Friday, August 23, 2013

Cerita BBQ raya




Marilah kite meneruskan cerita raya kita sebelum ianya menjadi basi dan berbau ashem.
Sebab utama malas nak cerita adalah kerana gambar tak banyak.
Lalu menjadikan sesuatu entry itu adalah bohsan.
Kerana membaca entry dan melihat gambar makanan adalah sangat ohsem.
Tapi apakan daya dah gambar tak banyak nak buat camne kan.
Jadi marilah kite teruskan.


*Terasa poyo sangat pendahuluan itu*


Kan awal tahun aritu masa aku balik raya cina kitorang satu family buat BBQ kan.
Tapi time kakak aku yang duduk Perlis tak balik.
So sempena raya ni sebab semua pon ada kat rumah, jadi marilah kita membuat pembakaran terbuka sekali lagi.
Lagipon tak balik kampung. So baik buat aktiviti yang menggembirakan perot.


Awal2 lagi bapak aku dah call. Tak silap aku seminggu sebelum kot tanya aku balik raya bila sebab nak bagi tau yang barang2 BBQ semua dia dah ready kan.
Ayam, udang, KAMBING (motif caps lock? hihi), lembu, dan bla bla bla.
Semangat gila bapak haku.
Padehal dulu kalau aku tak start ajak buat BBQ ni non hado diorang nak berajin-rajin bagai camni.
*syabas Wana*


So beberapa hari before acara BBQ bapak aku dah perap siap2 daging yang nak guna untuk buat sate.
Yang lain like ayam, kambing, lembu semua keje abang aku.
Sebab dia perap semua walaweh sedap nak mampos.
Tapi resepi rahsia.
Konghajo.


Pukul 6 lebih aktiviti men-start-kan bara api bermula. Huntung duduk kampung ni semua barang boleh DIY sendiri. Tapak BBQ tu abang aku yang buat kan. Kalau dulu alahai beratapkan zink je sedih gila. Kali ni siap boleh berdiri. Cool kan? Haha! Cube kalau duduk bandor manjang masuk Giant carik barang. Tak Giant Tesco. Nak murah sikit Mydin.



Memula aku ingat kitorang BBQ anak beranak je.
Sekali rupanya family mertua kakak aku pon join sekali.
Bagus2. Meriah sikit.
Aku pon suruh Akram datang sekali.
Beria memula nak sampai pukul 6 lebih la. Sekali pukul 730 malam baru sampai.
Stended ah ramai sedare mara die datang beraya.
Pastu dengan jem lagi.
Dengan aku yang amik kesempatan kirim dia bawak kan nenas dalam tin lagi.
Kakakaka.


Dah orang tu duduk Pontian kan ape lagi yang boleh dikirim.
Kirim Nenas lah.
Abang aku cakap kalau nak beli nenas dalam tin beli yang jenama Lee sebab yang tu sedap sikit.


Besan mak aku sampai dalam pukul 8 camtu.
Dorang bawak sosej dengan air kotak sekaton.



Ini je lah pon barang basah yang aku sempat snap. Sebab time ni nak bersiap2 pergi beraya kejap rumah kawan Akram.




Nasi beriani spesel bapak aku khas untuk menantu dia dan family. Abang ipar aku memang suke giler beriani. Dan mak bapak adalah stended akan sayang menantu lebih dari anak sendiri. Cakap je nak makan ape dengan sekelip mata *ting* siap dah atas meja. Cuba kalau aku yang mintak sepuluh kali mak aku tanya balik "Betul ni nak makan ni?" Nanti jap2 lagi "Beli lah sikit adik teringin nak makan". Dah nak beli barang nanti "Nak beli tak?" Oh God please give me strength. Dan aku boleh bayangkan aku akan semakin terpinggir bila aku kawen nanti.


*Excuse me kejap nak pegi jamban nak nanges.*


Ok tak payah nak drama sangat.



Hamek kau dua meja makan 6 orang sekali keluar. Atas tu ada nasi impit dengan kuah kacang. Ada salad campur sebab abang ipar aku dengan adik aku memang kalau makan steak kene ade salad bagai. Pastu ade kek lapis sarawak. Ade ape entah lagi. Kuih raya stended ah kan of cross kene keluarkan kate raya. Tahun ni kuih semua adalah DIBUAT di kedai. 






Air tiga jenis. Yang wajib mesti ada Air koktel tapi this time gantikan Nata de Coco (sebab lupa nak beli pastu pergi kedai semua habes stok) dengan agar2 jernih. Agar2 tu buat macam biasa pastu hancur2 kan sikit and tuang sekali dalam koktel tu. The Vasss Vavavommmm. Nampak tak effect sedap die camne. Tapi bukan aku yang buat pon. Aku masuk2 dapur semua dah siap kahkah.



Sebenarnya before acara start aku bertekak dengan mak aku. Kakakaka.
Bukan senang tau aku nak bukak pekung di dada mantap sendiri ni.
Tapi ape aku kisah. Bukan masuk Harian Metro muka depan pon "Blogger konghajo dengan emak sebelum majlis BBQ"
kan.
Apedehal.


Camni. Time tu baru pukul 1 lebih ke pukul 2 petang.
Kakak aku dengan family dia keluar kejap pergi Pantai Tanjung Leman sebab anak2 dia tu aku rasa dah kene saka pantai kot asyik la nak pergi pantai nak pergi pantai.
Al-maklum Perlis mana ada pantai kan.
Pastu aku ni tengah sedap mengangkang depan TV.
Mak aku kat dapur.
Aku ni plan nanti2 lah pukul 5 kang aku kuarkan lah segala mak nenek bagai barang2 tu pergi beranda luar.
Awal lagi kot kan.


Yang mak aku ni aku tak tau ape yang dia sibuk sangat kat dapur tu tak reti duduk diam.
Ade je benda nak dibuat. Pastu dah membebel2 suruh aku kuarkan semua benda kat luar.
Yang aku ni pulak kan suke melawan. *adik2 dont try this at home* Kak Wana memang cenggini.
Habes saham kalau family Akram bace ni. :P


So aku cakap lah awal lagi. Nanti2 la aku buat.
Pastu mak aku pon start lah dia punye ceramah yang panjangnya tak boleh nak ditakrifkan.
HAHA!
Aku bukan ape. Mak aku tu cerewet sikit. Dia suka cakap aku pemalas tanak buat keje tapi kalau aku buat nanti semua tak kene kat mata dia. (antara dialog sewaktu drama petang hari)
Tu yang aku malas tu.


Yang aku ni pulak dah la kuat melawan pastu paling kuat menangis pulak (antara dialog drama lagi)
Terus pergi ruang tamu rumah depan sambil bukak henpon dan lap air mata.

Terus mesej Akram dengan kakak aku.
Sambil lap air mata lagi.

Tapi kakak aku dengan Akram dah paham dah perangai aku.
Sejenis singa berhati arnab. Konon nak melawan tapi cengeng.


Tapi petang tu masa BBQ nak start aku dah baik dah dengan mak aku. HAHA!
Siap masa kitorang sibuk2 susun makanan bapak aku cakap "Haaa baik korang buat cepat sebelum mak ko membebel"
KAHKAHKAH.
Konghajo bapak aku.
Memahami jugak rupanya. Saje je dok diam kalau aku kene kan. Takot kene same lettew.



Masa ni aku dah siap nak keluar. Walaupon aku yang bergigihan cucuk sate ni tapi aku tak rasa langsung. Sebab aku kan memang tak suke makan sate. Sate2 bapak aku ni besar gile ok. Kalah sate Haji Samuri Cewah. Jenis tak boleh dijual kalau dijual alamak bankrupsi company.




Adapun inilah baju raya saya yang beria bertarung kat Masjid Jamek itu. Benci aku gambar ni sebab aku nampak gemuk and Akram nampak kurus. Padehal time balik raya ni mak aku kakak aku semua cakap aku dah kurus banyak *beria explain macamkan orang nak kisah*




Plan asalnya Akram nak sampai awal so petang tu kitorang boleh la beraya awal.
Kawan Akram masa study MIAT dulu kawen dengan orang tempat aku.
Setahun tua dari aku.
Memang kecik je dunia ni.
Balik2 jumpe kawan2 jugak.
Tahun lepas pon kitorang beraya rumah dorang jugak.
Mertue kawan Akram punye rumah ni dekat sangat dengan rumah aku. Dalam 100m camtu kot.
Masa kenduri kawen belah lelaki (kawan Akram) pon kitorang datang.
Anak dah nak masuk dua.
Takpe2. Nanti aku potong korang. EH?


Before gerak sempat pesan "KAMBING jangan habeskan"
Walaupon bukan aku yang makan tapi si perot besar sebelah tu kan hantu kambing.
Aku umpan dia datang rumah aku pon pakai kambing ni la.
Kalau tak asyik je "Tengok dulu k tak kompem datang takot ade family meeting"


Kitorang beraya dalam setengah jam camtu.
Sempat jugak lah bergosip dengan bini kawan Akram pasal Rita Rudaini. Kahkah.
Dasar pompuan kat mana2 pon boleh je nak gosipnya.
Bini kawan Akram siap cakap ngan aku "Aku tengok muke ko ni mesti aku teringat mak aku jumpe mak ko pastu gosip pasal ko ngan Akram"
K fine mak2 memang suke kan cerita bab2 camni.
Mentang rumah dekat =___=



Balik rumah dalam pukul 830 malam camtu terus mengketedarah.
Time tu rumah dah penuh dah dengan family abang ipar aku.
Tapi gambar tak teringat nak amik.
Ingat kat ayam BBQ punye pasal takot habes.
Dan udang BBQ jugak.
Tak lupe sosej peveret.


