Monday, August 19, 2013

Boleh la kan kalau nak hapdet cerita raya lagik. Raya kan sebulan.




Selamat Hari Raye Uolssss !!
Hahahaha! Bangga sangat kan wish padehal dah nak separuh syawal dah.
Dekat dua minggu jugak la aku tak hapdet blog.
Bagai terasing di dalam sepi gitu. Puihhh.


Daripada akhir2 puasa tu rasa malas giler nak menaip.
Menaip kalau takde mood buat ape kan.
Paling benci aku baca blog yang "Takde mood nak apdet tapi terpaksa jugak apdet"
Ek eleh ko takde mood tak payah la nak apdet. Tau la peminat beriban. Nak cakap terpaksa apdet sebab peminat nak bace lah?
Ok watever. Kakakaka
*Mentang2 dah raya mulut kemain lagi kau Wana*



Ini tema baju raye Akram tahun ni. Purple. Aku tengok memula purple lembut ni macam buruk je. Sekali Akram pakai ok lah jugak. Beli kat satu butik kat Masjid Jamek sebab tak larat nak meredah jalan2 sekitar masjid Jamek tu. Harga lebih kurang je pon.


Tak silap aku harga baju ni RM85. Akram dapat RM80. Ok la.
Mak aku beli kain baju melayu untuk family aku yang lelaki + harga upah pon dah seratus lebih sorang. Dah la tukang jahit tu buat dah tak cun dah sekarang.
Berbulu je aku tengok.


Oh btw bukan itu yang nak dibincangkan. Nak cakap sebenarnya butang baju melayu tu aku bagi Akram mase first time kitorang jumpe. Tak silap aku bulan puasa tahun 2009 kot (sape kate semua pompuan suke ingat tarikh) hihihi.
Tak sangka dah 4 tahun Akram still guna butang baju yang sama.
Wiwiwiwiwi. :P



Ini pulak duit raya daripada Akram setelah dipaksa untuk bagi sebab tahun lepas die tak bagi pon. Montel pon montel lah asalkan dapat duit raya. Well Akram ni bukan jenis yang suka merambangkan mata aku dengan duit2 dia. Kau nak pape kau kumpul duit sendiri. Takdenye tetibe bagi teddy bear. Takdenye tetibe bagi bunga. Boleh sujud sukorrrrrrrr aku kalau die feeling2 romantis begitu. Tapi harapan je lah.


Ada one time tu aku cakap dengan dia yang dia tak sayang aku sebab tak pernah la nak dengar dia sebut I love U ke I miss U ke (tipikal pempuan kan suke lelaki sweet talker. Mihmih)
Akram cakap tak sebut bukan makna tak sayang. Kan die tunjuk.
Haaaaaaaaaa tunjuk la sangat.
Bunge pon tak pernah bagi.
Mintak cactus pon makan bertahun.
Hai sayang2 naseb baik kau je nak kat aku. Kalau tak dah lama aku ngurat Fahrin Ahmad. Eh? Haha!


Ade one time kitorang tengok cerita Pee Mak sesame.
Kan ada satu dialog Mak cakap dengan Nak "Awak paling cantik dalam dunia ni"
Ke ape tah something like that la.
Aku tengok Akram. Pastu cakap "Haaa kan bagus cakap macam tu. Sejuk je dengar"

Tau die jawab ape??
 "Awak paling montel di Nilai ni"
Heyyyyyyyyyyy berbulu je dengan die ni. Fine fine.


Dua hari before balik raya tetibe aku demam.
Panas giler badan aku. Padehal aku tak kene hujan langsung. Ais pon dah lame giler tak sentuh.
Kawan aku cakap maybe cuaca.
Ah sudah. Dah la rabu tu sehari before raya aku kene balik drive sorang dari KL.
Selasa malam tu terus telan soluble dua bijik.
Pastu tido.


