Tuesday, October 20, 2020

PKPB Selangor

Assalamualaikum.

Last week MKN umumkan PKPB di Selangor, KL & Putrajaya.
Sejujurnya aku terlalu kecewa. Bukan aku tak tau memang ada orang suka kalau PKP balik ni. Suka sangat duduk rumah tak tau lah kenapa. Ni bangsa2 yang boleh kerja dari rumah (entah kerja ke tak kan) pastu gaji jalan tak terkesan.

Sejujurnya aku pon ok je kalau PKP balik. Tapi aku pilih untuk TAKNAK PKP!
Ya capslock terus sebab tanak hahaha.
Masa PKP 3 bulan dulu gaji aku jalan penuh. Cuti aku tak kene freeze.
Cuma aku kesian dengan yang kerja gaji hari, atau kerja2 lain yang tak boleh jalan kalau PKP balik. Mujur lah PKPB ni sektor ekonomi masih boleh beroperasi macam biasa. Cuma tulah taska tutup jadi nak tanak aku kena work from home.

Tengok macam seronok je kan work from home ni.
Tapi seriously tak seronok langsung. Dan tak effisien. Mana nak jaga dua toddlers, nak masak, nak layan makan minum, nak suruh dorang tido, nak basuh berak. Belom lagi kalau bergaduh dua beradik sorang merajuk sorang melalak 😪

Bukan lah taknak bersyukur tapi tulah when u need to balance your life between family and works, it's not that easy. Of coz aku akan pentingkan family tapi bila kite kene kerja, kita pon ada tanggungjawab. Luckily company aku memahami.

Actually ada benda lain yang aku lebih fikirkan bila kes Covid makin naik ni.
Kalau orang lain cuma fikir pasal terkurung dalam rumah, tak boleh pergi holiday, masalah korang kecik je der.
Aku ni dah 7 bulan tak jumpa Akram. Kesian anak2.

Baru2 ni sorang kawan Akram balik Malaysia sebab ada emergency. Akram cakap tengok dia boleh masuk Qatar balik ke tak. Kalau berjaya dia pon nak lah slow talk dengan manager dia mintak balik. Sekejap pon jadik lah.
Sekarang ni Malaysia dalam list low risk county dekat Qatar. So Malaysian yg masuk Qatar boleh self quarantine seminggu kat rumah. Tapi kalau kes makin naik aku takot Malaysia kene banned je. Dah tu harapan lagi Akram nak balik 😥

Anyway hidup mesti diteruskan.
So hari selasa lepas balik kerja tu aku terus singgah Econsave topap barang.
Takde nak topap sangat pon sebab sejak Akram takde aku memang selalu topap barang terus kalau dah habes. Bukan sebulan sekali. So barang2 kat rumah memang selalu cukup. Cuma nak tambah2 biskut & coklat. Yelah duduk rumah 2 minggu kang keje nak mengunyah aje. Bebudak pulak kene standby kudap2 takot manjang lapo. Haha.

Tapi yang peliknya dah kenapa ramai pulak manusia yang membeli jugak.
Aku cakap ramai sebab aku memang biasa singgah econsave lepas balik kerja. Biasa takde orang pon.
Pelik aku kenapa orang nak kalut. Aku tengok yang membeli barang tu banyak laki orang + yang geng perempuan bujang2.
PKPB ni mall bukan tutup pon. Ko still boleh pergi keje and beli barang bebila masa je asalkan ikot SOP. Bagi can lah kat golongan macam aku ni yang laki takde untuk beli barang. Dah tentu2 masa PKPB aku payah nak keluar sebab tak boleh nak bawak budak2 kan.
Ni masa nak bayar kemain panjang que. Hai lah Malaysian suka sangat panic.


PKPB hari pertama. Camni je lah kite set up tempat kerja. Dah tu meja pon takde kat rumah ni. Huhu. Bukakkan Didi kat tv dengan harapan bebudak tak kacau kite buat kerja. Bukan apa dorang ni kadang sibuk nak jugak tengok youtube kat laptop.



Masak simple2 je. Ramen Ladna.
Tapi bebudak ni memang suka mee2 kuah macam ni. Makan bertambah2.
Sebenarnya dah banyak kali je aku wfh tapi sekejap2 je contohnya kalau bebudak ni tak sihat/taska tutup. Cuma nak kene wfh dua minggu takot jugak aku gila hahahahah.

Masa PKP 3 bulan dulu aku kat rumah mak aku kat Johor. So kalau nak buat keje tu boleh la bebudak ni main dengan cousin2 dia jadi takde lah dia menggangu sangat. Lagipon rumah kampung kan luas jadi bebas lah dorang berlari2 dalam rumah tu.
Ni rumah bandar situ lah nak buat keje, situ lah nak makan jugak, situ jugak nak bermain. Pening ko 😆



Dorang ni bukan sejenis melekat kat gadget.
Tengok youtube sekejap je pastu dah. Nak main berlari2 satu rumah dan sepahkan rumah. Sabar lah mak. Hahaha!



