Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Cambodia Part 4

                                  
Hari Isnin tuh aku ikot bos pergi meeting.
tapi macam biasa meeting kejap je.
tengah hari dah abes.
so petang tuh bos aku ajak pergi naik bot dekat depan hotel kitorang.
konon2 nak ke pulau seberang jalan2 naik bot.
dia takde lah macam bot tapi like feri sebab boleh masuk motor kereta semua.

area hotel aku tuh macam kira tanah besar lah.
so ade pulau kecik kat area depan sungai mekong tuh.
naik bot/feri adalah dalam 5-10 minit camtuh.
naik pon pergi balik 1 dollar je.
bot kire bot penumpang untuk bawak rakyat jelata daripada pulau pergi tanah besar untuk dapatkan bekalan makanan lah kot.
dah macam sejarah lah pulak. hahaha !

disebabkan bos aku ni pantang dengan duniawi semua pon dia nak cuba maka aku dengan bini dia pon layankan saje lah.
yang penting duit bos aku keluar.
mak tak kisah nyah.



dah bayar moh la kite naik ini bot.



ni lah pertembungan sungai Mekong dengan Sungai Bassac. Kalau boleh nampak yang hijau tuh sungai Mekong and yang keruh tuh sungai Bassac. Kalau korang tengok depan2 boleh nampak lah jelas sikit yang dua sungai ni tak bercampur. tapi sebab gambar ni aku amik dekat so tak nampak sangat.




eksaited tengok dua sungai yang bertembung. selama ni aku baca dekat buku je bila dua sungai bertembung air sungai still tak bercampur. bila tengok dengan mata sendiri kagum :')



nilah perkampungan dekat pulau ni. ni yang bahagia atas air punya.




nampak rumah2 kat atas pulau tuh? kesian kan. dengan berdebunya lagi. lepas tuh dengan budak2 mandi tepi sungai tuh macam mandi lombong. sedih betul rasa.



kitorang tak turun pon.
tengok dari atas bot je sebab bot hantar orang then sampai pulau amik orang lain and terus patah balik pergi tanah besar.

petang tuh kitorang jalan2 sekitar pekan saje.
tengok dorang lepak2 dekat taman tepi sungai.
and kalau korang ingat satu game zaman dulu2 yang sepak bulu ayam tuh.
amende entah nama dia.
femes kot kat Cambodia.
and dorang sangat hebat menyepak itu bulu ayam.
sampai mat salleh pon kagum siap record lagi.



jalan2 terjumpa hotel adik Shin Chan. tak sangka Shin Chan ada seorang adik yang kaya.




ini buah teratai ye. aku pon baru first time tengok depan mata.


ada orang muslim jual. so bos aku dengan bini dia sedekah kat penjual ni.
dia pon bagi buah teratai ni. siap ajar camne nak makan lagi.
yang kelakar nya penjual tuh tak reti cakap english or malay.
so dorang cakap Cambodia kitorang cakap English.
dah macam ayam cakap dengan kucing. masing2 buat2 paham je. haha !

rasa dia ala2 macam rasa umbut kelapa.
yang duduk bandar tuh mesti tak pernah rasa kan umbut kelapa.

esoknya bos aku tanya nak ikot ke tak dorang nak pergi Killing field.
aku cakap malas.
tak koser aku pergi tempat2 camtuh.
Killing field tuh tempat orang islam kene bunuh ramai2 zaman perang dulu.
sampai sekarang tengkorak2 still ada kat sana.
seraammmmmmmmmmmmm.
ada yang tak tido malam nanti.



breakfast hari selasa.


konon2 makan nasi banyak2 sebab nak sopink.
sekali kad CIMB aku tak boleh keluar dekat Maybank sana.
nak menangis rasa.
tapi mungkin ada hikmah jugak lah :')



Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia :)

so hari selasa tuh aku jalan lah sorang2 tepi sungai.
sambil membayangkan betapa bestnya kalau dah kawen.
tetiba.
hahahahahaha !



antara channel2 yang menemankan aku tiap2 malam.

tup-tup dah hari rabu.
masa untuk pulang.
eksaited dah sebab flight pukul 8.30am.
tetiba delay 2 jam.



mampu tengok MAS dari jauh je. suppose flight aku lagi awal tapi MAS yang schedule lagi lambat jalan dulu. apa nak buat. pasrah.




dalam flight. macam nak lompat2 je atas awan tuh.


and selamat tiba di Malaysia pukul 2pm.
dan selamat mengepow Akram McD.
hahahahaha !

apa yang boleh dikata. walaupon serba kekurangan dekat negara orang, well its an experience man.
maybe lepas ni kumpul duit ke Bandung or Hatyai ?
walllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


okbai.


                                      

Monday, February 6, 2012

Cambodia Part 2

                            
Second day aku ikot bos aku pergi meeting dengan Department of Hydrology and River work.
mengantuk gila dan berharap supaya meeting habes awal.
nasib baik doa aku  makbul.
tengah hari je dah boleh balik hotel.
heavenn.

Petang tuh boss aku ajak ikot dorang pergi jalan2 dekat Russian Market.
ala-ala macam Masjid Jamek tuh.
tapi dorang sekali kan dengan pasar barang2 basah and barang2 runcit.
lepas tuh ade jual macam2 lah barang daripada baju, souvenier, tempat nak alter seluar baju pon ade sekali.


Russian Market. Jangan risau sebab semua penjual pandai cakap bahasa inggeris. so takde masalah komunikasi sangat.


lepas tuh Sabtu dengan Ahad bos aku sibuk nak pergi Siem Reap yang 6 jam daripada Phnom Penh naik bas semata-mata nak tengok Angkor Watt.
Aku dengan bini bos dah mengeluh-ngeluh malas nak pergi tempat macam tuh.
6 jam okey.
staff hotel tuh cakap jalan okey tapi sesak sebab tuh sampai 6 jam.
okey ke benda nya kalau jalan tanah merah tepi sawah.
tak paham aku ape yang dorang maksudkan dengan okey.
agaknya kalau dorang datang Malaysia mesti sangat terpegun sampai menangis-nangis tengok kehebatan Highway kita dibandingkan dengan jalan2 dorang.

Sabtu pagi tuh check out hotel dekat Phnom Penh sebab nak tidur satu malam dekat Siem Reap.
Tiket 20usd pergi balik. macam tiket balik Johor tapiiiiiiiiii balik Johor takde lah sengsara macam pergi Siem Reap -__-
Tiket bas pukul 8am tapi bas tunggu orang datang lambat sampai setengah jam.
sabar je lah haku.
maka bermula lah dugaan terhadap bontot aku selama 6 jam mengharungi keadaan jalan kat sana.


kau nampak tuh macam mana jalan dia. ini yang staff hotel tuh cakap okey? owh nak pengsan haku. bini boss aku dah bebel2 sebab tak tahan.


itu satu hal. lagi satu hal driver bas ni asyik je lah dok tekan2 hon.
kau tak bengang ke kalau sepanjang 6 jam tuh die asyik dok tekan hon.
ada motor kat depan die hon. kang jalan lagi sikit nampak motor lagi hon.
memang lah bagus dia bagi warning dekat motor tuh suruh tepi sikit tapi sakit kepala aku ni.

tapi kalau kau tengok rumah2 tuh kompem kau insaf.
dan bersyukur sebab duduk Malaysia.
belakang rumah tuh sawah padi.
and sepanjang jalan tuh takde aku jumpa rumah yang okey.
semua pattern rumah macam dalam gambar tuh yang dulu time kecik kite suka lukis rumah papan tepi sawah camtuh kan. dengan budak2 kecik yang selamber berkaki ayam. sumpah sedih.
dengan debu-debu fuhhhhhhh terus naik jerawat2 kat muka. hahahahaha.