Fuhhhhhhhhhhhhhh kenyang giler habiaq hianggg nasi beriani bapak aku memang terbaekkkkkkkkk.
Sape nak tempah untuk catering boleh roger k.
Nasi beriani bapak aku memang terkenal bagi daerah kota tinggi sehingga lah ke Mersing.
Feveret aku Nasi beriani lauk kambing masak masam manis. Peh meleleh kau.
Setakat ni belum ade orang kompen lagik.
Harga boleh kaw tim.
Cewahh.



Ini budak kalau amik gambar tak senyum tak boleh.




Faiq yang tak habes2 dengan peacenya. Mungkin cita2 dia dah besar nak jadi Duta keamanan kot.



Itu je lah pon gambar yang ada.
Tak dapat jeleskan korang dengan gambar makanan *ewah niat dah jahat*


Dalam pukul 9 lebih camtu kot jiran aku datang.
Salah sorang anak dia now tengah form 5 kat Sekolah Sains Kota Tinggi.
Ex-Majlis tertinggi ok jangan main2.
Aku dengan Akram kan dulu sekolah sana jugak.
Akram Pengawas. Aku Majlis Asrama.
Sekolah kitorang now ada tiga badan.

1. Pengawas-jaga sekolah sahaja.
2. Majlis Asrama-Jaga kawasan asrama sahaja
3. Tabaruk - Jaga area surau dan aktiviti islamiah lain.


Tiga2 badan ni akan duduk bawah satu pentabiran yang dipanggil Majlis Tertinggi.
Tapi now dah tukar jadi ape entah dia cakap hari tu aku pon dah lupe.
Tapi masa zaman Akram tak start lagi.
Masa batch aku kot start.


So Akram pon ape lagi. Mula lah aksi dia membuli junior.
Kaki buli Akram ni dulu kat sekolah.
Setakat buku rekod displin tu dia lah heronya.
Haha!

*oh rindunya zaman sekolah*


Tapi anak jiran aku cakap budak sekarang makin manja.
Dan sangat boring.
Dulu zaman2 kitorang kes2 buli ni semua wat lek je.
Stended ah kene buli dengan senior baru asrama kan.
Kuar sekolah bila jumpe balik semua dah baik2 dah.
Dah berjaya.


Budak2 now alahai jentik sikit -- SAMAN.
Serius tak cool.



Lepas makan Akram kuarkan mercun merdeka dia dua ketul.
Satu bape puluh das entah.
satu lagi belas2 das je.
Ape lagi seronok la para2 lelaki start bakar duit.
Gambar semua kat henpon adik aku. Lupe nak transfer.



Before balik marilah bergambar bersama. Belah kiri tu anak adik ipar kakak aku. Comel nak mampos macam anak mat salleh. Geram giler tengok pipi dia. Dah la tak takot orang. Yang si Yaya menangis tak benti lagi sebab takot bunyik mercun. HAHA!




Dan semua pon bersurai membawa perot masing2 yang penuh kecuali Akram yang stay sampai midnite untuk perbincangan peribadi.
Kakakakaka.


okbai.





With Love : Syazwana Jamal :)


9 comments

August 23, 2013 at 1:40 PM

meriahnyaaa uolsss!
bab makan, mmg wana suka!hahahaha

August 23, 2013 at 2:30 PM

Perbincangan peribadi.. Aummm, i loike that statement.. heheeh.. =)

August 23, 2013 at 2:39 PM

meriahnya. satay tu time panas2 sedap. :)

August 23, 2013 at 3:25 PM

nampaklah disitu akk gemok.. xpe, janji hakikatnya tak.. comel laa akk.. nice!!

perghhh makan besau!.. tak jemput pun ena.. sob sob sob

August 23, 2013 at 3:34 PM

pehhh, meriahnya raya diaa. untung untunggg :D


nanti kawin jangan lupa jemput. macam dah dekat sangat je ni. ehhh? :D

August 23, 2013 at 10:41 PM

Akak, you never fail to make a funny post! "Muka singa berhatikan arnab" xD


Comel lah akak bertudung biru. And sate2 semua tu nampak menyelerakan sangat. Takde yang tinggal lagi ke?

August 24, 2013 at 10:01 PM

beriani tu nampak best!
nanti nak pi umah uols, suruh incik abah masak beriani boleh?hihi

August 26, 2013 at 5:55 PM

OK, wa jeles, bapak lu terel masak, mkann peberet wa..wawawawawa

August 29, 2013 at 12:36 PM

Ber BBQ plg best KA suka3

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal