanan halal.
so Haji ni bukak lah restoran.

siap makan semua abang tut tut tuh hantar pergi bas stand.
maka bermula lah balik perjalanan yang sangat mencabar tuh.
tak silap aku ikot jalan lain tapiiiiiiiiii still sakit jugak bontot aku.
sampai dalam pukul 7 lebih sebab jam dorang sambut chinese new year kot.
memang penuh gila jalan.

balik hotel terus tido.
nanti sambung lagi.
dah lapar nak makan.

okbai.


                                           
With Love : Syazwana Jamal :)


2 comments

February 12, 2012 at 2:07 AM

cantik tmpat ni :D

February 12, 2012 at 2:32 AM

@Muhammad Saiazuan Norhalik
cantik jugak. :)

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal