akhirnya selamat jugak mengharungi hari konvo kamis lepas. penat memang jangan cakap lah. daripada malam before konvo lagi dah penat. ape taknya konvo hari kamis tapi hari rabu tuh balik keje dah dekat pukul 8 malan. lepas tuh baru perasan jubah konvo bau busuk like bau kapur barus. dan-dan time tuh terus rendam jubah dengan downy, keringkan and blow guna hair dryer. hahaha. lepas tuh terus iron lantak lah jadi ape pon yang penting esok boleh terus pakai.
memang nak cepat gila sebab malam tuh nak pergi rumah kawan amik barang lepas tuh nak kene pergi UIA gombak amik kamera. fuhh nasib baik lah Encik Akram sedia menghulurkan bakti sebagai pemandu. dah la balik keje belum makan langsung. rushing ke sana ke sini last2 pukul 11 lebih kot dah settle semua baru boleh makan.
my driver and my cameraman. juga sebagai tukang pegang beg, tukang cari parent aku yang hilang, dan tukang belanje makan minum. thanks babe :)
orang lain nak konvo sibuk cari baju baru lah aku guna baju raya je. senang dan jimat. nasib baik baju raya aku tahun ni kaler biru oren. macam taw2 je mak aku ni. ape lagi kasi sarung je lah. settle. kasut pon orang sponsor. ala konvo degree je pon. kui kui.
esoknya, gerak pergi UM lambat pulak. patot kene berkumpul pukul 1.30 petang tapi pukul 1 aku baru sampai. mana nak cari parking lagi nak makan lagi. dah la makan mahal gila bab* dekat gerai2 konvo tuh. sabar je lah. kaut untung lebih. grrr. dengan jubah tak pakai lagi. dengan tak reti nak pin2 selendang jubah lagi. terus gelabah. last2 pergi tempat berkumpul mintak tolong classmate pinkan jubah semua. fuhh orang tengok aku time tu pon dah macam ape. dengan peluh2 nya makaihh rasa nak pengsan.
masa nak pergi tempat berkumpul. beg semua dah takde sebab suruh akram pegang. kesian dia :')
tiba2 maxis pulak buat hal. tak boleh call tak boleh mesej. pehhh gua nak call parents gua pon susah. last2 mesej ibu dengan ayah suruh diorang cari Akram. mesej tak delivered tapi nasib baik ayah dapat mesej tuh kalau tak entah dia tahu ke tak nak masuk dewan. huhu. and guess what? sepatotnya 2 orang je yang boleh masuk dewan sebab kad jemputan ada 2 je tapi dengan adik aku and akram sekali dapat masuk. so empat orang sekali yang masuk. hebat tak hebat. sila jeles. kahhhh !
gambar ni akram snap tapi aku tak nampak dia. dia memang suka stalk aku. kui kui. tengok tak betapa gelabahnya muka aku. mana taknya jarak aku dengan orang depan dekat 10 m. aku tak paham kenapa dorang jalan cepat sangat. sampai dewan awal jugak tercongok je tunggu pro canselor sampai =___=
masa nak naik pentas memang neves gila. bukan neves sebab ape takut jatuh atas pentas ke tersadung ke malu beb. dah la penuh satu hall. bila nama kene panggil jalan lah kaver2 fuhhh bila dah pegang scroll tuhan je yang taw lega yang amat. fuhh fuhh. dah la kamera man ramai gila. mana lah tak neves kan. disebabkan fakulti engineering ada banyak department so between the department bagi rest lah kejap. tiba2 ada sorang perempuan nyanyi live dalam dewan. and aku baru taw yang konvo ni takde lah formal sangat. siap cameraman suruh kitorang baling2 scroll lagi. haha. best best ! tapi disebabkan department aku yang pertama so terpaksa lah tunggu 2 jam untuk habeskan semua department. ngantok gila.
graduan duduk kiri kanan. tetamu duduk tengah. parent aku lambat so duduk belakang :(
thats me !!
akram yang ambil :)
cameraman aku boleh masuk dewan. kau ada? kah kah !
dalam dewan. tak boleh guna flash so gelap :(
btw dalam scroll tuh kosong. saje menunjuk. hahaha :P
bila dah keluar dewan rasa lega sangat. terharu pon ada. pengorbanan selama 4 tahun berbaloi. ayat nak poyo je kau wana. haha. keluar2 dewan terus call akram. bukan reti nak call orang tua sendiri. huahuahua. yelah akram kan camera man of cos lah kene bawak dia kehulu kehilir. I kan model of the day. hik hik.
my parents and my younger sister :')
kasut konvo saya hasil pow akram. kui kui
akram : dah dapat hadiah kasut konvo kan. so bunga tak payah la eh.
aku : dah taw dah. takpe :) (read : redha je lah)
ni je lah yang aku sempat jumpa. yang lain mane tah hilang. takpe yang ade pon kite sebat je.
akram ! camera pliss :D
gambar lompat takde. gambar baling topi ade. hehe
gambar dengan sponsor kasut haruslah ada.
hahaha
pagi tadi :
akram : baru sampai tempat keje ni. minggu ni minggu tanpa nasi. hehe
aku : eh kenapa pulak?
akram : rasa macam dah lain lah. tengok gambar tuh lain je.
aku : tulah sape suruh makan nasi malam2 kan dah bulat.
(padahal aku yang ajak makan malam :P)
tempat ni memang hot spot orang nak amik gambar. beria si akram tuh suruh aku beratur gambar dekat sini. layankan aje. kesian :P
last but not least.
si comel dan si gemok
of cos lah aku yang comel. kahhhh !
luckily petang tuh tak hujan kalau tak sedih gilaa. kesian kawan2 aku yang konvo hari sabtu. tengah hari hujan selebat-lebatnya. tulah tak pakai bomoh hujan sape suruh. kui kui :P
harap2 dua tahun lagi dapat konvo meriah macam ni jugak.
aminnnn :)
okbai.