Wednesday, February 13, 2013

Anak-anak En. Jamal Ber-BBQ


Aku plan cuti Raya Cina ni nak bawak satu family keluar makan kat luar.
Tapi bila aku menyuarakan pendapat aku kat ayah aku dia jawab "Alah nanti balik2 siakap tiga rasa. Baik ayah yang masak lagi sedap"


Baiklah.
Ayah aku ni orang nak belanja makan pon taknak.
Sebab kalau korang yang tak tau, ayah aku ni tukang masak. So kalau anak2 dia teringin nak makan something mesti dia cakap "Alah ayah boleh buat lah"
"Tak payah la makan kat luar. Membazir duit. Tak sedap pon"
Bla bla bla.
Okey fine.


So aku pon tukar ke plan B. Wah wah siap ade plan A plan B kan.
Wakakaka.
Plan B nye adalah Ber-BBQ di tepi rumah sendiri pada Isnin malam.
Isnin petang tu aku bawak mak aku keluar beli barang2 yang takde.
Sebab kat rumah ada ayam dengan daging je.
Daging dorang dah muak.


Aku ingat nak carik udang dengan sotong tapi seekor sotong pon takde kat pasar.
So beli udang sekilo RM24 ayah aku cakap mahal Wakakakaka.
And beli sosej peveret aku yang ada blackpepper dengan cheese kat dalam tu.
Pastu beli cocktail air feveret aku everytime buat BBQ (macam la selalu sangat buat bbq kan. kehkeh)
Beli ape lagi eh?
Oh beli ikan cencaru sekilo RM10 sebab ikan2 kat rumah semua tak sesuai nak buat bbq.


So balik rumah abang aku dah siap perap kan ayam.
Aku dengan mak aku terus prepare yang lain2.


Udang beli sekilo tapi tak bakar semua pon sebab macam banyak sangat.



Ikan cencaru adik aku request sebab kalau takde ikan macam tak best walaupon ikan takde dalam list haku. Tapi sebab aku kan kakak penyayang aku sponsor semua. Hehehe



Ayam yang di perap oleh sang abang sedap gile weh aku tak tau die pakai bahan ape. Bila tanya "Rahsia lah" okey fine. Yang penting nanti2 ko je lah yang jadi tukang perap ayam. Wakakaka.



Anak-anak jantan family aku semua ikot jejak langkah ayah aku pandai memasak.
Anak-anak perempuan je yang manjew sikit bukan tak reti masak cuma belum pakar sahaja.
Ala-ala emaknye lah. Ayah lagi pandai masak dari emak.
Kalau setakat masak biasa2 tu macam asam pedas ke, ayam kicap ke, goreng2 ke no problem punyooooo (Cewah beria nau nak explain)


Abang dengan adik saya single lagi.
Motif? Hehehehe.




Sosej peberet ! Sosej bakar sedap gilerrrrrrrr.




Sang abang yang beria hidupkan api. Ko nampak tempat BBQ tu camne? Alahai sadis betul. Adik aku la aku tanya ada tak kawan2 dia yang ada tempat BBQ dia cakap ada. Sekali last minit takde pulak. Hambek kau. Sang ayah dengan anak-anak jantannya terus bertukang kat belakang. Aku tak kisah la nak jadi ape pon yang penting malam tu aku nak makan BBQ. Hehehehhe.



Sebab ni first time family aku buat BBQ camni.
Tu pon sebab aku yang plan. Kitorang jarang buat2 camni.
Mak aku lagi lah "Eh boleh ke masak ayam bakar camni"
Alahai sang emak ni.


Bila dah start bakar2 mula lah teruja.
Pastu asyik cakap "Bestnya kalau kakak ada kat sini. Kesian menantu aku jauh"
HAHAHHAHAHA!


Kakak aku duduk Perlis sebab laki dia kerja sana.
So memang jarang balik.
Dalam family aku ni aku dengan kakak aku je yang rajin buat2 camni.
Buat kek lah masak tu lah masak ni lah.


Terus mak aku call kakak aku.
Nak video call, kat Sungai Ara tu line 3G pon takde. Hampeh !
Pastu dan2 mak aku cakap dengan kakak aku "Takpe nanti raya kite buat camni lagi. Best gilaaa."
Eh eh bukan mak aku ke yang cakap boleh masak ke bakar ayam macam ni tadi.
Pastu dan2 terus plan suruh akak aku bawak balik ikan banyak2 dari Kuala Perlis bakar kat rumah.
Apa je lah emakku. Huhu.




Sosej tu nampak sangat menggiurkan. Aummmmmmmm. Walaupon hujan sepanjang hari tetap boleh berlansung dengan aman. Terima kasih kepada bapak ku yang berpikiran jauh. Katanya "Kalau nak buat rumah biar beranda besar" Now I know why. Lagi satu ayah aku sayang tingkap dia tanak bagi kene hujan. HAHAHHA!




Aku suruh mak aku buat nasi goreng sikit. Buat ada2 je. Sebab aku rasa kalau makan bakar2 je macam tak best. Kene ade at least nasi goreng baru lengkap. Dan mak aku pon bersetuju dengan pendapat aku.




Disebabkan kat kampung hari2 hujan dari pagi sampai ke pagi esoknya maka coctail aku tanpa ais. Tapi tetap sedap. Cewahhhhhh.




Tau mak aku cakap ape? "Ibu tak tergamak nak makan sosej ni" Apa2 lah yang mak aku pikir ni. Wakakakakakaka.





Ikan cencaru bakar cicah sambal kicap perah limau campur bawang banyak2 pehhhhhhhhhhhh terangkat siallllll. Yang adik aku siap boleh ratah bawang tu macam tu. By the time aku nak makan eh apehal bawang dah tinggal sikit. Padahal memula aku rasa mak aku letak banyak gila. =__=




Dan hero utama sang ayam. Sedap gila !!! (tak habes2) Tak terkata. HAHAHHA! Kitorang request tanak masak-masak sangat. Sebab aku tak suka lah ayam masak sangat. Keras. Tak juicy. Cewahhhh.





Wohooooooooooo. 





Amboi ayah makan tak tengok kiri kanan ok.



Abang aku takde sebab sibuk membakar kat luar. Siot je kitorang tinggalkan dia kat luar. Wakakakaka. Ni bahagian ruang tv rumah aku. Kau nak makan ke bergusti ke tidur ke terbongkang ke sukahati lah. 




Yang kiri tu adik lelaki bawah aku. 22 tahun. Lepas SPM tanak sambung belajar sebab nak kerja. So dia jadik mandor kat ladang sawit. Parent aku okey je sebab paham perangai dia ni. Dia lebih cenderung ke arah macam ladang2, bela lembu, bela kambing etc. Mak aku cakap sebab dia ada dua pusar kat kepala. Orang dua pusar ni mak aku cakap memang cenderung pada bidang2 camni. Tengok lengan dia? Pehhhhhhhh ni kalau compare dengan Akram macam langit dengan bumi. Kahhhhh.



Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
Walaupon lengan dia berketak, jangan tak tau nama panggilan dia kat rumah baby.
Wakakakakaka.
Actually takde orang langsung kot panggil dia Yuswan.
Sebab dah terbiasa panggil baby dari kecik.
So sedara mara aku, even kawan2 dia, x-awek dia pon memang panggil dia baby.
Macam geli-geli je kan?
HAHAHHA!


Mak aku cakap ingat kan lepas dia dah takde lagi.
Tu yang panggil baby.
Sekali bukan sorang, dua orang terus bawah baby ni.


Tapi kitorang takde lah panggil Baby sangat.
More to Abi. Ala-ala watak Johan dalam Hantu Kak Limah tu. Abi.
Tak delah euwwwwwww sangat kan.


Yang kanan tu adik bawah baby ni.
Now kat Matrik UIA amik kos dokter gigi.
Dia ni cekeding dan paling tinggi. stended ah kan adik2 kompem lagi tinggi dari abang2.
Cuma aku tak paham apehal Akram lagi pendek dari abang dia.
Bantut kot. Kahhkahh.


Ni kalau kakak aku ada kompem lagi haruk.
Dengan anak2 dia yang aktif tu lagi.
Ahhhhhhhhh lambatnya nak raya :'(



I miss U sister !


okbai.