Saturday, November 7, 2020

Ameera Naqeesya dan basikal

Assalamualaikum.

Tanggal 4 November 2020 mencatat satu lagi detik bersejarah dalam hidup aku.
Nampak serius ya ayat. Hahaha.

Ameera Naqeesya dah besar 😭
Pejam celik pejam celik tiba2 dah pandai bawak basikal takde roda dah.
Cepatnya masa berlalu.


Dari basikal roda tiga ke basikal tayar dua.
Dalam masa dua hari je dia dah boleh catch up.

Actually before this dia pernah la cakap nak try bawak basikal tanpa roda. Tapi aku malas nak bukakkan.
Sehari sebelum tu alang2 roda dia dah senget2 aku pon bukak lah sebelah.
Pastu suruh dia try bawak.
Tapi dia tak boleh imbangkan badan.

Pastu aku cakap dah la masuk rumah dulu. Nanti try lagi.

Esoknya aku cakap dengan dia konsep bawak basikal ni sama je macam kakak bawak basikal pink push bike tu. Tolak basikal laju2 angkat kaki dan imbang kan badan atas basikal.
Dia try.
Omaigod sekali try dah berjaya 😭
Masa tu still ada roda lagi sebelah.
Pastu aku bukakkan roda dua2 terus.
Terus laju dia bawak. Mak nangis lagi. Anak mak dah besar. Huhu.



Gambar atas ni masa umur 9 ke 10 bulan.
Alahai comelnya huhu.



Masa ni pon 9 ke 10 bulan camtu. Baru2 nak belajar2 jalan.
Dia ni semua cepat. 5 ke 6 bulan dah duduk. 7 bulan dah merangkak. 10 bulan dah boleh jalan.



Umur setahun setengah upgrade basikal ni.
Ala2 pushbike tapi 4 tayar hahah.



Masa ni 2018. Umur dua tahun upgrade pushbike betol2.
Basikal oren turunkan ke adik.
Actually masa ni tak plan pon nak belikan dia pushbike ni.
Sebab pushbike yang paling femes kan brand strider. Harga dia mahal gila 😆
Jadi mak yang cheapskate ni berfikir2 panjang nak beli.
Tup2 satu hari tu masa jalan kat IOI city mall nampak basikal pink ni tengah offer dekat kedai apa tah lupa.
Harga dia 200 lebih ke 300 lebih jadi 100 lebih je masa tu. Terus beli tanpa berfikir panjang.

Sampai sekarang dua2 basikal oren dengan pink tu ada lagi.
Masih elok dan dorang pon still main basikal tu.

Masa tu aku baca2 jugak kelebihan pushbike ni.
Pushbike ni femes dekat oversea. Parents memang belikan anak2 pushbike ni before belikan basikal betol supaya anak2 pandai belajar imbangkan badan.
Nanti bila bawak basikal betol dia cepat catch up.
Siap ada pertandingan pushbike lagi tau.
Tapi aku tak pernah la bawak bebudak ni. Malas. Hahaha.

Lama jugak dia dok bawak basikal pink ni. Dari dua tahun sampai 4 tahun.
Aku banyak upload video2 dia bawak basikal pink ni. Kemain laju hahaha.



Dan akhirnya kitorang laki bini belikan dia basikal betol ni.
Pon sebenarnya takde intention lagi nak belikan basikal ni.
Tapi bila petang2 masa dia dok main basikal dengan kawan2 asyik je dok pinjam basikal kawan kesian pulak tengoknya.
So ayah dia pon belikan lah basikal ni sebab masa ni hadiah dia dah tak pakai pampers lagi dah.

Selama 9 bulan dia dok bawa basikal ni dengan dua roda.
Kitorang pon ok je sebab rasa macam no rushing kan nak suruh bawak basikal takde roda.
Tup2 dia yang mintak sendiri bukak roda.



Haihh my first born dah besar.
Dia jadikan aku ibu. Walau tak perfect. Tapi dia ajar aku segala-galanya.
Sebab dia aku belajar cuci berak anak. Haha!
Ini serius. Dapat anak baru aku mampu buat keje2 mencuci berak.
Walaupon aku ada 5 anak sedara tapi part cuci berak aku surrender. Geli 😆
Bila dah ada anak nak tanak kene buat kan takkan nak suruh orang lain buat pulak.

Umur 8 bulan dah tak minum botol. Tapi still minum susu.
Sebab masa 8 bulan aku dah pregnantkan Aminah jadi dah takde susu.
Dia pulak tanak botol susu.
So terus minum susu dalam botol straw.
Since dia stop bf dia tak pernah dah bangun malam minta susu.

Diapers free lambat sikit. 3 tahun lebih baru nak ajar. Tu pon memang tunggu dia mintak sendiri sebab malas nak stress2.
Walaupon lambat tapi yang bestnya 2 hari je dah berjaya. Terkencing dalam panties 3 kali je. Takde problem nak lipat2 kapet pon.
Lepas dua hari success. Tapi success untuk siang je. Malam still pakai diapers lagi. Walaupon orang cakap kalau nak ajar anak, terus ajar siang malam biar anak tak confuse tapi mak malas la nak stress2 haha. Mak just go with the flow je.

Aku rasa dalam bulan 9 camtu baru dia totally diapers free.
Tu pon masa tu ada malam2 yang dia terlupa nak pakai diaper. Pastu aku cakap ngan dia eh elok je tak kencing. Pastu dah dua tiga kali terlupa pakai and tak bocor aku beranikan diri suruh dia tak pakai langsung.
Alhamdulillah memang dah ok.
Tak silap aku pernah sekali je kot bocor.

Tapi korang jangan lah rasa anak aku perfect sangat haha.
At the age of 4y and half ni dia masih belom pandai membaca lagi.
Kawan2 dia ramai yang dah boleh membaca. Aku relax lagi sebab tahun depan baru 5y 😂
Ada masa lagi. Walaupon begitu dia mengaji dah sampai Iqra' 3 yeayy alhamdulillah.



Naseb baik lah sekarang ni zaman teknologi. Boleh la ayah dia ikot perkembangan anak2 dari jauh. Tengok video2. Buat video call.
Takde lah rasa ketinggalan sangat walaupon tak nampak depan mata.

Aku bersyukur sangat ada dia ni as anak sulung.
To be honest, since umur dia setahun setengah bila dia dapat adik dia banyak gila tolong aku.
Kadang dia selalu rasa aku lebihkan adik dia.
Tak pon. Cuma Aminah memang terlebih manja tak boleh langsung kakak nak duduk dekat mak.
Sebab tu sayu hati bila ayah dia dah 8 bulan tak balik.
Dia selalu cakap dia anak ayah. Huhu.

Baru2 ni dia buat salah.
Dia main2 dengan adik dia kat hall. Aku tengah mengaji dalam bilik.
Tetibe dengar bunyi prangggggggggg kaca jatuh berderai.
Terus mendidih darah aku.
Tau tak snowball yang kaca dalam dia ada snow kecik2 tu. Jatuh berkecai.
Aku ws Akram suruh dia tengok cctv anak dia bersih kan semua benda tu. Aku malas 😭

Entah apa lah aku pikir masa tu. Menyesal betol aku.
Macam lah aku tak pernah pecahkan barang masa kecik dulu.
Macam lah aku tak pernah sentap bila mak aku marah aku dulu.
Ayah aku yang selalu cakap 'Alah benda dah jadi buat apa marah bukan boleh cantum balik'
Tapi entah syaitan level mana yang rasuk aku haritu aku marah dan buat xtau.
Bila dorang dah siap bersihkan vacuum semua baru aku keluar bilik check and bersihkan balik.

Budak berdua tu pon buat biasa je.
Harini tetibe aku perasan ada luka kat tangan Ameera Naqeesya.
Terus aku ws Akram.
Ya Allah apa yang aku dah buat ni.

Aku tau korang mesti marah bila korang baca ni.
Tapi aku tanak berselindung di sebalik wajah perfect mom.
I am so sorry kakak.
Aku terus peluk dia says sorry. Aku nangis2. Dia pon terus nangis. Aku cakap aku sayang dia. Dia pon cakap banyak kali dia sayang aku.
Ya Allah aku peluk dia lama.

Aku check2 luka dia.
Alhamdulillah takde pape. Ada 4 tempat.
Aku terus sapukan minyak.