ni RnR dorang. tak percaya? percayalahhhhhhhh. kerana ini adalah benar2 belaka. aku malas nak turun sebab malas nanti orang jual2 tuh paksa aku beli makanan dorang. ini paksa yang memang akan tunggu sampai kau beli. by hook or by crook kau kene beli jugak.


aku hingat 6 jam lah kan. rupenya 7 jam okey !
aku lupa nak snap gambar bus stand dia.
memang sangat menyedihkan. rasa macam kat Afrika.
tetiba nak bangga dengan TBS. hahahahaha.
terus amik tut tut hantar pergi hotel yang okey.


ni hotel aku dekat Siem Reap. 25usd with free breakfast. ok lah ada wifi, ada tv (still dapat tv1), ada air mineral, ada aircond, ada kipas siling, ada almari. cuma takde bath tub. and bilik ni ada sikit bau kepam.


rehat2 kejap, lunch semua pastuh siap2 nak keluar pergi market dia.
ape entah nama market dia lupa pulak aku.


kat market ni banyak jual gelang2 batu2 permata tuh. jadi adalah tidak mampu ye untuk membeli. teman kan bini bos aku je beli. sendiri punya mungkin 5 tahun lagi? hahahahaha.


tapi petang tuh aku macam tak larat sangat.
maybe penangan 7 jam dalam bas yang best tuh membuatkan aku jalan pon macam nak pitam.
nasib baik tak pitam betol2.
untuk langkah selamat aku duduk je dekat kerusi dalam kedai tuh diam2.
dah la rasa nak termuntah pon ada.

market tuh dekat je dengan hotel.
so balik boleh jalan kaki je.
balik2 hotel mandi semua online jap pastuh tidooo.
sebab esok paginya nak pergi tengok angkor watt.

cukop lah. aku ni dari tengah hari tadi sakit kepala.
sakit kepala yang rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.
dah 4 biji panadol aku telan. tak jalan jugak.
stress aku.
nanti2 aku sambung lagi.

okbai.

                           

Sunday, February 5, 2012

Cambodia Part 1

                               
Mula-mula bos aku cakap aku kene naik flight 20/1 (Jumaat) pagi.
Akram pon dah siap2 amik cuti sebab nak hantar aku pergi airport.
sweet kan. kahhh kahhh.
tetiba bos aku suruh naik flight hari Khamis pagi sebab Jumaat tuh dah start meeting.
tension je haku.
nasib baik flight aku pukul 7.05am.
so lepas hantar aku boleh lah Akram terus pergi keje.
2 minit je pon dari LCCT.

malam tuh aku tido rumah pakcik Akram sebab dekat sikit dia nak hantar aku pergi airport.
and malam tuh jugak aku heret Akram pergi masuk Tesco and Jusco sebab nak beli makanan banyak2.
tapi makanan ape je lah yang aku boleh beli kan.
takkan aku nak beli beras pulak.
sudahnya beli je lah megi, roti, tuna dengan nescaffe 3 in 1.

esok pagi dalam pukul 5 lebih kot baru nak gerak pergi LCCT.
start masuk kereta aku dah cuak.
first time kot nak naik flight.
dah la sorang2. before gerak takde nak sakit perut sume.
sampai airport dan2 lah perut aku nak sakit lah nak berak lah kencing lah.
tak bersopan betol.
Akram cakap "tak payah lah nak neves sangat"
pehh sendiri cakap boleh lah.

kalau boleh memang nak seret Akram hantar sampai dalam kapal tapi apakan daya ini kapal terbang bukan bas ekpress. haih.
seat Air Asia kecik je. macam bas ekpress.
nasib baik aku dapat seat paling depan. boleh lah kaki aku ni ke depan ke depan.
takdelah kebas sangat


nasib baik bos aku booking flight sekali dengan breakfast.
Akram cakap kalau naik MAS dorang bagi meal free.
Air asia kene bayar masa booking. Nasi lemak macam ni RM 12 lebih.
bese je takde lah sedap mana pon. mentang2 dalam flight takde restoran dia cekau duit kite kaw2. so memang aku tak beli pape lah atas flight tuh.