Pukul 3 pagi. Terbangun. Rasa badan panas giler.
Call Akram die cakap try makan panadol yang klinik bagi siap ubat selsema sekali.
Pastu amik kain basahkan letak kat dahi dengan leher.
Alhamdulillah la bangun pagi ok sikit.
Tapi still kepala berat lagi.
Akram still keje lagi rabu tu. Die balik malam raya. Aku nak suruh die hantar sampai rumah macam jauh giler die nak patah balik. Lagipon aku nak guna kereta raya tu. Pasrah.
So aku balik raya pon drive 80-100km/h je. Giler berhemah aku rasa.
Naseb baik time tu aku dah raya awal2. So sepanjang balik Johor aku minum je lah air mineral.


Sampai2 rumah terus cakap dengan mak aku yang aku dah raya. So lapar nak makan.
Kakakakaka keji giler perangai.
Makan nasi lauk asam pedas dengan sup pastu terus terbongkang.


Pagi raya aku biasa lah. Setiap tahun menu adalah sama.

Ketupat. Tahun ni bapak aku rajin. Siap ade orang tempah ketupat dengan dia lagik.



Lodeh. Feveret abang ipar aku.



Sambal goreng mahveles tradisi orang jawe kalau tak masak juadah ni pagi raya boleh membawa amukan. Haha over giler kan. Tapi memang makanan ni orang jawe je yang selalu masak. Akram adalah melayu tulen. Jadi die tak makan sebab sambal jawe ni mak aku campur perut lembu. Akram mane makan organ2 dalaman ni. Die kan poyo :P



My feveret. Ayam masak merah.



Rendang daging kegemaran semua orang. Tapi aku tak suke sebab aku kan tak suke makan daging. Tapi tengah menaip ni tengok rendang daging ni macam sedap lah pulak. Laparrrrrrrrrrrrrrrrrr!!


Kuah kacang lupe nak snap gambar.
Ada lemang dengan ketupat palas jugak.
Lemang adalah dibeli. Ketupat palas buat sendiri. Aku kureng sikit ketupat palas sebab pulut kan. Tapi lemang aku suke giler!
Sape buat open house ade lemang boleh la jemput-jemput aku k.


Masa nak masak rendang tu ayah aku cakap "Ko masak rendang dik petang ni"

Aku : Rendang pon tak makan apetah lagi nak masak. Hihi.

Ibu : Nanti Akram suke makan rendang padan muke ko kene belajar jugak.

Aku : Takpe die pandai masak nanti biar dia masak sendiri.


Aku pon hapdet la status kat fb.
Tak lama lepas tu wassap Akram masuk


"Rendang is my fevret ok"


FOINEEEEEEE !!


Tapi adelah menyedihkan tahun ni sebab aku tak tau kenapa aku tak rasa sangat nak mengketedarah juadah2 raya atas meja.
Bayang kan eh pagi raya aku just makan lemang dengan ayam merah SAJE.
Kalau tahun2 lepas pagi raya dah belasah ketupat paling kurang dua bijik.
Makan dengan kuah kacang, ayam merah paling kurang dua ketul. Tambah pulak dengan sambal goreng mahveles pehhhhhhhhhhh mengancam.
Tahun ni rasa nak makan tu ade tapi perut macam tak lapar. Pukul 3 kot baru aku lunch. Selalunya pukul 3 tu memang lunch jugak tapi yang ke 4 kalinya.
Kakak aku cakap aku dah matured. Ape seh kene mengene matured dengan makan.
Now bila terbayang2 lagi juadah atas meja time tu ARGHHHHHHHHHHH SETERES MAK SETERES!!


Ok dah2 lah tu mengenang naseb.Bawak2 mengucap. Astagapar.
Tahun ni kitorang tak balik kampung kat Muar.
Beraya kat Kota Tinggi je.
Sebab mak aku cakap hujung bulan nak balik Muar sebab ade wedding. So balik sekali la kampung nanti.
Lagipon atok nenek belah mak aku dua2 dah takde.
Belah ayah aku tinggal nenek je sorang.