Dia memang matured dari usia dia.
Entah la kenapa aku jadi macam ni.
Maybe sebab stress. Otak pon tak betol.
Biasa marah2 aku pon tak macam ni. Hmmm.

Aku banyak kali cakap dengan Akram aku tanak jadi macam mak aku dulu. Mak aku super garang. Aku super degil. Combo. Tapi end up aku selalu layan anak macam mak aku layan aku.
Jadi apa bezanya.
Aku tanak anak2 aku jadi macam aku dulu. Memendam rasa. Semua pendam sendiri sebab mak garang. Tak berani nak bagitau pape kat mak takot kene marah.

Ya Allah bersalah nya aku.
Ameera naqeesya if one day u read this, I am so sorry.
Kakak anak pertama mama, of course mama sayang kakak lebih.
U are so special to me and ayah.

Mama sayang kakak sampai bila2.
I will give up everything for you.


Love,
Mama Wana.

Monday, November 2, 2020

PKPB Selangor minggu ketiga.

 Assalamualaikum.

Minggu ke tiga PKPB Selangor di teruskan lagi.
Bila MKN umumkan PKPB dilanjutkan lagi 2 minggu hmmm dah tak boleh nak cakap apa dah.
Redha je lah.
Masih mengekalkan konsep work from home.
Pergi site office setiap Selasa & Khamis untuk kerja2 tertentu.
Alhamdulillah mak masih waras hahaha.

It is totally not easy ya nak work from home dengan dua toddlers.
Orang yang ada suami keje kat rumah sekali pon boleh stress.
Inikan aku pulak yang sorang2.
Tapi tulah selagi terdaya kite buat. Kalau penat kite stop tak kisah la apa jadi pon 😆



Hari Isnin pepagi lagi dah cakap dengan bebudak breakfast makan biskut je tau.
Lunch nanti kite makan nasi telur kicap. Mak malas.
Walaupon duduk rumah tapi tetap Monday Blues.
Penat? Sudah semestinya.

Naseb baik rezeki sangat dapat anak2 yang makan tak memilih. Apa aku masak dorang makan. Kalau dorang tanak makan aku suruh makan biskut je. Pilihan di tangan anda. Tanak makan silakan lapar.
Bukan kejam tapi malas nak manjakan dorang. 
Makan apa adanya jangan cerewet.
Senang nanti kalau nak balik kampung/travel/ p memanalah nanti.



Konon2 berkhemah. 
Nampak tak walaupon mak sorang2 kat rumah, mak tetap layan anak2 menyepahkan rumah. Ko mampu? Hahahaha.
Budak2 biasalah kan suka main pondok2.
Aku cakap kesiannya meh la mak buatkan khemah.
Nak tunggu pak ko balik entah bila kan.
Khemah dalam rumah dulu lah. Haha.



Malangnya mak terpaksa menutup mata bila dorang decide untuk berkhemah 3 hari 3 malam sampai khemha dorang tu bagai dilanda ribut taufan 😂
Dah macam tentera tengah bincang strategi peperangan pon ada jugak.

Tapi aku tak kisah sangat sebab Ameera Naqeesya by hook or by crook dia memang akan kemas jugak.
Cuma ko kene bersabar dan tahan mata ko ye.




Kau mampu sayur lagi banyak dari nasi? 😆
Anak2 request sayur. Ini cerita benar ya. Haha.
Sejak2 aku buat tempura sayur tu dorang memang tersangat lah suka sampai pandai request nak sayur tepung. Especially bayam brazil. Boleh ratah macam tu je.



Hari Selasa macam biasa lah bawak double AN ke site office.
Tapi aku confuse dorang nak pergi office ke nak pegi picnic. Kemain dengan topinya dengan spec hitamnya 😂



Masa ni Mina baru lepas gaduh dengan kakak.
Aku peluk2 pastu dia tetido.
Dah terpaksalah buat keje sambil pangku anak.
Lagi 20 tahun mungkin kite akan tengok balik gambar2 ni dan gelak2 je. How struggle we were before. Cuma buat masa ni memang kene menangis sebab Ya Allah susahnyaaaaaaaaaaaa 😭

Susah nak handle perasaan dan emosi sendiri.
Tak boleh nak marah2 selalu. Kalau ayah dorang ada memang aku boleh jadi singa hari2. Tapi ayah dorang jauh. Kesian kalau kene marah hari2. Takde siapa nak pujuk depan2.
Jadi sabar Wana sabarrrrrrrrrrrrrrrrr.



