Assalamualaikum.
Kisahnya sabtu lepas adik aku satu family dari Perlis datang rumah.
Sebab Ahad tu dia ada kenduri kawen kat Seremban. Rumah aku ke Seremban setengah jam je. So tido rumah aku Sabtu malam tu. Aku tanya dia pukul berapa sampai. Dia cakap dalam 4/5 petang sampai. Ok ngam! Terus aku plan nak bawak dinner dekat Hilltop Cuisine Kota Warisan ni.
Aku tau restoran ni sebab ada dua orang kawan pernah makan sini. Tengok2 review semua ok. So ok lah nak try. Tak pernah tau kewujudan tempat ni walaupon 15 minit je dari rumah hahaha.
So lepas maghrib dalam 7.30 malam kitorang gerak dari rumah.
Sampai2 je fuhhhh penuh! Parking dia banyak. So jangan risau pasal parking. Cumanya tempat dia kan berbukit so kalau ko lambat ko kene parking bawah bukit. Maka menapak lah ko naik atas 😂
Kitorang dapat parking tengah2. Ok lah menapak sikit je. Tapi still semput 😁
Sampai atas je nampak orang tengah beratur. Pastu nampak signboard 'Maaf penuh'
Aku ingat dah tak boleh masuk dah. Sekali tanya orang depan dia cakap boleh je cuma kene beratur lah. Nanti staff dia uruskan meja.
Aku syak ramai datang dari petang sampai ke maghrib. Tu yang dah ramai tu. Sebab kedai ni bukak dari 4pm.
Sementara nak menunggu tu aku bawak bebudak amik gambar dulu.
Cantik kan? 😍 Boleh nampak belakang tu area Sepang. Pastu boleh nampak jugak kapal terbang lalu.
Beratur dalam 10 minit macam tu baru dapat meja.
Bagi aku harga dia ok lah. Standard Secret Recipe macam tu. Nanti tulis menu yang nak order tu lepas tu pass kat staff dia.
Kitorang dapat meja paling tepi. Payah benor nak panggil staff dia. Last2 aku bangun sendiri pergi kat staff untuk pass kan kertas menu tu.
Pastu tengok gaya macam lambat lagi je makanan sampai sebab aku ushar meja depan aku tak dapat lagi makanan so aku bawak bebudak pusing2 area situ.
Tempat makan ada indoor and outdoor. Outdoor pon ada dua tempat. Satu dalam bangunan dekat dengan cashier. Lagi satu outdoor tapi berbumbung. Lagi satu tempat yang aku duduk ni la open space.
Masa nak duduk kat buai ni ada sorang budak ni duduk dekat sini. Kat buai ni ada meja. Bila bebudak ni nak duduk budak tu (umur dalam 9-10 tahun macam tu) cakap tak boleh sebab ada orang.
So aku tanya lah meja ni tempat makan ke?
Dia cakap tak.
Aku tanya lagi nak makan ke kat meja ni?
Dia cakap tak.
Jadi maknanya apa?
Ko nak cop2 main buai pulak kan. Ewahhh memang tak lah 😂
Aku terus suruh bebudak ni duduk je.
Pastu tak lama tu ada dua orang dewasa dengan sorang budak datang.
Tapi dorang guna dua buai je pon. Ada 4 buai semua sekali. Satu buai kosong jugak. Kecoh lah hahaha.
Ni dalam pukul 8 lebih orang dah start ramai beratur.
Aku punya Premium Australia Rib Eye.
Aku bukan lah pencinta Steak. Tapi nak order pasta bebudak dah makan pasta. Nak order ayam boring pulak. So try lah makan steak. Not bad lah rasa dia. Bebudak cakap liat tapi untuk dewasa makan takde lah liat pon. Kalau tanak liat langsung kene makan wagyu 😆
Adik aku punya Grilled lamb leg
Bebudak punya Spicy Carbonara With Soft Shell Crab
Pasta ni sedapppppppppppppppp. Tak pedas sangat pon. Tapi kalau bebudak tak tahan pedas still boleh rasa pedas dia tu. Anak2 aku memang dah makan pedas so takde hal. Sedap sebab dia goreng tu letak daun kari so rasa wangi dia tu.
Adik ipar punya Chicken Parmigiana
Anak sedara namanya Orked Zahra. Tapi baru 7 bulan so boleh tengok je. Hehe.
Adik ipar aku memang orang Perlis. So adik aku apply transfer bahagian utara. Makanya dorang balik Johor pon setahun sekali or dua kali je.
Ni adik aku yang kat Johor nampak kitorang makan2 dia dah pesan awal2 nanti dia datang sini bawak dia pergi sini.
Alah setakat 15 minit dari rumah takde hal lah hahaha.
Tapi next time nak pergi dalam 6.15pm macam tu. Lepas maghrib balik lah 🙈
Tak pasti ada surau ke tak kat sana. Sebab aku biasa kalau nak keluar makan kene bajet2 dapat solat kat rumah. Senang.
Love,