Takpe lah beraya kat Kota Tinggi pon meriah jugak sebab adik beradik aku ramai.
Tambah dengan panglima panglimawati kakak aku tu dah macam ade beratus orang dalam rumah.
Padehal baru tiga orang anak buah.
Die punye main tu peh boleh pengsan kadang2.
Naseb comel.




Mercun merdeka (betol ke nama?) ni aku lupe bile dorang main. Malam raya ke raya pertama punye malam. Entah mane dorang dapat pon aku tak tanya. Tapi tak boleh lawan dengan jiran belakang punye mercun. Banyak giler dia bakar. Stok2 yang berpuluh das pulak tu. Ayah aku cakap anak die ade sorang askar. So senang dapat stok kot.



Pagi2 dah kene amik gambar dorang. Naseb makcik korang ni baik hati tau. Ni sementara tunggu para-para lelaki balik semayang. Yang besar Aaisyah Humaira. 6 tahun. suke rembat mekap aku. Tau2 je tengok muke die dah pakai lipstick la eye shadow la -____-



Yang kecik dua tahun. Fatimah Azzahra (camne tah eja nya aku pon konpius. Haha). Baru dua tahun tapi bercakap mengalahkan orang tua. Abang dia pon kalah. Tak pelat langsung. Dah la makan banyak. Kalau berdiri nampak perot je. Kekeke. Dua2 ni time baby Ya Allah die punye taknak kat orang memang rasa nak campak je kat luar rumah. Haha! Dah la menangis jenis yang sakit telinga. Sumpah tak tahan. 

Yang kecik si yaya tu dulu bapak die pon die tanak. Asyik berkepit dengan mak dia. Tapi secara tiba-tibanya beberapa bulan lepas dia terus ok dengan semua orang. Dan semua orang pon adalah super pelik lagi tak paham kenapa die berubah 360 darjah sekaligus. Kalau tak orang dekat sikit je mulalah meraung. Now dia pulak yang berkawan dengan orang. Aku syak die ade terminum something lah. Hmmm nanti aku selidik perot die. Hihi.



Yang ni nombor dua. 4 tahun. Faiq Umair. Kadang2 die cakap sepatah haram tak paham. Pastu kalau kite asyik tanya2 dia, dia ingat kita ejek dia. Ahahahaha! Ayik ayik. Bila orang nak ajar membaca terus lari. Budak lelaki memang lambat sikit kot. Tapi yang ni satu2 nya paling senang nak jaga time kecik. Pandai bawak diri. Sampai kebesar selalu bawak diri sendiri. Hobi : suke berkawan dengan ayam. Tengok2 kang dah hilang rupanya pergi mengintai ayam umah jiran sebelah siap bawak adik dia lagi.




Ibu dan ayah. Cewah mak aku turqoise lah sangat tema nya kannnnnnnnnn. Boleh la bunge turqoise sikit.



Atok nenen (Eh nenen pulak. Nenek! Macam lah tak boleh taip balik kan. Saje je. Kahkah) dan cucu-cucunya. Tengok lah muke yaya si kecik tu. Macam nak tumbuk. Dulu kemain lagi nanges memanjang. Sekang die lah paling kepoh. Kejap2 tanya mak aku "Nenek sakit tak? Sakit?" Pastu pergi amik minyak bagi kat mak aku.



Kemudian aktiviti bermaafan pon bermula. Dimulakan oleh Puan Ibu.



Diikuti oleh Kakak sulung.