Bila aku up gambar ni kat Instagram ramai nya yang sedih. Tido dengan baju ayah.
Aku ni ok je sebenarnya. Tapi bila baca dm2 orang sudah aku pulak ikot sedih. Huhu.
8 bulan dah Akram tak balik.
Qatar pon dah officially announce yang memang tak boleh keluar dari Qatar.
Sabar.



Hari Rabu WFH. Tapi sebab minggu tu kemalasan yang amat, mood memasak pon tak datang.
Jadi kite beli je lah.
Untuk bebudak belikan ikan goreng dengan sup tofu telur.
Bila tengok lauk ni baru perasan dah lama gila tak beli tofu telur. Huhu.

Pastu sebab beli lauk kan kite beli lah lauk yang kite takkan masak kat rumah.
Contohnya asam pedas ikan pari. Aku memang tak pernah masak sendiri. Biasanya kalau Akram balik baru akan masak lauk ni.
Pastu rebung campur babat. Yang ni memang takkan masak sebab Akram tak makan. Aku pulak tak kuasa nak masak rebung sendiri. Dengan babat pulak. Makan nak masak tanak haha.
Sama jugak macam sulur keladi aduiii sedapnya lama gila tak makan. Tapi nak masak sendiri mohon maap lah. Haha.



Petang tu try goreng pisang sendiri.
Jiran bagi pisang. Aku cakap tak pernah goreng pisang sendiri 😂
Ya seumur hidup aku memang tak pernah goreng pisang.
Resepi pon mintak Akram wakakaka.
Pastu google.
Tengok macam tak berapa jadi kan. Tapi bebudak makan licin. Mungkin sebab lapar. Kahkahkah.
Kawan aku cakap ok lah first time nampak bentuk pisang jugak. Dia punya first time sikit lagi jadik jemput2 pisang 😆 Habis hilang semua bentuk pisang hahaha.



Petang tu pergi airport sebab nak kirim barang dekat kawan Akram.
Kawan dia dapat balik last month sebab ada emergency.
Rezeki dia.
Cuti sebulan tapi tolak kuarantin bagai tinggal 9 hari je kat rumah sendiri. 
Jadilah kan.

So aku berdoa lah biar dapat kirim barang. Alah bukan barang apa pon. Belacan Kuala Perlis, pes tomyam thai dengan serbuk kari cap O.
Memang dah ada kat rumah sebab standby kot2 ada chance nak kirim camni. Haha.
Tapi barang bro tu je dah 33 kg 😂
Barang aku 3kg.
Ada rezeki lepas lah sebab sorang limit 30kg je.



Alhamdulillah rezeki. Sampai jugak barang2 ni ke Qatar. Huhu.
Nak pos sendiri mahal weh.
Haritu aku pos 6kg dah RM400+
Macam ni je pon dah 3kg.
Setakat 10kg tu apa lah sangat boleh letak huhu
Nak je aku raise fund untuk courier barang ke Qatar 😂
Kot lah ada orang kaya yang baca pos ni kalau nak sponsor courier barang2 dari Malaysia ke Qatar tolong lah bantu.

Kat Qatar ada jual barang2 jugak tapi tak sama sangat dengan Malaysia.
Macam rempah2 tu Akram cakap  banyak yang import dari India. Rasa dia tak berapa kene dengan tekak Malaysia.
Lagi satu harga mahal!
Biasanya tiap2 bulan orang Malaysia balik Malaysia nak topap barang2.
Ni dah 8 bulan tak balik. Kesian.

Jadi kalau ada courier nak buat amal jariah sponsor dialu-alukan lah. Haha.



Hari Khamis macam biasa jugak bawak double AN ke site office sebab ada meeting.
Boleh pulak aku lupa haritu Public Holiday Maulidur Rasul.
Patot lah Rabu tu ada orang tanya aku dengan nada pelik bila aku cakap aku datang meeting Khamis tu.
Sebab muka aku memang takkan datang on public hol biar apa pon terjadi hahaha.
Tapi sebab WFH kan so aku ok je lah.

