Saturday, January 7, 2012

Kenapa anda tidak perlu habeskan duit anda untuk naik bas Transnasional

                                          


tak habes2 lagi emosi dengan bas Transnasional.
perlulah emosi sebab orang dah bayar mahal2 service macam haram pulak.
memang banyak jugak lah aku kene dengan bas ni.
cuma diamkan diri je malas nak kecoh.
tapi lepas kes hari tuh memang bengang.


nak balik Kota Tinggi memang ada 2 bas je.
Transnasional and Mara Liner.
so maybe lepas ni kene consider naik Mara Liner je.


5 sebab kenapa tak perlu habeskan duit naik bas Transnasional:



1. Harga lebih mahal.

Kalau nak balik Tinggi tiket bas naik Transnasional RM32.50.
kalau naik Mara Liner RM32.00.
Jimat limaploh sen.
eh limaposen banyak ape.
kalau kat asrama dulu takde limaposen menggagau carik sebab nak basuh baju guna mesin. hahahahahaha !





2. Sukati dia je taknak bukak aircond.

Ini memang seyes panas hati.
ade ke patot hari ahad lepas aku balik KL naik Transnasional driver tak bukak aircond separuh jalan.
bas dah gempak dah bas baru dua tingkat.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii services haram.
taknak berpeluh ketiak pulak dalam tuh.
dah la aku dapat seat yang kene cahaya matahari.
aku okey lagi. aku kesian akak yang duduk sebelah aku. dah la badan dia agak besar.
dok lah berkipas guna envelope sambil membebel-bebel sepanjang jalan. envelope tuh pon orang sebelah kanan dia bagi pinjam sebab kesian akak tuh dok panas2.


sampai R&R mana entah akak tuh turun sound driver, baru lah nak bukak aircond kan.
tapi bukak pon alahai macam kipas yang dah seploh tahun gamaknya. slow je.
eh dia ingat dia tengah bawak bas dekat UK ape.
feeling2 winter sonata pulak.
haktuih.





3. Sesuka hati nak suruh tukar bas.

okey yang ni aku pernah kene dua kali.
first time tuh otw nak balik Kota Tinggi kot.
berhenti dekat Machap.
boleh pulak driver cakap dia tak turun Kota Tinggi, dia turun JB.
so dia suruh sape2 yang nak pergi Kota Tinggi naik bas Transnasional lain.
dah satu hal kitorang kene tunggu bas lain tuh datang.


second masa aku otw nak balik KL.
sampai Seremban nak turunkan penumpang boleh kan driver cakap dia taknak naik KL.
so dia suruh kitorang naik bas Trans lain.
tapi masalahnya nak ke bas lain tuh kene naik bas sangkut2 (tapi free lah).
free pon kene berdiri dalam bas tuh plus driver bawak macam taik sampai nak pengsan aku.
bangang betul.



4. Tempat duduk tak best.

yang ni aku tak paham.
kenapa semua bas pergi Kota Tinggi seat dia 4 seat.
hello 5 jam okey. 5 jam.
tak pernah tak kebas bontot aku kalau balik kampung.
upgrade lah bagi 3 seat. besar sikit.




5. Diorang takkan utamakan kau.

Ini yang aku kene lah hari tuh. kene tinggal bas.
tahu tak apa pakcik kaunter tuh cakap dengan aku "takkan kita nak carik sorang2 kot. ramai tuh"
alahai poyonya alasan.
ape salahnya kau tukar sistem tiket bas kau.
print nama penumpang.
kalau penumpang tak naik kau panggil 2 ke 3 kali.
susah sangat ke.


lepas ni aku nak naik Mara Liner je.
tiket cantik ada tulis nama aku.
lepas tuh dah tulis siap2 kene tunggu gate mana semua.
terbaik :)





itu je kot setakat ni.
so sebagai pengguna fikirkan hak anda. ecewah.

okbai.