flight pergi Cambodia 1 jam 45 minit je.
so takde lah kebas sangat bontot kau duduk atas seat tuh.
masa mula2 memang sangat neves tapi bila dah lama sikit rasa okey je.
sakit perut pon dan2 hilang.
macam nak tampar perut aku ni.
tengok sterwardess buat keje rasa macam cool.
tapi yang tak cool bila kejap2 bukak compact powder.
kejap2 pakai lipstic =___=


dah sampai Cambodia. ni tempat tunggu orang sambil pegang2 kad tulis nama orang.
tapi time ni tak ramai sangat.


aku sampai dalam pukul 8 lebih. tapi masalahnya bos aku gerak dari Laos tengah hari.
ada ke die suruh aku gerak sendiri dari airport pergi hotel dulu sorang2.
memang tak lah kan. aku dah la penakut.
kang tak pasal2 kene culik memang naya je.
kene culik satu hal kalau kene tipu lagi lah satu hal.
sudahnya terpaksa lah aku tunggu bos aku dekat situ dekat 6 jam !
sampai kepala aku tersengguk-sengguk.

lagi best masa aku duduk situ adalah dekat 5 orang Cambodia tegur aku dalam bahasa dorang.
yang aku ni pulak ternganga lah.
ada sorang tuh siap dua kali tanya aku dalam bahasa dorang.
memang tak lah aku nak paham.
tetiba ada sorang driver hotel ni duduk sebelah aku.
memula dia tanya dalam bahasa Cambodia jugak.
tapi aku buat2 tak dengar sambil main henpon.

tiba2 dia tanya "u can speak english?"
apa lagi memang aku layan lah.
dia cakap orang yang tegur2 aku tuh tanya aku ni ada tunggu sapa2 kawan ke. pastuh dorang semua pelik sebab aku tak paham Cambodia sebab ingat aku orang sana.
aku ingat muka aku ni Jawa totok habes dah.
rupanya ada style2 pan asia jugak.
kahhhhh kahhhhhh !

dalam pukul 2 lebih baru lah bos aku sampai dengan wife dia.
fuhhhhhhhhhhhhh legaaaaaaaaa.
berakhir seksaan aku.
memang terbayang-bayang katil hotel memanggil-manggil aku.
so terus gerak pergi hotel.
Imperial Garden Villa & Hotel.



ni lah bilik aku. hotel ni 4 star. suppose harga dia boleh tahan mahal tapi sebab orang yang tolong booking tuh dah biasa dengan hotel ni so dapat murah sikit. bilik aku ni 61usd. ada pool, ada sauna, free breakfast, free wifi, ada heater kecik boleh masak air, ada tv, ada bath tub, ada peti ais, and hari2 dia bagi air mineral 2 botol.



banyak kan? tapi jangan tertipu ye. air mineral pink dengan air 3 in 1 dalam bakul kecik tuh je free. yang lain semua kene bayar. dalam peti ais ada air oren, air mineral lain and sneekers. semua bayar. pandai dorang ni. nasib baik aku baca kertas tuh kalau tidak. melayang duit aku.



 naseb baik ada tv dengan wifi. kalau tak memang mati kutu lah. yang best siap dapat tv 1. go go RTM. kekekeke. channel lain bese lah. hbo, kbs korea, ape tah lagi. tuh yang kat bawah makanan2 tuh lah peti ais dia.



 peti besi dalam almari aku. tapi aku tak guna pon. bukan bawak barang berharga sangat pon. tapi bila aku bukak2 almari nampak benda ni terkejut aku. hotel mahal memang provide benda ni eh?



view dari bilik aku. depan hotel aku ni bertembung tiga sungai. sungai mekong, sungai bassac dengan sungai tonle sap. petang2 kang ramai lah yang tolong penuh tempat duduk depan hotel aku ni. dia macam taman. lagi pon sebelah hotel aku ni ada funfair.



petang tuh aku rest dalam bilik je.
layan tv layan facebook.
pastuh tido.
masa pergi Cambodia aku period pulak so senang lah sikit kan.
nak keluar jalan2 memang sumpah tak larat sangat.
ate 6 jam duduk kat airport tunggu bos. sampai kejang bontot aku.
so tido dalam bilik lagi best.

ini je lah hari pertama aku.
hari esok2 nanti lah aku hapdet.
penat pulak menulis.
dah lah selsema sebab kemas bilik. berhabuk.
nak mandi.

okbai.
                                                                                

Saturday, February 4, 2012

Beberapa perkara tentang Cambodia

                             
Aku baru je habes transfer gambar kat laptop.
before aku up entry pasal Cambodia meh aku share beberapa perkara pasal negara tuh.
sebabnya negara tuh macam kureng femes sikit kan.
lain lah kalau sebut Korea.
memang tak payah cerita pon semua orang tau.
lebih2 lagi hantu K-pop. eh.

okey 10 perkara tentang Cambodia.


1. Ada satu kain rentang besar dekat Phnom Penh tulis "Phnom Penh, the Charming City"
Charming ke? aku pon tataw mana yang dorang refer as Charming.


2. Cambodia prefer guna US Dollar berbanding matawang dorang sendiri (Riel). Even money changer dekat Malaysia pon takde duit Cambodia. So kalau nak ke Cambodia tukar duit ke US Dollar.

1 USD = 4000 riel. Tapi urusniaga dekat sana memang guna USD pon. boleh jugak kalau nak guna riel. tapi nanti korang sendiri yang pening sebab duit semua besar2. Akram cakap dorang takut guna duit dorang sebab takut matawang dorang jatuh. Bayangkan kalau dorang ada satu juta dalam akaun bank tapi tetiba matawang dorang tak boleh guna tak ke rugi. muflis sekelip mata.


3. Jangan tak tahu yang kat Cambodia pon jam. haha ! Tapi bukan jam sebab kenderaan banyak. Tapi adalah sebab jalan dorang kecik2.

Mana ada highway2 ni. Tapi rakyat Cambodia ni bawak kenderaan semua slow2. so kau takde lah takut kau akan dilanggar tengah jalan. Bukan macam Malaysia. Baru pakai Kancil dah macam pakai Evo. ptfffff.

4. Taraf hidup Rakyat Cambodia sangat tinggi dan kebanyakan orang Cambodia miskin. Sebabnya kebanyakan barang2 adalah diimport. Satu masalah dorang ni dorang tak kreatif. Even sawah padi still guna kerbau. Lepas tuh barang makanan like buah-buahan pon nak import. Sebab tuh mahal. Bayangkan lah kalau limau biasa pon sekilo dah dekat seploh hinggit memang tak lah kite nak beli kan.

Minyak petrol dorang pon mahal. 1 liter = 1.5 USD. Dekat RM5. Kalau kat Malaysia kompem semua orang dah mengamuk. So tak payah lah nak rusuhan sangat. Kerajaan dah banyak tolong rakyat dengan subsidi. Ce kalau korang duduk Cambodia sana tengok boleh hidup ke tak kan.

Lepas tuh gula, garam semua memang mahal lah. Daging ayam daging lembu jangan cakap. Memang semua import. Dorang takde ladang2 ni semua. Bak kata orang sana sendiri, rakyat Cambodia tak kreatif. ke Malas ? hihihihihi.

5. Jenama kereta paling femes dekat Cambodia adalah Toyota. Aku pon tak sure if toyota murah dekat sana. Tapi mana2 kau nampak kereta esti Toyota Camry. Termasuk lah teksi.

Tapi beberapa kereta je lah dekat sana. Ate dorang miskin. So kebanyakan rakyat guna motor and basikal sahaja.

Ada sorang rakyat sana cakap dorang ada kereta local sendiri jugak tapi orang Cambodia sendiri tak sudi nak pakai. kahh kahh ! Demand lah pulak kan.