Abang nombor dua. Dan seterusnya. Gambar banyak kat Sony Experia adik aku. Aku terlupe nak transfer. Aku tiap2 tahun pon memang meleleh air mata. Padahal cakap selamat hari raya maaf zahir batin je. Tapi die punye sebak tu macam orang hilang laki. Orang banyak salah gini lah gamaknye. Tapi nak cakap panjang2 malu. Haha! Jadi aci je lah maaf zahir batin kan. :P



Family potret :)
Belakang dari kiri abang aku (2), adik lelaki (5), Kakak (1), Abang ipar, adik lelaki (4)
Depan paling kiri adik bongsu aku form 2. Tapi badan kemain lagi besau. Kalau pergi sekolah die alahai semua kemetot comel2 je adik aku sorang terlebih besar.
Dan paling kanan tu of cross tuan blog kedaung paling gojes kahkahkah


Time nak amik gambar ni jiran aku baru nak balik kampung.
Bapak aku lah panggil menantu die mintak tolong amikkan gambar. Haha!
Tak pasal2 satu family jiran aku terus datang rumah.
Terus bermaaf maafan di pagi raya.
Terus aku keluarkan duit raya pagi cucu dia. Naseb sorang. Kekeke.



Yang depan anak nombor dua. Anak sulung tak dapat dikenal pasti. Paling kanan adik bongsu. Adik beradik dorang tiga je. Si bapak nye En. Jemal pon tak dapat dikenal pasti. Mungkin berbulu sebab dah start enjen kete tetibe kitorang buat haruk. Kekekeke. Tengok dorang pakai merah macam cantik jugak. Tapi aku kureng sikit kaler merah ni. Kakak aku suke tapi abang ipar aku membantah. Huahuahua



Time gambar ni aku kat dapur kot.



Lepas zuhur kitorang satu family pergi jengah rumah kakak mak aku kat Larkin.
Takde snap gambar pape pon malas.
Kakak mak aku tu dah 70++ umur dia.
Dah baye2 nenek aku dah.
Sebabnya dia anak isteri pertama.
Atok aku kan kawen tiga.
Kawen bini pertama. Bini pertama meninggal kawen pulak dengan bini kedua. Tak dapat anak, cerai and kawen dengan bini ketiga which is nenek aku.
Dengan bini pertama aku tak sure berapa anak.
Adik beradik betol mak aku pon aku tak sure berapa. Hahahha!


Tapi yang pastinya masa atok aku kawen dengan nenek aku, umur nenek aku dah nak baye2 dengan anak sulung dia time tu.
Sebab tu aku ade kazen yang umur dah 40++. Tapi aku panggil akak lah kan sebab memang pangkat akak sepupu.
Anak dia paling sulung sebaya aku. Kire anak buah aku la kan.
Thats why aku tak kenal sangat dengan family belah mak aku. Sebab terlalu besar. Bila balik kampung pon bukan semua yang balik.


Itu je lah cerita raya pertama aku.


Raya kedua aku beraya rumah Akram.
Wiwiwiwiwiwiwiwiwi ❤ (poyos giles nak love bagai kan :P)
Plan nak pergi lambat2 sikit. Tapi aku kan suruh kakak aku temankan.
So kakak aku cakap Jumaat je lah mase yang sesuai.
Sabtu kitorang dah sibuk nak prepare bbq.
Ahad akak aku nak balik rumah mak mertue die pulak.


So bergerak lah kami ke rumah Akram kat Penerok Pontian tu.
Jauh giler aku rasa.
Kitorang gerak dalam pukul 2.30 petang camtu. Campur banyak kereta kat area Kulai sana sampai dalam dekat2 pukul 6 petang jugak.
Naseb lah kan.
Suruh Akram tunggu kat Pekan nenas sebab bukan tau pon jalan nak pergi rumah dia.
Naseb baik still satu johor.


Aku dah la tak sempat beli buah tangan. Aku bawak almond biscotti je sebekas.
Pastu aku suruh Akram beli buah kat Econsave dulu. Kihkih.
Akram beli buah yang dia makan la. Dah memang nak bagi family die pon kan.
Bantai lah.
Sampai sana sedare mara dia ramai jugak datang beraya.
Tak putus.
Tapi sempat jugak kitorang mengketedarah ketupat rumah Akram siap ade lauk udang lagik. Hihi.


Gambar memang tak terfikir langsung nak amik. Punye lah neves nak jumpe bakal mak martua kan Cewahhhhhhh :P
Naseb baik kakak aku dengan adik bongsu aku ikot.
Kakak aku banyak cakap sikit.