So haritu berjalan dengan aman je sampai lah pukul 3 petang.
Tengah meeting tetibe ada orang masuk bilik meeting dan cakap "Wana go check your kids. Dorang nangis"
Ah sudahh.
Aku masuk office dua2 tengah melalak. Guard tengah pujukkan.
Sebab pintu tu terlock. Dalam luar tak boleh bukak 😆 Jadi adik kat dalam melalak kakak kat luar pon melalak. Haha. Dah macam tu aku terus lah kemas2 barang dan chow.
Lantak sanalah meeting.
Hahaha.

Otw balik dok tapau pie blueberry cheese mekdi.
Dah 3 kali repeat beli sebab sedappppppp.
Memula beli satu pastu aku tak dapat langsung. Pastu beli dua pon dapat rasa sikit. Kali ni beli 3 sorang satu baru puas hati.



Rindu ayah.
Tido lah dengan baju2 ayah.



Hari Jumaat masih kemalasan. Jadi nya masak bihun goreng je dari pagi membawa ke malam.
Nak snap gambar pon takde mood.

Sabtu masak lauk macam gambar atas.
Tinggal udang je dalam freezer.
Pikir2 nak masak apa. Bosannya. Nak makan apa pon tak tau. Nak pergi kedai pon malas.
Last2 masak sadin, lemak udang, telur dadar bayam brazil.

Kawan2 cakap malas2 pon masak 3 lauk. Orang lain malas cuma goreng telur je. Hahahah.
Aku kesian kat bebudak ni sebab dorang ni jenis pemakan.
Kalau dorang jenis tak suka makan aku pon malas nak beria masak. watpe kan beria masak tapi tak di makan huhu.


Hari ahad berwestern lah kite.
Konon nak masak Aglio Olio je. Pastu eh banyak pulak side dishnya hahaha.
Western tekak melayu.
Sebab Aglio Olio tu letak daun kari dan cili padi.

Rebus spagheti setengah paket. Panaskan olive oil, tumis bawang putih 5 ulas cincang, daun kari, cili api & lada besar merah sebab nak bagi naik seri kaler. Aku takde pulak cili kering. Kalau ada guna cili kering je. Pastu masuk kan sotong, tambah garam dan lada hitam. Masukkan spagheti. Aku tambah serbuk telur masin bestari dengan parmesan cheese. Ni optional sebab kat rumah memang dah ada kan so  kite masukkan je lah. hehe. Sedap!

Tempura sayur + seafood. Guna tepung bestari je.
Pastu fries tu letak left over sambal sadin semalam. Letak cheese sekeping, masuk oven bakar 5 minit. Siap! Bakar sekali dengan meatball tu.

Actually aku stress minggu ni sebab aku dah plan baik punya 1/11 nak check in Avani 😭
Plan asal 30/10 adik aku dengan parents aku nak datang rumah. Pastu nak check in Avani.
Aku dah book dah Avani.
Yang lagi stress sebab booking avani yang no cancellation tu 😔
Sebab pikir2 covid macam dah ok.
Pastu dah plan baik punya so macam confirm lah kan.
Tup2 covid strike balik 😭

Avani bagi tukar date tapi kene tambah duit.
Aku faham lah property punya rules memang macam tu. Tapi dalam keadaan sekarang bertimbang rasa lah sikit kan.
Bukan aku suka2 nak tukar date. Sebab PKPB! Kalau tak kerana PKPB memang dengan senang hati aku check in.
Aku tukar date 28/12/2020 sebab dia bagi tukar date sampai 31/12 je. Bila check harga kat Agoda lagi murah untuk date tu tapi Avani tetap suruh aku tambah duit. Cuma dia suruh bayar masa check in nanti lah.
Eiii geram betol aku.

Tapi lesson learned lah.
Walau apa pon yang jadi jangan lah book hotel yang non refundable tu even lagi murah dan even ko rasa plan ko dah paling baik dah.
Sebab ko takkan tau apa yang bakal jadi in future.
😓

Semoga ada rezeki lain yang lebih baik.
Aamiin.



Love,
Wana.