6. Kalau korang pergi sana kene hati2 sikit sebab peminta sedekah dia sangat extreme. Kalau kat Malaysia dorang duduk je tunggu duit kan. Tapi kat sana takde ye. Dorang berjalan-jalan menghampiri pelancong sambil menghulurkan bekas kosong. Selagi kau tak bagi duit selagi tuh dorang merayu-rayu. Scary huh?

7. Sutera Cambodia lain sikit. Kalau sutera kite lembut and licin kan. Sutera dorang macam kain cotton. Dorang punya sumber kebanyakan nya kain sutera lah. Disebabkan semua orang nak jual sutera so boleh lah dapat murah kan. hehehe.

8. Kalau korang pandai tawar-menawar memang untung beli barang kat sana. Sebabnya pesen peniaga kat Cambodia, once korang dah masuk kedai dorang, dorang akan berusaha jual barang sampai korang beli. Tak kisah la dorang untung just 1 dollar je pon.

Contoh korang masuk satu kedai ni. Harga beg dia 20dollar. Mahal kan. So korang taknak beli. Nanti peniaga tuh akan tanya berapa korang boleh bayar. So apa lagi korang akan bagi lah harga paling rendah. And then bermula lah proses naik turun harga. Dan kalau korang terror korang boleh buat peniaga tuh untung 1 dollar je. keh keh keh.

9. Beza waktu Cambodia dengan Malaysia sejam je. Tapi sama macam Malaysia. Kalau kat Malaysia pukul 7am matahari naik, kat Cambodia pukul 6am matahari naik. So sama je lah just waktu dia je lewat 1 jam.

10. Kalau kat Phnom Penh memang susah nak dapat makanan halal. So nak taknak hari2 kau kene hadap roti roti roti. Tak pon buah and sayur je lah. Kalau kat Phnom Penh tak ramai Muslim. Masjid pon takde. Tapi masa aku pergi Siem Reap ada perkampungan Muslim dekat sana. So dapat lah merasa Nasi Ayam. Balik Phnom Penh continue makan roti =____=


okey cukop sepuluh.
itu je pon yang aku dapat fikir sekarang.

entry penuh nanti2 lah.
ngantuk pulak :P

Cambodia Part 1
Cambodia Part 2
Cambodia Part 3
Cambodia Part 4


                                                                           

Wednesday, January 18, 2012

Doakan saya :')

                             



sorry sebab now aku macam busy sikit.
siapkan tempahan untuk design blog.
takde lah pandai sangat tapi kalau korang malas nak cari code2 html (lagi2 now template baru banyak gila code dah lain =__= ) aku boleh tolong sikit2.
nak quotation boleh email aku at syazwanajamal@hotmail.com.
ecewah sempat lagi nak promote. kekekeke.



itu satu.
lagi satu aku busy lah sikit sebab esok pagi aku nak kene pergi Cambodia.
kalau pergi bercuti takpe jugak. ni lawatan kerja.
seminggu pulak tuh.
sumpah aku sangat cuak.
beselah orang kampung mana pandai nak naik flight segala ni.
selalu naik bas saje :(



kalau boleh aku nak suruh Akram hantar aku sampai seat dalam flight.
tapi apakan daya flight tu tak sama dengan bas ekpress.
*sedih*



tapi takpe.
sebagai anak Malaysia kita kene berani.
barulah Malaysia Boleh.



insya allah esok flight aku pukul 7.05am.
gila awal kan.
masalahnya yang aku cuak sangat tuh sebab aku kene gerak dari Malaysia sorang2.
bos aku gerak dari Laos sebab before tuh dia ada lawatan dekat sana.
dah la hari tuh aku baca fakta "Lipas goreng adalah makanan biasa di Cambodia"
memang malam ni aku nak sopink makanan banyak2. tak kire !
sanggup aku tak makan dekat sana.



so doakan aku selamat pergi dan balik.
berat betul hati nak pergi.
tsk tsk.
sebenarnya berat hati nak jauh dari Akram.
kah kahhhh.
gatal betol.






okey lah take care korang.
kalau rindu kat aku selalu2 lah datang blog aku ye.
doakan aku selamat :')


okbai.