Lepas maghrib kitorang gerak balik rumah.
Sempat Mak Akram bungkuskan aku kudap-kudapan. Wiwiwiwiwi.

Akram cakap aku balik je terus mak dia tanya "Bila nak tunang?"
Amboi makcik kenapa tak tanya saye sendiri. Kalau ikot saye esok pon boleh. (dasar gatal bijik)


Pastu Akram cakap dengan aku. Adik2 dia kan semua perempuan.
Adik dia cakap "Kak Wana tu becok jugak. Boleh la geng nanti"
Aku????????? Becok????????????
Korang tak tau aku punye neves camne. Cissss.
Tapi takpe. Bile kite rapat nanti bersedialah korang nak layan aku cerita.
Abang korang pon kadang2 sampai buat2 tido tau.


Oh btw thanks yang wish besday aku 16/8 lepas.
Thank you for the wishes. Thanks jugak untuk doa-doa.
Semoga korang semua dirahmati :)

Walaupon besday aku jatuh hari Jumaat tahun ni jangan haraplah Akram nak seprais2 kat aku malam tu.
Member aku siap wassap "Oit tengah candle light dinner ke dengan Akram?"
Puihhhh. Dem.
Aku pon layankan je Aaah candle light dinner sangat padehal makan nasi putih lauk ikan goreng yang Akram goreng je.
Apehal tah tetibe rajin giler goreng kan ikan untuk aku. Suwit lettew.
Padehal. Pasrah je lah aku dapat laki gini.


Tahun ni tak boleh celebrate sangat sebab kene saving duit untuk tet tet tet. Haha poyo giler.


Okey BBq raye ketiga nanti2 lah.
Dah penat giler menaip.


Okbai.




With Love : Syazwana Jamal :)


9 comments

August 19, 2013 at 7:14 PM

Selamat hari raya Wana!!!! Tak pernah makan pulak sambal jowo tu.. Nanti wana buatkan pastu pos ke sini sikit leh? Haha.. =)

August 19, 2013 at 7:24 PM

letih baca! hihi

kite raya ke 3 dah demam sobs

beria sgt beraya. hihi

raya ke 4 baru buat bbq

nasib dah sihat balik masa raya ke 4

tp after habis je bbq

terus demam bali. heh

alhamdulillah sekarang dah sihat

:p

August 19, 2013 at 9:06 PM

Tahun ni raya xjumpa lg lontong.sedapnyaaaa~

August 20, 2013 at 8:51 AM

hoi, hang tengok sekali update panjang giler babas..... giler... tak cukup kertas ni kalau exam

August 20, 2013 at 10:34 AM

hihi..walau rasa byk nak bc tp ape ke hal kan..blog org..wakak..

\bestnya raya dia..

sdp tgk sambal tu..mbleesss.

August 21, 2013 at 1:42 PM

behnye tgk lemang2 tu...selamat hari raya yeeee :)

August 21, 2013 at 2:11 PM

sblm tu, nk wish epi besday.. pdhal sebelah² je kan..


kemain ayu btl yg baju biru tu..

August 21, 2013 at 6:07 PM

selamat hari rayaaaa lagi sekali. raya sebulan kan? so, masih tak terlambat. ahaksss!

ewahhhhhhh mak mertua sukaaaa dah tu. semoga bhagia bersama akram! ekekeke semoga dipermudahkan segalanya..ngeee~


tet tet tet tu ape? jeng jeng jeng

August 27, 2013 at 3:28 PM

Nak resepi ayam masak merah n sambal jawa pleaseeee. Sgt tempting! Nak masak tak reti...

Post a Comment

Terima kasih sebab sudi datang dan baca.
Kalau ada yang tak puas hati boleh komen tapi sila luahkan dengan nada comel okeh kalau tak tuan blog sentap.
keh keh keh.

❤ Jangan lupa datang lagi ❤

 
copyright of tomatowithcheese.blogspot.com since 2010.Design by Syazwana Jamal