Monday, January 14, 2013

Akram dan Bandung.


Sabtu lepas Akram mintak tolong hantar dia kat Airport.
Aku okey je tapi dengan satu syarat.
Harus lah lukiskan aku peta.
Wakakakaka.
Akram dah geleng2 kepala dah. Hehe.


So Jumaat malam Akram tunjuk dulu jalan nak pergi KLIA.
Siap tak bagi on radio lagi sebab suruh fokus.
Pastu bebel2 macam biasa.
Penat nak dengar. Huhu.


Masa kat KLIA tu kitorang park jap kereta pastu lepak2 tepi airport tu.
Akram pon tunjuk lah tempat kerja dia yang mana semua.
Siap tunjuk jenis2 kapal terbang kat situ.
Aku dah la rabun mane nya nak nampak.
Pastu Akram cakap "Tau tak orang yang kerja kat KLIA special?"

"Apesal pulak?"

"Yelah. Okey orang yang kerja kat construction site semua orang boleh masuk kan? orang kerja kat bengkel semua orang boleh masuk kan? Tapi keje kapal terbang mane boleh semua orang masuk. Orang yang ada pass je boleh masuk"

okey fine.


Pastu belakang kitorang ada menara peninjau.
Yang pengawal lalu lintas udara duduk tu.
Akram cakap tu under SPA. So aku cakap aku nak apply lah.
Tau die jawab ape?

"Eh mana boleh. Nak ingat jalan pon susah ada hati nak ingat laluan kapal terbang. Ada kapal yang berlanggar nanti. HAHAHAHHA !"

Ewah sedap betul mengata kan.
Sakit pulak hati kite ni.



Balik tu Akram lukis kan siap2 peta.
Siap suruh aku study.
Dah macam nak exam pulak. Kuikui.


Peta Rahsia Pohon Cemara. Menyampah sangat. Go to Bandung yang tak boleh bla tu. Menyampah sangat lagi sekali !


Aku tak tau la apesal aku ni susah sangat nak ingat jalan.
Aku kene lalu jalan tu 10 kali baru boleh ingat.
Aku rasa lagi susah dari nak hapal rumus matematik (cececeeee)
Akram sampai tak terkata ape dah melayan kepala otak aku ni.
Guna GPS pon boleh sesat lagi. Pastu nanges. Wakakakaka.


Tapi masa hantar Akram tu aku hampir2 tersilap jugak simpang.
Akram siap bagi nombor telepon kawan dia lagi in case aku sesat.
HAHA !
Tapi aku berjaya balik dengan jayanya.
Mana tak jayanya seharian dok menghapal peta rahsia pohon cemara itu.


Tapi masa on the way balik tu meleleh jugak la air mata. Hahakkk.
Bak lirik lagu Kak pinn jamal
"Aku lebih bengis dari Sang Naga. Tapi bisa nanges semata demi cinta"
Cewahhh. Kekeke


Dalam pukul 10 malam dia dah atas plane terus off henpon.
Start time tu aku dah tak contact dengan dia.
Dalam pukul 5 pagi camtu dia wassap aku cakap dah sampai Bandung.
Guna wifi sebab aku pesan jangan sekali-kali on data internet kat sana.
Mau balik Malaysia dapat stroke bila bil sampai.
Cuma Akram on roaming je lah. In case ade emergency orang nak call dia kan.


Sebab kawan aku pernah kene dengan celcom. Dia pergi Singapore sehari.
Celcom cakap buat internet roaming kat sana fix cas rm38 untuk Iphone.
Sekali balik dapat bil 11K.
RM11000 OK.
Mau tak sakit jantung?


Tapi masa dia wassap tu aku tengah syok membuta.
AKu bangun kol 540am camtu reply wassap dia terus tak delivered.
Terus sedih.
Terus sambung tido. HAHA !


Baru berapa hari dah rindu ok.
Bak kate kawan aku sekarang rindu lah.
Kang ada depan mata gaduh2 balik.
HAHAHAHHA !
Itulah manusia. :P


Tapi esoknya dalam pukul 12.30 tengah hari Akram call aku nak bagi tau dia dah beli nombor Indonesia so nanti dia contact aku dengan nombor tu.
Aku pon ok2 je lah.
Akram cakap murah gila rate nombor Indonesia tu.
Call 6sen seminit kot.
SMS bape tah.
Aku sms Akram dalam 10sen. So ok je lah.


Aku suruh Akram beli kain ela je sebab tak tau nak ape dari sana.
Memula kirim kaler turqoise tapi Akram cakap tak banyak choice yang cantik.
So aku tukar kaler pink.
Tapi last2 Akram beli ikot kaler ape yang dia suka and rasa cantik.
Baik tak payah tanya aku nak kaler ape. Huhu.
Dia beli kaler coklat gelap ada sulam benang emas sikit.
Tapi takpe. Benda free jangan banyak komplen sangat.


Semalam petang aku pergi basuh kereta.
Balik tu aku pegi tapau kuew tiow goreng.
Lepas makan terus rasa macam nak pitam.
Terus mesej Akram.


Bukan tak reti jaga diri. Saja nak manja2. Wakakakkaka *pengsan patploh saat*



Aku pon tak sure apesal boleh rasa macam nak pitam.
Lepas makan tu aku nak iron baju.
Lepas iron 3 baju aku dah start berpeluh-peluh pastu macam nak melayang.
Terus duduk.
So tak sempat nak abeskan iron semua baju.
Terus masuk bilik membuta.
Tak paham sangat. Huhu.



Pagi ni mesej2 ngan Akram.
Busy gile menyoping dengan kawan2 dia.
Akram cakap kalau aku datang sana kene bawak RM5k.
Sebab memang boleh jadi gila tengok barang2 murah kat sana.
Dia tu tahan je lah.
Bawak cash 1500 je.
Tapi kad kredit dia ON sebab nak standby.
Itu macam kalau syaitonnirojim berjaya hasut dia habes lah. HAHAHA !



Siap offer aku nak kemeja tak?
Nak seluar kaler2 tak?
Ewahhh baiknya hati ni mesti ada pape ni.
Huhuhu.



tolong lah jangan muntah dengan smiley icon muahh muahh tu. kitorang memang gedik sangat. sila jangan pitam ok. *wink*


Pastu pasni nak ajak aku pergi Vietnam sebab Vietnam pon sorga sopink jugak.
Yelah Akram.
Belanje lah tiket flight sekali.
Wakakakakaka !


okbai.