Friday, December 18, 2020

Minda sihat

Assalamualaikum.

Haritu masa aku tengah iron baju nak pergi kerja tiba2 Ameera Naqeesya cakap macam ni "Ma, tahun depan kan masa akak dah sekolah baru nanti ada orang tak pakai mask datang tempat ayah kan pastu nanti Corona datang tempat keje ayah pastu nanti orang tu inject corona kan pastu corona hilang nanti ayah boleh balik pastu akak pelok ayah, kan ma?"

Maksud dia tu tahun depan, bila dah ada vaksin boleh lah ayah dia balik Malaysia.
Pemahaman budak2 kan. Macam ni lah.
Aku tak boleh la dengar anak2 cakap benda2 macam ni. Sayu hati.
Kalau setakat aku sendiri yang hadap Akram tak balik ok lagi.
Ni bila anak2 dah cakap macam tu tak sampai hati.

Mula lah nanti aku start pikir benda2 yang tak patot.
Contohnya nanti fikir kenapa lah aku tak ikot Akram pergi Qatar, kenapa orang lain ikot okey je boleh je survive (walaupon aku xtau apa kesusahan orang itu haha), kenapa aku pilih jalan nak kene pergi keje kat Malaysia ni, susah sangat ke kalau kitorang satu family tinggal sekali kat Qatar sana, etc etc.
Pastu nanti moody pastu nanti Akram tanya kenapa moody pastu nanti aku jawab entah lah kadang2 rasa macam dah gila kejap happy, kejap sedih, kejap menangis, kejap ketawa 😂

Pastu haritu aku buat satu test ni.



Eh elok pulak normal 😂
Selama ni aku selalu rasa aku terlalu stress kadang2 rasa depress.
Kakak aku cakap aku stress je pon takde lah sampai tahap depress. Over tau. Haha.

Kawan aku cakap maybe aku stress tapi aku  pandai handle situasi.
Ada lagi sorang cakap cuba aku buat test ni masa aku betol2 tengah marah.
Tapi masa aku buat test ni aku membayangkan diri aku tengah bantai anak lah 😆

Pastu masa aku upload result ni kat ig story ada beberapa orang yang reply pasal anxiety ni.
Aku kenal sorang yang ada anxiety masa bersalin anak no 2. Sejak tu kadang2 dia dapat anxiety attack ni sampaikan rumah dia tak pasang tv sebab tanak tertengok berita/cerita ngarut2.
Pastu ada salah sorang follower bagitau dia kene anxiety masa teman kawan dia berubat.
Since tu dia jadi cepat panik, tak boleh duduk sorang2, rasa takut, and dah start jumpa psy.
Yang lagi sorang ni pulak develope anxiety sebab trauma dengan seseorang.

Dan benda paling teruk bila anxiety attack ni ko jadi sesak nafas.
Alhamdulillah aku memang takde anxiety.
Kalau nak ikotkan ada beberapa perkara yang boleh develope anxiety pada aku. Contohnya eksiden. Pernah la beberapa kali eksiden. Orang keluar simpang sesuka hati, aku nak belok kanan tup2 ada kereta muncul. Dan paling stress sekali tengah drive dalam kampung, ada jantan tengah jalan kaki tapi ketengah! Aku nak potong kanan ada kereta so aku emergency brek. Dummmm berdentum motor langgar belakang kereta aku.

Kadang2 kalau aku drive tu terbayang jugak benda tu tapi rasanya sebab aku sejenis cepat move on jadi benda tu tak terkesan sangat 😅
Benda tu cuma menjadi kan aku seorang yang berhati2 je.
Jadi aku tak tau apa yang penghidap anxiety rasa.
Tapi aku doakan korang sentiasa kuat ok 😘

Kawan aku cakap bestnya kalau jadi Wana yang senang move on.
Actually takde lah semua benda aku boleh move on.
Cuma benda2 yang tak penting ni aku boleh hiraukan aje. Tahap ignorance aku terlalu tinggi 😂
U can always talk anything about me and I don't really care.
Maybe sebab tu jugak aku boleh kerja dalam bidang construction.
Ko tau je lah construction tu macam mana.
Stress! Tapi semakin aku meningkat usia aku jadi tak amik port sangat.

TAPI, ye ada tapinya.
Jangan semua benda kita tak amik tau.
Nanti kite hidup dalam dunia sendiri pulak. Kite rasa kite selalu betol, kite rasa kite dah hebat padahal kite takde pencapaian apa pon. Hidup ni tak boleh jadi kera ya. Serba sikit kene kawan dengan orang, kene amik tau jugak cuma berpada lah. Hehe.

Last week kawan aku bawak berjalan amik angin.



Ni lah kawan dunia akhirat aku.
Susah senang aku haha.
Sampai anak pon sama dua2 perempuan 😂
Bezanya anak aku 3-4 tahun anak dia 1-2 tahun. Pon sama beza setahun! 😆
Tapi tak keluar berenam lah. Ada laki dia sekali tolong drive haha.

Dia ni selalu tau2 je kalau aku tengah jiwa kacau. Mesti akan bawak keluar jalan.
Kitorang pusing2 Port Dickson amik angin.
Bawak anak2 jalan jauh sikit. Kesian anak2 aku lama sangat tak jalan jauh.
Dulu kalau Akram balik sebulan sekali mesti kitorang pergi jalan sama ada balik kampung, atau check in hotel.





First time Aminah keluar jalan jauh tak pakai pampers. Success!
Bebudak seronok sangat siap cakap nanti ayah balik kita mandi laut pulak tau pastu kita beli pelampung besar tau. Hai lah sedih pulak aku dengar.
Sabar lah nak.

Tapi yang kelakarnya masa kitorang nak solat kat Petronas, aku bawak anak2 aku sekali pergi toilet untuk pee pastu angkut balik dua2 orang masuk surau bagi aku solat pulak.
Yang kawan aku ni dok mengangkut sorang2 anak salinkan pampers, bocor pulak, salinkan baju, ulang alik kereta, amik anak lain pulak, ulang balik salin pampers, baju, pastu solat. Aku tengok aku pon penat 😂

Bila aku tengok benda tu aku fikir keadaan aku dua tahun lepas. Aku kan start keluar bertiga dengan anak2 since Aminah kecik lagi. Tapi seingat aku jarang lah aku berada dalam kekalutan.
Betol lah kot Allah selalu tolong aku.
Sebab Akram jauh jadi Allah permudahkan urusan aku.
Rasa aku tak pernah anak2 meragam masa aku bawak dorang keluar sorang2.




Pastu singgah makan dekat Hayyan Huda Opah Kitchen dekat Seremban.
Ok lah sedap jugak. Patot lah penuh orang. No plet semua KL 😂
Set macam ni untuk 6 orang makan RM90 dapat satu jug air sirap.

Otw balik rumah tu boleh pulak bebudak ni cakap tak tahan nak kencing. 
Ahhhh sudah 😆
Aku cakap sabar2 tahan dulu kencing nya naseb baik sempat sampai rumah.

Tak sabar nak tunggu lagi dua minggu, ibu ayah dengan adik aku nak datang sini 😍
Nak tido hotel, nak tutup dapur, nak jjcm sampai muntah 😋

InshaAllah.


Love,
Wana.