Hari Khamis aku ada site meeting. Jadi kene jugak pergi site sekejap.
Tapi dari Sepang - KL tak jumpa pulak roadblock.
Cuma aku dah standby je lah surat company. Tapi tak pasti if polis accept 3 orang satu kereta. Dah tu mana nak campak bebudak ni kan. Hahah.



Demi tanak menyinggah mana2, pepagi lagi dah bersilat kat dapur. Megi goreng untuk breakfast. Nasi putih dan ayam goreng untuk lunch.
Tapi sebab Khamis petang tu dah takde meeting so tengah hari terus balik dan lunch kat rumah.


Bila dah tak tau nak masak apa kite order Dominos. Ni baru cara2 seminggu jadi suri rumah. Kalau since forever tak tau lah jadi apa aku ni hahaha!
Bukan apa kadang nak beli makanan kat luar pon tak tau nak beli apa. Jadi last2 memasak jugak even simple2 je pon.
Bebudak ni jenis tak kisah. Order pizza pon kemain semangat makan. Ayam tu sedap tau walaupon pedas. Tapi licin!



Petang2 wajib bawak dorang keluar amik angin walaupon depan rumah je. Biar tak tepu sangat.
Ni tengah practise main drone Akram. Hahah!
Aku sebenarnya malas nak amik tau benda2 gadget ni sebab tak minat pon.
Akram beli drone ni dari kawan dia.
Dia cakap kawan dia kene unpaid leave sebulan so dia tolong lah beli ni dari kawan dia yang nak pakai duit. Huhu.
Tapi bangsa nak menunggu Akram balik entah bila kan. So apa kata kite try dulu. Bahahaha.

Tapi drone ni yang biasa2 je lah. Tak boleh terbang tinggi sangat nanti wifi lost haha!
Gambar pon bukan HD 😆 Boleh la buat geli2 penuhkan aktiviti 😜

Ada orang tanya Akram tak kisah ke aku rasmikan dulu.
Entah lah hahahaha! Dia tak pernah cakap apa pon so aku saspek dia tak kisah lah 😝
Akram sejenis simple. Selama ni kalau tanya dia pape dia akan jawab dia ikot je tak kisah.
Kadang geram dengan ke tak kisahan dia tu. Yelah contoh kalau nak pilih tema baju raya kan mesti dia kata tak kisah ikot je mana yang cantik. Kadang memang best jugak lah sebab semua keputusan kite yang buat. Tapi kadang bila kite perlukan sesuatu idea jadi geram bila dia tak menyumbang.
Cuma sekarang ni dia dah belajar lah untuk menyumbangkan idea2 dia huhu.
Ayat dia selalu 'ayg ok je mana pernah tak ok'

Cuma dia jarang amik kisah benda2 kecik yang tak perlu untuk disentapkan ni.
Contohnya macam drone ni lah. Asalkan pandai guna, tak mendatangkan mudarat dia ok je.
Lagipon dia tau kebolehan bini dia ni. Alah pasang kabinet tv pon boleh sorang2 takkan lah nak terbangkan drone tak boleh kan 😂





Lauk ahad semalam. Beria sangat kan? Macam nak makan 5 orang bahahaha.
Lama tak masak ikan jenahak. Masak lemak ikan jenahak. Terung berlado pon lama dah tak makan. Udang goreng & sayur campur.
Tapi habes licin ok!
Dapat anak2 sejenis suka makan so kite pon suka nak masak.
Kalau anak jenis picky eater kite pon jadi malas nak masak. Betol tak?

Alhamdulillah lah anak2 aku ni dari kecik memang makan je apa aku masak. They started their journey with puree. Both of them. Ada orang cakap kalau start dengan puree nanti anak akan jadi picky eater. Tapi bagi aku lah, nak start dengan bubur ke puree ke its our own choice. We know them better. dan bagi aku tak kisah nak start dengan apa pon asalkan 6m je ko start bagi dia something to eat.

And look at them now. Siapa yang follow IG aku mesti biasa tengok dorang makan macam mana punyalah berselera huhu.
Yang si kakak hantu brokoli. Yang si adik punyalah suka carrot. So biasa memang aku beli sayur yang sama je. Sayur campur macam brokoli hijau, putih, carrot, baby corn etc.

Pastu dah start makan pedas. Takde lah sampai tahap makan sambal belacan. Tapi setakat masak lemak cili sikit ni boleh dah makan. Asam pedas pon dah boleh makan. Senang nak bawak berjalan. Dan senang keje aku tak payah nak masak asing2. Hehe.

Ok tu je lah cerita minggu pertama PKPB.
Masih waras 😁

Harap2 PKPB tak sambung. Tapi kalau tengok kes 99% bersambung 😭
Cuma aku harap kalau bersambung biarlah bersambung dekat daerah2 yang red zone tu je. Huhu.

Take care korang.


Love,
Wana.